Memaparkan catatan dengan label informasi. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label informasi. Papar semua catatan

Rabu, 2 Jun 2021

,

 “Beli, jual dan pegang” merupakan ungkapan yang kerap keluar daripada mulut rakan-rakan anda yang melabur dalam saham. 

 

Namun, sebelum boleh membeli, menjual atau memegang sesebuah saham, anda perlu tahu apa perlu dilakukan sebelum melabur dan bagaimana teknik tertentu boleh menjadikan anda seorang pelabur bijak.

 


 

Bursa saham

Saham-saham yang boleh didagangkan di Malaysia disenaraikan di papan Bursa Malaysia. Dalam kata lain, Bursa Malaysia adalah seperti “pasar besar” untuk untuk pelaburan saham bagi pelabur- pelabur untuk tawar menawar harga saham sesebuah syarikat.



 

Apakah saham-saham yang boleh diperdagangkan?

Terdapat hampir 972 syarikat awam yang disenaraikan pada papan utama, kedua dan MESDAQ berdasarkan syarat-syarat yang ditetapkan Bursa Malaysia yang boleh diperdagangkan. Pelaburan saham bermaksud anda akan menjual, membeli atau memegang saham yang disenaraikan dengan satu tujuan, iaitu mendapat pulangan pelaburan atau mengurangkan kerugian. 


Akaun CDS

Sepertimana akaun simpanan di bank untuk menyimpan wang, anda perlu membuka satu akaun CDS (Central Depository System) untuk merekodkan semua transaksi atau pegangan saham semasa atau terdahulu. Akaun ini diuruskan oleh Bursa Malaysia Depository Sdn Bhd. 

 

Terdapat dua pilihan akaun CDS yang boleh dibuka bagi pelabur individu iaitu akaun Direct CDS dan juga akaun Penama CDS (Nominee). Kedua-dua akaun boleh dibuka dengan mana-mana syarikat pembrokeran saham atau dikenali sebagai Ejen Depositori Diberi Kuasa (ADA). 

 

Akaun Direct CDS akan didaftarkan di bawah nama anda manakala bagi akaun Penama CDS, nama broker akan tertera pada pemilikan saham.


Broker atau pelaburan sendiri?

Anda boleh memilih sama ada melabur sendiri atau dengan syarikat broker melalui remiser (agen syarikat broker berlesen daripada Suruhanjaya Sekuriti) yang berpengalaman. 

 

Melalui sistem perdagangan dalam talian, anda mengendalikan perdagangan saham sendiri dengan lebih pantas dan selesa. Kedua-dua cara ada kelebihan dan kekurangan dari segi bayaran brokerage, risiko kecuaian atau keselesaan. Objektifnya tetap sama—keuntungan!

 

Pelaburan saham adalah kombinasi kepakaran, pengalaman dan juga analisis teknikal. Analisis tepat dan terperinci membantu sebelum kata-kata hikmat “beli”, “jual” dan “pegang” dilontarkan. Salah satu kaedah atau ukuran prestasi saham yang juga digunapakai dalam pelaburan pertukaran wang asing (Forex), adalah melalui Relative Strength Index.


Apa itu Relative Strength Index (RSI)?

Maksud RSI dalam saham dan Forex (tukaran wang asing) mula diperkenalkan lewat tahun 70-an dan terbukti masih relevan sehingga kini. RSI merupakan satu analisis teknikal terhadap pergerakan harga saham dan mata wang berdasarkan naik turun dan juga magnitud perubahan harga. Analisis ini dibuat terhadap graf prestasi saham untuk mencari kekuatan dan kelemahan dalam tempoh tertentu.  

 


 

Analisis terhadap graf tersebut memberi satu visual kepada pelabur suatu penunjuk masa yang sesuai untuk beli atau jual. Penunjuk ini, dikenali sebagai pengayun (oscillator), akan mengukur kelajuan turun naik sesuatu saham atau mata wang dan membantu pelabur menilai keadaan tersebut sama ada telebih jual atau terlebih beli. 

 



Dengan menggunakan RSI, pelabur boleh membuat strategi pelaburan saham dengan cermat dan mengurangkan risiko kerugian.


Untung rugi pasaran saham

Tanyalah kepada sesiapa, tiada orang melabur untuk rugi. Tetapi apakah yang menentukan turun naik harga sesebuah saham syarikat?  

 


 

 

Secara mudahnya, saham sesebuah syarikat ditentukan oleh permintaan. Jika prestasi sesebuah syarikat awam berada dalam keadaan baik, lebih ramai pelabur ingin memiliki saham syarikat tersebut. Maka lebih tinggi pemintaan, harga saham menjadi stabil atau meningkat. 


Faktor-faktor lain yang boleh menyumbang kepada harga pasaran saham adalah kestabilan politik, praktis korporat syarikat, spekulasi dan juga politik. 

 

Percayalah, Nostradamus sendiri tidak mampu meramalkan turun naik harga saham dengan tepat! 

 

Meskipun harga saham berubah sama ada turun, naik atau kekal sementara, RSI dapat mengenal pasti pola pergerakan harga melalui analisis mendalam—segalanya tentang analisa graf serta formula mudah dan bukannya ramalan Nostradamus.


Selasa, 1 Jun 2021

,

Akhirnya, platform penstriman video Disney+ tiba di Malaysia secara rasmi bermula 1 Jun 2021. Bagi yang masih belum jelas, Disney+ merupakan penstriman video seperti Netflix, tetapi hanya menyiarkan kandungan milik Walt Disney &  21st Century Fox sahaja. 

 

Dengan Disney+ Hotstar, anda boleh menonton 800 filem dan 18,000 episod siri tv menarik termasuklah dari Pixar, Marvel, Star Wars, National Geographic, dan siri original seperti Loki, WandaVision, sejumlah kandungan tempatan, dan banyak lagi. 


 

Macam mana cara daftar Disney+ Hotstar? Terdapat 2 cara untuk mendaftar iaitu

1. Langgan secara terus di https://www.hotstar.com/my dengan harga RM54.90 untuk tempoh 3 bulan.


2. Bagi pelanggan Astro 'Movie Pack', anda boleh mengakses Disney+ tanpa bayaran penuh. Tetapi harga langgan Astro akan meningkat sebanyak RM5.



Cara langgan Disney+ Hotstar

Kaedah ini boleh digunakan pada website, aplikasi pada telefon, Android box, atau smart tv.


Langkah 1: Muat turun aplikasi Disney+ Hotstar ( Play Store  |  Apple App Store)

 

 

Langkah 2: Pilih 'Subscribe' dan tekan 'Continue'. 


Langkah 3: Masukkan nombor telefon, dan anda akan menerima kod verifikasi. Masukkan kod tersebut dan klik 'Continue'. Kemudian, masukkan nama dan jantina. 

 


 

Langkah 4: Pilih kaedah pembayaran. Disney+ Hotstar menawarkan kaedah pembayaran berasaskan kad kredit/debit, dan juga perbankan online seperti Maybank, CIMB, Bank Islam, dan lain-lain. 


Langkah 5: Lakukan transaksi seperti biasa


Siap! Sekarang korang dah boleh menonton semua kandungan Disney+ Hotstar! 

 

Artikel berkaitan:

+ Mi Tv Stick Review - Android Box Terbaik di Pasaran

+ Cara Tengok Netflix Percuma

+ 10 Android Box Terbaik dan Berbaloi


 

Pelanggan Astro Movie Pack > Disney+ Hotstar


Memandangkan anda sudah melanggan Movie Pack, anda sudah boleh menonton Disney+!


Langkah 1: Cipta Astro Id di  astro.com.my/astroID. 


Langkah 2: Masukkan nombor kad pengenalan dan 'Smartcard Number'. (Smartcard Number boleh ditemui pada bil bulanan.

 



Langkah 3: Masukkan nombor telefon dan kod OTP yang akan dihantar melalui SMS.

Siap! Pelanggan Astro Movie Pack boleh juga guna cara ini untuk akses HBO Go.


 

 

Kelebihan dan kekurangan Disney Plus Hotstar

 

Kelebihan

  • Dapat menonton kandungan asli seperti dari MCU, Starwars, dan banyak lagi.
  • Tawar sejumlah filem dan siri tempatan seperti Senario, Upin & Ipin, Boboiboy, serta ditayangkan lebih awal berbanding kaca tv. 
  • Tawarkan kategori 'Kids' iaitu sejumlah kandungan menarik untuk kanak-kanak. 
  • Kebanyakan filem dan tv siri disertakan dengan sarikata dan alih bahasa Bahasa Melayu, Tamil, & China. 
  • Dengan harga RM54.90 atau bersamaan dengan RM18.40 sebulan, ia masih lagi berpatutan dan berbaloi untuk dilanggan. 
  • Tidak perlu VPN, kerana kandungannya sama dengan Amerika Syarikat. 
  • Pelanggan Astro Movie Pack tidak perlu bayaran penuh, cuma tambah RM5 sebulan. 



Kekurangan

  • Buat masa sekarang Disney+ Hotstar tidak pelbagaikan pakej langganan. 
  • Pelanggan Astro Movie Pack tiada pilihan untuk tidak mahu melanggan Disney+. Terpaksa membayar caj tambahan RM5. 
  • Cuma kandungan terbaharu sahaja yang beresolusi 4K. 
  • Cuma 2 peranti boleh ditonton serentak, berbanding Netflix 5 peranti. 
  • Tidak menyokong Premier Access iaitu tayangan pawagan & streaming serentak. Contohnya Cruella, Black Widow, dll.


Dengan adanya Disney+ ini dapatlah anda menonton pelbagai filem dan tv siri melalui pelbagai peranti pada bila-bila masa sahaja. Sekurang-kuranya boleh menangani kebosanan terkurung dirumah sepanjang PKP ini.

 

All in all, Disney+ masih amat berbaloi untuk anda langgan kerana kandungannya amat menarik dan banyak lagi filem dan siri tv asli bakal ditayangkan seperti Loki, Hawkeye, What If, dan banyak lagi. Semoga artikel cara daftar Disney Plus Hotstar ini bermanfaat.


Isnin, 25 November 2019

,
Cara Tengok Netflix Percuma | Sudah ramai yang mula melanggan Netflix. Tidak dinafikan, penawaran kandungan Netflix memang berkualiti, pelbagai, dan memenuhi citarasa penonton. Tambahan pula, harga langganannya yang murah membuatkan Netflix menjadi penstriman video pilihan berbanding syarikat seumpamanya yang lain.


Harga Netflix Malaysia 2019 bermula dari plan RM17, RM33, RM42, dan RM51. Setiap plan mempunyai kelebihan tersendiri. Mujurlah kesemua plan membolehkan anda mengakses kandungan tanpa had dan boleh di unsubscribe pada bila bila masa.

[Baca] Cara Daftar Netflix Malaysia

Buat yang masih ragu-ragu berbaloikan melanggan Netflix, anda boleh menontonnya secara percuma! Bukan percuma selamanya, tetapi cuma SEBULAN.

Macam mana cara dapatkan Netflix percuma ini? Teruskan membaca artikel ini.

Cara tengok Netflix Percuma

Netflix memberi tontonan percuma selama sebulan merupakan tempoh percubaan. Sama ada anda berpuas hati dengan kandungan mereka.

Dalam tempoh ini anda mendapat akses penuh terhadap semua rancangan yang Netflix tawarkan.

Langkah 1: Layari https://www.netflix.com/my/

Klik 'Try 30 days free'

Langkah 2: Pilih "See the plans"

Pilih satu di antara EMPAT pelan yang anda mahu. Kemudian klik "Continue"


Langkah 4: Di ruangan 'Create Your Account', klik "Continue" 

Langkah 5: Masukkan email dan password anda pada ruang yang disediakan

Langkah 6: Pilih jenis pembayaran

Di sini anda diberi beberapa pilihan iaitu credit/debit card, PayPal, dan gift code. Manakala sekiranya anda pelanggan Maxis atau Celcom, anda boleh memasukkan nombor telefon postpaid anda. Netflix akan mengenakan caj melalui bil telefon anda.

Baca juga: Android Box Terbaik dan Berbaloi


Langkah 7: Pilih 'Start Membership'

Siap!

Dengan cara ini anda sudah pun boleh menonton Netflix percuma selama sebulan. Anda boleh cancel pada bila-bila masa sahaja. Netflix akan menghantar notifikasi 3 hari sebelum tarikh luput. Batalkan langganan sekiranya tidak mahu di charge pada bulan akan datang. 

[Baca] Netflix vs iFlix yang Mana Lebih Baik

Itulah satu-satunya cara untuk tonton Netflix free. Tapi ramai je yang kongsi akaun Netflix dnegan keluarga dan rakan. Malah, ada juga yang buat cara dapatkan Netflix percuma dengan guna email baru setiap bulan. Haha!

Cara menonton Netflix

  • Pada telefon pintar / tablet
  • Pada computer / laptop
  • Pada tv / smart tv


Bagi yang tertanya-tanya, macam mana cara tengok Netflix di tv tanpa menggunakan smart tv? Tentulah boleh, anda boleh menggunakan sambungan Android Box seperti Mi Tv Stick atau TX6. Box. Harganya tidaklah terlalu mahal dan sangat berbaloi kerana anda juga boleh menonton Youtube dan pelbagai channel luar negara.

Beli secara online lebih murah dengan pautan di bawah.
- Mi Tv Stick RM123 - Beli di SINI
- TX6 ANdroid Box Tv RM115 - Beli di SINI


Kelebihan Netflix

  • Penawaran program yang diterbitkan mereka sendiri. Seperti Stranger Things, Bird Box, The Haunting of Hill House, dan banyak lagi. Jumlah kandungan ini semakin meningkat saban tahun.
  • Peminat komik MARVEL pasti akan gembira kerana banyak series adaptasi komik sepertiLegion, Jessica Jones, The Punisher, Luke Cage, The Defenders, Daredevil, dan Iron Fist.
  • Boleh membatalkan langganan pada bila-bila masa.
  • Tidak perlu menunggu untuk tonton episod baru. Katakan sesebuah siri mempunyai 8 episod, Netflix akan menyiarkan kesemuanya sekaligus.
  • Banyak kategori romance, horror, action, documentary, rancangan kanak-kanak, dan lain-lain.
  • Harga langganan yang murah.
  • Boleh menyekat kandungan dewasa untuk tontonan bawah umur.

Cara sekat kandungan dewasa di Netflix


Baru-baru ini kecoh di media sosial apabila Presiden FINAS menggesa kerajaan memantau Netflix kerana mengandungi banyak kandungan yang tidak sesuai untuk ditonton oleh kanak-kanak.

Ramai yang tidak bersetuju platform ini ditapis. Ini kerana pihak Netflix sendiri sudah membina sistem saringan. Ikuti langkah di bawah untuk menyekat kandungan dewasa.
  1. Layari www.netflix.com/YourAccount
  2. Settings > Parental Control
  3. Masukkan pin 4 angka
  4. Pada bahagian 'Restrict By Maturity Level', pilih tahap umur kandungan
  5. Save

Selepas ini, semua rancangan yang mempunyai kandungan dewasa atau ganas, akan dihalang dan meminta anda memasukkan nombor pin. Jelas tak? Anda juga boleh sekat kandungan pada HBO Go.

Mudahkan cara tengok Netflix percuma? Cuma masukkan email sahaja. Good luck!

Ahad, 15 September 2019

,
Bagaimana cara semak dan bayar bil TM Unifi dan Streamyx dengan mudah? Untuk pengetahuan, Telekom malaysia (TM) kini menyediakan aplikasi 'myUnifi' untuk memudahkan pelanggan semak bil perkhidmatan yang disediakan oleh TM.

Jika sebelum ini pelanggan boleh menyemaknya dari portal unifi.com.my, kini anda boleh melakukannya dengan mudah melalui aplikasi myUnifi pada telefon bimbit sahaja.


Lebih mudah dan cepat berbanding menggunakannya pada laman web.

Sebagai pelanggan Streamyx, aplikasi ini memang sangat membantu untuk membuat bayaran dan menyemak bil terkini dan terdahulu. Untuk itu, saya akan tunjukkan cara-cara untuk membuat bayaran bil Streamyx. Pengguna wifi Unifi atau bil telefon TM juga menggunakan cara sama.

Muat turun aplikasi myUnifi dari Google PlayStore (Android) atau App Store (iOS) terlebih dahulu.


Selesai muat turut anda perlu log in ke akaun. Caranya mudah sahaja, cuma masukkan email dan cipta satu password. Untuk mengesahkan akaun TM, masukkan nombor akaun Streamyx/Unifi anda.

Cara Bayar Bil TM Unifi Streamyx dengan Aplikasi myUnifi


Langkah 1: Buka aplikasi myUnifi dan pilih 'Pay Bills'.
Anda juga boleh bayar bil untuk orang lain dengan pilih 'Pay for anyone'. Contohnya tolong bayarkan bil telefon TM untuk ibu bapa.

Langkah 2: Pilih 'Pay my bills' untuk membayar bil terkini.



Langkah 3: Jumlah bil terkini. Sebagai contoh, bil terkini adalah RM69.95 seperti gambar di atas.

Langkah 4: Pilih 'Pay RM69.95' untuk meneruskan pembayaran.



Langkah 5: Pada langkah ini anda kan diberi pilihan sama ada untuk membuat bayaran menggunakan Credit/debit cardatau perbankan online.

Langkah 6: Anda akan dibawa ke portal bank pilihan untuk meneruskan pembayaran.



Selepas membuat pembayaran, email pengesahan akan dihantar. Rekod pembayaran akan disimpan di bahagian 'Overview' untuk rujukan di masa akan datang.

Senang bukan? TM bill payment menjadi lebih mudah berbanding kaedah 'Jompay Unifi' pada portal perbankan.

[Baca] Cara Bayar Bil Astro, TM, Unifi, TNB, Air dengan JomPAY CIMB 

Apa lagi yang boleh anda lakukan dengan aplikasi myUnifi ini? Aplikasi ini sebenarnya memudahkan pelanggan TM untuk menguruskan apa sahaja perhidmatan yang ditawaran oleh mereka. Senang cerita, semua servis yang disediakan disatukan dalam satu aplikasi sahaja.



Kegunaan aplikasi myUnifi


  • Membuat semakan bil servis yang anda langgan
  • Bayar bil Unifi atau TM dengan mudah
  • Sejarah pembayaran bil
  • Lihat promosi istimewa seperti pakej Unifi dan Streamyx
  • Khidmat pelanggan TM yang beroperasi 24 jam

Melaporkan masalah kepada pegawai khidmat pelanggan
Berkenaan TM careline, sebelum ini anda boleh menghubungi talian '100' untuk melaporkan sebarang masalah. Kini, talian berkenaan hanya beroperasi pada waktu berkerja sahaja iaitu dari 9 am hingga 5.30 pm sahaja.

Kelebihan aplikasi myUnifi


  • Dapat membuat bayaran semua jenis perkhidmatan TM
  • Mendapat notifikasi jumlah bil setiap bulan
  • Mendapat kod voucher istimewa seperti dari Zalora, Tune Hotel, dan Legoland
  • Boleh buat pembayaran bil untuk orang lain.
  • Aplikasi mesra pelanggan dan senang untuk dinavigasi

Unifi Lite - RM69 sebulan


Eh, anda tahu tak tentang pakej Unifi Lite? Pengguna Streamyx sedia ada akan menikmati pakej baru pada harga RM69 sebulan dengan data berkelajuan sehingga RM8Mbps (tanpa had).

Manakala pelanggan baharu Streamyx akan menikmatinya pada harga RM89 sebulan.


Ia merupakan pakej istimewa buat pelanggan Streamyx yang tidak boleh menaik taraf wifi kepada Unifi kerana tidak mendapat liputan.

Saya pun plan nak upgrade Streamyx. Nanti saya kongsikan cara memohon Unifi Lite ini dalam artikel akan datang.

Jadi mulai bulan hadapan bolehlah anda bayar bil TM dengan aplikasi myUnifi!

Sabtu, 31 Ogos 2019

,
5 Kedai Bubble Tea di Kota Bharu | Trend minuman bubble tea masih belum reda. Sejak viral tempoh hari, demam meminum minuman yang berasal dari Taiwan itu berterusan sehingga ke hari ini.

Keenakan bebola hitam kenyal ini seolah sebagai penambah rasa kepada air pelbagai perisa. Memang sedap, sehingga penggemarnya sanggup beratur panjang demi bubble tea yang turut dipanggil 'boba' ini.

Berikutan permintaan tinggi, kedai minuman yang menjual bubble tea semakin banyak beroperasi. Malah, gerai air balang juga tidak mahu melepaskan peluang untuk menjual minuman yang menjadi kegilaan ramai itu. Ada juga yang menambah 'cheese brulee' sebagai perisa tambahan.

Baca: Status Halal Xing Fu Tang Menurut Jakim

So far, Xing Fu Tang dan The Alley tak ada di Kota Bharu. What a bummer, teringin juga nak rasa dan join sekali kegilaan terhadap minuman ini. Jangan risau, jom lihat antara kedai boba di Kota Bharu yang boleh anda terjah.

6 Kedai Bubble Tea / boba di Kota Bharu


Richiamo Coffee


Merupakan rangkaian kafe berasaskan kopi. Menawarkan kopi premium enak buat penggemar kopi. Bukan sekadar kopi, Richiamo Coffee turut menyediakan pelbagai jenis minuman lain seperti pelbagai jenis air coklat, teh, serta jus segar.

Richiamo menawarkan minuman 'Brown Sugar Boba Milk' untuk memenuhi permintaan ramai. Nampak lemak berkrim kan? Ia cuma berharga RM9.90 sahaja.



Selain kopi, Richiamo yang terletak di Lembah Sireh turut menyediakan variasi piliha pencuci mulut dan makanan Barat.

Waktu operasi: 10 am -12 am
Alamat:  PT 410, NO 7-C, Bandar Lembah Sireh, 15050 Kota Bharu, Kelantan

Yoohoo Dessert Cafe


Nama pun 'dessert cafe', tentulah menu di sini lebih terarah kepada pencuci mulut dan minuman menarik sahaja.

Menu signature di sini adalah 'kakigori' iaitu hidangan yang berasal dari Jepun. Kakigori merupakan ais parut pelbagai perisa yang dicurahkan dengan susu. Antara perisa menarik yang ada adalah coklat, strawberry, caramel, matcha, gula melaka, teh ais, dan banyak lagi. Malah, ada juga yang dihidangkan bersama bebola boba.




Untuk minuman boba pula, mereka menyediakan Brown Sugar Fresh Milk Boba enak.

Saya yakin anda pasti rambang mata melihat menu mereka yang menyelerakan apatah lagi kesemuanya begitu comel!

Waktu operasi: 1 pm - 11 pm
Alamat: PT373, Jalan Sri Cemerlang 7/27, Bandar Kota Bharu, 15300 Kota Bharu, Kelantan

Kopi Mesin


Antara tempat makan menarik di Kelantan yang wajib anda cuba! Cukup popular di kalangan golongan muda, Kopi Mesin menawarkan variasi pilihan kopi menarik untuk para pelanggan.

Ia bukan sekadar kedai kopi biasa, tetapi menggunakan biji kopi berkualiti dari Brazil, Papua New Guinea, dan India.


Tidak minum kopi? Usah risau, kerana banyak lagi pilihan minuman sedap seperti coklat, teh, dan minuman berperisa yang lain. Boba milk turut dijual dengan harga berpatutan.

Selain itu, hidangan western seperti chicken chop, speghati, nachos, serta pelbagai jenis kek turut dijual. Dibuka seawal pagi,Ia juga merupakan tempat sarapan sedap di Kota Bharu dengan juadah nasi lemak serta roti bakar.

Kopi Mesin membuka dua buah cawangan setakat ini iaitu di Lundang, dan di Langgar.

Waktu operasi: 7 am - 1am
Alamat: 4663B, Jalan Sultan Yahya Petra, Langgar, 15200 Kota Bharu, Kelantan

Tiny Elephant


Salah satu kafe hipster di Kota Bharu yang menjadi kegilaan golongan muda di sini. Mereka turut menawarkan Boba Fresh Milk dengan harga RM10. Melalui review pelanggan di laman sosial, Boba Fresh Milk mereka sedap, creamy, dan bobanya tidak terlalu manis.



Menu lain yang ada di Tiny Elephant - Soft Serve & Coffee adalah hidangan western, pencuci mulut, dan pelbagai jenis kopi.

Tiny Elephant Wakaf Che Yeh turut menyediakan menu sama.

Waktu operasi: 12.30 pm - 12.30 am
Alamat: 1122, T/B, Jalan Tengku Petra Semerak, Bandar Kota Bharu, 15000 Kota Bharu, Kelantan

Coolblog


Seingat saya, Coolblog adalah antara pelopor minuman berperisa dengan boba di Malaysia. Coolblog memperkenalkan Milk Tea with pearls. Pearls to boba lah! Bukan main banyak lagi perisa minuman yang ditawarkan.


Ketika trend boba ini sedang hangat, Coolblog hadir dengan Black Tiger Premium Milk Tea and Coffee. Pelanggan boleh pilih di antara teh atau kopi premium dengan boba gula perang istimewa. Harganya cuma RM6.50 sahaja.

Tealive


Jenama minuman teh, Tealive sudah tidak perlu diperkenalkan lagi. Bukan hanya keenakan minumannya tetapi pertikaian di antara Chatime vs Tealive yang berpanjangan.

Tealive menjadi kegemaran ramai dek kerana menawarkan pelbagai jenis minuman enak. Biarpun memfokuskan teh, air coklat, kopi, dan jus segar juga digemari pelanggan.

eunicechow.com

Bang Bang Milk Tea yang disertakan dengan boba agak popular ketika ini. Harganya cuma RM7.45 sahaja.

But my personal favorite adalah Strawberry Pudding dan Ice Plum Cooler (air asam boi)

Nah, itu dia antara kedai boba dan bubble tea di Kota Bharu. Tapi sekarang ni dah banyak gerai tepi jalan yang menjual boba. Harganya jauh lebih murah dan boleh tahan sedap!