Memaparkan catatan dengan label realme. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label realme. Papar semua catatan

Isnin, 21 Disember 2020

,

Now everyone can own a 5G smartphone! Kenapa saya cakap begitu? Ini kerana realme baru sahaja melancarkan realme 7 5G yang menjadi smartphone paling mampu milik yang menyokong rangkaian 5G.

 

Apa yang saya boleh katakan, ia realme 7 5G bukan menyokong 5G semata-mata. Tetapi hadir dengan cipset, bateri, dan skrin berkuasa pada tanda harga RM1299.   

 


 

“Hari ini, kami berbangga untuk melancarkan inovasi terbaharu dari realme untuk rakyat Malaysia. realme 7 5G adalah telefon dengan 5G paling mampu milik yang boleh anda dapatkan dipasaran hari ini. Kami telah menunaikan janji untuk membawakan trend 5G ‘Dare to Leap’ untuk pengguna muda. Adalah menjadi hasrat kami untuk mempelopori teknologi ini bagi membolehkan pengguna realme menikmati ciri menarik dan rangkaian stabil pada harga yang lebih rendah". - Tiffany Teh, Pengurus Jenama realme Malaysia.


Jom baca antara spefikasi best yang ada pada realme 7 5G.



Cipset MediaTek Dimensity 800U

Memberikan performance yang padu, lancar, dan berkuasa. Kemampuan CPU adalah 11% lebih pantas, manakala GPU pula 28% lebih laju. Jika dibandingkan dengan pemproses siri Dimensity 700, pemproses pada realme 7 5G menawarkan kelajuan pembukaan aplikasi 1.4 kali lebih pantas.


  • Cipset Mediatek Dimensity 8000U 5G (7nm)
  • Dua teras Cortex-A76 ; Enam teras Cortex-A55  
  • Cip grafik Mali –G57 GPU

Artikel berkaitan - realme 7 5G Hadir Dengan Dimensity 800U + 120Hz Yang Berkuasa

 

5G+5G DSDS

Anda boleh menikmati pada kedua-dua sim untuk pengalaman internet berkelajuan tinggi tidak kira telco mana yang anda guna.  

 

Manakala 5G-CA (2CC 5G Carrier Aggregation) pula meningkatkan kestabilan panggilan.  


Skrin 120Hz

Tidak hanya hebat dari kelajuan internet dan cip berkuasa, skrin realme 7 5G juga menghasilkan 120Hz frame rate. Ini bermaksud sentuhan skrin, bukaan aplikasi, swipe, dan lain-lain amat lancar dan responsif. Cukup responsif berbanding peranti lain yang hanya menawarkan 60Hz pada tanda harga sekitarnya.  

 


 

Bateri 5000mAh + 30W Dart Charge

Tidak perlu risau akan telefon kehabisan bateri, realme 7 5G menawarkan bateri sebesar 5000mAh dan pengecasan 30W Dart Charge. Ia mampu mengecas hingga 100% hanya dalam masa 65 minit sahaja. 


Artikel berkaitan: realme 7 5G Beri 5000 mAh dan Penjimatan Bateri Maksimum

 



Sesuai untuk gaming

Sokongan cip MediaTek Dimensity 800U, skrin 120Hz, dan bateri besar menjanjikan pengalaman gaming yang mengagumkan tanpa sebarang lagging atau gangguan. Ini penting terutama buat PUBG Mobile players. Trust me, I know!   


 

Kamera

Dari sudut kamera pula bukan calang-calang. 48MP Quad Camera Samsung S5KGM1ST dapat menghasilkan hasil fotografi bak profesional. Gambar lebih sharp, natural, dan smooth.  


  • 48MP Quad Camera Samsung S5KGM1ST   
  • 8MP ultra-wide + 2MP macro + 2MP depth sensor   
  • 16MP kamera hadapan

Harga realme 7 5G Malaysia

8GB + 128GB – RM1299. Hadir dengan dua warna iaitu Mist Blue dan Flash Silver. Flash Silver merupakan warna dan rekan terkini realme. Menampilkan logo realme dengan kesan ‘three-dimensional’ yang tampak lebih premium.  


 Link pembelian (realme official store)- https://invol.co/cl25ylt

 


 

Dengan spesifikasi dan harga jualan realme 7 5G ini, lebih ramai rakyat Malaysia dapat menikmati internet berkelajuan tinggi 5G yang stabil. Telefon ini juga menjadi pelengkap citarasa golongan muda untuk melakukan aktiviti harian dan pengalaman hiburan tanpa perlu bayar lebih. 

 

Stay tuned guys, sebab pada 2021 realme akan melancarkan smartphone yang disokong dengan cip pemprosesan 5G pula. Which makes it even more powerful!   


Layari maklumat lanjut mengenai produk dan promosi terkini, sila layari:  

Website: https://www.realme.com/my/    

Facebook: https://www.facebook.com/realmeMalaysia


Isnin, 14 Disember 2020

,

Dalam artikel sebelum ini saya kongsikan tentang realme 7 5G yang dikuasakan dengan cipset MediaTek Dimensity 800U cukup yang berkuasa untuk rangkaian 5G. Well, telefon ini turut dipadankan dengan bateri 5000 mAh dan pengecasan 30W Dart Charge.

 

Saiz bateri yang besar memang mengujakan! Ia tahan lama dan menjimatkan waktu pengecasan.  

 


 

Bateri 5000 mAh

Sama seperti realme 7, realme 7 5G juga hadir dengan saiz bateri yang besar iaitu 5000 mAh. Dengan kapasiti sebesar ini, ia lebih memudahkan pergerakan harian tanpa perlu fikir soal pengecasan.


Bateri yang besar ini sudah tentu dapat memberikan pengalaman penggunaan yang maksimum. Sesuai buat pengguna yang gemar menonton video, mendengar lagu atau menikmati penstriman Netflix! 

 


 

Ini juga sudah pasti menggembirakan kaki gaming! Kerana bateri tidak mudah habis sekiranya bermain untuk jangka masa yang lama.


Anda boleh lihat sendiri ketahanan bateri realme 7 5G ini.



Ini dapat memastikan penggunan harian yang selesa tanpa perlu risau telefon anda kehabisan bateri dengan cepat. 


30W Dart Charge

Malah ia disokong dengan pengecasan 30W Dart Charge mampu mengecas hingga 100% hanya dalam masa 65 minit sahaja. Dengan mengecas 26 minit, anda sudah boleh menikmati bateri 50%. 

 

Ia turut menyertakan 15W PD charge, making it even more versatile. Cool kan? 

 


Power Saving Mode


Disamping itu, realme 7 5G turut hadir dengan Power Saving Mode yang membantu anda menjimatkan bateri pada tahap maksimum.  

 

Artikel berkaitan:

+ realme Tangga Kedua Pasaran Smartphone Malaysia 

+ realme NARZO 20 Pro - Handphone Gaming Terbaik

 

Pada bateri 5%, anda masih boleh menggunakan WhatsApp (text) untuk 70 minit, atau mendengar lagu menggunakan Spotify untuk 5 jam. Ia juga mampu bertahan selama 30.8 jam dalam keadaan standby.


Ini cukup untuk kegunaan kecemasan sebelum telefon ini dicas semula.  

 

 

Selain Power Saving Mode, realme 7 5G turut hadir dengan:

 

  1. Sleep Standby Optimization - Pengaktifan Power Saving Mode secara automatik semasa anda tidur untuk merendahkan tenaga bateri yang digunakan oleh aplikasi yang sedang dijalankan. 
  2. App Quick Freeze - Berfungsi untuk menghentikan penggunaan kuasa apabila sesuatu aplikasi itu tidak digunakan. 



Kamera

  • 48MP Quad Camera Samsung S5KGM1ST 
  • 8MP ultra-wide + 2MP macro + 2MP depth sensor 
  • 16MP kamera hadapan


Kemampuan kamera realme 7 5G juga amat cemerlang. Ia menghasilkan gambar yang terang, tajam, dan tampak natural tidak kira indoor, outdoor, mahupun pada waktu malam. 

 

Apa yang boleh saya katakan, realme 7 5G memang berbaloi untuk dimiliki. Dikuasakan dengan Mediatek Dimensity 800U, saiz bateri 5000 mAh + 30W Dart Charge.


Kita sedang menuju ke arah rangkaian 5G yang pantas dan sesuai dengan peredaran teknologi. So, realme 7 5G is the right choice. 

 

Layari maklumat lanjut mengenai produk dan promosi terkini, sila layari:

Website: https://www.realme.com/my/ 

Facebook: https://www.facebook.com/realmeMalaysia




Ahad, 13 Disember 2020

,

Jika anda perasan, realme melancarkan beberapa telefon di bawah siri yang sama iaitu; realme 7, realme 7 Pro, dan realme 7i. Kini mereka bakal menyertakan sebuah lagi telefon iaitu realme 7 5G! And this could be the best affordable phone yang menyokong rangkaian 5G. 


Apa yang best sangat tentang 5G? Apa kelebihan telefon ini berbanding siri 7 yang lain? Teruskan membaca artikel ini.  

 


Apa itu 5G

5G adalah teknologi sambungan tanpa wayar generasi kelima. Dalam bahasa mudah, anda bakal menikmati internet berkelajuan yang lebih tinggi berbanding 4G. Biarpun rangkaian 4G sudah memadai, 5G hadir tepat pada masanya untuk memenuhi permintaan teknologi baharu. Anda boleh menikmati kadar muat turun dan penstriman yang jauh lebih pantas dan stabil.  



Cip pemprosesan MediaTek Dimensity 800U + skrin 120Hz

realme 7 5G dijana dengan MediaTek Dimensity 800U yang terbina dengan 5G di dalamnya. Ia merupakan telefon pertama in the price range yang mencapai 340,000 di Antutu Benchmark.  

 


Cip berasaskan 7nm, ia juga dilengkapi dengan dua teras Cortex A76 pada kelajuan sehingga 2.0GHz dan enam teras lagi Cortex-A55, selain disertakan dengan Mali-G57 GPU.


Kelebihan Dimensity 800U

Cip ini melancarkan performance telefon tanpa sebarang major lags atau glitches.


Ini bermakna app launch time nya 1.4 kali lebih laju, kemampuan CPU adalah 11% lebih pantas, manakala GPU pula 28% lebih laju.   

 

Ditambah pula dengan 6GB RAM + 128GB ROM, penggunaan harian amatlah lancar biarpun anda guna beberapa aplikasi dalam satu masa.   

 


 

Kekuatan Dimensity 800U bakal memberikan pengalaman melayari internet yang menakjubkan buat realme 7 5G. Ia boleh mencapai kelajuan internet yang tinggi dan lebih stabil. 


With all this, ia lebih berkuasa dari Snapdragon 765 sperti yang dilaporkan oleh Nanoreview  yang digunakan pada kebanyakkan telefon Android in the same price range.  

 


 

5G+5G DSDS

Bukan sekadar kelajuan internet, ia turut dipadankan dengan 5G+5G DSDS. Ini bermakna anda mampu menikmati panggilan VoNR berkualiti tinggi menggunakan kedua-dua sim card. 


Selain itu, ia turut menyokong 5G-CA(2CC 5G Carrier Aggregation) yang meningkatkan kestabilan panggilan.


Usah risau, realme 7 5G akan memberikan rangkaian terpantas tidak kira telco mana yang anda guna. 


Skrin 120Hz

Disamping itu, realme 7 5G juga hadir dengan skrin 120Hz iaitu dua kali ganda lebih besar dari realme 7 Pro. Peranti ini lebih responsif dan bertindak balas dengan laju dan lancar.   

 

Pic: TechRadar

 

Skrin 6.5 inci + 120Hz Ultra Smooth Display + 180Hz sampling rate, dan mampu menghasilkan 120 FPS.  

 

  • 20:9 ratio 
  • 2400x1080 FHD+
  • 90.5% screen-to-body ratio 
  • 480nits brightness


Senang cerita, skrin realme 7 5G menghasilkan paparan lancar pada setiap sentuhan swipe.  Malah, pengalaman bermain permainan video lebih smooth tanpa sebarang isu. 



Prestasi gaming yang memuaskan

Bercakap soal gaming, padanan Dimensity 800U dan skrin 120Hz bakal memberikan pengalaman gaming yang imersif. Terutama untuk permainan video yang berat seperti PUBG Mobile, Mobile Legend, atau Call Of Duty Mobile.   

 


 

 Anda tidak akan berdepan dengan masalah lag biarpun dengan setting ‘graphic HD + High + Gyroscope). Thanks to its 120 FPS! 


Peminat permainan video pasti akan berpuas hati dengan prestasi realme 7 5G ini. 


Banyak lagi kelebihan yang ada pada realme 7 5G ini. Saya akan cerita dengan lebih lanjut dalam artikel akan datang. Kalau anda sedang merancang untuk beli telefon baru, sabar dulu. Tunggu sampai telefon ni dilancarkan. 


Layari maklumat lanjut mengenai produk dan promosi terkini, sila layari:   

Website: https://www.realme.com/my/   

Facebook:  https://www.facebook.com/realmeMalaysia



Khamis, 3 Disember 2020

,

Hadir dengan peranti berspesifikasi hebat dan rekaan memukau pada harga mampu milik, tidak hairanlah realme berjaya menjual 50 juta unit peranti dan menduduki tangga kedua pasaran telefon pintar untuk tahun 2020 di Malaysia.   

 

Statistik dari penganalisa Counterpoint Q3 Quarterly Smartphone Market Monitor melaporkan realme Malaysia mencapai 50% QoQ dan menduduki Top 2 Smartphone Brand dalam pasaran Malaysia berbanding negara Asia lain.  

 


 


realme capai 50 juta unit jualan

realme menjadi jenama paling cepat dalam mencapai 50 juta jualan! Buat pertama kalinya dalam sejarah, realme mencatat suku tahunan tertinggi iaitu 14.8 juta dan peningkatan 132% QoQ, dan 45% YoY untuk suku tersebut.   


 

Untuk rantau Asia pula tidak kurang hebatnya. Jenama ini mencatat peningkatan 196% YoY dan 47% QoQ di Philippines, Malaysia, Indonesia, Thailand, and Vietnam. 


realme Malaysia top 10 carian sohor kini tertinggi

“Menurut laporan e-Conomy 2020 oleh Google, Bain, dan Temasek, lebih daripada 1 dari 3 pengguna perkhidmatan digital baru kerana wabak COVID-19. Kami menjangkakan ekonomi internet di Malaysia meningkat 3 kali ganda dan mencapai $30B pada 2025.   Rangkaian telefon bakal memainkan peranan penting dalam suntikan ekonomi negara. Saya gembira melihat realme Malaysia terus menjadi tulang belakang dalam ekosistem ini dengan melancarkan produk berkualiti pada saluran Youtube mereka.   Pada bulan September dan Oktober, telefon realme tersenarai dalam Top 10 carian sohor kini tertinggi. Terima kasih realme Malaysia dan tahniah di atas pencapaian ini.”  - Marc Woo, Managing Director, Google Malaysia.

 

Jualan realme terbaik untuk tahun 2020

Tidak mengejutkan. Lihat sahaja peranti-peranti yang mereka keluarkan. realme boleh mencapai 50 juta jualan kerana menghasilkan peranti memenuhi kehendak golongan muda. Seperti:  

 



  • Cip pemprosesan berkuasa
  • Bateri besar
  • Design segar 
  • Harga mampu milik
  • Kamera berkualiti
  • Aksesori menarik

 

Kesemua elemen ini memenuhi permintaan mereka yang sukakan hiburan dan menepati citarasa pasaran.  


NARZO paling laris tahun 2020 di Lazada

Siri NARZO yang dilancarkan pada promosi 11.11 tempoh hari juga cukup membanggakan. NARZO 20 dinobatkan sebagai No. 1 Best-selling New Smartphone in Lazada 2020 dan The Best-selling Smartphone Series in Lazada 2020!   

 


 

“Kami gembira dapat melihat bagaimana realme mengembangkan pasaran digitalnya di Lazada Malaysia sekaligus menjadi jenama paling laris di LazMall tahun ini dalam kategori Mobiles & Tablets. Kami berharap agar dapat mencapai lebih banyak kejayaan bersama". - Sherry Tan, Ketua Pegawai Perniagaan, Lazada Malaysia. 

 

Mana tidaknya, bukan sahaja baru dilancarkan. Malah menawarkan ciri menarik setanding peranti premium! Anda boleh baca spesifikasi siri NARZO dalam artikel ini - realme NARZO 20 Pro - Handphone Gaming Terbaik.  


I'm a gamer my self. I would love to play PUBG Mobile on NARZO 20 Pro! Mesti tak lag kan? 


Jenama No. 1 di Shopee

Bukan sahaja di Lazada, realme turut mengungguli carta bagi beberapa kategori pada 11.11 Big Sale dan sepanjang tahun 2020 iaitu:  


  • No 1 Audio Brand
  • No 1 Wearable Brand 
  • No 1 Mobile Accessories Brand
  • No 1 Best-Selling 8GB+128GB Smartphone 

 



“Kami berasa besar hati menjadi rakan e-dagang pilihan yang dipercayai oleh realme. Daripada telefon pintar hingga gajet tangan, serta produk kesihatan dan barangan gaya hidup, pelbagai produk realme diminati ramai rakyat Malaysia yang membeli-belah di Shopee. Ini menjadikan realme antara salah satu jenama mudah alih dan gajet yang paling laris di platform ini. Shopee mengucapkan tahniah kepada realme atas pencapaian baharu ini, dan kami berharap dapat mencapai lebih banyak lagi pada masa depan.” - Pengarah Urusan Serantau Shopee, Ian Ho.  


Jualan tahun 2020 meningkat sebanyak 5053% berbanding jualan Double 11 pada tahun 2019.  

 


I am not surprised at all. Korang boleh tengok sendiri bagaimana realme memasarkan produk mereka. Dari smartphone, earphones, smartwatch, fitness tracker, hinggalah Smart Scale or realme M1 Sonic Electric Toothbrush berjaya realme keluarkan pada 2020. 


Saya senaraikan beberapa produk realme yang 'hot'! Who knows, you might be interested to get one! 

  1. NARZO 20 Pro 
  2. NARZO 20
  3. realme 7i 
  4. realme C12 
  5. realme Watch
  6. realme Band
  7. realme Buds Air Neo
  8. realme 10,000 mAh Powerbank 


Crazy how far we've come. What we can get at a budget cost. Telefon sekitar RM1,+++ pun terbina dengan kamera 48MP dan skrin 90Hz.

 

Malah, dengan harga mampu milik sekitar RM549, anda sudah boleh menikmati telefon yang dikuasakan dengan RAM sebesar 4GB!  

 


 

Ini adalah pencapaian yang cukup cemerlang. Di saat jenama OEM lain terjejas akibat pandemik COVID-19, realme berjaya meningkatkan jualan mereka.

 

Kalau anda sedang mencari telefon atau aksesori seperti powerbank, atau jam tangan pintar, saya yakin realme tidak akan mengecewakan. 


Layari maklumat lanjut mengenai produk dan promosi terkini, sila layari: 

Website: https://www.realme.com/my/ 

Facebook:  https://www.facebook.com/realmeMalaysia


Jumaat, 6 November 2020

,

Realme NARZO - Handphone Gaming Murah Terbaik - Bagi peminat permainan video, anda pasti aware dengan kehadiran dua buah telefon terbaharu dari Realme iaitu Realme NARZO 20 Pro dan NARZO 20. Cukup hangat diperkatakan kerana direka untuk memenuhi kegunaan hiburan dan gaming. 


Kalau anda tertanya-tertanya, apakah maksud NARZO? Narzo adalah singkatan kepada konsep yang dibawakan telefon ini iaitu:


N - Next level camera

A - A-class processor 

R - Remarkable battery

Z - Zenith of design

O - Outstanding display

 


 

Kesemua elemen ini penting untuk kegunaan entertainment termasuklah untuk permainan video yang berat seperti Mobile Legend, PUBG Mobile, Wild Rift, dan lain-lain.  

 

Baca: Realme Watch Smartwatch Terbaik dan Murah RM299


Namun, apakah perbezaan kedua-dua telefon ini? NARZO 20 Pro adalah versi premium yang hadir dengan saiz RAM yang lebih besar. Manakala NARZO 20 pula berspesifikasi yang sedikit rendah dan harga lebih murah. 


Realme NARZO 20 Pro

Kalau anda mahukan telefon dengan performance yang mantap, NARZO 20 Pro adalah pilihan terbaik. Hadir dengan MediaTek Helio G95 iaitu cipset setanding dengan Snapdragon 730.  

 


 

Ditambah pula dengan RAM sebesar 8GB + 128GB ROM, memang sedaplah untuk heavy user dan prestasi gaming pula amat lancar.  

 

Gaming mode

Bercakap soal gaming, ia terbina dengan Gaming Mode. Jadi anda boleh tetapkan beberapa features seperti notifikasi, screen recording, FPS, dan block panggilan/text yang masuk agar tidak mengganggu permainan atas talian. 

 

Pic: Fonearena.com

 

Apa yang membuatkan NARZO 20 Pro sebagai handphone gaming murah terbaik adalah kerana ia memiliki Carbon Fiber Cooling System. Teknologi ini membuatkan telefon tidak mudah panas, even for intensive gaming!


Performance memang super smooth, tak ada masalah lag. Biarpun ketika turun di kawasan yang ramai enemy. Heee! 

 

+ Baca: Yoodo Beri PERCUMA Data PUBG Mobile 20GB Sebulan!

 

Bateri 65W fast charching

Saiz bateri juga cukup padu iaitu 4,500 mAh. Ia juga menyokong fast charging 65W SuperDart Charge iaitu boleh dicas dari 0 - 100% dalam masa 38 minit sahaja. Kalau nak tahu, ia adalah yang terlaju untuk telefon kelas pertengahan.


Kamera

Kemampuan kameranya pula bukan calang-calang. Terbina dengan EMPAT buah kamera dengan setup: 

  • 48MP  f/1.8 (wide)
  • 8MP f/2.3 (ultrawide)
  • 2MP f/2.4 (macro)
  • 2MP f2/4 (B&W portrait lens)


 

Kualiti gambar amat cemerlang. Hasilnya, ia nampak sharp dengan kesan bokeh dan menghasilkan warna natural. Begitu juga dengan kamera hadapan iaitu 16MP f/2.1. 


NARZO 20

Manakala NARZO 20 pula adalah versi 'Lite' dimana spesifikasinya spesifikasi dan harganya lebih rendah. Tetapi anda masih boleh menikmati kamera belakang dengan 48MP , 8MP ultra-wide-angle shooter, dam 2MP macro lens. 

 


 

Peranti ini dijana dengan cip berbeza iaitu MediaTek Helio G85, RAM 4GB + 64GB ROM.  

 

Baca: 5 Handphone Murah Bawah RM400

 

Akan tetapi, saiz baterinya 6,000 mAh! Jauh lebih besar dari versi Pro. Ia turut disokong dengan 16W fast charging. Pada saya, ia cukup hebat pada harga RM699.  

 


 

Harga Realme NARZO 20 Pro Malaysia 


Beli dengan harga lebih murah di Realme Official Lazada pada 11.11 ini. Narzo 20 Pro dijual pada harga RM899, manakala Narzo 20 cuma RM549 sahaja!


Sekiranya anda sedang mencari telefon gaming terbaik, Realme NARZO 20 Pro adalah pilihan tepat. Biarpun berada di kelas pertengahan, spesifikasi yang ditawarkan cukup berkuasa! Apatah lagi pada tanda harga yang mampu milik.