Memaparkan catatan dengan label hiburan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label hiburan. Papar semua catatan

Selasa, 6 Mac 2018

,
Dua Lipa Edit 'Babi' Di Instagram

Dua Lipa Edit Perkataan 'Babi' Di Instagram. Penyanyi Britain, Dua Lipa telah menukar kapsyen pada gambar yang dimuat naik di laman Instagram selepas diejek oleh rakyat Malaysia.

Dua hari lalu penyanyi berdarah kacukan Albania ini memuat naik gambar dengan ucapan selamat hari jadi yang didedikasikan buat bapanya. Kapsyen foto itu berbunyi:

"Happy Birthday babi, I wish I was home to give you a big hug and kiss."

Dalam bahasa Albania, 'babi' membawa maksud 'ayah'.


Tanpa mengetahui maksud sebenar dalam bahasa Albania, pengikut dari Malaysia mempersoal tindakan penyanyi berusia 23 tahun itu kenapa beliau menggunakan perkataan sedemikan terhadap ayahnya.

Seperti yang kita tahu di Malaysia, perkataan 'babi' bukan sahaja ditujukan kepada binatang, bahkan digunakan untuk tujuan mencarut.

Menghentam, mengutuk, mengkritik sudah tak dapat dipisahkan dengan rakyat Malaysia. Mereka meninggalkan komen memalukan dan tidak hormat dengan bahasa negara lain. Lebih memalukan komen-komen negatif itu turut dibaca oleh ribuan peminat dari seluruh dunia sekali gus mencerminkan perangai sebenar rakyat Malaysia. What is wrong with us? 

Dua Lipa Edit 'Babi' Di Instagram


Menerima kecaman tersebut, Dua Lipa yang mula terkenal menerusi laman Youtube terus menukar kapsyen kepada "Happy Birthday Dad".

Mungkin juga menukar perkataan 'babi' menjadi salah satu strategi marketing untuk menarik perhatian rakyat Malaysia menjelang konsert pertama beliau di Kuala Lumpur pada 3 May ini.


Entri sebelum ini - REVIEW Cosrx Advanced Snail 96 Mucin Power Essence

Terima kasih kerana membaca Dua Lipa Edit 'Babi' Di Instagram

Selasa, 18 Julai 2017

,
fakta menarik netflix
Fakta Menarik Tentang Netflix. Sejak tiga tahun kebelakangan ini penstriman video menjadi pilihan ramai memandangkan kita sudah tidak mempunyai masa untuk menonton televisyen.  Penstriman video kini dianggap sebagai era baharu dalam menonton televisyen.

Bagi anda yang masih belum jelas, syarikat penstriman ini menawarkan khidmat filem dan rancangan televisyen melalui internet. Ia bukan sahaja terhad kepada televisyen, bahkan ia turut boleh ditonton melalui peranti pintar.


Apa yang menarik tentang penstriman ini adalah kandungannya boleh ditonton mengikut masa terluang tanpa kekangan waktu yang biasanya ditetapkan oleh stesen tv. Penstriman video semakin digemari kerana mengumpul banyak filem dan rancangan tv baru dan lama.
 
Kini semakin banyak penstriman ditubuhkan tapi yang terbaik dan paling popular adalah NETFLIX. Harga untuk melanggan Netflix tidak terlalu mahal dan sangat berbaloi dengan kandungannya yang menarik selari dengan slogan mereka iaitu "Netflix and chill".

Tambahan pula, kini Netflix mempunyai filem dan siri original yang berkualiti dan dibintangi nama besar Hollywood. Saya sendiri menontonnya dan telah menulis review, anda boleh rujuk link di bawah:

Ulasan Stranger Things
Ulasan A Series Of An Unfortunate Events
Ulasan 13 Reasons Why
Ulasan Filem Okja 


Berikut merupakan perkara tentang Netflix yang mungkin anda tidak tahu.

Fakta Menarik Tentang Netflix

- Netflix diasaskan oleh Reed Hastings. dan Marc Randolph pada 1997.

- Pada asalnya Hastings dan Randolph ingin menjual produk di internet sama seperti Amazon. Kemudian mereka fikir menjual dan memberi sewa filem berbentuk DVD lebih mendatangkan keuntungan.

- Hastings dan Randolph pernah menamakan syarikat mereka Kibble, Directfix, Replay, dan Luna sebelum Netflix yang menggabungkan 'internet' dan 'flicks'. 


- Salah satu sebab kenapa pesntriman ini menjadi pilihan adalah kerana anda tidak perlu tunggu untuk menonton episod seterusnya. Penonton boleh mengikuti setiap episod tanpa henti.  

- Purata penonton 'binge-watching' atau menonton Netflix tanpa henti adalah 60% dari jumlah keseluruhan pelanggan.

fakta menarik netflix

- Sebelum penstriman secara online Netflix hanya beroperasi dengan membuat pengeposan biasa.

- Hastings mendapat ilham untuk menubuhkan Netflix selepas kecewa dengan perkhidmatan Blockbuster yang mengenakan caj sebanyak $40 selepas lewat memulangkan filem Apollo 13 yang disewanya. Ironinya, Blockbuster kini telah gulung tikar.

- Hingga ke hari ini Netflix masih menyediakan perkhidmatan menyewa DVD dan menghantar DVD tersebut melalui pengeposan biasa.

- Sengaja Netflix mereka sampul surat berbentuk segi empat tepat berbanding segi empat sama. Ini kerana kurier UPSP mengenakan caj lebih terhadap sampul berbentuk segi empat sama. 


- Netflix kini boleh ditonton di lebih 50 negara.

- Dalam pasaran Eropah, Netflix memantau filem yang dimuat turun secara haram paling banyak untuk menambah kandungan mereka.

- Netflix mula beroperasi secara online bermula tahun 2007.

- Rancangan yang mendapat tontonan paling banyak adalah Breaking Bad.

- Kini Netflix menjadi penyumbang utama kepada trafik internet di kebanyakan negara. Di Amerika Syarikat, 1/3 pengguna internet menonton Netflix ketika waktu perdana.

fakta menarik netflix

 - Pada tahun 2000 Netflix menawarkan USD50 juta untuk menjalinkan kerjasama dengan syarikat perkhidmatan menyewa DVD, Blockbuster. Blockbuster menolak tawaran itu kerana tidak yakin dengan Netflix. Kini Blockbuster tidak lagi beroperasi dan Netflix kini bernilai USD62 billion.

- Netflix kini menerbitkan ratusan kandungan original yang merangkumi filem, siri tv, komedi, dan dokumentari.

- Rating Netflix mengatasi semua rangkaian televisyen di Amerika Syarikat.

- Kandungan Original Netflix mula mendapat penghargaan tertinggi dengan menerima banyak Anugerah Emmy dan tercalon dalam Anugerah Oscar.

Artikel sebelum ini - Cara Jimat Data Internet Android

Terima kasih kerana membaca Fakta Menarik Tentang Netflix

Selasa, 20 Jun 2017

,

Sinopsis Abang Bomba I Love You Raya. Drama ini mencuri perhatian penonton sejak hari pertama tayangannya. Oleh kerana sambutan yang memberangsangkan, pihak Astro ingin menyambung kisah kisah Lily dan Rayqal menjadi sebuah telemovie khas pada hari raya nanti. 

Penonton setida drama ini dapat menyaksikan gandingan Hisyam Hamid dan Amira Othman selain turut dibantu pelakon seperti Tengku Zara, Nadya Syahera, Sasqia Dahuri, Jaslin Puasa, Fikhree Bakar. 

Abang Bomba I Love You Raya

Tarikh tayangan: 26 Jun 2017 (raya kedua)
Masa: 9 malam
Saluran: Astro Ria dan maya HD

Sinopsis Telemovie Abang Bomba I Love You Raya

Lily dan Rayqal teruja untuk menyambut Raya bersama anak mereka. Namun, rumah tangga mereka mula goyah. Ada sahaja masalah sehingga Lily mula melancarkan perang dingin terhadap Rayqal.




Terima kasih kerana membaca Sinopsis Abang Bomba I Love You Raya

Isnin, 19 Jun 2017

,
Sinopsis Suri Hati Mr Pilot Raya

Sinopsis Drama Suri Hati Mr Pilot Raya. Drama Suri Hati Mr Pilot pernah mencipta fenomena beberapa bulan lalu. Rata-rata peminat masih belum 'move on' dengan kisah serta pelakon drama ini. 

Berikutan sambutan hangat dari peminat, Cube Film Sdn Bhd, menerbitkan telemovie Suri Hati Mr Pilot Raya: Penerbangan Terakhir Mr Pilot  sebagai hadiah dan tanda terima kasih.


Michael Ang selaku pengarah berkata Penerbangan Terakhir Mr. Pilot adalah telefilem yang terakhir dan produksi tidak berhasrat untuk menyambung lagi kisah itu selepas ini.

“Tidak akan ada musim kedua atau sambungan drama itu kerana ia akan jadi tidak masuk akal dan biarlah kisah mereka berakhir dalam telefilem khas nanti,”

Peminat sekali lagi dapat menyaksikan gandingin Fattah Amin dan Neelofa serta pelakon-pelakon asal drama ini seperti Duerra Mitilda, Alvin Chong, Nina Juren, dan lain-lain.


Tarikh tayangan: Ahad, 25 Jun 2017 (raya pertama)
Masa: 9 malam
Saluran: Astro Ria dan Maya HD

Sinopsis Telemovie Suri Hati Mr Pilot Raya

Sinopsis akan dikemas kini kelak. Tonton di sebalik tabir dulu:


Entri sebelum ini -  Tarikh Akhir Pengeposan Pos Laju Raya 2017

Terima kasih kerana membaca - Sinopsis Suri Hati Mr Pilot Raya

Sabtu, 3 Jun 2017

,
sinopsis drama andainya takdir

Sinopsis Andainya Takdir di Tv3. Mengisi Slot Samarinda kali ini, Tv3 menyajikan sebuah drama bersiri hebat bertajuk ANDAINYA TAKDIR buat tontonan penonton setianya. 

Mendapat sentuhan pengarah berpengalaman Along Kamaruddin, drama terbitan A. Aida Production ini menggandingkan Shukri Yahaya dan Nina Iskanda sebagai pelakon utama. Andainya Takdir turt dibantu oleh Puteri Balqis, Sheila Mambo, Idris Md Diah, Sabhi Saddi, Adiba Yunus, Annie Ariffin,Rosnah Mat Aris, dan ramai lagi. 


Drama 16 episod ini mula bersiaran sejak 29 Mei lalu setiap Isnin hingga Khamis jam 10 makam hanya di Tv3.

Sinopsis drama Andainya Takdir di Slot Samarinda Tv3

Mengisahkan ketabahan Fatihah dalam mempertahankan rumah tangganya bersama Airil yang penuh cabaran. Mereka mempunyai seorang anak perempuan bernama Aleeya dan kehidupan tiga beranak ini sentiasa dalam keadaan genting kerana Airil merupakan seorang yang panas baran dan cemburu buta. Setiap perbuatan dan gerak geri Fatihah diperhatikan Airil. Fatihah akan dipukul walaupun silapnya hanya sebesar kuman.

Fatihah yakin bahawa dia mampu bertahan dengan sikap suaminya yang sebegitu demi Aleeya. 
Nasib malang Fatihah ditambah dengan sikap ibu mertuanya, Normah. Normah menghasut, dan berprasangka buruk sentiasa membuat Fatihah menjadi mangsa buli emosi. Normah sememangnya tidak disenangi orang kampungnya kerana sikapnya yang suka menuduh tanpa soal siasat. Airil pula sentiasa menyebelahi ibunya.

Pahit getir Fatihah bertambah lagi dengan iparnya, adik kepada Airil, Norlin (Annie Ariffin) yang obses kepada kanak-kanak sentiasa dengki terhadapnya kerana Norlin tidak mampu untuk mempunyai zuriat.  Dia cemburu dengan kecantikan Fatihah, tambahan pula Fatihah mempunyai Aleeya. 

sinopsis drama andainya takdir tv3

Sungguhpun Airil mempunyai masalah panas baran dan sentiasa memukul Fatihah, dia sebenarnya terlalu menyayangi Fatihah. Airil juga berusaha untuk mengubah sikapnya dengan mempelajari cara-cara untuk mengawal sikap cemburu dan kemarahannya yang melampau itu.

Dapatkah perkahwinan Fatihah bersama Airil bertahan? Mampukah Fatihah bertabah dengan segala cabaran kehidupannya? Adakah Normah, Norlin, dan Airil berubah sikap demi mengecapi sebuah keluarga yang harmoni?


Lagu tema/ost Aindainya Takdir: Sabhi Saddi (Setia Menunggumu) , Aiman Tino (Permata Cinta) , Potret (Mungkin)

Entri sebelum ini - Cara beli Barang di Shopee

Terima kasih kerana membaca Sinopsis Andainya Takdir di Tv3