Memaparkan catatan dengan label lifestyle. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label lifestyle. Papar semua catatan

Sabtu, 10 November 2018

,
Seperti yang kita tahu, Lazada Malaysia sentiasa mengadakan potongan harga. Boleh dikatakan ada sahaja jualan murah yang berlangsung sepanjang tahun. Tetapi pada 11 November 2018 ini lain pula ceritanya. Lazada telahpun melancarkan jualan terbesar iaitu Lazada 11.11 Shopping Festival! Inilah masanya untuk kita beli barang online sebab majoriti barang memang murah!

Lazada 11.11 Shopping Festival ini berlangsung 24 jam sahaja tau. Siap ada countdown menunggu saat tibanya tarikh tersebut di televisyen. Kiranya tahun ini Lazada jualan besar-besaran. Mana tidaknya, beberapa minggu sebelum tibanya tarikh 11 November lagi sudah banyak promosi yang boleh kita lihat di pelbagai medium.


Oleh kerana promosi ini cuma SATU HARI sahaja, macam rugi pula kalau tak beli barang. Sebab banyak potongan harga yang diberikan. Manalah tahu kalau harga barang yang menjadi idaman itu tiba-tiba melonjak naik pada keesokkan harinya?


Untuk tahun ini saya target tiga barang di Lazada untuk dibeli pada promosi 11.11 nanti. Harap-harap semuanya ada diskaun.

3 Item Idaman Sempena Lazada 11.11 Shopping Festival


1. Xiaomi Mi A2 Lite


I fell in love with this phone ever since I laid my eyes on it. Lihat sahaja designnya yang tampak premium. Kalau nak tahu, Xiaomi Mi A2 Lite merupakan telefon yang menawarkan spesifikasi sedikit rendah berbanding Xiaomi Mi A2.


Tetapi ia masih dijana dengan Android 8.1 Oreo berasaskan program Android One. Android One adalah faktor utama kenapa saya nak sangat phone ini. Berapa kerat sahaja peranti Android di pasaran yang menggunakan Android One.

Bahkan, ia dikelaskan sebagai telefon kelas pertengahan terbaik oleh ramai tech Youtuber.


Pada saat artikel ini ditulis ia berharga RM689 (4GB/62GB) dan RM589 (3GB/32GB). Harap-harap ada diskaun pada promosi 11.11 nanti.

Belum pernah beli telefon di Lazada, there's always the first time for everything right?

2. Casa Concepts Oslo End Table Side Table White


I think my bedroom is not complete without a bedside table dan Casa Concepts Oslo Side Table ini nampak kena sangat dengan style yang saya nak. Tambahan pula, saya beli Eames Chair yang cantik tu tahun lepas.



Rasanya bedside table ni boleh match dengan kerusi Eames tu. Sebab rekaannya moden dan timeless. Murah je harganya, cuma RM 41.80.

3.The Ordinary Niacinamide 10% + Zinc 1%


Serum ni dah jadi salah satu item yang wajib ada dalam every girl's skincare products. Jenama yang terkenal dengan serum sudah semestinya The Ordinary. Mereka keluarkan pelbagai jenis serum, tapi saya nak yang The Ordinary Niacinamide 10% + Zinc 1%.



Fungsi Niacinamide ni basically mengecilkan liang pori, memperbaiki kulit kusam, mencerahkan tona kulit, mengurangkan cela, dan.... ada glowing effect! Yezza! Harga RM54 sahaja.

Kalau anda tak pernah beli barang online, saya dah tulis artikel - Cara Beli Barang di Lazada yang boleh dijadikan sebagai rujukan.

Senang je sebenarnya. Lagipun banyak cara pembayaran Lazada yang boleh digunakan. Contohnya online banking, Maybank2u installment, credit/debit card, dan termasuklah bayar di 7 Eleven.

So, barang apa yang korang plan nak beli pada Lazada 11.11 Shopping Festival nanti?

Rabu, 31 Oktober 2018

,
SGShop Malaysia Haul - Beli Barang dari Taobao | Beberapa hari lepas saya ada menerima bungkusan pembelian dari SGshop. Memandangkan saya betul-betul berpuas hati dengan perkhidmatan dan barang yang diterima, I thought I would like to share gambar barang yang saya beli dan pengalaman shopping di SGshop.

Tidak pernah dengar tentang SGshop? Tapi tahu tentang Taobao kan? E-merchant terbesar di China yang menjual barang dengan harga murah tu. Kedua-dua platform ini ada kaitan tau.


Apa itu SGshop?


Basically SGshop adalah agent rasmi Taobao. Kalau nak beli barang dari website Taobao agak rumit kerana laman webnya berbahasa Cina. Proses pembayaran pun leceh kerana memerlukan pertukaran matawang. Malah rumit juga untuk berurusan dengan mereka jika berlaku kerosakan.

So this is when SGshop becomes handy.

Kiranya anda beli barang dari Taobao menggunakan SGshop. SGshop akan mengumpul semua barang yang anda beli di gudang untuk proses pemeriksaan jika berlaku kerosakkan atau sebagainya. Kemudian barulah ia dihantar ke alamat rumah anda.

Lebih mudah dan pembayarannya sama sahaja dengan beli barang dari e-commerce lain. 

Anda boleh baca denga lebih detail di - Cara Beli Barang dari China di SGshop Malaysia 

SGShop Malaysia Haul


So, saya beli 3 barang iaitu tshirt NASA, aesop bottle shooting prop, dan Western Digital My Passport TB. Kesemua item yang saya order sampai dalam keadaan baik. So here is my SGshop Malaysia review! 
  • Tshirt NASA (RM33.79) - Dah lama aim tshirt yang lada logo NASA sebab I have been seeing shirt a lot in movies. Kainnya sangat lembut dan berkualiti. Banyak saiz yang boleh dipilih. Mine is slightly bigger, but that's okay.
  • Aesop Bottle Photography Prop (RM4.59) - As a blogger, saya perlu pastikan setiap gambar yang diselitkan dalam artikel adalah berkualiti. Lebih-lebih lagi job review/advertorial yang memerlukan saya ambil gambar produk. Jadi Aesop bottle boleh dijadikan sebagai prop. Kalau letak atas bookshelf pun lawa.
  • WD My Passport 1TB - Ini juga salah satu benda yang saya dah laaama inginkan. If you know me, I am a movie geek! Hard disk sedia ada dah hampir penuh dan kalau boleh tak nak simpan dalam laptop. Ni first time beli hard disk di Taobao, terbaik dan original! Problem solved!




Sangat-sangat berpuas hati dengan perkhidmatan SGshop. Banyak melancarkan urusan untuk beli barang dari Taobao. Kalau anda seorang peniaga online dan ingin borong barang China, guna sahaja SGshop.

Ciri Live Chat untuk bantu pelanggan


Satu lagi perkara yang saya suka tentang SGShop ini adalah fungsi Live Chat yang ada di laman web mereka. Anda boleh bertanyakan soalan kepada customer service secara terus kalau ada sebarang kemusykilan. Tak perlulah call ataupun hantar email. Diorang pun laju je reply.

Anda boleh shopping dengan mudah melalui laman web www.sgshop.com.my ataupun aplikasi SG Shop Malaysia di telefon pintar. Anda boleh muat turun secara percuma melalui di peranti iOS ataupun Android.

SGshop 11.11 Treasure Hunt


Okay, sekarang anda boleh usha SGshop Malaysia. Mereka sedang mengadakan promosi besar besaran bermula 1 Nov - 15 Nov 2018. Antara yang menarik termasuklah Treasure Hunt  yang menawarkan potongan hari tanpa caj perkhidmatan, dan rewards! Promosi bermula 11 Nov - 15 Nov 2018 sahaja.


#1111TreasureHunt
#SGshop
#20181111


SGshop is the best Taobao agent in Malaysia, tak perlu ragu-ragu. Malah mereka memudahkan anda untuk beli barang dari Taobao!

Isnin, 29 Oktober 2018

,
Saya pasti anda semua pernah dengar yang beli barang dari China secara online ni murah bukan?Apa yang anda dengar tu semua betul. Kita boleh beli macam-macam barang dari China dan paling best harganya jauh lebih murah. Tapi ramai yang ragu-ragu dan tak tahu macam mana caranya. Guess what, saya dah pernah shopping melalui SG SHOP! Memang berpatutan dan tak sangka mudah je sebenarnya. Jadi dalam artikel ini saya akan kongsikan pengalaman beli barang di SGShop Malaysia.

Sebelum itu, saya nak terangkan konsep SGshop kepada anda yang masih belum tahu.

Apa itu SGShop?


SGsHop adalah agen kepada portal membeli-belah terbesar di China iaitu Taobao. Taobao lebih kurang seperti Amazon dan Ebay di Amerika Syarikat. Dalam bahasa mudah, SGShop ini seperti orang tengah di antara anda dan Taobao.

Kiranya anda shopping barang Taobao di website SGshop. Kemudian, semua barang yang anda beli akan dikumpulkan dalam warehouse SGshop. Mereka akan uruskan semua hal termasuklah semak kualiti barang dan berurusan dengan kastam sebelum dihantar kepada anda. Best Taobao agent in Malaysia!


Kenapa tidak beli barang terus dari laman web Taobao sahaja?
Taobao memang e-dagang yang dipercayai. Tetapi website bukan dalam English. Anda perlu menanggung risiko kos refund sekiranya berlaku kerosakan. Kalau kita beli banyak barang terutamanya dari seller berbeza, barang yang dibeli itu akan sampai berasingan. Leceh kan?

Lagi satu, di SGshop anda beli dengan matawang Ringgit. Tak perlu tukar matawang atau guna PayPal. Transaksi sama seperti anda eli barang di e-merchant yang lain.

SGshop akan semak semua barang yang anda beli. Jika berlaku kesulitan atau kerosakkan mereka akan berurusan dengan seller. Anda tak payah pening-pening kepala dah.

SGshop ni trusted agent tau. Malah, kalau anda search 'Taobao' di Google, laman web SGShop akan terpapar di halaman pertama. So, tak perlu ragu-ragu.

Promosi SGShop 11.11 Online Shopping Festival


Anda mungkin nak baca artikel ini dengan lebih lanjut sebab SGshop bakal mengadakan  jualan besar-besaran pada 11 November nanti!

Time ni banyak produk dikenakan diskaun  sehingga 90%! Bukan sekadar diskaun, tapi ada game khas yang berlangsung mulai 1 Nov - 15 Nov 2018! Tema tahun ini adalah Treasure Hunt! Dalam game Treasure Hunt ini anda berpeluang mendapatkan potongan harga, reward, hari tanpa caj perkhidmatan.

#1111TreasureHunt
#SGshop
#20181111


Baca cara beli barang Taobao di bawah. Ini adalah salah satu cara untuk borong barang China online dengan harga murah.

Procedure shopping di SGshop ni lebih kurang sama je dengan e-merchant lain. Cuma ada beberapa langkah tambahan. Biasalah, beli barang terus dari overseas kan? Tapi tak susah pun. Meh saya tunjukkan.

Satu perkara yang perlu anda tahu iaitu anda perlu BUAT PEMBAYARAN SEBANYAK DUA KALI:

1- Harga total barang yang dibeli
2- Kos penghantaran dari gudang SGshop ke rumah anda.

Cara Beli Barang dari China dengan SGshop Malaysia


Langkah 1: Layari www.sgshop.com.my, dan daftar akaun dengan klik 'Register'.


Langkah 2: Bila dan siap daftar, anda sudah boleh pilih barang-barang yang anda nak beli. Banyak kategori yang disediakan. Pastikan anda tanda preference dengan tepat. Contohnya warna dan saiz produk. Contoh macam kat bawah.


Langkah 3. Puas hati dengan pilihan barangan, tekan 'Add To Cart'. Kalau nak beli barang lain, ulang langkah sama. Bila dah selesai, baru ke 'My Cart' untuk proses pembayaran.

Langkah 4: Di bahagian 'My Cart' anda akan lihat jumlah keseluruhan barang yang ingin dibeli. Untuk bayar klik 'Next'.


PEMBAYARAN PERTAMA 

Langkah 5: Pembayaran pertama adalah di mana anda membayar semua barang yang anda beli. Semak dengan teliti, sebab sesetengah produk dikenakan 'Domestic Shipping' iaitu kos penghantaran dari seller ke gudang.

Pilih jenis transaksi sama ada Visa/Mastercard, Online Banking, FPX, atau Account Balance. Anda akan terus dibawa ke halaman bank yang anda pilih, dan buat bayaran. Siap!


Okay, dah selesai pembayaran pertama. Anda akan dapat email pengesahan pembayaran. Sekarang ni anda kena tunggu sehingga semua barang yang anda beli tu dihantar ke gudang SGShop.

Sementara itu anda boleh check semua status barang.

Semak status barang

Untuk semak status barang sama ada dah sampai, anda boleh klik di Username (sebelah Log Out) > My Order > All


Gambar kat atas ni anda boleh tengok status 1 daripada 3 barang saya dan tiba di warehouse. Senang cerita bahagian 'My Order' ni adalah tracking page.

Apa yang anda perlu buat sekarang tunggu sehingga semua barang sampai ke warehouse sebelum proceed pembayaran kedua, iaitu kos penghantaran dari warehouse SGShop ke rumah anda.

PEMBAYARAN KEDUA

Bila semua barang mempunyai status 'Warehouse Entry', ini bermakna ia sudah tiba di gudang SGShop. Anda sudah boleh mula buat pembayaran kedua untuk proses penghantaran dari China ke Malaysia.

Kos penghantaran ini melibatkan:
- International shipping fee
- Service charge
- Clearance fee

Langkah 1: Klik Username > My Order > Arrived China Warehouse > Klik 'Submit Delivery'


Langkah 2: Anda akan di bawa ke laman ' Select Shopping Method'. Di sini anda perlu masukkan alamat rumah, dan pilih cara penghantaran.

SGshop shipping fee
Langkah 3: Lepas tekan 'Submit Delivery' anda akan di bawa ke laman untuk pilih cara penghantaran. Terdapat 2 cara penghantaran dan setiap satu daripadanya berbeza dari segi tempoh dan harga.

Sea Shipping paling murah, tapi masa yang di ambil agak lama. Kalau nak cepat anda boleh pilih Air Shipping, tapi ia agak mahal.

Langkah 4: Pastikan nama penuh dan alamat adalah tepat. Kemudian pilih 'Next'.


Langkah 5: Anda akan dipaparkan dengan semua barang yang anda beli berserta dengan kos penghantaran. Lihat contoh di bawah, total shipping kos barang yang saya beli cuma RM18.98. Murah kalau nak dibandingkan jika anda beli terus melalui Taobao.

Pilih 'Pay' dan anda akan terus di bawa ke laman pembayaran. Siap!


Mudah je shopping di SGshop ni. Kat bawah ni saya sertakan proses pembeliannya supaya anda mudah faham.

1. Pilih barang di SGshop
2. BAYAR harga barang
3. Tunggu seller hantar barang ke warehouse SGshop di Guang Zhao
4. BAYAR untuk proses penghantaran
5. Terima barang

Saya dah terima semua item yang saya beli dalam keadaan baik dan sangat berpuas hati. Saya akan tulis review dalam artikel akan datang!


Seronok bila dah tahu cara nak beli barang dari China/Taobao dengan mudah. Guna SGshop sahaja. Memang rambang mata nak pilih. Banyak pakaian, aksesori yang murah berbanding e-merchant yang lain. Kalau anda peniaga online, boleh beli secara borong!

Rabu, 17 Oktober 2018

,
Jerawat merupakan mimpi ngeri setiap individu. Ia bukan sahaja menampak cela pada wajah, bahkan bintik-bintik merah ini boleh mengurangkan keyakinan diri. Ya, jerawat pada muka adalah normal. Tetapi tahukah anda, ada cara untuk mengawalnya. Teruskan membaca artikel ini untuk mengetahui cara menjaga kulit muka daripada jerawat.


Punca jerawat tumbuh


  • Hormone
  • Pori tersumbat
  • Stress
  • Diet
  • Cuaca
  • Cosmetics (comedogenic oils)
  • Pemakanan
  • Kebersihan 

Kalau nak diikutkan, memang banyak cara penjagaan muka yang boleh anda amalkan. Kulit yang bebas jerawat bukan sahaja membuatkan wajah mulus. Tetapi anda juga bakal tampak berketerampilan di hadapan umum.

Berikut berupakan beberapa tips menghindari wajah daripada jerawat.

Cara Menjaga Kulit Muka daripada Jerawat



1. Kerap mencuci muka


Mencuci muka adalah tulang belakang dalam penjagaan wajah. Ini kerana setiap hari kulit kita terdedah kepada kotoran, minyak, dan makeup. Anda WAJIB mencuci muka sekurang-kurangnya dua kali sehari. Iaitu waktu pagi dan sebelum tidur.

Pencuci muka mampu membuang sel kulit mati, mencegah jerawat, membersihkan liang pori, mengawal minyak, dan membersihkan kulit dari pencemaran


Sebelum itu anda kena kenal pasti jenis kulit. Sama ada normal, kering, berminyak, ataupun kombinasi. Anda boleh rujuk artikel - Pencuci Muka Terbaik Untuk Kulit Kering dan Berminyak untuk mengetahui produk pencuci muka terbaik.


Setakat ini, pencuci muka Cetaphil adalah antara cleanser terbaik. Ia merupakan pencuci muka berjerawat yang sering diperkatakan. Terdapat dua variasi yang boleh anda pilih iaitu Gentle Skin dan Oily Skin. Gentle Skin untuk kulit normal dan kering. Manakala Oily Skin adalah pencuci muka kulit berminyak.

2. Guna moisturizer / pelembab muka


Sama seperti mencuci, menggunakan moisturizer juga termasuk dalam rutin harian penjagaan wajah. Kulit kering mahupun berminyak, kedua-duanya boleh mengakibatkan jerawat. Buang tanggapan yang kulit berminyak tidak memerlukan pelembap kerana moisturizer mampu mengawal penghasilan minyak yang berlebihan.

Baca juga: Moisturizer Untuk Kulit Berminyak

3. Jangan picit jerawat!


Satu habit yang harus dibuang. Tangan tu jangan gatal sangat picit jerawat masa tengok tv. Memicit jerawat bukanlah jalan penyelesaiannya, malah bakal membawa kepada masalah yang lebih buruk.

Tangan, jari, dan kuku mempunyai banyak bakteria. Memicit jerawat membuatkan lebih banyak kuman masuk ke dalam kulit. Ia berkemungkinan akan membiak ke seluruh wajah, dan nak tahu apa yang lebih teruk? PARUT!


Ya, oleh itu jangan picit dan jangan sesekali menyentuhnya. Ini adalah tips penjagaan muka berjerawat yang paling penting.

4. Jaga pemakanan


Apa kaitan makanan dengan jerawat? Reaksi tubuh anda terhadap makanan itu sendiri sebenarnya boleh mengakibatkan jerawat. Contohnya makan makanan berminyak menyebabkan wajah berminyak.

Sebelum itu, ingin saya ingatkan bahawa kacang BUKAN punca jerawat okay. Itu semua mitos mengarut. Tak baik fitnah kacang sampai macam tu sekali.


Antara makanan yang boleh menyebabkan jerawat adalah:
Makanan berlemak dan bergoreng
Minuman berkafein dan berkarbonat
Makanan segera

5. Hindari dari panas matahari


Terdedah kepada pancaran matahari secara terus mengakibatkan kulit berminyak, terdedah kepada habuk, pori tersumbat dan breakout.

Untuk itu, amalkan memakai sunscreen setiap kali keluar rumah. Tidak mengira apa jenis cuaca sekalipun. Kita sering lupa penjagaan kulit muka ini. Banyak sunscreen di pasaran yang anda boleh beli. Beli yang untuk kegunaan harian tau, jangan beli sunblock untuk mandi pantai tu. Heee!

Contoh produk sunscreen yang anda boleh cuba adalah Biore UV Perfect Block Milk Moisturizer dan Biore UV Aqua Rich Watery Essence.Pilih sekurang-kurangnya paling spf 30+.

6. Scrub wajah 2 kali seminggu


Teknik ini merupakan salah satu cara merawat wajah agar putih dan tidak berjerawat. Fungsi scrub adalah untuk membuang sel kulit mati atau exfoliate, supaya wajah anda kekal bersih dan segar. Selain itu ia merupakan cara melicinkan muka dengan cepat.

St Ives scrub paling berkesan
Scrub wajah anda sekurang-kurangnya 2 kali seminggu. Jangan lebih, nanti ia boleh mengeringkan kulit. Selain itu, jika scrub yang anda guna itu mempunyai biji-biji halus, elakkan menyapunya terus di atas jerawat untuk mengelakkan luka.

Banyak jenama scrub di pasaran yang boleh anda cuba. Scrub terbaik adalah St Ives. Terdapat banyak variasi yang boleh anda pilih.

7. Minum air secukupnya


Jika anda mengalami dehidrasi, badan akan menunjukkan tanda-tanda seperti nampak kusam, dan wajah akan menghasilkan minyak berlebihan.


Minum sekurang-kurangnya 2 liter air setiap hari. Percayalah, petua kecantikan muka ini memang berkesan.

8. Kurangkan makeup


Wanita sering menggunakan makeup untuk menutup jerawat dan cela pada kulit. Ya, ia memang berkesan... untuk jangka masa pendek. Tetapi mereka lupa yang makeup juga adalah punca kepada jerawat.

Memakai makeup yang tebal menyebabkan anda sukar untuk menanggalkannya. Sehinggakan makeup remover sendiri tidak mampu mampu menghilangkannya 100 peratus. Hasilnya ia ia tersimpan di dalam pori sebelum bertukar menjadi jerawat.

9. Guna tea tree oil


Tea tree oil memang terkenal sebagai salah satu cara merawat kulit berjerawat. Cuba sapu pada kawasan berjerawat. Kalau nak tahu ini adalah cara orang Korea jaga kulit muka.


Produk yang mempunyai ektrak tea tree oil memang banyak di pasaran. Contohnya Aiken, Body Shop, dan Cosmoderm.

10. Jaga kebersihan diri


Cara menjaga muka dnegan baik bermula dengan kebersihan. Kalau kebersihan pun acuh tak acuh, memang padanlah jerawat tumbuh. Pastikan anda kerap tukar sarung bantal dan cadar kerana itu adalah salah satu tempat bakteria membiak.



Selain itu, jangan lap muka menggunakan tuala di dalam bilik air. Anda perlu tahu yang tuala mengumpul bakteria yang ada di dalam tandas. Cuba teka dari mana datangnya bakteria tersebut?! EW!!!

Sebenarnya cara menjaga kulit muka daripada jerawat ini memang mudah. Antara mahu dan tidak sahaja. Selain itu, keluarkanlah sedikit belanja untuk menjaga wajah. Supaya muka lebih licin dan berseri!

Rabu, 26 September 2018

,
Lazada buat hal lagi. Tak cukup dengan harga murah setiap hari dan baru sahaja buat jualan 9 September lalu. Kali ini Lazada akan buat sebuah lagi promosi hebat pada 27 September 2018! Jualan besar-besaran kali ini dinamakan SUPER SHOPATHON SALE yang hanya akan berlangsung 1 HARI sahaja!

Patutlah namanya 'shopathon', rupa-rupanya kita kena cepat-cepat beli barang kerana anda hanya akan menikmati harga diskau gila-gila hanya pada 27 September sahaja.


Kenapa saya cakap tak perlu ragu-ragu? Kerana Lazada mempunyai kedai rasmi atau official store. Ia merupakan pilihan jenama utama tempatan dan antarabangsa. Ini bermakna barang yang dijual 100% tulen dan dari pengedar yang sah. Anda boleh pilih pelbagai jenama popular seperti Apple, Samsung, Phillips, Dypers, SengHeng, dan banyak lagi.

Okay, berbalik kepada Super Shopathon Sale...

Jualan Super Shopaton Sale - Diskaun Gila Hanya 27 Sept Sahaja


Kalau korang tengah plan nak beli barang, baik beli sekarang dan jangan tunggu lagi. Manalah tahu kot-kot dah tak akan dapat harga serendah itu. Korang nak beli produk dari brand apa?

Saya sendiri tengah usha beberapa barang. Memandangkan Lazada ni ada official store, maka saya pilih sahaja produk dari kedai rasmi. Dan kedai rasmi itu adalah:


Watsons


Drugstore paling popular di Malaysia! Orang perempuan bila masuk dan masuk Watsons, wajib beli barang. Macam-macam jenis produk penjagaan ada. Dari alat makeup, skincare, hinggalah ke ubat-ubatan. Ladies, this is Malaysia online beauty store!


Watsons menjadi pilihan kerana setiap produk yang dijual diiktiraf dan dipercayai oleh orang ramai. Senang cerita, produk bebas merkuri! So saya tengah usha beberapa produk skincare seperti:
  • VASELINE Lip Therapy Rosy (RM14.05) - No one wants bibir menggelupas you guys. Jenama Vaseline memang terkenal dengan produk merek yang membantu melembabkan kulit. Lip Therapy ni khas untuk bibir supaya kekal lembap dan pink.
  • HADA LABO Super Hyaluronic Acid Moisturizing Cleansing Oil (RM54.62) - Cleansing oil ni penting membersihkan muka dengan lebih mendalam. Terutama jika anda sering pakai makeup.

Western Digital


Jenama yang terkenal dengan peralatan storan digital seperti hard disk. Western Digital (WD) adalah brand terbaik berbanding jenama seumpamanya. So, since I am a movie geek... Hard disk saya dah penuh. Saya memerlukan sebuah external hard disk yang baru so I could store all of my movies and Tv series in it. Desperate ni.


  • WD My Passport Lumen 2TB Portable Hard Disk (RM269) - 2TB, cukup kan? Lol!


Casio


Casio pun ada official store di Lazada. Jam tangan memang antara produk yang sering mendapat diskaun. Super Shopaton Sale mesti ada potongan harga jugak. Bukan sekadar jam tangan, kalkulator, kamera, dan alat music turut dijual di Lazada.


  • Casio General LTP-1302D-1A1 Stainless Steel Band Women Watch - My current fav! (RM186)

In case anda belum pernah beli barang online, you are missing out. Lazada merupakan Malaysia's online shopping website nombor satu. Tak perlu ragu-ragu nak beli barang. Saya dah tulis tatacara untuk beli barang di Lazada. Anda boleh baca di sini - Cara Shopping di Lazada.

Cara pembayaran pun senang. Kalau anda tak nak guna online banking, Lazada turut menawarkan cash on delivery.

Pastikan anda semak harga barang pada Shopathon Sale, 27 Sept! Kalau nampak harga rendah, beli je terus! Ingat tau 1 HARI sahaja. Anda boleh shopping di sini - https://www.lazada.com.my/super-shopathon-sale/