Memaparkan catatan dengan label panduan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label panduan. Papar semua catatan

27 April 2018

Ini Cara Bagaimana Meningkatkan Jualan Bisnes Tudung


Kalau kita perhatikan, perniagaan simple yang bertahan lama adalah bisnes tudung. Sama ada secara online atau offline bisnes ini sentiasa mendapat perhatian di Malaysia.

Bisnes tudung mempunyai potensi besar kerana sudah menjadi lumrah wanita ingin tampil cantik. Tidak kiralah remaja mahupun wanita yang sudah berusia, semua ingin menjaga keterampilan di mata umum. Ingat, wanita tidak akan berhenti dari membeli tudung! Kalau tak, tak akan wujud perkataan "hijabster" kan?

Kenapa buat bisnes jual tudung? 

Apa yang membuatkan bisnes ini hot adalah kerana permintaan sepanjang masa dan tak perlu tunggu musim perayaan. Tudung juga tidak mempunyai tarikh luput seperti makanan dan alat kosmetik. Jadi anda boleh simpan untuk jangka masa yang lama.

Malah, modal memulakan bisnes tudung juga hanya beberapa ratus ringgit sahaja. Dan yang paling best, boleh jual dari rumah sahaja iaitu secara online.

Nampak mudah tapi ia tidak boleh dijalankan secara sambil lewa sahaja.

Punca bisnes tudung gagal

Antara faktor utama perniagaan ini gagal adalah kerana majoriti peniaga tidak mempunyai ilmu yang secukupnya. Main redah sahaja. Ada sejumlah tudung dan akaun Facebook/Instagram dikatakan sudah cukup untuk berniaga. Main redah je. Kemudian, merungut:

"Kenapa takde orang beli tudung aku?"
Tips bisnes online paling laris ini sudah pun didedahkan dalam ebook Bisnes Tudung.

Ini Cara Bagaimana Meningkatkan Jualan Bisnes Tudung

Terdapat beberapa strategi asas yang perlu anda ikut untuk melariskan bisnes tudung.

GOLONGAN SASAR
Anda kena tahu TIGA golongan utama yang sentiasa beli tudung. Anda tak perlu dah susah-susah nak fikir nak jual kepada siapa. Hanya fokus kepada 3 golongan ini.

Baca juga: Cara Berniaga di Instagram

TIPS GAMBAR MEMUKAU
Dah nama pun berniaga dari rumah secara online. Maka kenalah berjimat dalam setiap aspek termasuklah kualiti gambar yang anda muat naik di media sosial. Tak perlu upah jurugambar profesional dan guna iPhone X.

Dengan teknik tertentu, telefon yang anda gunakan sekarang sudah memadai untuk ambil gambar 'killer'.


TEKNIK LETAK HARGA
Mungkin anda aware dengan benda ni. Bagaimana untuk bersaing penjual tudung lain yang suka main dan lawan harga! Apabila anda tahu teknik ini, anda dah tak perlu gentar lagi dengan pesaing.

MENGATASI PERSAINGAN
Bercakap tentang persaingan, memang ramai sangat yang dah jual tudung. Kalau anda buka Facebook, beratus yang keluar. Sebab banyak yang kena belajar supaya bisnes anda lebih stand out dari mereka.

AYAT IKLAN
Ini salah satu strategi terpenting kalau nak berniaga secara online. Macam mana nak yakinkan pelanggan supaya beli tudung anda.

Baca juga: Panduan Jual Burger Menguntungkan

SUPPLIER
Nak jual tudung, tapi tudung tu nak ambil dari mana? Nah, ebook Bisnes Tudung ni mendedahkan supplier lengkap dengan nombor telefon dan alamat. Supplier-supplier ini adalah supplier yang boleh dipercayai, malah, banyak juga jenama tudung besar seperti Neelofar Hijab, Calaqisya, Apple Scarf dan banyak lagi, turut menggunakan suplier ini.


Anda boleh cuba rujuk panduan Bisnes Tudung yang ditulis oleh MADIHAHSCARF. Pengasasnya nak kongsikan semua tips dan strategi bagaimana dia boleh untung sampai RM15k sebulan.

Semoga berjaya!

Entri sebelum ini: Review Innisfree Jeju Volcanic Pore Clay Mask


Terima kasih kerana membaca Ini Cara Bagaimana Meningkatkan Jualan Bisnes Tudung

23 Disember 2017

Pantang Larang Tambah Tinggi dengan HI-PLUS



Pantang Larang Tambah Tinggi dengan HI-PLUS. Perbezaan ketara dengan rakan/pasangan, tampak tidak bergaya dan kurang menarik merupakan antara masalah utama yang dihadapi mereka yang kurang ketinggian.

Bahkan, sering diejek 'tidak cukup inci' dan panggilan nama menyebabkan golongan itu kurang keyakinan diri dan mengalami masalah sosial.

Cara untuk tambah ketinggian

Malu berhadapan orang sekelilng menyebabkan golongan in mula mencari jalan bagaimana untuk menambah ketinggian walaupun sudah berusia 20-an.

Terdapat pelbagai cara dan petua untuk tingkatkan ketinggian. Kaedah paling popular adalah melakukan senaman ringan seperti:

- Bergayut
- Melompat
- Berenang
- Menendang

Mengamalkan gaya hidup sihat seperti mendapatkan tidur yang cukup dan diet seimbang juga mempengaruhi tumbesaran tulang. Malah, kini terdapat supplement khusus untuk tambah ketinggian seperti HI-PLUS.

Pantang Larang Tambah Tinggi dengan HI-PLUS

Hi-Plus

Hi-Plus merupakan makanan tambahan atau supplement yang mempunyai formula lengkap untuk tambah ketinggian. Supplement berbentuk tablet kunyah ini mengandungi sejumlah nutrien yang telah disahkan secara klinikal mampu memberikan tulang anda nutrien yang diperlukan untuk menambah ketinggian.

Apa yang terkandung dalam Hi-Plus?

Bahan-bahan yang terkandung dalam Hi-Plus adalah semula jadi yang sejak dari dulu lagi kita dengar tentang kebaikannya untuk tumbesaran.

Sijil Halal dan diluluskan JAKIM dan KKM

Anda tak perlu risau dan ragu-ragu kerana produk ini dijamin selamat. Ini kerana Hi-Plus telah mendapat pengiktirafan Halal dari Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan telah melalui proses penapisan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Ia juga tidak mempunyai kesan sampingan.

Pantang Larang Tambah Tinggi dengan HI-PLUS

Pantang Larang Tambah Tinggi dengan HI-PLUS

Sama seperti penjagaan kesihatan, nak tambah ketinggian pun ada dos and don'ts atau pantang larang tersendiri. Melakukan perkara yang saya senaraikan dibawah menyebabkan nutrisi tidak dapat dihadam dengan sempurna dan boleh membantutkan ketinggian.

  • Merokok: Bukan sahaja boleh menyebabkan kanser, tetapi merokok juga menghalang tumbesaran dengan memperlahankan perjalanan darah ke tulang. 
  • Kurang tidur: Tubuh mengeluarkan rangsangan proses tumbesaran ketika tidak mendapat tidur yang mencukupi akan menyebabkan tubuh anda ketinggalan untuk mendapatkan proses tersebut. 
  • Minum minuman berkafein: Mengurangkan potensi kalsium untuk diserap oleh tulang secara efektif.

Kalau sedang dalam proses menambah ketinggian, tolong elak dari melakukan tiga perkara ni. Kalau tak sia-sia je diet dan exercise. 

Hi-Plus berkesan dan sesuai untuk lelaki dan wanita

Diet yang sihat serta kalsium, protein, vitamin D, dan senaman yang konsisten, dan diikuti pengambilan makanan tambahan seperti Hi-Plus, boleh meningkatkan ketinggian. Malah, tablet kunyah ini sesuai untuk lelaki dan wanita.

Ramai yang telah mengambil supplement ini dan menunjukkan kesan positif. Mereka berjaya menambah ketinggian sebanyak beberapa sentimeter (cm) dalam masa sebulan. Saya sertakan beberapa testimoni dari mereka yang pernah menggunakan Hi-Plus.


Hi-Plus dijual dengan harga berpatutan, dan lebih menarik anda akan menikmati TUJUH bonus tambahan (free gifts) dengan setiap pembelian.

- Hi-Max (supplement tambahan)
- Kad Jaminan - wang akan dikembalikan dalam masa 90 hari
- Penghantaran percuma
- Siri Video Rahsia Menambah Ketinggian
- Buku Rahsia Tambah Ketinggian
- Check Rutin Harian Hi-Plus
- Informasi  Nutrisi untuk Tinggi

Berminat dengan produk ini boleh hubungi:

Laman Web: http://www.hi-plus.my/
Tel: 019-3723381


Entri sebelum ini - Sinopsis Kekasih Paksa Rela Tv3

Terima kasih kerana membaca - Pantang Larang Tambah Tinggi dengan HI-PLUS

13 Disember 2017

Cara Dapatkan Job Review di Blog, Instagram dengan Sushivid


Cara Dapatkan Job Review di Blog, Instagram dengan Sushivid. Dah lama tak terbitkan entri tentang buat duit online. Seperti yang anda tahu, setiap pengguna platfom sosial media dan blog mampu jana pendapatan melaluinya.

Untuk blogger, saya dah cerita panjang lebar mengenainya dalam entri INI. Di mana penulis blog boleh buat duit melalui pelbagai cabang seperti pasang iklan, program affiliate, dan advertorial.

Saya sendiri dah merasa income dari tulis blog selepas mendaftar dengan:

- Klikjer
- Jobdirumah
- 8Share
- RevenueHits
- Adsense

Income yang diterima memang tinggi dan sangat berbaloi.

Job Review di Blog, Instagram dengan Sushivid

Bagi yang menggunakan plaform sosial media popular seperti Instagram, mengambil upah review produk atau servis pengiklanan sudah tidak asing lagi. Sekarang ni bukan artis je yang buat job review. Orang biasa yang mempunyai ribuan pengikut pun boleh buat duit. Begitu juga dengan Youtube, penerbit kandungan juga boleh menjana wang melaluinya.

Berkaitan: Cara Berniaga di Instagram

Kalau anda ada blog, Instagram, atau channel Youtube, jangan biarkan macam tu je. Sebab anda boleh job review dan dibayar dalam mata wang USD dengan platform tersebut.

Tapi persoalannya, macam mana nak dapatkan job review di blog, Instagram, dan Youtube ni? Senang je, daftar percuma dengan SUSHIVID.

Dapatkan Job Review di Blog, Instagram, Youtube dengan Sushivid

Apa itu Sushivid?
Dalam bahasa mudah, SushiVid berperanan sebagai platform untuk influencers yang aktif dalam 3 sosial media paling popular iaitu BLOG, INSTAGRAM, DAN FACEBOOK untuk mendapatkan job review atau tugasan berbayar.


SushiVid ni kira orang tengah yang menghubungkan influencers kepada syarikat/pemilik produk yang mencari seseorang untuk menghebahkan produk dan servis mereka.

Syarat daftar SushiVid

Daftar SushiVid adalah percuma. Tak perlu modal dan tak akan rugi. Tapi kena penuhi mana-mana syarat di bawah:

YouTubers: 250 subscribers
Instagrammers: 2,000 followers
Bloggers: 2,000 visits every month

Pilih salah satu yang anda rasakan layak. Macam saya, lebih kepada blog. Kalau anda ada ribuan pengikut di Instagram, sila daftar! Begitu juga dengan Youtuber.


Buat Duit USD dengan SUSHIVID

Apa yang paling best tentang SushiVid ni adalah anda boleh dapat upah bermula USD20 hingga USD700 untuk satu job.

Di SushiVid, terdapat banyak kempen atau tugasan yang sedang berjalan. Anda cuma pilih yang mana anda rasa boleh buat, kemudian klik PROPOSE dan SUBMIT. Contoh tugasan seperti di bawah:

Cara Dapatkan Job Review di Blog, Instagram dengan Sushivid

Jika terpilih, siapkan tugasan yang diberikan dan anda akan dibayar dalam masa terdekat.

Kalau anda blogger power yang mampu dapat ribuan views untuk satu post atau banyak Likes pada gambar Instagram, boleh la demand lebih. Tapi janganlah letak harga terlalu tinggi. Takut tak padan dengan potensi blog. Tak pasal-pasal kena reject.


Yang ada followers IG dan trafik blog 2,000 sebulan tu boleh daftar sekarang kalau nak merasa buat paid review. Jangan sia-siakan IG dan blog anda. DAFTAR DI SINI >> https://www.sushivid.com/

Lepas ni tak payah tunggu email job advertorial dari pengiklan. Masuk je Sushivid > lihat job/kempen yang berkenan di hati > propose > submit.

Senangkan?

Entri sebelum ini - Fakta Menarik Star Wars The Last Jedi

Terima kasih kerana membaca Cara Dapatkan Job Review di Blog, Instagram dengan Sushivid

27 September 2017

Tips Tingkatkan Jualan Air Balang

Tips Tingkatkan Jualan Air Balang

Tips Tingkatkan Jualan Air Balang. Bisnes air balang adalah antara yang popular kerana tidak memerlukan modal besar dan tidak bermusim. Permintaan tinggi terhadap air balang turut dipengaruhi oleh cuaca panas di Malaysia.

Berkaitan: Tips Bisnes Air Balang

Bayangkan ketika panas terik, adanya gerai yang menjual air kisar/ice blended dalam gelas besar pasti dapat menghilangkan dahaga.

Bagi peniaga air balang, ini adalah peluang keemasan yang tidak boleh disia-siakan. Tapi bagaimanakah cara untuk tarik pelanggan dan tingkatkan jualan air balang?


Dengan perancangan yang teliti serta , peniaga air balang boleh jana keuntungan ribuan ringgit sebulan. Jika anda berminat dalam peniagaan air minuman dan ingin tingkatkan jualan, saya cadangkan baca panduan di bawah.

Tips Tingkatkan Jualan Air Balang

- Gerai di sebelah kiri jalan.
Point ini sering terlepas pandang. Hakikatnya kedudukan gerai sama ada di sebelah kiri atau kanan jalan memberi impak yang besar. Contohnya laluan dari pekan/sekolah ke kawasan perumahan. Jika anda berniaga pada waktu tengah hari hingga petang, bukalah gerai di sebelah kiri supaya pemandu mudah berhenti untuk beli air balang sewaktu pulang dari kerja. Bayangkan jika gerai diseberang jalan, mereka malas untuk melintas dan membuat pusingan U.

- Jenis air balang popular
Takkan masih nak jual kordial je? Sekarang ni dah banyak minuman timbul seperti ice blended pelbagai perisa, jus buahan segar, asam boi dan lain lain. Sekarang ni trend jual teh ais ala Thai, siap ada perisa vanila, aiskrim dan caramel. Pastikan air balang nampak menyelerakan untuk menarik pelanggan yang lalu-lalang.

Tips Tingkatkan Jualan Air Balang
Foto: www.hairijuice.com
- Lokasi
Bukan semua lokasi mendapat sambutan. Walaupun ramai orang tidak semestinya bole melariskan bisnes anda.

- Air sedap dan ramuan yang cukup
Menjual pelbagai jenis minuman tidak menjanjikan keuntungan kalau air yang anda jual tidak sedap. Pastikan air balang yang anda jual cukup rasa. Jangan jadi seperti segelintir peniaga yang kedekut ramuan. Sekali pelanggan beli, terus serik.

Tips Tingkatkan Jualan Air Balang

Tu baru sikit, kalau nak tahu ebook Panduan Bisnes Air Balang menyenaraikan strategi lengkap bagaimana untuk menjalankan bisnes air balang dan cara tingkatkan jualan berdasarkan pengalaman penulis (Mizan Sulaiman) selama 8 tahun berniaga.

Baca: Kelebihan Bisnes Aiskrim

Panduan Bisnes Air Balang mendedahkan:
  • Macam mana nak tarik pelanggan?
  • Cara nak buat air sedap.
  • Macam mana nak jimatkan kos?
  • Macam mana nak pilih lokasi yang terbaik?
Apa yang terkandung dalam ebook ini:
  • Cara mohon tapak niaga
  • Tips memilih lokasi
  • Peralatan & kelengkapan
  • Persediaan & pengurusan masa
  • Resepi 15 jus best seller
  • Rahsia sulit jus yang laris
  • Case study - Bagaimana penulis jana RM7k sebulan dengan bisnes air?
Untuk tips lengkap, sila rujuk >> Panduan Bisnes Air Balang


Entri sebelum ini - Sinopsis Awak Suka Saya Tak di Astro Ria

Terima kasih kerana membaca Tips Tingkatkan Jualan Air Balang

5 Ogos 2017

Tips Tingkatkan Jualan di Instagram


Tips Tingkatkan Jualan di Instagram. Fenomena shopping atas talian bukan lagi perkara baru. Selain portal rasmi, laman sosial platform alternatif kepada kaki shopping. Dengan akses media sosial pada telefon pintar, tablet, dan komputer semakin meluas, kini anda boleh membuat urusan jual beli dengan mana sahaja.

Perkembangan teknologi menjadikan shopping online cukup popular dan tidak terhad hanya pada portal beli-belah gergasi sahaja. Hal ini mendorong peniaga perusahaan kecil dan sederhana (PKS) untuk sama-sama memasarkan produk mereka. Berniaga di atas talian kurang berisiko dan modal yang rendah.

Tips Tingkatkan Jualan di Instagram
Tapi tahukah anda media sosial manakah yang paling popular dan patut anda gunakan untuk berniaga? Jawapannya adalah INSTAGRAM. Kini lebih ramai yang gemar melayari Instagram berbanding laman sosial lain. Tapi kenapa?

Kenapa Instagram menjadi pilihan?
  • Facebook terlalu banyak iklan
  • Produk mudah dicari menggunakan hashtag
  • Instagram sebagai media sosial yang paling lebih mudah digunakan
  • Instagram dimiliki oleh setiap golongan.
  • Ringkas tapi padat
Terdapat lebih 800 juta pengguna aktif setiap bulan, ini bermakna Instagram adalah lubuk duit peniaga online!

Berkaitan: 3 Kelebihan Instagram Live Bisnes Online

Sebelum ni saya pernah terbitkan entri Cara Berniaga di Instagram. Jadi kalau anda dah ada akaun Instagram berikut merupakan beberapa tips mudah untuk tingkatkan sales!

Tips Tingkatkan Jualan di Instagram

Muat naik gambar yang berkualiti

Gambar adalah segalanya di Instagram. Pastikan anda memuat naik gambar yang berkualiti dan bukannya tangkap muat sahaja. Ingat, pelanggan akan beli apa yang mereka lihat. Kalau gambar pun tak berkualiti, bayangkan produk yang bakal mereka terima nanti.


Anda tak perlu kamera mahal untuk merakam gambar kerana kebanyakkan telefon pintar sekarang sudah terbina kamera yang berkualiti. Anda hanya berlu bijak cari sudut menarik dan gunakan aplikasi suntingan gambar seperti VSCO, Dark Room, Snap Seed, dan banyak lagi. Ini menunjukkan anda benar-benar serius dalam bisnes online sekaligus meyakinkan pelanggan.

Respon terhadap komen

Komen dan jumlah 'like' menunjukkan mereka berminat dan anda patut gunakan peluang ini dengan sepenuhnya. Tidak memberikan respon atau lambat melebihi 24 jam bagaikan anda tutup kedai tidak mahu berniaga.

Guna hashtag berkualiti

Tidak seperti Facebook dan Twitter, Instagram lebih memfokuskan penggunaan hashtag. Infact, lebih banyak hashtag, lebih banyak pendedahan. Jangan lupa menggunakan hashtag yang berkaitan dan sesuai dengan produk.

Tips Tingkatkan Jualan di Instagram

Contohnya anda jual jam tangan, guna hashtag #jamtangan #jamtanganmurah #jamtanganmalaysia supaya mudah dicari pelanggan. Jangan pula nanti letak puluhan hashtag yang tidak berkaitan kerana ini dikira spam dan tampak seperti kedai online murahan. There, I said it.

Manfaatkan Instagram Stories dan Instagram Live

Dengan fungsi Instagram Live dan Stories yang semakin popular, rugi jika anda tidak menggunakannya sebaik mungkin. Seperti yang telah saya sebut pada artikel Cara berniaga di Instagram peniaga boleh pelbagaikan bentuk promosi dengan menggunakan dua fungsi baru ini.


Ok, tu baru sikit. Kalau nak tahu dengan lebih detail, boleh rujuk panduan Instagram Kaboom. Kerana ebook ini menjelaskan satu persatu teknik seperti:
  • Langkah meletupkan jualan
  • Cipta Pelanggan
  • Bina kedai IG
  • Teknik kumpul followers
Kalau nak tingkatkan jualan, boleh baca teknik yang diterangkan secara terperinci dalam Instagram Kaboom yang terbukti berkesan ni. Rujuk pautan ini >> INSTAGRAM KABOOM


Artikel sebelum ini - Ulasan Filem To The Bone

Terima kasih kerana membaca Tips Tingkatkan Jualan di Instagram

11 Julai 2017

Kelebihan Bisnes Aiskrim


Kelebihan Bisnes Aiskrim. Sebelum memulakan sesuatu bisnes, setiap usahawan perlu membuat kajian terhadap jenis perniagaan yang bakal dijalankan. Pastikan bisnes tersebut mampu memberikan pulangan jangka masa panjang dan bukannya perniagaan 'bermusim'.

Jika anda berminat untuk mulakan bisnes aiskrim, tahniah!  Kerana ia adalah salah satu perniagaan jangka masa panjang.

Sebelum ini saya telah pun terbitkan entri TIPS BISNES AISKRIM, dan saya cadangkan baca dulu artikel itu untuk lebih pencerahan.

Kelebihan Bisnes Aiskrim

Modal Kecil

Salah satu sebab bisnes aiskrim menjadi pilihan adalah kerana modal tidak terlalu besar tetapi margin keuntungan mampu mencecah lima angka.

Bahan mentah

Bahan mentah untuk menyediakan aiskrim juga mudah didapati. Anda boleh beli bahan buat aiskrim di kedai yang menjual bahan bakeri sahaja. Bahkan, bahan-bahan yang anda perlukan turut dijual di hypermarket seperti Giant atau Tesco.

  
Kerja sambilan

Jika anda sudah mempunyai pekerjaan tetap, bisnes aiskrim boleh dijadikan sebagai sumber pendapatan kedua. Ia langsung tidak mengganggu waktu kerja because you are the boss. Anda boleh boleh berniaga ketika hujung minggu atau ketika kelapangan sahaja.

Menurut ebook Panduan Bisnes Aiskrim yang ditulis oleh Chef Afiq, bisnes aiskrim tidak memerlukan kepakaran tinggi. Jika ada ikut resepi dan berniaga di lokasi panas, modal RM50 boleh dapat keuntungan hingga RM300!

Tempahan aiskrim di majlis perkahwinan

Jarang sekali kita ke kenduri kahwin tak ada aiskrim. Untuk buat tetamu happy dalam cuaca yang panas, tuan rumah biasanya akan tempah aiskrim. Bukan ke itu salah satu peluang peniaga aiskrim untuk dapat duit?

kelebihan bisnes aiskrim

Jika anda benar-benar serius untuk mulakan bisnes aiskrim, saya cadangkan baca Panduan Bisnes Aiskrim. Isi kandungan ebook ini cukup padat dengan ilmu selok-belok perniagaan ini. Ebook ini turut berkongsi pengisian penting seperti:
  • Bagaimana Menjana RM5k Sebulan Dengan Bisnes Aiskrim Secara Part-time?
  • Apa Persiapan Memulakan Bisnes Aiskrim?
  • Rahsia Pemprosesan Aiskrim
  • Apa resepinya? Apa bahan-bahan asasi yang diperlukan? Bagaimana nak buat ais krim di rumah anda sendiri?
Untuk penerangan lanjut, baca >> Panduan Bisnes Aiskrim


Entri sebelum ini - Sinopsis Pinggan Tak Retak Nasi Tak Dingin Tv3

Terima kasih kerana membaca Kelebihan Bisnes Aiskrim

6 April 2017

3 Kelebihan Instagram Live untuk Bisnes Online


Kelebihan Instagram Live untuk Bisnes Online. Instagram sebelum ini mula menyokong Instagram Live dan ia menjadi popular sejak diperkenalkan pada November tahun lalu. Fungsi ini membolehkan pengguna berkongsi video dan berinteraksi pada masa nyata atau secara langsung sama seperti aplikasi lain yang menawarkan fungsi sama.

Instagram kini sudah menjadi antara laman sosial paling banyak dimuat turun. Aplikasi ini ringkas dan cukup mudah digunakan. Ia bukan sahaja digunakan untuk berkongsi gambar dengan pengikut, tetapi sebagai platfom berniaga.


Jika anda menjalankan bisnes di Instagram, tahukah yang Instagram Live boleh mengangkat strategi pemasaran bisnes anda ke peringkat seterusnya? Websitebuilder telah membuat kajian dan terbukti berkesan. Rujuk https://websitebuilder.org/resources/139-facts-about-instagram-one-should-be-aware-of-in-2017/  untuk lihat perkembangan dan statistik Instagram.

Untuk bisnes, Instagram Live menghubungkan komuniskasi dua hala dengan lebih nyata antara pengikut dan pelanggan tidak kira di mana anda berada. Ia seolah-olah anda berdepan secara 'face to face'.


Berikut merpakan beberapa cara mudah menggunakan Instagram Live untuk mengembangkan bisnes online anda!

3 Kelebihan Instagram Live untuk Bisnes Online

Berinteraksi / Sesi Q&A

Setiap video yang disiarkan secara langsung mempunyai ruangan komen dibahagian bawah. Ini membolehkan penonton meninggalkan komen untuk bertanyakan tentang produk yang dijual dan anda membalasnya dalam sekelip mata. Jangan lupa untuk memberitahu yang anda bakal adakan sesi LIVE bagi mengelakkan mereka ketinggalan.


Demo secara langsung

Apa yan anda boleh lakukan ketika penstriman? Promosi, demonstrasi, dan tutorial. Memandangkan Instagram Live tidak mempunyai had waktu, anda boleh melakukan penstriman selama mana yang ada mahu. Penjual hijab, scarf, inilah peluang anda untuk buat tutorial belit-belit tudung. Heee! Cuma pastikan buat persediaan awal seperti memasang tripod dan mempunyai pencahayaan yang baik supaya penonton boleh menyaksikan penstriman yang berkualiti.

 Disebalik tabir 

Pelanggan sering lihat, like, dan komen gambar yang anda muat naik di Instagram. Tapi mereka tidak pernah tahu apa yang berlaku di belakang tabir. Tentang bagaimana kedai online anda beroperasi. Bukankah ini boleh menambahkan keterujaan pelanggan jika mereka boleh lihat bagaimana dibuat? Tunjukkan kepada mereka individu-individu yang berkerja keras dalam memastikan bisnes anda berjalan lancar. Lebih menarik, proses yang dilalui sebelum produk sampai ke tangan pembeli!


Gunakan kreativiti, tampil lain dari pesaing anda dan gunakan kesemua fungsi yang ada pada media sosial dengan sebaik mungkin. Kerana the secret to success lies in creativity!

Artikel sebelum ini -  Sinopsis Menanti Februari

Terima kasih kerana membaca 3 Kelebihan Instagram Live untuk Bisnes Online

8 Mac 2017

Panduan Memulakan Bisnes Bakeri dari Rumah


Panduan Memulakan Bisnes Bakeri dari Rumah. Surirumah atau individu yang mempunyai masa lapang, pandai buat kek, dan ingin menambah pendapatan secara sampingan. Bisnes apa lagi yang anda boleh lakukan kalau bukan bisnes bakeri.

Bisnes bakeri boleh dikatan antara bisnes paling popular kerana ia hanya boleh dilakukan di rumah dan mampu mendapat keuntungan yang lumayan. Perniagaan ini biasanya dijalankan oleh surirumah yang mempunyai komitmen untuk jaga anak kecil dan suami tapi masih mahu jana pendapatan sendiri.

Berkaitan: Buat Duit dengan Uber

Tak perlu keluar berniaga, sewa kedai, dan beli peralatan profesional, tapi golongan ini masih mampu mencatat keuntungan ribuan ringgit sebulan. Siapa sangka rumah yang kelihatan sama seperi kediaman anda, terdapat surirumah tengah sibuk buat duit dengan jual kek.

Persoalannya bagaimana golongan ini melakukannya?  

Panduan Memulakan Bisnes Bakeri dari Rumah

Dalam entri ini share secara ringkas macam mana nak start bisnes bakeri atau bahasa mudahnya 'bisnes buat kek' yang telah dijelaskan secara terperinci melalui ebook Panduan Bisnes Bakeri.


Panduan ini mengandungi informasi yang cukup lengkap tentang bagaimana untuk jadikan perniagaan anda mendapat keuntungan lumayan. Ia mengandungi topik-topik seperti:-
  • BAB 1 : Formula 2M+2P
  • BAB 2 : Di Mana Mahu Belajar Bisnes Bakeri?
  • BAB 3 : 4 Langkah Buka Bisnes Bakeri
  • BAB 4 : Senarai peralatan dan kos!
  • BAB 5 : Cara Mengira & Menetapkan Harga Jualan!
  • BAB 6 : Teknik Promosi!
  • BAB 7 : 5 Kesilapan Bisnes Bakeri
  • BAB 8 : 9 Cabaran bisnes Bakeri & Cara Menanganinya
  • BAB 9 : Bagaimana Menjana RM2,000 Sebulan
  • BAB 10 : 10 Tips Ekstra Bisnes Bakeri
Biarpun bisnes ini hanya dijalankan dari rumah, banyak perkara yang perlu dipelajari contohnya...
  • Modal
  • Harga barang mentah
  • Peralatan
  • Promosi - Banner, flyers, media sosial,  dari mulut ke mulut, dll.
  • Resepi
  • Lesen perniagaan
Soal peralatan tidak menjadi masalah kerana kat mana nak beli mesin buat kek murah kalau bukan di Lazada. Contohnya Sharp Electric Oven (RM150), dan Khind Stand Mixers (RM368).


Ini bukan jenaka atau cerita rekaan. Anda sendiri tahu sekarang ni dah ramai yang jual kek, biskut, dan segala macam jenis dessert dari rumah. Anda sendiri pernah lihat bukan main banyak lagi tempahan mereka di media sosial.
panduan bisnes bakeri

Jika nak penerangan dengan lebih detail berserta resepi produk terlaris, boleh download panduan di sini >> Bisnes Bakeri.

Entri sebelum ini - Fakta Menarik Beauty and The Beast 2017

Terima kasih kerana membaca Panduan Memulakan Bisnes Bakeri dari Rumah

10 Februari 2017

Kerja Dari Rumah yang Menguntungkan


Kerja Dari Rumah yang Menguntungkan. Tanggapan kerja dari rumah hanya untuk golongan suri rumah dan student sahaja perlu dibuang. Kita telah memasuki tahun 2017 dan sedar akan kos sara hidup semakin meningkat. Faktor ini mendorong banyak pihak untuk berkerja dari rumah demi menambah pendapatan sampingan.

Antara sebab kenapa kerja dari rumah menjadi pilihan adalah kerana lebih bebas dan selesa. Anda boleh pilih untuk menyiapkan kerja mengikut keselesaan. Sama ada selepas waktu pejabat, hujung minggu, atau ketika ada kelapangan, segalanya terpulang pada anda. Asalkan tugasan yang diberikan siap pada tarikh yang client tetapkan.


Ada yang memandang serong terhadap golongan yang kerja dari rumah. Mereka sangka ia adalah 'kerja cikai' dan tidak mendatangkan hasil. You never know if you never try. Kerja dari rumah dah lama dipraktikkan di negara barat kerana terbukti dapat menambah pendapatan. Paling seronok, kebanyakkannya tidak memerlukan modal. Hanya berbekalkan talian internet dan komputer sahaja.

Anda perlu tahu sekarang ni dah banyak sumber kerja part-time dari rumah secara online yang sah dan dijamin mendapat bayaran. Oleh itu dalam entri ni saya kongsikan beberapa sumber boleh mendatangkan hasil termasuklah bayaran dalam USD!

Kerja Dari Rumah yang Menguntungkan

iLancee

Okay, iLancee ni macam Fiverr versi Malaysia. Ia merupakan platform untuk anda menawarkan servis mengikut kemahiran secara supaya mudah dicari oleh pelanggan. Antara servis yang boleh ditawarkan di iLancee seperti design banner, bina laman web, tulis artikel, dan lain-lain. Upah akan dibayar oleh client sebaik tugasan siap. Saya dah tulis artikel lengkap, anda boleh rujuk entri >> Kerja dari Rumah dengan iLancee.


Jadi seorang blogger

Kalau sebut tentang kerja dari rumah tak akan lengkap tanpa selitkan perkataan 'blogger'. Jika anda masih belum sedar, blog sebenarnya lubuk duit. Bermacam-macam sumber boleh digunakan untuk dapat income dari blog. Lebih banyak sumber lebih banyak yang anda dapat. Lebih seronok kalau ada Google Adsense dan dapat bayaran dalam USD!

kerja dari rumah yang menguntungkan

 Affiliate

Okay yang ni ada kaitan dengan buat blog. Tapi kalau tak mempunyai blog pun tak apa. Caranya daftar di Klikjer atau Agoda, letak banner atau link iklan affiliate. Jika ada orang melakukan pembelian dari link anda sediakan, anda akan dapat komisen. Apa yang best tentang affiliate ni adalah komisennya yang tinggi sehingga mencecah 80 peratus. Affiliate lebih berkesan jika banyak buat promosi dan  hebahan melalui blog.

Contoh komisen Klikjer
Bisnes online

Cari bisnes yang anda rasakan mempunyai potensi dan anda perlu tampil unik berbanding pesaing. Walaupun dah ramai yang menjalankan bisnes seperti jual handbag, tudung, kasut sukan, pakaian bayi, atau jam tangan, cuba cari jalan supaya bisnes anda lain dari yang lain.

Entri sebelum ini - Ulasan A Series of An Unfortunate Events di Netflix

Terima kasih kerana membaca Kerja Dari Rumah yang Menguntungkan

20 Disember 2016

Buat Duit dengan UBER

buat duit dengan uber
Buat Duit dengan UBER. Perkhidmatan Uber menjadi trending sejak beberapa tahun kebelakangan ini. Jika dahulu kita perlu menelefon atau ke hentian teksi untuk menggunakan khidmat mereka. Kini dengan teknologi yang berkembang, segalanya berada dihujung jari termasuklah perkhidmatan pengangkutan.

Apa itu UBER?

UBER adalah perkhidmatan perkongsian kenderaan yang menggunakan aplikasi atau 'ride-sharing'. Sama seperti teksi di mana anda membawa penumpang dari satu tempat ke tempat yang lain. Tetapi pemandu Uber menggunakan kereta sendiri dan penumpang pula memesan Uber melalui aplikasi pada telefon pintar. 


Buat Duit dengan UBER
Dengan permintaan tinggi serta perang antara Uber dengan teksi sedang memuncak menjadikan ramai yang ingin buat duit dengan Uber. Income-nya sangat lumayan. Kalau tak, masakan aplikasi ini masih bertahan dan semakin berkembang. Tapi macam mana?

Ada 2 cara untuk buat duit dengan Uber dan rahsia ini didedahkan oleh saudara Nik Razman yang telah berjaya jana lebih RM60k dengan Uber. Kedua-dua teknik ini didedahkan melalui ebook Rahsia Uber, hasil tulisan beliau.


#1 Jadi pemandu Uber - Sesiapa sahaja boleh jadi pemandu Uber bahkan anda tidak memerlukan kelayakkan khusus untuk buat duit dengan Uber. Untuk menjadi pemandu Uber anda perlu patuhi syarat berikut:
  • Berumur 21 dan keatas.
  • Mempunyai kereta yang berumur kurang dari 8 tahun.
  • Rekod pemanduan bersih.
  • Nama pemandu mesti ternyata dalam Surat Perlindungan Insuran.
Jadi pemandu full time atau part time itu terpulang kerana anda memandu kereta sendiri.  Ketika entri ini ditulis ia hanya beroperasi di beberapa buah bandar sahaja iaitu Kuala Lumpur, Johor Bahru, Pulau Pinang, Kota Kinabalu, Ipoh, Melaka, Seremban, dan Kuching. Kalau anda rajin dan pandai cari lokasi 'hot' mesti masyuk! Kaedah ini diterangkan dari A hingga Z dalam > Rahsia Uber.

#2 Tanpa memandu - Ini adalah salah satu kelebihan Uber, anda boleh jana wang tanpa jadi seorang pemandu. Setelah sekian lama jadi pemandu, Nik Razman menemui cara buat duit atas angin tanpa perlu memandu. Setiap hari beliau check duit masuk dalam bank setiap hari. Kalau anda memiliki ebook Rahsia Uber, anda pasti tahu jalan untuk buat duit macam ni.

Transaksi yang datang dari Uber.

Anda boleh rujuk link >> ebook Rahsia Uber jika berminat dengan dan tawaran istimewa dari Nik Razman. 

Entri sebelum ini - 10 Youtuber Terkaya 2016

Terima kasih kerana membaca Buat Duit dengan UBER

7 Disember 2016

Waktu Terbaik Update Instagram




Waktu Terbaik Update Instagram. Betul ke ada masa tertentu untuk muat naik gambar di Instagram supaya dapat jumlah Likes dan komen yang banyak? Memandangkan Instagram adalah sebuah aplikasi yang boleh diakses menerusi telefon pintar, pengguna boleh semak timeline Instagram di mana sahaja dan pada bila-bila masa.

Walaubagaimanapun, waktu bagi pengguna berinteraksi seperti memuatnaik, tekan like dan komen gambar rakan tidak berlaku sepanjang masa.


Menguruskan akaun Instagram memerlukan perancangan teliti lebih lebih lagi bagi mereka yang menjadikan Instagram sebagai salah satu sumber pendapatan. Tidak kira sama ada anda berpengaruh di medial sosial dan sudah sebati dengan "IG review", ataupun anda berniaga di Instagram. Kedua-duanya memerlukan si admin tahu masa yang sesuai supaya gambar yang dimuatnaik dilihat ramai pengikut. 


Jika anda seorang yang sangat mementingkan jumlah likes dan komen, kena baca entri ini sampai habis. 

Waktu Terbaik Update Instagram

Menurut laporan Huffington Post, kaji selidik menunjukkan masa terbaik untuk upload gambar pada Instagram adalah sekitar 2 pagi dan 5 petang. Kenapa?

Berkaitan: Cara Berniaga di Instagram

Ini kerana jam 5 petang ramai menghabiskan masa dengan internet lebih-lebih lagi sosial media sebelum pulang dari tempat kerja. Selain itu kita sering tidur lewat kerana terlalu leka stalk Instagram rakan dan artis. Mengaku je lah!

Hari dan masa terbaik muat naik gambar Instagram
  • Ahad - 5 pm
  • Isnin - 7 pm & 10 pm
  • Selasa - 3 am & 10 pm 
  • Rabu - 5 pm
  • Khamis - 7 am &11 pm
  • Jumaat - 1 am & 8 pm
  • Sabtu - 12 am & 2 am
Walaubagaimanapun, tidak ada waktu yang benar-benar tepat ini kerana ramai di antara kita sering curi-curi masa untuk semak sosial media ketika waktu berkerja dan di dalam kelas. Tapi sekurang-kurangnya kita tahu waktu yang paling ramai pengguna berinteraksi di media sosial.


Kalau nak berniaga di IG boleh rujuk link ini, baca, dan download jika berminat. >> IG Kaboom


Terima kasih kerana membaca Waktu Terbaik Update Instagram