Memaparkan catatan dengan label pencapaian. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label pencapaian. Papar semua catatan

7 Ogos 2016

Menang Voucher Lazada


Menang Voucher Lazada. Beberapa minggu lepas saya join contest yang dianjurkan oleh portal shopping online terkenal, Lazada. Lama jugak tak sertai blogging contest kat blog ni. Dan blog ini tersenarai daripada 20 blogger lain yang menang voucher RM100. Yay!

Kalau tak silap contest yang berlangsung pada sempena Ramadan ini khas buat blogger yang mendaftar affiliate Lazada sahaja. Syarat penyertaannya mudah sahaja, blogger hanya perlu senaraikan 10 barang di Lazada dan menjadi idaman dan selitkan link affiliate yang membawa pembaca ke laman Lazada. Entry penyertaan tu boleh rujuk sini - 10 Barang yang Saya Mahu Pada Ramadan Ini.



Menang Voucher Lazada RM100

Lama jugak saya ambil masa nak pilih barang yang harganya kurang dari RM100 untuk tebus voucher. Plan asal nak pilih buku Harry Potter and The Cursed Child. Tapi memandangkan buku tu tersenarai dalam kategori 'Best Seller', saya tak boleh nak beli guna voucher.

Baca: Tips Bisnes Air Balang

So, dengan voucher RM100 ni saya beli Mango handbag sebab of course I would get another handbag! Mango Bucket Sling/Tote Bag ni cuma berharga RM53.90 sahaja. Item kedua adalah buku The Cuckoo's Calling. Dah lama buku tulisan Robert Galbraith ni ada dalam wishlist. Harga buku ni di bookstore masih sekitar RM40-45 tapi di Lazada hanya RM35. Bila dah beli The Cuckoo's Calling ni, maknanya akan ada entri review buku lepas ni!


Rasanya dah banyak kali saya cakap memang berbaloi beli barang di Lazada. Bukan hanya kerana produk dan servis yang bagus, tetapi memberi anda pelbagai pilihan produk dan jenama.

Daftar affiliate

Lagi satu, ini adalah salah satu kelebihan blogger yang mendaftar Affliate Lazada. Bukan hanya dapat komisen setiap kali membuat jualan tetapi boleh sertai contest khas yang menawarkan hadiah lumayan.

Berkaitan - Cara Daftar Affiliate Lazada.

Affiliate Lazada merupakan salah satu cabang untuk blogger jana pendapatan melalui blog selain Jobdirumah, Klikjer, Revenuehits, dan Mobicow. Bagi blogger yang nak buat duit dengan affiliate Lazada ni boleh terus mendaftar di http://www.lazada.com.my/affiliate. Untuk lebih detail, boleh terus berhubung Fazirul Tan (Affiliate Marketing Analyst) melalui [fazirul.roshiditan@lazada.com.my]

Entri sebelum ini - Akhirnya Pokemon Go Dilancarkan di Malaysia

Terima kasih kerana membaca Menang Voucher Lazada

17 April 2015

Menang iPhone 5s dari Denaihati


Menang iPhone 5s dari Denaihati. Akhirnya dapat jugak pegang iPhone 5s hasil kemenangan saya dalam contest iPhone 5s Gajet Impian Setiap Blogger anjuran Denaihati. Keputusan contest ni diumumkan beberapa bulan lalu, Alhamdulillah saya antara lima blogger yang memenangi hadiah utama.

Memang tak sangka langsung dan tidak pernah berharap untuk menang. Sebab saingan cukup sengit, tugasan yang mencabar, dan ditambah dengan penyertaan blogger-blogger berpengalaman.

Selain dapat hadiah utama, saya juga menang RM400 untuk kategori Cabaran Komen Terbanyak. Bengkak jugak la jari-jemari ni masa hantar komen!


Terima kasih DH susah payah post ke Kota Bharu. iPhone dah selamat sampai dan tunggu masa je nak isi simcard. Ingat nak pose dengan iPhone, segan la pulak. Hiks! Ni first time guna produk Apple, memang cantik dan power!



Ini bukan kali pertama saya join contest DH, kali pertama masuk masa contest iPhone 5 Gadget Impian pada 2012. Masa tu kalah teruk. HAHA! Kemudian saya kembali untuk balas dendam dalam contest tahun lepas dan hasilnya saya menang hadiah utama + RM400.

Saranan saya, kalau Denaihati anjurkan contest atau giveaway tu join je. Tak rugi pun sebab kalau menang hadiahnya memang cukup lumayan dan banyak kelebihan sertai contest.

Ini merupakan antara hasil blogging yang paling bermakna selain menang tiket ke Manchester tu. 

Buku dan Coldplay tak dapat dipisahkan.
Tahniah buat diri sendiri dan pemenang lain yang berusaha berbulan-bulan untuk menang produk Apple ni. 

Terima kasih sekali lagi DH dan penaja kerana telah menjayakan contest hebat ini. Semoga jenama Denaihati akan terus melangkah dan terus memberikan sumbangan terhadap dunia blogging tempatan. 
  1. http://amariman.com
  2. http://www.ombakcreatives.com
  3. http://ejamothman.com
  4. http://www.eridy.com
  5. http://www.hilalazmi.com
  6. http://www.eizil.com
  7. http://www.asamboi.my
  8. http://www.diarymama.com
  9. http://pendekarberkuda.org
  10. http://www.saji.my
  11. http://abangensem.com
  12. http://www.enveeus.com
  13. http://www.pakarniaga.com
  14. http://anarm.net
  15. http://www.daddydee.net
  16. http://www.sunshinekelly.com
  17. http://sweetkurma.com
  18. http://awn.my
  19. http://mawarmerah2008.com
  20. http://www.blogieta.com
  21. http://www.broframestone.com
  22. http://www.akmaomar.com
  23. http://khairilmazri.com
  24. http://wowberita.org/
  25. Japan Budget Trip
Lepas ni boleh la buat review pengalaman guna Android ke iOS.. 

Previous entry: Pengalaman Menggunakan Oppo Smartphone

8 September 2014

Menang Cabaran Malaysia Di Sini Lahirnya Sebuah Cinta


Masih ingat dengan entry Malaysia Di Sini Lahirnya Sebuah Cinta yang saya published pada 31 Ogos lalu? Mungkin tak, sebab siapa je yang baca blog ni. Tapi entri tersebut merupakan cabaran yang dianjurkan blog Denaihati bersempena Hari Kemerdekaan ke-57.

15 Mac 2014

Menang Tempat Ketiga Contest Kembara Kemboja

Alhamdulillah! Saya menang tempat ketiga Contest Kembara Kemboja yang dianjurkan oleh blogger Azri Johan dan Cambodia Muslim Holiday & Travel baru-baru ni!

10 Mac 2014

BUKU CERITA CINTA AHMAD AMMAR


Pertama kali saya dengar tentang buku Cerita Cinta Ahmad Ammar (CCAA) adalah dari Sinar Harian. Buku yang mengisahkan perjuangan seorang anak muda bernama Ahmad Ammar ini mencetus fenomana yang tersendiri.

19 Januari 2014

Gambar Saya dalam Pencalonan Anugerah Meletop Era

HAHA! Bukan muka saya, tapi gambar Nur Fazura yang saya shoot digunakan di laman web rasmi Anugerah Meletop Era bagi kategori Fesyen Meletop di mana Fazura tercalon dalam kategori berkenaan.

2 September 2013

TRAVELOG: Pengalaman Menonton Aksi Man Utd di Old Trafford


Hello internet! Ini merupakan kali pertama saya buat entry berkonsepkan 'travelog', sebab jarang dapat peluang melancong. Alhamdulillah baru-baru saya berpeluang terbang ke Manchester, UK atas tiket pemenang utama blogging contest Mencari Ramli 2 anjuran TM.

21 Ogos 2013

Menang Grand Prize Blogging Contest Mencari Ramli 2!


Hello internet! Dah lama peram entry ni, tunggu masa yang sesuai untuk publish. Baru-baru ni saya ada join blogging contest Mencari Ramli 2 (MR2) anjuran Telekom Malaysia (TM). Contest tu memerlukan blogger supaya menggalakkan penonton mengundi peserta yang paling berpotensi untuk bergelar 'Ramli'.

14 Ogos 2013

Menang Contest SEO Melayu Boleh


Hello internet! Contest SEO Melayu Boleh sudah berakhir dan nama pemenang telah pun diumumkan.

23 Julai 2013

RM50 dari Blog Denai Hati


Hello internet! Baru-baru ni saya ada buat review untuk muka baru blog Denai Hati (DH) di mana 20 review pertama bakal menerima RM100.

Tapi saya lambat baca blog entry DH, bila saya check dah lebih 20 blogger hantar penyertaan. So, saya buat jugak review walaupun macam dah tak sempat. At last penyertaan saya diterima dan saya menerima RM50 sebab tak cukup syarat. HAHA! Ok la kan? Alhamdulillah!

Rajin-rajin la singgah ke blog DH, sebab blog tu selalu buat contest best beserta hadiah lumayan.


Previous entry: Melayu Boleh

10 Ogos 2011

NK Menang Contest Tweet dan Menang!


Hey I'm blogging here! Al-kisahnya aku ni jakun sebab tak pernah join mana2 contest kat internet. Tapi last week, aku tergerak hati nak join contest Tweet dan Menang kat Beta.my ni.

Contest tu senang kot, hanya tweet banyak2 sampai timeline penuh dengan muka aku je. Maaflah followers sekalian kalau aku semakkan timeline you all. Sekali aku menang Cik Kiah hoi!


Actually, ni 1st time aku join contest kat alam maya, and 1st time jugak menang. First prize pulak tu!  Alhamdulillah, rezeki Ramadan kan? Yes, aku tahu menang RM50 je. Tapi aku happy sebab dengan twitter pun aku boleh buat duit!

So, thank you Beta.my sebab bagi saya duit raya! LOL! Kepada sesiapa yg nak menang macam aku sila lah join Tweet dan Menang! Selamat berpuasa! Okbai!

p/s: Cara aku cakap macam menang RM500k je kan?