Memaparkan catatan dengan label review. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label review. Papar semua catatan

22 Mac 2017

Review BOSE Soundsport Wireless dari Lazada


Review BOSE Soundsport Wireless dari Lazada. Jika anda baca entri sebelum ini iaitu Surprise Box 2017 saya menerima kotak yang berisi beberapa produk dan jenama terlaris daripada laman beli-belah paling popular, Lazada, sempena ulang tahunnya yang ke lima.

Kalau tak jenguk Lazada bermula 22 - 24 Mac ni memang rugi. Sebab mereka tengah buat sales besar besaran ke atas pelbagai jenis produk dan jenama. Kesemuanya dijual dengan harga runtuh. Mana tahu barang yang dah lama anda cari ada diskaun 80%! Boleh tengok sini >>  http://www.lazada.com.my/birthday-sale/


Saya ni kalau masuk Lazada tak ada benda lain yang di search kalau bukan Daniel Wellington, smart tv, bookshelf, earphone, dan external hard disk. Lazada ni macam tahu-tahu je that I am a music lover, mereka bagi Bose Soundsport Wireless earphones dan Harman Kardon Onyx Mini Speaker.  Saya dah cuba kedua-dua produk, tapi saya review earphone BOSE dulu.

Review BOSE Soundsport Wireless dari Lazada

Produk keluaran 2016 ini merupakan salah satu peranti fon audio yang memerlukan sambungan Bluetooth ke telefon pintar. Ia direka khas supaya pengguna dapat mendengar muzik tanpa wayar dengan selesa ketika melakukan aktiviti lasak.
Kualiti Bunyi
Ciri utama dan elemen paling penting yang perlu ada pada setiap earphone iaitu kualiti bunyi. Seperti yang dijangka kualiti bunyi BOSE Soundsport sangat mengagumkan. It's BOSE, when it comes to quality, nothing can go wrong. Ia menghasilkan bunyi 'bass' yang sempurna. Jika anda penggemar muzik elektronik, anda pasti akan berpuas hati.

Aktiviti lasak
Oleh kerana ia direka khusus untuk mereka yang aktif bersukan, Bose Soundsport mempunyai rekaan yang tidak akan tertanggal semasa melakukan aktiviti lasak. Pengguna tidak perlu risau kerana earphone ini tidak akan jatuh kerana ia berada di belakang tengkuk dan klip disertakan. 

Rekabentuk
Dari segi design, ia agak besar dan berat dari wireless earphone lain di pasaran. Pada saya saiz ini bukanlah masalah besar kerana rekaan 'sporty'nya dapat menutup kelemahan ini. 

Keselesaan
Apa guna bunyi berkualiti tapi tidak selepas dipakai? Mujurlah BOSE Soundsport cukup selesa di telinga dan tidak sakit walaupun memakainya pada jangka masa lama. BOSE menyediakan earbuds tambahan yang terdiri dari saiz kecil, sederhana, dan besar.


Bateri
Dengan pengecasan penuh selama 2 jam, BOSE Soundsport mampu bertahan sehingga 6 jam tanpa henti. Namun bagi pengguna sederhana seperti saya, mengecas seminggu sekali sudah memadai. Ia boleh di cas semula dengan sambungan micro-USB yang terletak di bahagian kanan earphone.


Kalis air
Ia turut hadir dengan ciri kalis air bagi membantu melindungi peranti ini jika terkena hujan dan peluh berlebihan sewaktu melakukan aktiviti lasak.


Harga
BOSE Soundsport Wireless berharga RM790, tapi anda boleh mendapatkannya dengan harga murah di Lazada iaitu pada RM690. > Klik sini untuk beli. Manakala speaker Harman Kardon kini berharga RM299 sehinga 24 Mac sahaja dari harga asal RM699. > Klik sini untuk beli 

Anda boleh rujuk mana-mana link atau banner yang ada dalam banner untuk terus ke laman dan item yang ada diskaun! You're welcome.
 
I am blasting my playlist on my iPhone like there is no tomorrow!

BOSE Soundsport Wireless
8.7/10

Entri sebelum ini - Cara Verifikasi PIN Adsense

Terima kasih kerana membaca Review BOSE Soundsport Wireless dari Lazada

19 Oktober 2015

Puding Sedut Cikedut Saripdol Sedap


Cikedut Saripdol Sedap. Siapa yang masih belum rasa puding sedut popular iaitu Cikedut by Saripdol ni memang rugi. Saya pasti anda pasti pernah dengan tentang produk tempatan ni kerana jenamanya semakin dikenali terutamanya di media sosial.

Puding sedut merupakan revolusi kepada puding biasa yang berasaskan tenusu. Dari puding yang biasanya hadir dengan perisa seperti jagung, strawberi, dan coklat, pengusaha ini menyuntik kelainan dengan mengolahnya menjadi puding sedut.

Puding Sedut Cikedut Saripdol Sedap

Rasa puding sedut ini tidak sama seperti puding yang biasa kita makan kerana ia diinspirasikan dari rasa aiskrim pelangi Paddle Pop yang menjadi kegemaran ramai. Yang menjadikan puding ini unik adalah warnanya yang menarik bagaikan pelangi dan diisi dalam botol kaca yang cute

Ternyata puding sedut Cikedut by Saripdol ni sangat sedap. Lebih-lebih lagi apabila dimakan sejuk pada cuaca yang panas. Tak muak langsung. Patut la puding ni sangat popular. Sekarang ni ramai yang dah produk yang seakan sama. Namun, nama Cikedut Saripdol masih lagi di hadapan berbanding yang lain. 


Sebelum ni saya pernah rasa puding sedut dari pengusaha lain. Saya dah kongsikan review dalam entri sebelum ini - Puding Sedut Pa'do.


Puding ni biasanya dijual secara online, kalau anda search di Instagram memang banyak sangat. Selain itu ia juga boleh didapati di butik-butik vendor pada harga RM6 sahaja. #NKFoodRating - 9/10


Terima kasih kerana membaca Puding Sedut Cikedut Saripdol Sedap

12 Oktober 2015

Puding Sedut Pa' Do


Puding Sedut Pa' Do. Puding sedut atau dadih sedut ni memang terkenal sekarang dan ramai yang menggemarinya. Kenapa? sebab ia  cukup berbeza dengan puding yang pernah kita beli sebelum ini. Ia merupakan satu lagi makanan yang diolah supaya ia lebih menarik dan sedap.

Artikel berkaitan - Just Doner Hidangan Timur Tengah di Kota Bharu

Keunikkan puding sedut ini sudah pasti pada warnanya yang seakan-akan pelangi serta diisi dalam botol kaca. Berbeza dengan puding yang sebelum ini dijual dalam plastik dan terdapat pelbagai perisa seperti strawberry, coklat, dan jagung. Puding sedut ini istimewa kerana rasanya seperti Aiskrim paddle Pop Pelangi yang pernah korang makan tu. Seriously, siapa tak suka dengan aiskrim Paddle Pop kan?


Semalam saya berkesempatan untuk merasa Puding Sedut Pa' Do, dah lama teringin untuk cuba puding sedut ni lepas banyak sangat tengok kawan-kawan berkongsi gambar di Facebook. 

Ok, this is my honest review. Puding Sedut Pa' Do ni memang sedap. Sekali slurp memang rasa macam aiskrim Paddlepop tu. Dua kali slurp rasanya macam air susu Dutch Lady perisa strawberry. Tiga kali slurrp rasa aiskrim Paddle Pop balik. Hahah! Tapi best dan berbaloi.

Harganya pun tak mahal, cuma RM6 sahaja. Puding sedut ni biasanya dijual di butik-butik vendor, agen, serta laman sosial. Kalau anda search di Instagram, memang ramai sangat pengedar puding sedut ni. So saya dah rasa Puding Sedut Pa' Do, lepas ni nak rasa Cikedut Sarip Dol pulak! Hee! 

#NKFoodReview - Saya bagi 7/10

Entri sebelum ini - I Got Beme Shirt

Terima kasih kerana membaca Puding Sedut Pa' Do

17 September 2015

Shopee - Aplikasi Untuk Jual Beli Barang


Shopee - Aplikasi Untuk Jual Beli Barang. Sekarang ni ramai yang melakukan urusan jual beli secara online. Ia bukan sahaja senang, menjimatkan masa dan boleh disebarkan kepada semua pengguna internet. Tapi persoalannya kat mana nak jual atau beli barang paling senang?

Meh nak bagitahu. Saya ni suka baca buku fiksyen, sebab tu selalu buat review buku dalam blog ni. Saya nak cari buku baru dan lama untuk di baca. Dalam masa yang sama saya pun nak jual buku-buku yang saya dah baca. Jadi saya rasa aplikasi Shopee MY memenuhi kehendak saya dalam urusan jual beli.

Apa itu Shopee?

Shopee adalah aplikasi telefon pintar yang direka buat penjual dan pembeli supaya mereka dapat melakukan urusan jual beli dalam satu aplikasi dengan pantas. Fokus utama Shopee adalah untuk memastikan kedua-dua pihak dapat melakukan misi perdagangan dengan ringkas dan paling penting, selamat. .


Contohnya kalau anda nak jual barang, anda hanya perlu tap butang 'Sell', fungsi kamera akan keluar dan sedia untuk mengambil gambar barang yang ingin anda jual. Kemudian isikan informasi barang dan tap 'Submit'. Tak perlu isi borang panjang berjela. Kalau nak beli barang cuma 'search' dan tekan 'buy' sahaja. Ribuan produk ada, mesti tak tahu nak pilih yang mana satu. Haaa!

Sistem pembayaran yang mudah

Setiap kali nak beli barang online pastinya kita ragu-ragu sebab ia melibatkan wang ringgit. Perasaan takut kalau kena tipu tu pasti timbul bila nak buat transaksi. Tapi anda tak perlu risau sebab sistem transaksi sudah tersedia dalam Shopee. Anda boleh membuat bayaran melalui CIMB Clicks, Maybank2u, Hong Leong Connect, dan RHB Now. Paling penting ia dijamin selamat.


Shopee tidak akan kenakan apa-apa charge terhadap anda dan pembeli. Tiada caj tersembunyi.

Privasi

Bila anda dah tertarik dengan sesuatu barang, pastinya anda nak tanya si penjual sama ada barang tu masih available atau nak mintak kurangkan harga (negotiate). Anda tak perlu menghubungi penjual melalui WhatsApp lagi sebab ruangan 'chat' telah tersedia dalam Shopee. Perbualan dan tidak akan didedahkan dan hanya dilihat oleh penjual dan pembeli.

Bagi mereka yang dah berniaga di lama sosial lain, anda boleh kembangkan bisnes anda dengan menjadikan Shopee sebagai platform tambahan. 


Khidmat pelanggan Shopee sedia membantu jika terdapat sebarang kesulitan berkenaan bayaran, status penghantaran, dan kualiti produk. Walaupun Shopee baru sahaja bertapak namun dek kerana kelancaran aplikasi, mudah dan dipercayai, Shopee kini semakin dikenali.


Berkenan betul tengok buku Just Say Yes dengan lens fish eye ni. Harga pun murah je.. Kebetulan tengah cari buku baru. Hoho!


Diskaun RM10 untuk anda!

Sebagai penghargaan, Shopee bermurah hati untuk memberikan diskaun sebanyak RM10 untuk anda. Kod di bawah boleh digunakan untuk semua item di Shopee yang bernilai RM30 ke atas sahaja.


Aplikasi Shopee MY ni percuma je. Bagi pengguna iOS anda boleh download di App Store, dan Android di Google Play Store. Nak tahu apa yang terkini boleh ikuti Shopee Facebook, Instagram, dan laman rasmi - http://shopee.com.my/mobile/

Terima kasih kerana membaca Shopee - Aplikasi Untuk Jual Beli Barang

5 September 2015

Hotel Review - Grand Riverview Hotel


Hotel review - Grand Riverview Hotel Kota Bharu. Nak dijadikan cerita pada hari kemerdekaan tempoh hari kami bermalam di Hotel Grand Riverview. Pelik sebab kami tinggal di Kelantan tapi menginap di hotel dalam negeri. 

Al-kisahnya sebab Grand Riverview Hotel (GRV) mengadakan promosi di mana sebanyak 58 bilik ditawarkan pada harga RM58, sebagai simbolik Malaysia menyambut kemerdekaan ke 58 tahun. Jadi jangan harap la nak dapat harga semurah tu lepas ni. Haha! Harga asal bilik di GRV adalah kira-kira RM270.

Lokasi strategik

Hotel ni terletak di tengah-tengah bandar Kota Bharu dan mendapat nama 'riverview' kerana lokasinya di tepi Sungai Kelantan. GRV adalah antara hotel yang menjadi pilihan pelancong kerana jaraknya dengan lokasi tumpuan seperti Pasar Siti Khadijah cuma 800m (10 minit). Untuk ke Pantai Cahaya Bulan pula mengambil masa selama 13 minit. Kalau yang plan nak shopping di Wakaf Che Yeh, cuma 6.2km (13 minit) sahaja.
 
Hotel ni dekat pula dengan antara tempat makan sedap di Kota Bharu ni iaitu Restoran Wau. Saya pernah tulis review tentang restoran tersebut. - Restoran Wau Memang Sedap

Grand Riverview Hotel 1
Grand Riverview Hotel 2
Grand Riverview Hotel 3

Kemudahan hotel? Terbaik. Bilik luas, selesa dan bersih. Bilik air pun cantik. Swimming pool yang disediakan hotel ni biasa-biasa sahaja. Tak mandi kolam pun sebab masa terlalu singkat dan tak kuasa nak pack baju mandi.

Overall, menginap di Hotel Grand Riverview memang best kecuali kemudahan Wifi yang sangat-sangat perlahan. Harap improve, sebab internet dah jadi 'keperluan' sekarang ni. Malu kat costumer mat saleh nanti.

Grand Riverview Hotel 4


Tempah di sini - Grand Riverview Hotel

Kalau nak menempah hotel, saya cadangkan tempah di www.agoda.com. Sebab mereka menawarkan harga yang berpatutan.

Alamat:
Jalan Post Office Lama, 
15000 Kota Bharu, Kelantan.
Tel: 09-743 9988
Terima kasih kerana membaca Hotel Review - Grand Riverview Hotel

25 Jun 2015

Shopping Online Murah di Ensogo

Shopping Online Murah di Ensogo. Satu lagi portal beli-belah atas talian terbaik yang menawarkan harga murah dan barangan yang berkualiti adalah Ensogo. Secara jujurnya dah banyak perkara positif yang saya dengar tentang syarikat ni. Ada sesuatu yang istimewa untuk pembaca blog ni. Kalau nak tahu apa, baca entry ni sampai habis.

Bezanya Ensogo dengan pesaingnya adalah ia bukan sahaja menawarkan produk seperti pakaian, gajet, dan aksesori. Tetapi turut menyediakan pakej pelancongan, perkhidmatan serta hidangan buffet pada harga berpatutan.


Ensogo turut menawarkan perkhidmatan seperti salon dan pusat kecantikan pada harga terbaik. Selain itu voucher restoran pun menarik jugak. Harga serendah RM10. Hoho! Siapa nak bagi harga murah macam ni..

Barang-barang keperluan baby seperti mainan dan pakaian pun ada banyak pilihan. Parents mesti rambang mata tengok mainan berjenama dan berkualiti dijual pada harga murah. Saya tertarik dengan Mulfunction Nappy Bag. Siap ada compartment yang boleh unzip untuk dijadikan tempat tidur kalau nak salin lampin.


Saya tahu ramai yang tengah mencari powerbank original pada harga murah. Tak payah pening kepala, beli je di Ensogo. Pelbagai pilihan jenama dan ada diskaun lagi.


Bermacam promosi diadakan demi memberi harga terbaik untuk anda. Terbaharu, Ensogo mengadakan promosi Daily Essentials, iaitu barangan kegunaan harian pada harga terhebat dan dihantar terus kepada anda dalam masa 24jam (sekitar lembah Klang shj). Barangan keperluan harian dijual pada harga yang jauh lebih murah dari pasaraya.. Tengok kat sini >> Daily Essentials


Kod promosi untuk potongan harga RM20

Khas untuk pembaca blog ni, anda boleh gunakan kod promosi [NIK20] untuk mendapat potongan harga sebanyak RM20 dengan setiap pembelian RM60 ke atas. Kod ini boleh digunakan untuk semua item yang ada di Ensogo! Kod NIK20 sah selama seminggu, bermula hari ini 25 Jun - 1 Julai 2015.

Raya dah nak dekat, ni la masanya untuk beli barang-barang dengan harga terendah. Banyak lagi item yang ada di Ensogo. Boleh usha kat sini >> http://www.ensogo.com.my/#?utm_source=Blog&utm_medium=Blogpost&utm_campaign=Supermums

Kena bijak dalam membeli-belah secara online ni. Cari portal yang betul-betul menawarkan harga yang menarik dan Ensogo adalah salah satunya.

Terima kasih kerana membaca Shopping Online Murah di Ensogo.

25 Mei 2015

Bertukar dari Android ke iPhone


Bertukar dari Android ke iPhone. Kita sering membuat perbandingan telefon pintar mana yang terbaik. Sama ada Android ataupun iPhone. Sebagai pengguna baru iOS, agak sukar sebenarnya untuk saya putuskan yang mana lagi hebat kerana saya lebih banyak pengalaman menggunakan Android.

Saya memiliki Oppo R1L, anda boleh baca review dalam entri Pengalaman Menggunakan Oppo Smartphone. Dalam masa yang sama, saya juga mempunyai iPhone 5s yang saya menang dalam contest blogger. Yang tu boleh baca dalam entri Menang iPhone 5s dari Denaihati.

Sepanjang menggunakan Oppo R1L (Android 4.4) dan iPhone 5s (iOS 8.1.1), kedua-duanya mempunyai kelebihan dan kekurangan masing-masing. Apa yang bakal dikongsikan dalam entri ini adalah pengalaman saya sendiri selepas menggunakan dua peranti dari sistem operasi yang berbeza.


Bateri

Android menawarkan jangka hayat bateri lebih lama selain boleh menetapkan seberapa banyak penggunaan bateri yang kita mahu. Peranti Android saya bertahan sehingga jam 1 pagi dengan penggunaan yang agak berat, dan mampu bertahan hingga tiga hari dengan penggunaan yang minimum. Manakala iPhone, saya perlu cas setiap hari dan hanya bertahan selama dua hari jika tidak kerap menggunakannya. Jika anda merupakan heavy user yang sering bermain permainan video dan menonton Youtube, iPhone bukan untuk anda.


Kamera

Bermula dari iPhone 4 hingga iPhone 6 Plus, Apple masih mengekalkan kamera 8 megapixels pada telefon pintar mereka. Kita semua tahu, jumlah megapixels bukanlah segalanya kerana ini terbukti apabila iPhone merupakan peranti yang menghasilkan gambar berkualiti berbandi peranti lain yang memiliki 13 Megapixels. iPhone masih di depan dengan adanya teknologi iSight dengan 1.5µ pixels, ƒ/2.2 aperture di mana hampir menyamai kamera DSLR.

Aplikasi

Dari segi aplikasi yang ditawarkan oleh kedua-dua sistem operasi ini, iOS (App Store) didepan berbanding Android (Play Store). Ini kerana kesemua aplikasi yang ditawarkan Apps Store adalah yang terbaik dan berkualiti. Banyak aplikasi menarik hanya terdapat pada App Store. Walaupun kebanyakkannya berbayar, harganya tidaklah terlalu mahal kerana anda boleh menggunakannya sampai bila-bila selain boleh berkongsi dengan pengguna iOS lain.


Artikel berkaitan: iPhone 5s Gajet Impian Setiap Blogger

Kemaskini Software

Dari segi sistem operasi, saya kira setiap pengguna Android melalui dilema yang sama di mana mereka akan rasa ketinggalan setiap kali telefon pintar baru dikeluarkan. Hari ini anda memiliki telefon baru, dan dua bulan kemudian telefon baru dikeluarkan dengan software, kamera, kelajuan dan design yang lebih baik. Berbeza dengan iOS yang dikemaskini (hampir) setahun sekali. Sebaik sahaja Apple melancarkan sistem operasi terbaharu, setiap pemilik iPhone boleh menggunakannya. Walaupun anda memiliki iPhone 4s, anda masih boleh menggunakan iOS 8 sama seperti telefon baru.

Customize

Ramai pengguna Android gemar muat turun custom ROM kerana ini membenarkan untuk customize peranti mengikut citarasa anda. Pengguna Android dibenarkan customize atau tukar beberapa elemen seperti tema, icon pack dan font yang berwarna-warni serta bertemakan kartun. Namun iOS tidak membenarkan anda customize. Suka atau tidak anda perlu menggunakan apa yang tersedia. What you see is what you get.

Tapi sehingga kini saya tidak pernah tukar dan masih menggunakan tema rasmi Oppo. Saya lebih suka antara muka telefon yang nampak original dan memperlihatkan jenama telefon pintar.


Mesra pengguna

Kedua-dua peranti ini sememangnya mesra pengguna dengan cara yang tersendiri. Tapi pada saya Android lebih mudah digunakan. Yang paling ketara adalah tentang kedudukan butang 'back' atau kembali. Butang back kekal disebelah butang 'Home' pada peranti. Sama ada ia touch button ataupun pop-up, ia kekal berada di situ. Manakala iPhone, ia tidak berada pada kedudukan yang tetap. Kadang-kala berada di bahagian bawah dan di atas sebelah kiri. It's everywhere!

Soal mesra pengguna ini bukanlah masalah besar kerana anda akan mula menyesuaikan diri sebaik sahaja menggunakannya dalam masa beberapa hari. 

Transfer file

Seriously, complicated betul nak transfer lagu atau fail dari computer ke iPhone. Anda perlu muat turun iTunes jika memiliki komputer Windows. Sebarang pemindahan fail perlu menggunakan iTunes, ia tidaklah sesukar mana pun, tapi COMPLICATED. Bagi yang tak berapa mahir dengan gajet, memang akan mengalami kesukaran. Berbeza dengan Android, cara pemindahan fail cukup mudah sama seperti menggunakan pendrive.


Kelajuan

Bila bercakap soal kelajuan, kita tidak boleh menolak hakikat bahawa iPhone merupakan smartphone yang paling laju. Peranti Android bukan slow, tapi ada lag sikit bila buka banyak aplikasi.


Apa yang saya suka pada iPhone
Apa yang saya TAK suka pada iPhone
Laju
Tiada notification LED
Interface yang cantik
Butang 'back' tidak tetap
Aplikasi berkualiti
Tidak boleh bluetooth fail ke peranti lain
Kamera berkualiti
Cepat panas
Music player
Bateri cepat habis
Design kukuh dan elegen



Apa yang saya suka pada Android
Apa yang saya TAK suka pada Android
Mudah
Kamera
Mesra pengguna
Music player kurang menarik
Boleh bluetooth ke semua peranti 
Cepat outdated 
Bateri tahan lama
Masalah lagging
Mudah transfer fail ke komputer

Lebih Murah



In the end, tidak ada telefon pintar yang sempurna. Ia bergantung kepada keselesaan masing-masing dan siapa yang menilainya. Setiap peranti ada kelebihan dan kekurangannya.

Artikel berkaitan: Sebab Kenapa Anda Tak Perlu Beli iPhone 6

Saya telah cuba sedaya upaya untuk tidak berat sebelah dalam menilai kedua sistem operasi ini.  Semoga entri ini dapat dijadikan rujukan bagi yang tengah pening kepala tak tahu nak pilih iPhone atau peranti Android. Choose wisely. 

Previous entry: Rindu Awak 200% Raya