Memaparkan catatan dengan label personal. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label personal. Papar semua catatan

Sabtu, 10 November 2018

,
Seperti yang kita tahu, Lazada Malaysia sentiasa mengadakan potongan harga. Boleh dikatakan ada sahaja jualan murah yang berlangsung sepanjang tahun. Tetapi pada 11 November 2018 ini lain pula ceritanya. Lazada telahpun melancarkan jualan terbesar iaitu Lazada 11.11 Shopping Festival! Inilah masanya untuk kita beli barang online sebab majoriti barang memang murah!

Lazada 11.11 Shopping Festival ini berlangsung 24 jam sahaja tau. Siap ada countdown menunggu saat tibanya tarikh tersebut di televisyen. Kiranya tahun ini Lazada jualan besar-besaran. Mana tidaknya, beberapa minggu sebelum tibanya tarikh 11 November lagi sudah banyak promosi yang boleh kita lihat di pelbagai medium.


Oleh kerana promosi ini cuma SATU HARI sahaja, macam rugi pula kalau tak beli barang. Sebab banyak potongan harga yang diberikan. Manalah tahu kalau harga barang yang menjadi idaman itu tiba-tiba melonjak naik pada keesokkan harinya?


Untuk tahun ini saya target tiga barang di Lazada untuk dibeli pada promosi 11.11 nanti. Harap-harap semuanya ada diskaun.

3 Item Idaman Sempena Lazada 11.11 Shopping Festival


1. Xiaomi Mi A2 Lite


I fell in love with this phone ever since I laid my eyes on it. Lihat sahaja designnya yang tampak premium. Kalau nak tahu, Xiaomi Mi A2 Lite merupakan telefon yang menawarkan spesifikasi sedikit rendah berbanding Xiaomi Mi A2.


Tetapi ia masih dijana dengan Android 8.1 Oreo berasaskan program Android One. Android One adalah faktor utama kenapa saya nak sangat phone ini. Berapa kerat sahaja peranti Android di pasaran yang menggunakan Android One.

Bahkan, ia dikelaskan sebagai telefon kelas pertengahan terbaik oleh ramai tech Youtuber.


Pada saat artikel ini ditulis ia berharga RM689 (4GB/62GB) dan RM589 (3GB/32GB). Harap-harap ada diskaun pada promosi 11.11 nanti.

Belum pernah beli telefon di Lazada, there's always the first time for everything right?

2. Casa Concepts Oslo End Table Side Table White


I think my bedroom is not complete without a bedside table dan Casa Concepts Oslo Side Table ini nampak kena sangat dengan style yang saya nak. Tambahan pula, saya beli Eames Chair yang cantik tu tahun lepas.



Rasanya bedside table ni boleh match dengan kerusi Eames tu. Sebab rekaannya moden dan timeless. Murah je harganya, cuma RM 41.80.

3.The Ordinary Niacinamide 10% + Zinc 1%


Serum ni dah jadi salah satu item yang wajib ada dalam every girl's skincare products. Jenama yang terkenal dengan serum sudah semestinya The Ordinary. Mereka keluarkan pelbagai jenis serum, tapi saya nak yang The Ordinary Niacinamide 10% + Zinc 1%.



Fungsi Niacinamide ni basically mengecilkan liang pori, memperbaiki kulit kusam, mencerahkan tona kulit, mengurangkan cela, dan.... ada glowing effect! Yezza! Harga RM54 sahaja.

Kalau anda tak pernah beli barang online, saya dah tulis artikel - Cara Beli Barang di Lazada yang boleh dijadikan sebagai rujukan.

Senang je sebenarnya. Lagipun banyak cara pembayaran Lazada yang boleh digunakan. Contohnya online banking, Maybank2u installment, credit/debit card, dan termasuklah bayar di 7 Eleven.

So, barang apa yang korang plan nak beli pada Lazada 11.11 Shopping Festival nanti?

Ahad, 4 Jun 2017

,

Raya Bedroom Makeover. Target utama raya tahun 2017 adalah untuk beraya dengan bilik tidur baru. Sanggup cut bajet raya semata-mata nak buat bedroom makeover.

Banyak benda yang kena buat memandangkan guest bedroom in our house that has been neglected for far too long! Sebelum ini hanya bilik air digunakan, jadi tak perlu berebut kalau ada 'emergency' 💩. My current bedroom? Let's not talk about it. 

Style apa yang saya nak? Well, saya lebih suka minimalis. Dekorasi yang ringkas dan nampak effortless. Tapi dalam masa yang sama saya mahukan bilik yang cozy but have pops of color setiap kali melangkah masuk. 


Kadang kala tetamu mahu tumpang solat dan guna tandas ini kerana bilik ini paling dekat dengan ruang tamu. Jadi kena la jaga imej dengan memastikan bilik sentiasa sedap mata memandang. 

Raya Bedroom Makeover

I spend most of my time in my bedroom. I would love to keep it calm and quiet, otherwise I'm blasting Coldplay's songs menggunakan speaker terbaik Harman Kardon. Best speaker I ever had!

Kalau bercerita tentang bilik tidur idaman, perkara utama yang perlu dititik beratkan adalah warna. Saya ingin mengangkat kelabu dan putih sebagai warna utama serta rose gold/copper sebagai sentuhan dekorasi. 

Baca: Resepi Kek batik Sedap

FYI, kalau anda nak cari idea hiasan dalaman, saya cadangkan rujuk di laman Pinterest dan bukannya Google Image. Banyak gambar dan idea hiasan/dekor menarik ala mat saleh di Pinterest. Cuma taip je tema apa yang anda inginkan. In my case, saya nak cedok idea bilik tidur seperti gambar di bawah:



Saya tinggalkan link di bawah jika berminat untuk beli kelengkapan bilik tidur di Lazada.
- Katil Solano (queen size)
- Jean Perry Soft Quilt Queen
- Novelle Mattress protector


Work space

Pada saya, selain katil, ruang kerja dalam bilik merupakan satu lagi elemen penting pada. All I need is a little office space supaya saya boleh kendalikan blog ini dan blog-blog lain dengan selesa. Work space tidak memerlukan ruang yang luas kerana dengan sentuhan kreativiti, ruang kerja yang elegen mampu menyumbang kepada kualiti kerja. Masih lagi minimalis, cukup dengan meja putih, kerusi selesa, dan sebuah laptop.




Saya tinggalkan link di bawah jika berminat untuk beli kelengkapan works space di Lazada.
Meja
- Eames Curvy Design Chair


Tips menghias rumah
  • Ramai yang beranggapan ia memakan kos tinggi. Tapi jika berbelanja dengan bijak, anda boleh menghias rumah mengikut bajet yang ada.
  • Jangan hanya terus beli perabot yang cantik di mata. Pastikan perabot itu sesuai dnegan tema dan warna bilik.
  • Untuk memastikan ruang nampak segar, pilih perabot yang up-to-date.
  • Berikan ruang untuk bilik 'bernafas'. Elak dari mempunyai terlalu banyak perabot.
  • Taste kena tinggi tapi bajet kena jaga.
  • Bijak berbelanja. Beli kelengkapan dan perabot di kedai fizikal atau online yang menawarkan harga murah, contohnya di Lazada.
Promosi Riang Ria Raya Lazada

FYI, Lazada kini mengadakan promosi Marhaban Ya Marhaban dan Riang Ria Raya (19 May-30 Jun) yang menawarkan diskaun sehingga 90% termasuklah kelengkapa rumah. Sekarang adalah masa terbaik untuk shopping kelengkapan rumah!

Anda boleh rujuk mana-mana link dan banner Lazada yang ada dalam blog ni untuk potongan harga.


*Untuk sertai contest ini sila layari http://www.lazada.com.my/blogger-contest/

Entri sebelum ini - Sinopsis Andainya Takdir

Terima kasih kerana membaca Raya Bedroom Makeover

Selasa, 28 Jun 2016

,

10 Barang yang Saya Mahu Pada Ramadan Ini. Perkataan sinonim dengan Lazada adalah... MURAH. Tak kira masa, musim perayaan, atau hari tertentu, pasti ada je jualan murah yang diadakan. Malah ada ketikanya mereka menawarkan harga yang tak masuk akal contohnya potongan sehingga 90%.

Itulah istimewanya Lazada, bermacam-macam produk dan pelbagai jenama dan sering menjual barang dengan harga jauh lebih murah dari pasaraya. Tak hairanlah kalau Lazada mendapat jolokkan 'portal nombor satu Malaysia'.


Setiap tahun Lazada tidak pernah terlepas dari mengadakan jualan murah sempena Aidifitri. Tahun ni makin menjadi-jadi pulak harga yang ditawarkan, boleh kena rasuk bila masuk portal Lazada. Tapi dalam entri ni saya senaraikan 10 item idaman untuk hari raya nanti.

10 Barang yang Saya Mahu Pada Ramadan

1. Harry Potter and The Cursed Child - Kalau anda biasa singgah blog ni atau follow Instagram pasti anda tahu yang saya ni seorang bookworm. Saya baca buku pertama Harry Potter masa berumur 13tahun dan ketujuh-tujuh siri penuh magis masih elok tersusun atas rak buku.  Siapa sangka JK Rowling telah menulis buku ke-lapan yang merupakan kesinambungan kisah Harry 19 tahun kemudian. 


Saya dah check beberapa portal shopping online lain termasuk kedai kedai buku sendiri. Ternyata pre-order Harry Potter and The Cursed Child di Lazada paling murah iaitu  RM83.93 (harga asal RM119.90 -30%. Buku ke-lapan ni memang wajib baca! >> Boleh beli di sini.

2. Daniel Wellington - Sebagai penggemar jam tangan, tak lengkap rasanya kalau saya tak selitkan jam  Daniel Wellington yang tengah 'in' sekarang. Well, saya dah ada satu, tapi yang pirate.. lol! Teringin jugak nak pakai DW yang original. Boleh la tambah satu lagi jam dalam koleksi.


Lagipun saya dah pernah beli jam Casio Gold di Lazada beberapa bulan lepas. Sangat berpuas hati dengan harga dan kualiti jam tu. Saya dah cerita dalam entri Pengalaman Beli Barang di Lazada. >> Kalau nak boleh beli di sini.

3. Flash Plus 2 - Okay, ni untuk my mom because she kept saying she wanted a smartphone. So, Bila usha-usha Lazada tadi ternampak promosi Flash Plus 2. Spesifikasi? Not bad at all. Kamera belakang 13-Megapixe, 2GB RAM, dan hadir dengan pengimbas cap jari. Design pun cantik dan nak nampak luxury.


Kalau nak tahu pengeluar telefon ni dah berkerjasama dengan Lazada. Ini bermakna pelanggan tak akan dapat harga istimewa kat tempat lain! Cuma RM599 (16GB). >> Boleh beli di sini.

4. Apple Watch 38mm Rose Gold - Is it too much if I ask for an Apple Watch? Sebab jam tangan pintar keluaran Apple ni dah lama ada dalam wishlist. Apple Watch bukan sahaja nampak smart bila di pakai tetapi boleh memudahkan lagi urusan di mana kita boleh check notification email, text, reminder, dan Twitter pada jam sahaja.

Sekarang Apple dah keluarkan warna Rose Gold, haihh.. cantik. Hati 'meronta-ronta' nak Apple Watch! >> Untuk lebih details rujuk sini.

5. LG 32 Inch LED Tv - Ok, saya ni tak tengok tv sangat. Kalau tengok pun cuma Keeping Up With The Kardashians dan The Ellen Show je. Tu pun tengok kat dapur. Filem dan American series saya download dan tengok kat laptop. Jadi saya nak tv LG ni sebab nak ganti tv zaman dinasor yang saya guna dalam bilik sekarang, baru la lawa sikit. Tv bersaiz 32 inci is more than enough for me. >> Boleh beli di sini.
 

6. Kate Spade New York - Ni adalah satu lagi barang yang saya nak pada Ramadan. Kalau dah perempuan memang tak sah kalau tak beli handbag. Saya teringin nak Kate Spade. Apa lagi sebab bag tu cantik dan berjenama. Tak sangka Kate Spade pun ada kat Lazada. >> Boleh beli di sini.


7. Micke Computer Desk - Saya tengah plan nak pindah bilik baru tak lama lagi. Alang-alang pindah tu nak jugak ganti meja yang saya guna untuk blogging sekarang dengan yang baru. So, saya jumpa meja computer dari Nesthouz.com masa tengok Lazada tadi. Cantik, ala-ala Scandinavian. Boleh la berangan workspace cantik macam gambar dalam Pinterest. Hee! >> Boleh beli di sini.


8. Western Digital My Passport Ultra 1TB -  Okay, item seterusnya adalah external hard drive. Saya ni kaki download jadi hard drive yang saya ada sekarang dah hampir penuh dengan movies dan tv series. Jadi saya nak upgrade sikit storage kepada 1TB. Jenama Western Digital memang dah terkenal dengan kualitinya. Kat kedai mahal sangat, tapi di Lazada ada diskaun 32% iaitu RM229 (harga asal RM339). >>Boleh beli di sini.


9. Sony Wireless Portable Speaker - When it comes to music, I take it very seriously. Kalau betul-betul nak dengar lagu, kena la dengar melalui speaker yang berkualiti. Jenama apa lagi kalau bukan Sony, lagipun speaker ni portable. Boleh dibawa ke mana-mana. Bayangkan kalau dengar lagu Coldplay dengan speaker Sony ni.. Wow! >> Boleh beli di sini.



10. Ther A Pedic Backsense Mattress - Bagi melengkapkan 10 barang yang saya mahu pada Ramadan, saya selitkan tilam  sebab kat atas tadi saya dah bagi tahu yang saya nak pindah bilik. Tapi tilam takde lagi. Tilam Ther A Pedic Backsense Mattress ni nampak empuk je. Pastinya tidur akan jadi lebih nyenyak dan selesa. >> Rujuk di sini.


Kalau ikutkan banyak lagi barang yang berkenan kat Lazada ni sebab semuanya murah. Lebih-lebih lagi ketika musim perayaan macam sekarang. Korang pun boleh shopping kat Lazada, saya dah tunjukkan cara dalam entry INI.
Entry sebelum ini - Fakta Menarik Finding Dory

Terima kasih kerana membaca 10 Barang yang Saya Mahu Pada Ramadan

Rabu, 20 April 2016

,

Pawagam Paragon Cinemas Bakal Dibuka di Kelantan. Berita baik buat rakyat Kelantan kerana panggung wayang Paragon Cinemas akan dibuka di pasaraya KB Mall Julai ini. Ini merupakan lembaran baru buat negeri ini selepas operasinya dihentikan sejak 20 tahun dahulu.

Perkara ini disahkan sendiri KB Mall melalui Facebook rasmi dengan memuat naik beberapa keping gambar berserta caption, "Gambaran Paragon Cinemas dengan lapan skrin di KB Mall. Dijangka dibuka pada Julai 2016"


Kalau nak tahu, antara pawagam yang pernah dibuka di Kota Bharu dulu adalah Lido, Rex, dan Odeon. Saya sendiri pernah pergi menonton Maria Mariana, Putera, dan filem terakhir yang saya tonton adalah Leftenan Adnan. That movie was huge at the time! Lol!

pawagam paragon kelantan 1
pawagam paragon kelantan 2

Dulu pun dah ada syarat ditetapkan di mana gambar pelakon perempuan yang tidak bertudung pada poster ditutup di bahagian kepala. Namun, keadaan dalam panggung pula agak mengecewakan. Banyak chewing gum pada kerusi, atas lantai pulak penuh dengan kulit kacang. 

Pawagam Paragon Cinemas Bakal Dibuka di Kelantan

Sebenarnya khabar angin tentang pembukaan semula  panggung wayang di Kelantan ni dah lama bertiup. Terutama KB Mall menambah dua aras di tingkat atas. Ramai yang menyangka pawagam bakal dibuka. Alih-alih, aras tersebut adalah dikhaskan untuk peralatan elektronik dan gajet sahaja.

pawagam paragon kelantan 3

Kerajaan Kelantan sendiri mendedahkan lesen pawagam tidak pernah dibekukan, dan ada beberapa syarikat yang tampil memohon. Tetapi meneruskan hasrat mereka mungkin tidak bersetuju dengan syarat yang ditetapkan. Ternyata hanya Paragon yang dapat mengikut syarat ketat itu.

Antara syarat pembukaan panggung wayang di Kelantan

- Pengasingan penonton lelaki dan perempuan
- Tiada tayangan pada waktu Maghrib
- Tiada tayangan pada malam Jumaat
- Tiada tayangan pada bulan Ramadan
- Tontonan dengan lampu di bahagian belakang dibuka.

Saya yakin kerajaan negeri turut menetapkan beberapa syarat lain termasuk hanya filem yang diklasifikasikan U (Umum) dan PG13 (Parental Guidance) sahaja dibenarkan.

Baca: Kebab sedap di Kota Bharu

Saya tidaklah terlalu exited dengan pembukaan pawagam. Mungkin sebab dah terbiasa. Lagipun saya selalu download filem dan tv series di internet. Hee!

I'm definitely going because I'm a movie geek, tapi hanya highly anticipated Hollywood films yang saya betul-betul nak tengok. Terutamanya jika filem itu dibarisi pelakon favorite especially Bradley Cooper, Jennifer Lawrence, Charlize Theron, Julianne Moore, atau Jake Gyllanhaal.

Don't get too exited, Kelantanese.

Entri sebelum ini - Fakta Menarik Captain America: Civil War

Terima kasih kerana membaca Pawagam Paragon Cinemas Bakal Dibuka di Kelantan

Jumaat, 1 April 2016

,

Happy Birthday NIKKHAZAMI.COM. Seven years ago, today this blog was born. Blog yang pada asalnya sebahagian dari matapelajaran Internet for Journalistic Research kini berusia tujuh tahun! Fuhh, dah masuk darjah satu rupanya. 

I wouldn't be here today if I didn't click that "Create A Blog" button. Semestinya kredit harus diberikan kepada individu yang ajar kami buat blog iaitu lecturer, Puan Nora Karim, yang juga pemilik blog DialogUda. Thanks Madam!

Banyak kesilapan yang pernah saya buat dalam blog ni. Major mistakes yang tidak sepatutnya dilakukan oleh seorang blogger. Contohnya entri tak ada paragraf, pointless, singkatan perkataan, guna template yang entah hape-hape. Tu tak cerita lagi yang saya pernah letak lagu autoplay pada sidebar! Kalau baca entri lama rasa nak lempang muka sendiri.


But I've learnt a lot. Sepanjang tempoh tujuh tahun banyak benda yang saya belajar mereka yang berkongsi panduan/tips, ada yang saya rujuk dari e-book, dan juga pemerhatian blog-blog yang berjaya menempa nama.

Dari blog yang dibina dalam kelas kini saya boleh buat duit melaluinya. Affiliate, iklan, dan advertorial menjadi antara cabang buat blog ini dan beberaa blog milik saya yang lain jana income. Lebih manis, birthday blog hari ni (1 April) dapat komisen dari NetKL dan Agoda. Woop! Woop!

Artikel berkaitan: Cara Buat Duit dengan Blog


I'm still learning, terutama ilmu Search Engine Optimization (SEO) banyak membantu blog dalam mendapat tempat terbaik di Google dan meningkatkan jumlah pengunjung. Tahun lepas saya upgrade dari .blogspot.com kepada dotcom. Tu pun nasib baik dapat tahu pasal NetKL yang jual domain murah.

Artikel berkaitan: Beli Domain Murah Malaysia

Seperti yang aya sebut dalam entri pertama >> Start BLOGGING, menulis blog is an ongoing process. You don't know what's going to happen in the future and what kind of opportunity might land ahead of you. Ada beberapa plan yang saya harap dapat buat dalam blog ni. Harap-harap akan jadi kenyataan. Bak kata Casey Neistat - without a goal, you can't score.

Terima kasih kerana membaca Happy Birthday NIKKHAZAMI.COM