Memaparkan catatan dengan label panduan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label panduan. Papar semua catatan

Khamis, 13 September 2018

,
Berniaga secara online sudah menjadi trend. Ramai student dan suri rumah dah mula buat kerja sambilan dengan jual barang di atas talian. Dengan pelbagai platform seperti media sosial khususnya, anda boleh jual barang dengan mudah. Tapi ada satu lagi platform yang anda kena cuba iaitu SHOPEE. Ya, Shopee bukan untuk shopping sahaja tetapi anda juga boleh jual barang. Banyak kelebihan jual barang di Shopee ni. Akan saya terangkan dalam entri ini.

Berniaga di Shopee tidak sama seperti di Facebook dan Instagram. Platform Shopee memang dikhaskan untuk urusan jual beli online. Malah tagline Shopee sendiri adalah 'Buy and Sell Online".


Kalau anda dah tahu bagaimana nak jual barang di Shopee, baguslah. Kalau belum boleh rujuk tatacaranya di sini - Cara Jual Barang di Shopee

Jadi apa kelebihan berniaga di Shopee ni? Banyak! Saya sendiri ada pengalaman berniaga di Shopee. Saya rasa kalau jual di Instagram, belum tentu ada orang beli. Kalau anda seorang peniaga online, anda kena baca artikel ini sampai habis.

Kelebihan jual Barang di Shopee


1. Mudah, cuma guna telefon pintar


Salah satu kelebihan paling ketara adalah cara jual barang di Shopee ini cukup mudah. Anda boleh menggunakan telefon pintar sahaja.


Anda perlu ikut beberapa langkah mudah ini:
  • Cuma muat turut aplikasi Shopee
  • Ambil gambar produk & muat naik
  • Terangkan diskripsi produk
  • Muat naik, dan barang anda kini berada di Shopee!

Saya dengar banyak procedure yang perlu dilalui kalau nak berniaga di Lazada. Betul ke

2. Tidak perlu tampilkan lesen perniagaan


Di Shopee, anda tidak perlu sertakan lesen perniagaan SSM untuk jual barang. Tapi saya tidaklah menggalakkan anda supaya tidak buat lesen kalau nak berniaga.

Kalau nak jual dua, tiga barang je takkan nak kena buat lesen.


3. Platform percuma


Anda tidak perlu bayar apa-apa untuk buka kedai Shopee. Dah la ia merupakan medium yang lebih 'proper' untuk jual barang. Malah, anda tidak perlu is borang rumit untuk mulakan perniagaan.

4. Tak perlu jumlah followers yang ramai


Jika anda berniaga di Facebook atau Instagram, jumlah followers dan likes memainkan peranan penting. Semakin tinggi jumlah followers semakin cerah peluang bisnes anda laku keras. Tu belum masuk bab FB Ads lagi.

Baca juga: Cara Beli Barang di Shopee

Di Instagram pula, anda perlu bijak bermain dengan hashtag dan Insta Stories untuk menarik perhatian pelanggan. Sampai ada yang sanggup 'beli followers' untuk mengaih kepercayaan orang ramai.

Jadi peniaga baru akan selamanya terpinggir.

Tetapi tidak di Shopee. Shopee sellers are just the same.


5. Shopee tidak mengambil sebarang komisen


Kelebihan terbesar berniaga di Shopee adalah mereka tidak mengambil sebarang komisen atas jualan anda. Contohnya anda jual barang dengan harga RM50, anda akan dapat RM50.

Tapi mereka tidak akan bayar on the spot. Anda akan menerima bayaran setelah pelanggan menerima barang.

6. 100% selamat


Untuk pengetahuan setiap kali anda beli barang di Shopee, anda membuat bayaran kepada Shopee dan bukannya kepada seller.

Setelah pelanggan membuat bayaran, seller perlu menghantarnya dalam masa tiga hari. Cara pos barang Shopee? Buat macam biasa, drop off parcel di Poslaju. Jika barang tidak sampai, pelanggan boleh mintak refund. Nampak tak kelebihan kat situ?


7. Dropship di Shopee


Sekarang ni memang musim dropship. Ia berisiko rendah, tidak memerlukan modal besar, dan tak perlu simpan barang. Ramai yang dah buat dropship di Shopee. Memang laku keras. Saya pun tertanya-tanya cara daftar dropship di Shopee online.

Saya nak cerita lebih pun tak boleh sebab tak banyak pengalaman. Anda boleh baca panduan lengkap ini untuk pencerahan - Bisnes Shopee

Banyak betul kelebihan jual barang di Shopee. Kalau anda ada satu atau dua barang yang nak let go, iklankan sahaja di Shopee. Mudah!

Jumaat, 27 April 2018

,

Kalau kita perhatikan, perniagaan simple yang bertahan lama adalah bisnes tudung. Sama ada secara online atau offline bisnes ini sentiasa mendapat perhatian di Malaysia.

Bisnes tudung mempunyai potensi besar kerana sudah menjadi lumrah wanita ingin tampil cantik. Tidak kiralah remaja mahupun wanita yang sudah berusia, semua ingin menjaga keterampilan di mata umum. Ingat, wanita tidak akan berhenti dari membeli tudung! Kalau tak, tak akan wujud perkataan "hijabster" kan?

Kenapa buat bisnes jual tudung? 

Apa yang membuatkan bisnes ini hot adalah kerana permintaan sepanjang masa dan tak perlu tunggu musim perayaan. Tudung juga tidak mempunyai tarikh luput seperti makanan dan alat kosmetik. Jadi anda boleh simpan untuk jangka masa yang lama.

Malah, modal memulakan bisnes tudung juga hanya beberapa ratus ringgit sahaja. Dan yang paling best, boleh jual dari rumah sahaja iaitu secara online.

Nampak mudah tapi ia tidak boleh dijalankan secara sambil lewa sahaja.

Punca bisnes tudung gagal

Antara faktor utama perniagaan ini gagal adalah kerana majoriti peniaga tidak mempunyai ilmu yang secukupnya. Main redah sahaja. Ada sejumlah tudung dan akaun Facebook/Instagram dikatakan sudah cukup untuk berniaga. Main redah je. Kemudian, merungut:

"Kenapa takde orang beli tudung aku?"
Tips bisnes online paling laris ini sudah pun didedahkan dalam ebook Bisnes Tudung.

Ini Cara Bagaimana Meningkatkan Jualan Bisnes Tudung

Terdapat beberapa strategi asas yang perlu anda ikut untuk melariskan bisnes tudung.

GOLONGAN SASAR
Anda kena tahu TIGA golongan utama yang sentiasa beli tudung. Anda tak perlu dah susah-susah nak fikir nak jual kepada siapa. Hanya fokus kepada 3 golongan ini.

Baca juga: Cara Berniaga di Instagram

TIPS GAMBAR MEMUKAU
Dah nama pun berniaga dari rumah secara online. Maka kenalah berjimat dalam setiap aspek termasuklah kualiti gambar yang anda muat naik di media sosial. Tak perlu upah jurugambar profesional dan guna iPhone X.

Dengan teknik tertentu, telefon yang anda gunakan sekarang sudah memadai untuk ambil gambar 'killer'.


TEKNIK LETAK HARGA
Mungkin anda aware dengan benda ni. Bagaimana untuk bersaing penjual tudung lain yang suka main dan lawan harga! Apabila anda tahu teknik ini, anda dah tak perlu gentar lagi dengan pesaing.

MENGATASI PERSAINGAN
Bercakap tentang persaingan, memang ramai sangat yang dah jual tudung. Kalau anda buka Facebook, beratus yang keluar. Sebab banyak yang kena belajar supaya bisnes anda lebih stand out dari mereka.

AYAT IKLAN
Ini salah satu strategi terpenting kalau nak berniaga secara online. Macam mana nak yakinkan pelanggan supaya beli tudung anda.

Baca juga: Panduan Jual Burger Menguntungkan

SUPPLIER
Nak jual tudung, tapi tudung tu nak ambil dari mana? Nah, ebook Bisnes Tudung ni mendedahkan supplier lengkap dengan nombor telefon dan alamat. Supplier-supplier ini adalah supplier yang boleh dipercayai, malah, banyak juga jenama tudung besar seperti Neelofar Hijab, Calaqisya, Apple Scarf dan banyak lagi, turut menggunakan suplier ini.


Anda boleh cuba rujuk panduan Bisnes Tudung yang ditulis oleh MADIHAHSCARF. Pengasasnya nak kongsikan semua tips dan strategi bagaimana dia boleh untung sampai RM15k sebulan.

Semoga berjaya!

Entri sebelum ini: Review Innisfree Jeju Volcanic Pore Clay Mask


Terima kasih kerana membaca Ini Cara Bagaimana Meningkatkan Jualan Bisnes Tudung

Sabtu, 23 Disember 2017

,


Pantang Larang Tambah Tinggi dengan HI-PLUS. Perbezaan ketara dengan rakan/pasangan, tampak tidak bergaya dan kurang menarik merupakan antara masalah utama yang dihadapi mereka yang kurang ketinggian.

Bahkan, sering diejek 'tidak cukup inci' dan panggilan nama menyebabkan golongan itu kurang keyakinan diri dan mengalami masalah sosial.

Cara untuk tambah ketinggian

Malu berhadapan orang sekelilng menyebabkan golongan in mula mencari jalan bagaimana untuk menambah ketinggian walaupun sudah berusia 20-an.

Terdapat pelbagai cara dan petua untuk tingkatkan ketinggian. Kaedah paling popular adalah melakukan senaman ringan seperti:

- Bergayut
- Melompat
- Berenang
- Menendang

Mengamalkan gaya hidup sihat seperti mendapatkan tidur yang cukup dan diet seimbang juga mempengaruhi tumbesaran tulang. Malah, kini terdapat supplement khusus untuk tambah ketinggian seperti HI-PLUS.

Pantang Larang Tambah Tinggi dengan HI-PLUS

Hi-Plus

Hi-Plus merupakan makanan tambahan atau supplement yang mempunyai formula lengkap untuk tambah ketinggian. Supplement berbentuk tablet kunyah ini mengandungi sejumlah nutrien yang telah disahkan secara klinikal mampu memberikan tulang anda nutrien yang diperlukan untuk menambah ketinggian.

Apa yang terkandung dalam Hi-Plus?

Bahan-bahan yang terkandung dalam Hi-Plus adalah semula jadi yang sejak dari dulu lagi kita dengar tentang kebaikannya untuk tumbesaran.

Sijil Halal dan diluluskan JAKIM dan KKM

Anda tak perlu risau dan ragu-ragu kerana produk ini dijamin selamat. Ini kerana Hi-Plus telah mendapat pengiktirafan Halal dari Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan telah melalui proses penapisan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Ia juga tidak mempunyai kesan sampingan.

Pantang Larang Tambah Tinggi dengan HI-PLUS

Pantang Larang Tambah Tinggi dengan HI-PLUS

Sama seperti penjagaan kesihatan, nak tambah ketinggian pun ada dos and don'ts atau pantang larang tersendiri. Melakukan perkara yang saya senaraikan dibawah menyebabkan nutrisi tidak dapat dihadam dengan sempurna dan boleh membantutkan ketinggian.

  • Merokok: Bukan sahaja boleh menyebabkan kanser, tetapi merokok juga menghalang tumbesaran dengan memperlahankan perjalanan darah ke tulang. 
  • Kurang tidur: Tubuh mengeluarkan rangsangan proses tumbesaran ketika tidak mendapat tidur yang mencukupi akan menyebabkan tubuh anda ketinggalan untuk mendapatkan proses tersebut. 
  • Minum minuman berkafein: Mengurangkan potensi kalsium untuk diserap oleh tulang secara efektif.

Kalau sedang dalam proses menambah ketinggian, tolong elak dari melakukan tiga perkara ni. Kalau tak sia-sia je diet dan exercise. 

Hi-Plus berkesan dan sesuai untuk lelaki dan wanita

Diet yang sihat serta kalsium, protein, vitamin D, dan senaman yang konsisten, dan diikuti pengambilan makanan tambahan seperti Hi-Plus, boleh meningkatkan ketinggian. Malah, tablet kunyah ini sesuai untuk lelaki dan wanita.

Ramai yang telah mengambil supplement ini dan menunjukkan kesan positif. Mereka berjaya menambah ketinggian sebanyak beberapa sentimeter (cm) dalam masa sebulan. Saya sertakan beberapa testimoni dari mereka yang pernah menggunakan Hi-Plus.


Hi-Plus dijual dengan harga berpatutan, dan lebih menarik anda akan menikmati TUJUH bonus tambahan (free gifts) dengan setiap pembelian.

- Hi-Max (supplement tambahan)
- Kad Jaminan - wang akan dikembalikan dalam masa 90 hari
- Penghantaran percuma
- Siri Video Rahsia Menambah Ketinggian
- Buku Rahsia Tambah Ketinggian
- Check Rutin Harian Hi-Plus
- Informasi  Nutrisi untuk Tinggi

Berminat dengan produk ini boleh hubungi:

Laman Web: http://www.hi-plus.my/
Tel: 019-3723381


Entri sebelum ini - Sinopsis Kekasih Paksa Rela Tv3

Terima kasih kerana membaca - Pantang Larang Tambah Tinggi dengan HI-PLUS

Rabu, 13 Disember 2017

,

Cara Dapatkan Job Review di Blog, Instagram dengan Sushivid. Dah lama tak terbitkan entri tentang buat duit online. Seperti yang anda tahu, setiap pengguna platfom sosial media dan blog mampu jana pendapatan melaluinya.

Untuk blogger, saya dah cerita panjang lebar mengenainya dalam entri INI. Di mana penulis blog boleh buat duit melalui pelbagai cabang seperti pasang iklan, program affiliate, dan advertorial.

Saya sendiri dah merasa income dari tulis blog selepas mendaftar dengan:

- Klikjer
- Jobdirumah
- 8Share
- RevenueHits
- Adsense

Income yang diterima memang tinggi dan sangat berbaloi.

Job Review di Blog, Instagram dengan Sushivid

Bagi yang menggunakan plaform sosial media popular seperti Instagram, mengambil upah review produk atau servis pengiklanan sudah tidak asing lagi. Sekarang ni bukan artis je yang buat job review. Orang biasa yang mempunyai ribuan pengikut pun boleh buat duit. Begitu juga dengan Youtube, penerbit kandungan juga boleh menjana wang melaluinya.

Berkaitan: Cara Berniaga di Instagram

Kalau anda ada blog, Instagram, atau channel Youtube, jangan biarkan macam tu je. Sebab anda boleh job review dan dibayar dalam mata wang USD dengan platform tersebut.

Tapi persoalannya, macam mana nak dapatkan job review di blog, Instagram, dan Youtube ni? Senang je, daftar percuma dengan SUSHIVID.

Dapatkan Job Review di Blog, Instagram, Youtube dengan Sushivid

Apa itu Sushivid?
Dalam bahasa mudah, SushiVid berperanan sebagai platform untuk influencers yang aktif dalam 3 sosial media paling popular iaitu BLOG, INSTAGRAM, DAN FACEBOOK untuk mendapatkan job review atau tugasan berbayar.


SushiVid ni kira orang tengah yang menghubungkan influencers kepada syarikat/pemilik produk yang mencari seseorang untuk menghebahkan produk dan servis mereka.

Syarat daftar SushiVid

Daftar SushiVid adalah percuma. Tak perlu modal dan tak akan rugi. Tapi kena penuhi mana-mana syarat di bawah:

YouTubers: 250 subscribers
Instagrammers: 2,000 followers
Bloggers: 2,000 visits every month

Pilih salah satu yang anda rasakan layak. Macam saya, lebih kepada blog. Kalau anda ada ribuan pengikut di Instagram, sila daftar! Begitu juga dengan Youtuber.


Buat Duit USD dengan SUSHIVID

Apa yang paling best tentang SushiVid ni adalah anda boleh dapat upah bermula USD20 hingga USD700 untuk satu job.

Di SushiVid, terdapat banyak kempen atau tugasan yang sedang berjalan. Anda cuma pilih yang mana anda rasa boleh buat, kemudian klik PROPOSE dan SUBMIT. Contoh tugasan seperti di bawah:

Cara Dapatkan Job Review di Blog, Instagram dengan Sushivid

Jika terpilih, siapkan tugasan yang diberikan dan anda akan dibayar dalam masa terdekat.

Kalau anda blogger power yang mampu dapat ribuan views untuk satu post atau banyak Likes pada gambar Instagram, boleh la demand lebih. Tapi janganlah letak harga terlalu tinggi. Takut tak padan dengan potensi blog. Tak pasal-pasal kena reject.


Yang ada followers IG dan trafik blog 2,000 sebulan tu boleh daftar sekarang kalau nak merasa buat paid review. Jangan sia-siakan IG dan blog anda. DAFTAR DI SINI >> https://www.sushivid.com/

Lepas ni tak payah tunggu email job advertorial dari pengiklan. Masuk je Sushivid > lihat job/kempen yang berkenan di hati > propose > submit.

Senangkan?

Entri sebelum ini - Fakta Menarik Star Wars The Last Jedi

Terima kasih kerana membaca Cara Dapatkan Job Review di Blog, Instagram dengan Sushivid

Rabu, 27 September 2017

,
Tips Tingkatkan Jualan Air Balang

Tips Tingkatkan Jualan Air Balang. Bisnes air balang adalah antara yang popular kerana tidak memerlukan modal besar dan tidak bermusim. Permintaan tinggi terhadap air balang turut dipengaruhi oleh cuaca panas di Malaysia.

Berkaitan: Tips Bisnes Air Balang

Bayangkan ketika panas terik, adanya gerai yang menjual air kisar/ice blended dalam gelas besar pasti dapat menghilangkan dahaga.

Bagi peniaga air balang, ini adalah peluang keemasan yang tidak boleh disia-siakan. Tapi bagaimanakah cara untuk tarik pelanggan dan tingkatkan jualan air balang?


Dengan perancangan yang teliti serta , peniaga air balang boleh jana keuntungan ribuan ringgit sebulan. Jika anda berminat dalam peniagaan air minuman dan ingin tingkatkan jualan, saya cadangkan baca panduan di bawah.

Tips Tingkatkan Jualan Air Balang

- Gerai di sebelah kiri jalan.
Point ini sering terlepas pandang. Hakikatnya kedudukan gerai sama ada di sebelah kiri atau kanan jalan memberi impak yang besar. Contohnya laluan dari pekan/sekolah ke kawasan perumahan. Jika anda berniaga pada waktu tengah hari hingga petang, bukalah gerai di sebelah kiri supaya pemandu mudah berhenti untuk beli air balang sewaktu pulang dari kerja. Bayangkan jika gerai diseberang jalan, mereka malas untuk melintas dan membuat pusingan U.

- Jenis air balang popular
Takkan masih nak jual kordial je? Sekarang ni dah banyak minuman timbul seperti ice blended pelbagai perisa, jus buahan segar, asam boi dan lain lain. Sekarang ni trend jual teh ais ala Thai, siap ada perisa vanila, aiskrim dan caramel. Pastikan air balang nampak menyelerakan untuk menarik pelanggan yang lalu-lalang.

Tips Tingkatkan Jualan Air Balang
Foto: www.hairijuice.com
- Lokasi
Bukan semua lokasi mendapat sambutan. Walaupun ramai orang tidak semestinya bole melariskan bisnes anda.

- Air sedap dan ramuan yang cukup
Menjual pelbagai jenis minuman tidak menjanjikan keuntungan kalau air yang anda jual tidak sedap. Pastikan air balang yang anda jual cukup rasa. Jangan jadi seperti segelintir peniaga yang kedekut ramuan. Sekali pelanggan beli, terus serik.

Tips Tingkatkan Jualan Air Balang

Tu baru sikit, kalau nak tahu ebook Panduan Bisnes Air Balang menyenaraikan strategi lengkap bagaimana untuk menjalankan bisnes air balang dan cara tingkatkan jualan berdasarkan pengalaman penulis (Mizan Sulaiman) selama 8 tahun berniaga.

Baca: Kelebihan Bisnes Aiskrim

Panduan Bisnes Air Balang mendedahkan:
  • Macam mana nak tarik pelanggan?
  • Cara nak buat air sedap.
  • Macam mana nak jimatkan kos?
  • Macam mana nak pilih lokasi yang terbaik?
Apa yang terkandung dalam ebook ini:
  • Cara mohon tapak niaga
  • Tips memilih lokasi
  • Peralatan & kelengkapan
  • Persediaan & pengurusan masa
  • Resepi 15 jus best seller
  • Rahsia sulit jus yang laris
  • Case study - Bagaimana penulis jana RM7k sebulan dengan bisnes air?
Untuk tips lengkap, sila rujuk >> Panduan Bisnes Air Balang


Entri sebelum ini - Sinopsis Awak Suka Saya Tak di Astro Ria

Terima kasih kerana membaca Tips Tingkatkan Jualan Air Balang