Memaparkan catatan dengan label realme. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label realme. Papar semua catatan

Jumaat, 26 Februari 2021

,

Peminat-peminat muzik, korang bakal menikmati pengalaman mendengar muzik yang lebih padu. Ini kerana realme berkerjasama dengan The Chainsmokers dalam menghasilkan wireless earphone, Buds Air 2


Siapa tidak kenal dengan The Chainsmokers kan? One of the best music producers working today! GRAMMY Award-inning,  Top 100 DJs, dan menghasilkan sejumlah lagu-lagu hit! 

 


 

Baca juga: 

+ realme Buds Air Wireless Earphones Terbaik

+ Realme NARZO 20 Pro - Handphone Gaming Terbaik

 

Kerjasama ini sudah tentu akan menghasilkan realme wireless earphones TWS yang hebat. Mana tidaknya, The Chainsmokers dan realme Music Studio bergabung dalam menata bunyi hebat dan penggunaan material yang baik. 


Kami cukup teruja dapat berkerjasama dengan jenama yang berpandangan jauh dalam menawarkan produk terbaik pada harga mampu milik. Kami juga gembira melihat visi kami berubah menjadi kenyataan seiring dengan teknologi realme dan teruja untuk pelanggan mencuba produk mereka. - Alex Pall, The Chainsmokers. 

 


 

Apa yang menarik pada earphone Buds Air 2?

 

Penggunaan carbon diaphragm

Dalam meningkatkan kualiti dan pengalaman mendengar muzik, realme memilik carbon diaphragm umpama berlian (DLC diaphragm). Material ini membolehkan anda mendengar muzik berkualiti tinggi. 


Manakala gangguan bunyi pada Buds Air 2 telah dikurangkan sebanyak 0.5%, iaitu standard tertinggi dalam industri muzik. Ini sekaligus menghasilkan bunyi original dan beresolusi tinggi. 

 

Bass Boost

Selain itu, Buds Air 2 dilengkapi dengan Bass Boost + bass enhancement solution yang dihasilkan oleh realme Music Studio sendiri. Berbanding dengan generasi sebelum ini iaitu Buds Air, kini earphone dapat memanfaatkan DLC diaphragm.



Kini, bunyi bass seakan 'hidup' pada live recordings, muzik elektronik, rock, atau muzik lain yang anda gemari.   

 


 

Spesifikasi realme Buds Air 2

  • Active Noise Cancellation up to 25dB
  • 10mm Diamond-class Hi-Fi Driver
  • 25 Hrs Total Playback
  • 88ms Super Low Latency

 

Harga realme Buds Air 2 Malaysia masih lagi belum didedahkan. Walau bagaimanapun, saya yakin ia amat berpatutan dan mampu milik. 


#realmeBudsAir2

#NoiseOffrealmeOn


Facebook: https://www.facebook.com/realmeMalaysia

Instagram: https://www.instagram.com/realmemalaysia/?hl=en

 

Kolaborasi antara realme dan The Chainsmokers adalah cukup bijak kerana sebagai DJ, they know how great music should sound like. Buds Air 2 is The Chainsmokers approved. 



Isnin, 21 Disember 2020

,

Now everyone can own a 5G smartphone! Kenapa saya cakap begitu? Ini kerana realme baru sahaja melancarkan realme 7 5G yang menjadi smartphone paling mampu milik yang menyokong rangkaian 5G.

 

Apa yang saya boleh katakan, ia realme 7 5G bukan menyokong 5G semata-mata. Tetapi hadir dengan cipset, bateri, dan skrin berkuasa pada tanda harga RM1299.   

 


 

“Hari ini, kami berbangga untuk melancarkan inovasi terbaharu dari realme untuk rakyat Malaysia. realme 7 5G adalah telefon dengan 5G paling mampu milik yang boleh anda dapatkan dipasaran hari ini. Kami telah menunaikan janji untuk membawakan trend 5G ‘Dare to Leap’ untuk pengguna muda. Adalah menjadi hasrat kami untuk mempelopori teknologi ini bagi membolehkan pengguna realme menikmati ciri menarik dan rangkaian stabil pada harga yang lebih rendah". - Tiffany Teh, Pengurus Jenama realme Malaysia.


Jom baca antara spefikasi best yang ada pada realme 7 5G.



Cipset MediaTek Dimensity 800U

Memberikan performance yang padu, lancar, dan berkuasa. Kemampuan CPU adalah 11% lebih pantas, manakala GPU pula 28% lebih laju. Jika dibandingkan dengan pemproses siri Dimensity 700, pemproses pada realme 7 5G menawarkan kelajuan pembukaan aplikasi 1.4 kali lebih pantas.


  • Cipset Mediatek Dimensity 8000U 5G (7nm)
  • Dua teras Cortex-A76 ; Enam teras Cortex-A55  
  • Cip grafik Mali –G57 GPU

Artikel berkaitan - realme 7 5G Hadir Dengan Dimensity 800U + 120Hz Yang Berkuasa

 

5G+5G DSDS

Anda boleh menikmati pada kedua-dua sim untuk pengalaman internet berkelajuan tinggi tidak kira telco mana yang anda guna.  

 

Manakala 5G-CA (2CC 5G Carrier Aggregation) pula meningkatkan kestabilan panggilan.  


Skrin 120Hz

Tidak hanya hebat dari kelajuan internet dan cip berkuasa, skrin realme 7 5G juga menghasilkan 120Hz frame rate. Ini bermaksud sentuhan skrin, bukaan aplikasi, swipe, dan lain-lain amat lancar dan responsif. Cukup responsif berbanding peranti lain yang hanya menawarkan 60Hz pada tanda harga sekitarnya.  

 


 

Bateri 5000mAh + 30W Dart Charge

Tidak perlu risau akan telefon kehabisan bateri, realme 7 5G menawarkan bateri sebesar 5000mAh dan pengecasan 30W Dart Charge. Ia mampu mengecas hingga 100% hanya dalam masa 65 minit sahaja. 


Artikel berkaitan: realme 7 5G Beri 5000 mAh dan Penjimatan Bateri Maksimum

 



Sesuai untuk gaming

Sokongan cip MediaTek Dimensity 800U, skrin 120Hz, dan bateri besar menjanjikan pengalaman gaming yang mengagumkan tanpa sebarang lagging atau gangguan. Ini penting terutama buat PUBG Mobile players. Trust me, I know!   


 

Kamera

Dari sudut kamera pula bukan calang-calang. 48MP Quad Camera Samsung S5KGM1ST dapat menghasilkan hasil fotografi bak profesional. Gambar lebih sharp, natural, dan smooth.  


  • 48MP Quad Camera Samsung S5KGM1ST   
  • 8MP ultra-wide + 2MP macro + 2MP depth sensor   
  • 16MP kamera hadapan

Harga realme 7 5G Malaysia

8GB + 128GB – RM1299. Hadir dengan dua warna iaitu Mist Blue dan Flash Silver. Flash Silver merupakan warna dan rekan terkini realme. Menampilkan logo realme dengan kesan ‘three-dimensional’ yang tampak lebih premium.  


 Link pembelian (realme official store)- https://invol.co/cl25ylt

 


 

Dengan spesifikasi dan harga jualan realme 7 5G ini, lebih ramai rakyat Malaysia dapat menikmati internet berkelajuan tinggi 5G yang stabil. Telefon ini juga menjadi pelengkap citarasa golongan muda untuk melakukan aktiviti harian dan pengalaman hiburan tanpa perlu bayar lebih. 

 

Stay tuned guys, sebab pada 2021 realme akan melancarkan smartphone yang disokong dengan cip pemprosesan 5G pula. Which makes it even more powerful!   


Layari maklumat lanjut mengenai produk dan promosi terkini, sila layari:  

Website: https://www.realme.com/my/    

Facebook: https://www.facebook.com/realmeMalaysia


Isnin, 14 Disember 2020

,

Dalam artikel sebelum ini saya kongsikan tentang realme 7 5G yang dikuasakan dengan cipset MediaTek Dimensity 800U cukup yang berkuasa untuk rangkaian 5G. Well, telefon ini turut dipadankan dengan bateri 5000 mAh dan pengecasan 30W Dart Charge.

 

Saiz bateri yang besar memang mengujakan! Ia tahan lama dan menjimatkan waktu pengecasan.  

 


 

Bateri 5000 mAh

Sama seperti realme 7, realme 7 5G juga hadir dengan saiz bateri yang besar iaitu 5000 mAh. Dengan kapasiti sebesar ini, ia lebih memudahkan pergerakan harian tanpa perlu fikir soal pengecasan.


Bateri yang besar ini sudah tentu dapat memberikan pengalaman penggunaan yang maksimum. Sesuai buat pengguna yang gemar menonton video, mendengar lagu atau menikmati penstriman Netflix! 

 


 

Ini juga sudah pasti menggembirakan kaki gaming! Kerana bateri tidak mudah habis sekiranya bermain untuk jangka masa yang lama.


Anda boleh lihat sendiri ketahanan bateri realme 7 5G ini.



Ini dapat memastikan penggunan harian yang selesa tanpa perlu risau telefon anda kehabisan bateri dengan cepat. 


30W Dart Charge

Malah ia disokong dengan pengecasan 30W Dart Charge mampu mengecas hingga 100% hanya dalam masa 65 minit sahaja. Dengan mengecas 26 minit, anda sudah boleh menikmati bateri 50%. 

 

Ia turut menyertakan 15W PD charge, making it even more versatile. Cool kan? 

 


Power Saving Mode


Disamping itu, realme 7 5G turut hadir dengan Power Saving Mode yang membantu anda menjimatkan bateri pada tahap maksimum.  

 

Artikel berkaitan:

+ realme Tangga Kedua Pasaran Smartphone Malaysia 

+ realme NARZO 20 Pro - Handphone Gaming Terbaik

 

Pada bateri 5%, anda masih boleh menggunakan WhatsApp (text) untuk 70 minit, atau mendengar lagu menggunakan Spotify untuk 5 jam. Ia juga mampu bertahan selama 30.8 jam dalam keadaan standby.


Ini cukup untuk kegunaan kecemasan sebelum telefon ini dicas semula.  

 

 

Selain Power Saving Mode, realme 7 5G turut hadir dengan:

 

  1. Sleep Standby Optimization - Pengaktifan Power Saving Mode secara automatik semasa anda tidur untuk merendahkan tenaga bateri yang digunakan oleh aplikasi yang sedang dijalankan. 
  2. App Quick Freeze - Berfungsi untuk menghentikan penggunaan kuasa apabila sesuatu aplikasi itu tidak digunakan. 



Kamera

  • 48MP Quad Camera Samsung S5KGM1ST 
  • 8MP ultra-wide + 2MP macro + 2MP depth sensor 
  • 16MP kamera hadapan


Kemampuan kamera realme 7 5G juga amat cemerlang. Ia menghasilkan gambar yang terang, tajam, dan tampak natural tidak kira indoor, outdoor, mahupun pada waktu malam. 

 

Apa yang boleh saya katakan, realme 7 5G memang berbaloi untuk dimiliki. Dikuasakan dengan Mediatek Dimensity 800U, saiz bateri 5000 mAh + 30W Dart Charge.


Kita sedang menuju ke arah rangkaian 5G yang pantas dan sesuai dengan peredaran teknologi. So, realme 7 5G is the right choice. 

 

Layari maklumat lanjut mengenai produk dan promosi terkini, sila layari:

Website: https://www.realme.com/my/ 

Facebook: https://www.facebook.com/realmeMalaysia




Ahad, 13 Disember 2020

,

Jika anda perasan, realme melancarkan beberapa telefon di bawah siri yang sama iaitu; realme 7, realme 7 Pro, dan realme 7i. Kini mereka bakal menyertakan sebuah lagi telefon iaitu realme 7 5G! And this could be the best affordable phone yang menyokong rangkaian 5G. 


Apa yang best sangat tentang 5G? Apa kelebihan telefon ini berbanding siri 7 yang lain? Teruskan membaca artikel ini.  

 


Apa itu 5G

5G adalah teknologi sambungan tanpa wayar generasi kelima. Dalam bahasa mudah, anda bakal menikmati internet berkelajuan yang lebih tinggi berbanding 4G. Biarpun rangkaian 4G sudah memadai, 5G hadir tepat pada masanya untuk memenuhi permintaan teknologi baharu. Anda boleh menikmati kadar muat turun dan penstriman yang jauh lebih pantas dan stabil.  



Cip pemprosesan MediaTek Dimensity 800U + skrin 120Hz

realme 7 5G dijana dengan MediaTek Dimensity 800U yang terbina dengan 5G di dalamnya. Ia merupakan telefon pertama in the price range yang mencapai 340,000 di Antutu Benchmark.  

 


Cip berasaskan 7nm, ia juga dilengkapi dengan dua teras Cortex A76 pada kelajuan sehingga 2.0GHz dan enam teras lagi Cortex-A55, selain disertakan dengan Mali-G57 GPU.


Kelebihan Dimensity 800U

Cip ini melancarkan performance telefon tanpa sebarang major lags atau glitches.


Ini bermakna app launch time nya 1.4 kali lebih laju, kemampuan CPU adalah 11% lebih pantas, manakala GPU pula 28% lebih laju.   

 

Ditambah pula dengan 6GB RAM + 128GB ROM, penggunaan harian amatlah lancar biarpun anda guna beberapa aplikasi dalam satu masa.   

 


 

Kekuatan Dimensity 800U bakal memberikan pengalaman melayari internet yang menakjubkan buat realme 7 5G. Ia boleh mencapai kelajuan internet yang tinggi dan lebih stabil. 


With all this, ia lebih berkuasa dari Snapdragon 765 sperti yang dilaporkan oleh Nanoreview  yang digunakan pada kebanyakkan telefon Android in the same price range.  

 


 

5G+5G DSDS

Bukan sekadar kelajuan internet, ia turut dipadankan dengan 5G+5G DSDS. Ini bermakna anda mampu menikmati panggilan VoNR berkualiti tinggi menggunakan kedua-dua sim card. 


Selain itu, ia turut menyokong 5G-CA(2CC 5G Carrier Aggregation) yang meningkatkan kestabilan panggilan.


Usah risau, realme 7 5G akan memberikan rangkaian terpantas tidak kira telco mana yang anda guna. 


Skrin 120Hz

Disamping itu, realme 7 5G juga hadir dengan skrin 120Hz iaitu dua kali ganda lebih besar dari realme 7 Pro. Peranti ini lebih responsif dan bertindak balas dengan laju dan lancar.   

 

Pic: TechRadar

 

Skrin 6.5 inci + 120Hz Ultra Smooth Display + 180Hz sampling rate, dan mampu menghasilkan 120 FPS.  

 

  • 20:9 ratio 
  • 2400x1080 FHD+
  • 90.5% screen-to-body ratio 
  • 480nits brightness


Senang cerita, skrin realme 7 5G menghasilkan paparan lancar pada setiap sentuhan swipe.  Malah, pengalaman bermain permainan video lebih smooth tanpa sebarang isu. 



Prestasi gaming yang memuaskan

Bercakap soal gaming, padanan Dimensity 800U dan skrin 120Hz bakal memberikan pengalaman gaming yang imersif. Terutama untuk permainan video yang berat seperti PUBG Mobile, Mobile Legend, atau Call Of Duty Mobile.   

 


 

 Anda tidak akan berdepan dengan masalah lag biarpun dengan setting ‘graphic HD + High + Gyroscope). Thanks to its 120 FPS! 


Peminat permainan video pasti akan berpuas hati dengan prestasi realme 7 5G ini. 


Banyak lagi kelebihan yang ada pada realme 7 5G ini. Saya akan cerita dengan lebih lanjut dalam artikel akan datang. Kalau anda sedang merancang untuk beli telefon baru, sabar dulu. Tunggu sampai telefon ni dilancarkan. 


Layari maklumat lanjut mengenai produk dan promosi terkini, sila layari:   

Website: https://www.realme.com/my/   

Facebook:  https://www.facebook.com/realmeMalaysia



Khamis, 3 Disember 2020

,

Hadir dengan peranti berspesifikasi hebat dan rekaan memukau pada harga mampu milik, tidak hairanlah realme berjaya menjual 50 juta unit peranti dan menduduki tangga kedua pasaran telefon pintar untuk tahun 2020 di Malaysia.   

 

Statistik dari penganalisa Counterpoint Q3 Quarterly Smartphone Market Monitor melaporkan realme Malaysia mencapai 50% QoQ dan menduduki Top 2 Smartphone Brand dalam pasaran Malaysia berbanding negara Asia lain.  

 


 


realme capai 50 juta unit jualan

realme menjadi jenama paling cepat dalam mencapai 50 juta jualan! Buat pertama kalinya dalam sejarah, realme mencatat suku tahunan tertinggi iaitu 14.8 juta dan peningkatan 132% QoQ, dan 45% YoY untuk suku tersebut.   


 

Untuk rantau Asia pula tidak kurang hebatnya. Jenama ini mencatat peningkatan 196% YoY dan 47% QoQ di Philippines, Malaysia, Indonesia, Thailand, and Vietnam. 


realme Malaysia top 10 carian sohor kini tertinggi

“Menurut laporan e-Conomy 2020 oleh Google, Bain, dan Temasek, lebih daripada 1 dari 3 pengguna perkhidmatan digital baru kerana wabak COVID-19. Kami menjangkakan ekonomi internet di Malaysia meningkat 3 kali ganda dan mencapai $30B pada 2025.   Rangkaian telefon bakal memainkan peranan penting dalam suntikan ekonomi negara. Saya gembira melihat realme Malaysia terus menjadi tulang belakang dalam ekosistem ini dengan melancarkan produk berkualiti pada saluran Youtube mereka.   Pada bulan September dan Oktober, telefon realme tersenarai dalam Top 10 carian sohor kini tertinggi. Terima kasih realme Malaysia dan tahniah di atas pencapaian ini.”  - Marc Woo, Managing Director, Google Malaysia.

 

Jualan realme terbaik untuk tahun 2020

Tidak mengejutkan. Lihat sahaja peranti-peranti yang mereka keluarkan. realme boleh mencapai 50 juta jualan kerana menghasilkan peranti memenuhi kehendak golongan muda. Seperti:  

 



  • Cip pemprosesan berkuasa
  • Bateri besar
  • Design segar 
  • Harga mampu milik
  • Kamera berkualiti
  • Aksesori menarik

 

Kesemua elemen ini memenuhi permintaan mereka yang sukakan hiburan dan menepati citarasa pasaran.  


NARZO paling laris tahun 2020 di Lazada

Siri NARZO yang dilancarkan pada promosi 11.11 tempoh hari juga cukup membanggakan. NARZO 20 dinobatkan sebagai No. 1 Best-selling New Smartphone in Lazada 2020 dan The Best-selling Smartphone Series in Lazada 2020!   

 


 

“Kami gembira dapat melihat bagaimana realme mengembangkan pasaran digitalnya di Lazada Malaysia sekaligus menjadi jenama paling laris di LazMall tahun ini dalam kategori Mobiles & Tablets. Kami berharap agar dapat mencapai lebih banyak kejayaan bersama". - Sherry Tan, Ketua Pegawai Perniagaan, Lazada Malaysia. 

 

Mana tidaknya, bukan sahaja baru dilancarkan. Malah menawarkan ciri menarik setanding peranti premium! Anda boleh baca spesifikasi siri NARZO dalam artikel ini - realme NARZO 20 Pro - Handphone Gaming Terbaik.  


I'm a gamer my self. I would love to play PUBG Mobile on NARZO 20 Pro! Mesti tak lag kan? 


Jenama No. 1 di Shopee

Bukan sahaja di Lazada, realme turut mengungguli carta bagi beberapa kategori pada 11.11 Big Sale dan sepanjang tahun 2020 iaitu:  


  • No 1 Audio Brand
  • No 1 Wearable Brand 
  • No 1 Mobile Accessories Brand
  • No 1 Best-Selling 8GB+128GB Smartphone 

 



“Kami berasa besar hati menjadi rakan e-dagang pilihan yang dipercayai oleh realme. Daripada telefon pintar hingga gajet tangan, serta produk kesihatan dan barangan gaya hidup, pelbagai produk realme diminati ramai rakyat Malaysia yang membeli-belah di Shopee. Ini menjadikan realme antara salah satu jenama mudah alih dan gajet yang paling laris di platform ini. Shopee mengucapkan tahniah kepada realme atas pencapaian baharu ini, dan kami berharap dapat mencapai lebih banyak lagi pada masa depan.” - Pengarah Urusan Serantau Shopee, Ian Ho.  


Jualan tahun 2020 meningkat sebanyak 5053% berbanding jualan Double 11 pada tahun 2019.  

 


I am not surprised at all. Korang boleh tengok sendiri bagaimana realme memasarkan produk mereka. Dari smartphone, earphones, smartwatch, fitness tracker, hinggalah Smart Scale or realme M1 Sonic Electric Toothbrush berjaya realme keluarkan pada 2020. 


Saya senaraikan beberapa produk realme yang 'hot'! Who knows, you might be interested to get one! 

  1. NARZO 20 Pro 
  2. NARZO 20
  3. realme 7i 
  4. realme C12 
  5. realme Watch
  6. realme Band
  7. realme Buds Air Neo
  8. realme 10,000 mAh Powerbank 


Crazy how far we've come. What we can get at a budget cost. Telefon sekitar RM1,+++ pun terbina dengan kamera 48MP dan skrin 90Hz.

 

Malah, dengan harga mampu milik sekitar RM549, anda sudah boleh menikmati telefon yang dikuasakan dengan RAM sebesar 4GB!  

 


 

Ini adalah pencapaian yang cukup cemerlang. Di saat jenama OEM lain terjejas akibat pandemik COVID-19, realme berjaya meningkatkan jualan mereka.

 

Kalau anda sedang mencari telefon atau aksesori seperti powerbank, atau jam tangan pintar, saya yakin realme tidak akan mengecewakan. 


Layari maklumat lanjut mengenai produk dan promosi terkini, sila layari: 

Website: https://www.realme.com/my/ 

Facebook:  https://www.facebook.com/realmeMalaysia


Jumaat, 6 November 2020

,

Realme NARZO - Handphone Gaming Murah Terbaik - Bagi peminat permainan video, anda pasti aware dengan kehadiran dua buah telefon terbaharu dari Realme iaitu Realme NARZO 20 Pro dan NARZO 20. Cukup hangat diperkatakan kerana direka untuk memenuhi kegunaan hiburan dan gaming. 


Kalau anda tertanya-tertanya, apakah maksud NARZO? Narzo adalah singkatan kepada konsep yang dibawakan telefon ini iaitu:


N - Next level camera

A - A-class processor 

R - Remarkable battery

Z - Zenith of design

O - Outstanding display

 


 

Kesemua elemen ini penting untuk kegunaan entertainment termasuklah untuk permainan video yang berat seperti Mobile Legend, PUBG Mobile, Wild Rift, dan lain-lain.  

 

Baca: Realme Watch Smartwatch Terbaik dan Murah RM299


Namun, apakah perbezaan kedua-dua telefon ini? NARZO 20 Pro adalah versi premium yang hadir dengan saiz RAM yang lebih besar. Manakala NARZO 20 pula berspesifikasi yang sedikit rendah dan harga lebih murah. 


Realme NARZO 20 Pro

Kalau anda mahukan telefon dengan performance yang mantap, NARZO 20 Pro adalah pilihan terbaik. Hadir dengan MediaTek Helio G95 iaitu cipset setanding dengan Snapdragon 730.  

 


 

Ditambah pula dengan RAM sebesar 8GB + 128GB ROM, memang sedaplah untuk heavy user dan prestasi gaming pula amat lancar.  

 

Gaming mode

Bercakap soal gaming, ia terbina dengan Gaming Mode. Jadi anda boleh tetapkan beberapa features seperti notifikasi, screen recording, FPS, dan block panggilan/text yang masuk agar tidak mengganggu permainan atas talian. 

 

Pic: Fonearena.com

 

Apa yang membuatkan NARZO 20 Pro sebagai handphone gaming murah terbaik adalah kerana ia memiliki Carbon Fiber Cooling System. Teknologi ini membuatkan telefon tidak mudah panas, even for intensive gaming!


Performance memang super smooth, tak ada masalah lag. Biarpun ketika turun di kawasan yang ramai enemy. Heee! 

 

+ Baca: Yoodo Beri PERCUMA Data PUBG Mobile 20GB Sebulan!

 

Bateri 65W fast charching

Saiz bateri juga cukup padu iaitu 4,500 mAh. Ia juga menyokong fast charging 65W SuperDart Charge iaitu boleh dicas dari 0 - 100% dalam masa 38 minit sahaja. Kalau nak tahu, ia adalah yang terlaju untuk telefon kelas pertengahan.


Kamera

Kemampuan kameranya pula bukan calang-calang. Terbina dengan EMPAT buah kamera dengan setup: 

  • 48MP  f/1.8 (wide)
  • 8MP f/2.3 (ultrawide)
  • 2MP f/2.4 (macro)
  • 2MP f2/4 (B&W portrait lens)


 

Kualiti gambar amat cemerlang. Hasilnya, ia nampak sharp dengan kesan bokeh dan menghasilkan warna natural. Begitu juga dengan kamera hadapan iaitu 16MP f/2.1. 


NARZO 20

Manakala NARZO 20 pula adalah versi 'Lite' dimana spesifikasinya spesifikasi dan harganya lebih rendah. Tetapi anda masih boleh menikmati kamera belakang dengan 48MP , 8MP ultra-wide-angle shooter, dam 2MP macro lens. 

 


 

Peranti ini dijana dengan cip berbeza iaitu MediaTek Helio G85, RAM 4GB + 64GB ROM.  

 

Baca: 5 Handphone Murah Bawah RM400

 

Akan tetapi, saiz baterinya 6,000 mAh! Jauh lebih besar dari versi Pro. Ia turut disokong dengan 16W fast charging. Pada saya, ia cukup hebat pada harga RM699.  

 


 

Harga Realme NARZO 20 Pro Malaysia 


Beli dengan harga lebih murah di Realme Official Lazada pada 11.11 ini. Narzo 20 Pro dijual pada harga RM899, manakala Narzo 20 cuma RM549 sahaja!


Sekiranya anda sedang mencari telefon gaming terbaik, Realme NARZO 20 Pro adalah pilihan tepat. Biarpun berada di kelas pertengahan, spesifikasi yang ditawarkan cukup berkuasa! Apatah lagi pada tanda harga yang mampu milik.


Khamis, 27 Ogos 2020

,

Realme C12 + Screen Magnifier + Buds Classic cuma RM529 | Realme hadir dengan sebuah lagi telefon bajet terbaharu iaitu C12. Dengan spesifikasi hampir sama dengan C11, cuma menerima beberapa naik-taraf menarik termasuk saiz RAM dan bateri.


Berkaitan: Realme C11 - Handphone Murah Bawah RM500 Terbaik

 

Apa yang membuatkan Realme C12 ini mendapat perhatian ramai adalah kerana harganya yang amat berpatutan malah disokong oleh pelbagai ciri bak peranti kelas pertengahan. Ini menjadikan ia antara handphone murah terbaik di pasaran.

 



Bukan itu sahaja, Realme turut mengadakan promosi di mana anda boleh mendapatkan 2 peranti percuma dengan setiap pembelian C12 pada 31 Ogos ini

 

Memandangkan artikel C11 mendapat banyak hits, saya kongsikan pula 'upgrade version' nya. Jom lihat antara spesifikasi menarik yang ada pada C12 ini.



Realme C12 specs

Skrin

Didatangkan dengan skrin 6.5 inci, panel IPS LCD yang berresolusi HD+, dan aspek ratio 20:9. Pengalaman menonton video pastinya memuaskan kerana saiznya yang agak besar dan terang. Tambahan pula, ia memiliki Gorilla Glass yang tahan calar dan hentakkan.  

 

 



Pemprosesan

Sama seperti C11, peranti ini juga menggunakan cipset Helio G35, cuma saiz RAM ditambah kepada 3GB. Sesuai untuk telefon kelas permulaan. Prestasinya memang cemerlang untuk kegunaan harian seperti melayari laman web, sosial media, menonton video, dan lain lain. 


Gaming? C12 masih boleh handle PUBG Mobile dengan setting grafik 'Smooth + Medium'. Cuma tidak digalakkan guna 'Gyroscope'. Permainan video ringan lain pula langsung tak ada masalah.  

 

Berkaitan: Realme Watch Smartwatch Terbaik dan Murah RM299


Bercakap pasal PUBG Mobile, korang boleh main PUBG smooth tanpa lag dan tak kacau data internet kalau guna simcard Yoodo. Sebab Yoodo beri 20GB data PUBG percuma setiap bulan. Saya pun guna, best teruk! Rujuk sini >  https://bit.ly/2KXl0Wa

 


 

 

Interface

Realme C12 ini dijana dengan Realme UI 1.0 dan Android 10. Cukup smooth dan banyak fungsi menarik seperti split screen, Game Space, dan dark mode.  

 

 

 

Kamera

Untuk pengetahuan, C12 memiliki 3 kamera belakang dengan 13MP. Kualiti gambar memang padu untuk harga sekitar RM500. Kualiti gambar bagi indoor, outdoor, dan low light memang terang dan memuaskan. 




Untuk kamera selfie pula guna 5MP f/2.4. Rakaman selfie yang terang dan mampu menghasilkan gambar yang baik untuk dikongsikan di media sosial.  

 

Berkaitan: Realme Buds Air Wireless Earphone Terbaik? 

 

If only I had C12 in my hand right now, I could show you how impressive the cameras are.


Bateri

Siapa tidak suka akan saiz bateri telefon yang besar kan? C12 hadir dengan bateri 6000 mAh! Tahan selama 11 jam dengan penggunaan tanpa henti. Kalau dengan penggunaan biasa ia tahan sehingga 2 hari dengan sekali pengecasan penuh. Gila betul bateri dia!  

 




Ia turut disokong dengan fungsi 'reverse charging' di mana korang boleh jadikan telefon ini sebagai powerbank untuk charge telefon lain. Hebat tak? 

 

Harga Realme C12 Malaysia

C12 berharga RM529 dan korang akan dapat earphone rasmi iaitu Realme Buds Classic secara PERCUMA. Bukan earphones cikai tau, sound padu! 

 

Harga: RM529

Beli di Lazada: https://rb.gy/ypspbn

 


 

Untuk harga promosi sempena Hari Kebangsaan, dengan harga RM529 korang akan dapat 3 item PERCUMA:

 

1 - Earphone Buds Classic

2 - Screen Magnifier

3 - Clear Casing

 

Murahkan? Untuk dapatkan 3 barang percuma ini, korang kena beli dengan pengedar Realme yang sah bermula 31 Ogos 2020. 


Maklumat lanjut: https://www.facebook.com/realmeMalaysia

 

Apa yang boleh saya katakan, C12 cukup mengagumkan untuk tanda harga RM529. Spesifikasi mantap yang kebanyakkannya ada pada peranti kelas pertengahan. Cukup berbaloi untuk mereka yang berbajet sederhana dan inginkan telefon kedua.



Ahad, 5 Julai 2020

,
Realme C11 - Handphone Murah Bawah RM500 Terbaik | Realme came out with a great device yet again! Terkini, mereka melancarkan Realme C11, iaitu peranti kelas pertengahan dengan penawaran bateri 5000mAh pada harga RM429 sahaja untuk varian (2GB RAM + 32GB).

Pelbagai ciri menarik yang terbina bak telefon kelas pertengahan. Dengan harga yang mampu milik ini, ia sekaligus dapat memenuhi keperluan semua golongan untuk memiliki telefon pintar.


Nak tahu lebih lanjut tentang C11? Teruskan membaca artikel ini!


Spesifikasi Realme C11

Pemprosesan

Untuk pengetahuan, peranti ini adalah yang terawal menggunakan cipset Helio G35. Secara asasnya, ia setanding dengan Snapdragon 625. Ia menghasilkan prestasi yang baik dan lancar untuk kegunaan harian. Biarpun anda menggunakan beberapa aplikasi pada masa sama, C11 tidak tersekat-sekat dan amat memuaskan.

Varian 2GB RAM + 32GB ini sudah cukup baik untuk penggunaan sederhana.


Dengan sokongan Android 10, dan interface Realme UI 1.0 yang kelihatan tidak ubah seperti Android One. Mampu buat split skrin iaitu boleh menonton Youtube dan buka aplikasi lain dalam satu masa.


Skrin

Rekaan skrin 6.5 inci dengan IPS LCD, nisbah 20.8 iaitu skrin hampir penuh dengan takuk umpama titisan air. Not bad untuk harga bawah RM500. Kerana banyak peranti lain pada harga sama masih menggunakan bazel.


Paparan C11 ini amat terang, tajam, sekaligus memberi pengalaman menonton video yang memuaskan.

Artikel berkaitan: Handphone Murah Bawah RM300

Kamera

Aspek paling penting pengguna titik beratkan ketika ingin beli telefon. Realme C11 ini disokong oleh dua buah kamera belakang, masing-masing 13 megapixels f/2.2 dan 2 megapixels f/2.4.

Hasilnya, anda boleh merakam gambar bokeh. Ia turut menyokong Nightmode di mana kualiti gambar pada waktu malam sangat baik. Nampak natural dan kuang noise.


Untuk kamera selfie pula, 5 megapixel HDR dan AI Beauty merakam gambar sederhana. Tampak pucat, tetapi masih baik untuk harga telefon yang berpatutan.

Bateri

Pada harga RM429, C11 hadir dengan bateri 5000 mAh! Ia mampu tahan selama 2 hari dengan penggunaan sekitar 4 jam sehari.

Memang mantap, telefon dengan harga ribuan ringgit pun memiliki bateri 3000 - 4000 mAH sahaja. Anda dibekalkan dengan charger 10W iaitu cuma cas 3 jam untuk pengecasan penuh.

Tidak cukup dengan bateri besar, C11 juga menyokong reverse charging! Anda boleh jadikan telefon ini sebagai powerbank untuk mengecas telefon lain. Menarik bukan? Telefon murah, tapi berkualiti.

Rekaan

Dari segi design, saya serahkan kepada anda untuk menilainya. Pada saya rekaan Realme C11 sudah cukup mantap. Dua buah kamera disusun bersama flash dalam bentuk segi empat tepat.


Sekali pandang, peranti ini tampak seakan sebuah iPhone 11 Pro dan beberapa peranti kelas atasan. Isn't it a good thing? Orang sekeliling akan menyangka anda menggunakan telefon flagship.

Bahan binaanya menggunakan plastik, tetapi nampak premium. Bahkan, ada tekstur bergaris untuk elak dari mudah jatuh dan kesan cap jari.


Kelebihan Realme C11
  1. Boleh buat split screen
  2. Terbina dengan Face Unlock
  3. Dual sim
  4. 3.5mm audio jack

Gaming

Biarpun hanya dijana dnegan 2GB RAM, anda masih boleh main permainan video PUBG Mobile dengan lancar. Dengan setting grafik 'Smooth, Medium'. Fungsi gyroscope pun tak lagging.

Nah, korang boleh main PUBG sepuas hati dengan simcard Yoodo. Yoodo beri 20GB data PUBG percuma setiap bulan, tak kacau data lain. Diorang siap beri in-game jersi percuma pulak tu!

Dapatkan simcard Yoodo di sini -  https://bit.ly/2KXl0Wa

This is mine. Smart tak jersi tu? Macam Yoodo Gank, walaupun main bengap.

Harga Realme C11 Malaysia

Harga jualan varian (2GB RAM + 32GB) adalah RM429 pada 7 Julai 2020 ini di Shopee. Malah, pelanggan terawal juga bakal menerima earphones Buds 2 secara percuma.

Selepas 7hb, harga akan jadi RM499. Tu pun masih murah!

Beli di sini - https://bit.ly/2YZmc2X

Apa yang boleh saya katakan, Realme C11 merupakan telefon murah bawah RM500 terbaik yang boleh anda dapatkan di pasaran setakat ini. Cukup berbaloi dengan spesifikasi mantap yang ditawarkan. Kalau berminat anda boleh beli di Shopee melalui pautan di atas.

Sabtu, 13 Jun 2020

,
Realme Watch Smartwatch  Terbaik dan Murah RM299 | Salah satu artikel gajet yang mendapat bacaan terbanyak adalah Realme Buds Air Wireless Earphone Terbaik. I get it why, Realme mendapat tempat di hati pengguna kerana sering hadir dengan peranti berkualiti pada harga mampu milik.

Terkini, Realme mengeluarkan 4 aksesori pintar yang dinamakan AloT yang boleh meningkatkan produktiviti serta selari dengan kehendak semasa. Ia termasuklah Realme Watch!



4 aksesori AloT:
  • Realme Watch
  • Realme Band
  • Realme Buds Air Neo
  • Realme Powerbank 2

Kesemua gajet ini dilancarkan pada 11 Jun, so they are fresh from the oven! Kalau nak tahu apakah keistimewaan, fungsi menarik, dan harga gajet-gajet ini, baca artikel ini sampai habis. Saya sertakan juga link pembelian online dari seller yang sah.

Realme Watch

Akhirnya Realme hadir dengan smartwatch mereka yang pertama. Sekilas pandang, rekaannya hampir sama dengan Apple Watch. But who cares, selagi rekaan ini masih segar dan releven, ia masih tampak cantik premium.


Harga smartwatch ini adalah RM299, tetapi memiliki sejumlah fungsi sama yang ada pada jam tangan pintar yang bernilai ribuan ringgit.

Fungsi menarik pada Realme Watch:

  • Menjawab panggilan
  • Fokus terhadap kesihatan seperti denyutan nadi, memantau kalori, dan lain-lain
  • Memiliki 14 mod sukan berbeza
  • Menerima notifikasi media sosial dari telefon
  • Kalis air dan debu
  • Boleh mengawal muzik dan kamera
  • Skrin sentuh berwarna

Selain itu, ia memiliki skrin 1.4-inci berwarna (touch screen) dan beresolusi 320×320 pixels. Pilihan warna pula adalah Black, Green, Red dan Blue.


Artikel berkaitan: Handphone Murah Bawah RM300

Fungsi 'raise to wake' juga cukup membantu di mana anda hanya perlu mengangkat pergelangan tangan to mengaktifkan jam.

Realme Watch ini boleh dipadankan dengan semua jenis smartphone menggunakan bluetooth melalui aplikasi percuma, Realme Link. Kalau lihat dari segi spesifikasi yang ditawarkan, Realme Watch boleh dikatakan sebagai jam tangan pintar terbaik pada harga rendah.

If only I had this on my wrist!

Harga: RM299
Beli di Shopee: https://bit.ly/2UDFfNC

Realme Band

Merupakan fitness tracker atau penjejak kesihatan yang mampu milik tetapi lengkap dengan fungsi menarik. Malah ia boleh menandingi pesaingnya, Mi Band 4.


Spesifikasi Realme Band:

  • Skrin berwarna
  • Skrin 2.4 cm
  • Sensor denyutan nadi masa-nyata
  • Cable free charging
  • Kalis air (IP68)
  • Menerima notifikasi sosial media
  • Notifikasi panggilan telefon dan SMS
  • Peringatan untuk minum air
  • Sejumlah mode kecergasan seperti yoga, jogging, mendaki, dan lain-lain

Selain itu, bateri 90mAh ini mampu bertahan selama 10 hari untuk pengecasan penuh. This the best fitness tracker you could get right now.

Harga: RM129
Beli di Shopee: https://bit.ly/3hmwLnT

Realme Buds Air Neo

Kalau nak tahu, Buds Air Neo adalah versi 'Lite' atau berspesifikasi rendah berbanding peranti sebelumnya iaitu Realme Buds Air. Ini adalah supaya ia boleh dijual dengan harga yang lebih murah. Bagaimanapun, peranti ini tidak banyak perbezaan dengan Buds Air. Ia masih menghasilkan bunyik yang mengagumkan.




Spesifikasi Realme Buds Air Neo

  • Menggunakan cip R1 seperti Buds Air
  • Dynamic bass boost
  • Pemacu audio 13 mm
  • Kawalan sentuhan
  • Ketahanan bateri 3 jam atau sehingga 17 jam dengan penggunaan pod pengecas
  • Mode gaming

Untuk kaki gamers pula, earphones ini hadir dengan gaming mode yang membolehkan anda bermain permainan video tanpa gangguan wayar.



[+] Saya dah ada simcard percuma Yoodo, boleh main PUBG Mobile free 20GB tanpa lag. Ping 30 je! Kalau berminat rujuk >> https://bit.ly/2KXl0Wa


Kalau tengok dari spesifikasi ini, memang berbaloi pada harga RM129 kan?

Harga: RM129

Realme Powerbank 2

Melengkapkan akseseori AloT adalah Realme Powerbank 2. Rasanya tak perlulah saya cerita lanjut tentang fungsi powerbank kan? Dengan harga RM129, Realme Powerbank 2 berkapasiti 10,000mAh.


Spesifikasi Realme Powerbank 2

  • 18W dengan pengecasan pantas
  • Pengecasan dua hala - USB-C & USB-A
  • 13 lapisan perlindungan litar untuk pengecasan yang selamat

Powerbank ini cukup ringan dan nipis, jadi anda tidak perlu risau jika perlu dimasukkan ke dalam poket atau bag. Rekaannya juga menarik, lain dari yang lain. Hadir dengan warna hitam dan kuning rasmi Realme.


Harga: RM129

Maklumat lanjut rujuk:

#MYrealmeWatch
#TimeToBeSmarter
#FirstChoiceAloT

Kalau tengok pada spesifikasi Realme Watch tu, memang cukup berbaloi untuk dimiliki. Rata-rata website tech lain mengangkat jam tersebut sebagai Smartwatch Terbaik dan Murah. Aksesori lain dalam rangkaian AloT juga sungguh nice sekali!