Memaparkan catatan dengan label review buku. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label review buku. Papar semua catatan

26 Julai 2015

REVIEW BUKU - Paper Towns


Review buku Paper Towns. Paper Towns merupakan sebuah lagi karya hebat penulis novel young adult terkenal dunia, John Green. Seperti naskah Green yang lain, buku yang diterbitkan pada 2008 ini turut mencatat jualan tertinggi New York Times

Ini adalah buku ketiga dari John yang saya baca. Sebelum ini saya pernah baca An Abundance of Katherines dan The Fault In Our Stars (TFiOS). Surprisingly, saya lebih suka Paper Towns berbanding dua buku sebelum ini. Dah lama habis baca, tapi hari ni baru review. Hee!

Artikel berkaitan: Review Buku TFiOS

Sinopsis Buku Paper Towns

Mengisahkan seorang remaja Quentin Jacobsen (Q) yang menyimpan perasaan cinta terhadap jirannya sendiri, Margo Roth Speigelman sejak dari kecil. Q dan Margo berkawan rapat sewaktu zaman kanak-kanak namun hubungan mereka semakin renggang apabila memasuki alam remaja. 

Segalanya berubah apabila pada suatu malam Margo menyelinap masuk ke tingkap bilik tidur Q meminta bantuan untuk melunaskan 'dendam' terhadap bekas teman lelaki dan beberapa orang rakan yang telah membelakanginya. 

Misi nakal mereka untuk membalas dendam terhadap Jase, Becca, Lacey, dan Chuck telah menunjukkan personaliti Margo yang belum pernah Q lihat. Pada Q, pengembaraannya di bandar Florida, USA, bersama Margo pada malam itu mungkin boleh mengubah hubungannya dengan gadis yang disukainya selama ini.


Namun, Margo hilang pada keesokkan harinya. Menurut ibu bapa Margo, ini bukan kali pertama dia menghilangkan diri. Mereka sudah penat dengan karenah Margo dan yakin anaknya akan pulang tidak lama lagi. 

Walaubagaimanapun, Q mendapati Margo meninggalkan klu seolah-olah mahu Q mencarinya. Quentin dengan bantuan rakan-rakannya berusaha menyelesaikan klu yang ditinggalkan Margo dalam usaha membawa gadis itu pulang. 

Review buku Paper Towns 

Secara jujurnya, saya menjangkakan Paper Towns sama sahaja seperti kisah yang sering dipaparkan dalam filem Hollywood. Seperti seorang pelajar yang kurang popular jatuh hati akan pelajar popular. Tetapi sangkaan saya meleset. John Green seperti biasa mahu pembaca berfikir diluar kotak dengan menggunakan kata-kata puitis dan metafora.




Setiap halaman mengajak anda bersama-sama Q untuk menyelesaikan klu serta mengembara untuk mencari di mana Margo. Penceritaan ditengah-tengah buku bertukar perlahan dek kerana Q mengambil masa yang agak lama memecahkan klu yang ditinggalkan Margo. Namun keseronokkan kembali kepada asal di penghujung buku.

Setiap plot disusun dengan rapi dengan untuk menceritakan perwatakkan setiap karakter yang dicipta. Walaupun skopnya cukup kecil di mana ia hanya berpandukan apa yang dilihat oleh Quetin, tetapi jalan cerita Paper Towns digarap dengan cukup menarik.

paper towns malaysia
Dalam ramai-ramai artis Hollywood tu, artis Malaysia jugak yang dia cari. Haih...
Jika anda pernah membaca TFiOS, jangan mengharapkan babak air mata dalam Paper Towns kerana temanya seratus peratus berbeza.

Lazada Malaysia

Saya suka gaya penulisan John Green seperti mana saya suka menonton videonya di Youtube. Jika anda diberi sebuah buku tanpa nama penulis, apabila anda baca buku itu, anda pasti tahu ia ditulis oleh John Green. Mungkin itu yang menjadikan dia antara penulis buku YA yang berjaya dan disenaraikan dalam 100 individu paling berpengaruh di dunia. 

Paper Towns dijual pada harga RM36.

Entri sebelum ini: Babak Tun M dalam Filem Kapsul

Terima kasih kerana membaca REVIEW BUKU -  Paper Towns.

23 Februari 2015

REVEW BUKU: Fangirl




Fangirl diterbitkan pada 2013 ditulis oleh Rainbow Rowell, yang pernah menempa nama di New York Times Best Selling Author melalui buku Eleanor & Park dan The Attachments. Saya beli buku ni sebab saya terhibur akan karya Rowell yang terkini iaitu Landline.

18 November 2014

REVIEW BUKU - Landline



Rainbow Rowell ialah penulis yang pernah mencatat New York Times Bestseller melalui novel 'Eleanor and Park'. Karya terbaharunya, berjudul Landline mengangkat kisah pasangan suami isteri yang berpeluang kembali ke masa lampau untuk memperbaiki rumahtangga mereka yang goyah. Landline diterbitkan pada Julai 2014 bergenre contemporary dan adult-fiction.

24 Oktober 2014

REVIEW BUKU - More Than This



More Than This adalah buku pertama yang saya baca daripada penulis Patrick Ness. Ness tidak perlu diperkenalkan lagi kerana pernah mencipta nama menerusi The Chaos Walking.

22 Ogos 2014

Review Buku - The Fault In Our Stars




Jika anda tidak pernah dengar mengenai The Fault In Our Stars (TFiOS) atau John Green sejak kebelakangan ini, then you must have been living under a rock. TFiOS adalah sebuah novel bergenre young adult dan merupakan multi-million #1 bestseller.

16 Ogos 2014

Review Buku: The Kill Order

The Kill Order karya James Dashner adalah prekuel kepada siri The Maze Runner. Tiga buku sebelum ini cukup hebat dengan kisah pengembaraan dan aksi tanpa henti membuatkan saya tertarik untuk mendapatkan prekuel kepada siri ini. Bila sebut 'prekuel', ia menceritakan kisah yang berlaku sebelum buku pertama.

5 Ogos 2014

Review Buku: THE DEATH CURE

The Death Cure merupakan buku  ketiga dan terakhir dalam siri The Maze Runner. Selepas The Scorch Trials berakhir dengan penuh tanda tanya, sekuel terakhir ini lebih berkisarkan tentang Thomas dan beberapa Gladers berusaha untuk menumbangkan pertubuhan gabungan dunia, WICKED.

25 Jun 2014

REVIEW BUKU: The Scorch Trials

Siri The Maze Runner karya James Dashner sememangnya tidak mengecewakan, hasilnya terbukti dalam siri kedua iaitu The Scorch Trials yang menceritakan kesinambungan Thomas dan para Gladers selepas berjaya melepaskan diri dari Maze (pagar sesat).

23 Mei 2014

REVIEW BUKU: THE MAZE RUNNER


The Maze Runner adalah siri pertama dari empat novel bergenre sains fiksyen  karya James Dashner. Diterbitkan pada 2009 oleh Delacorte Press, The Maze Runner (TMR) kemudian disusuli dengan buku kedua The Scorch Trials yang diterbikan pada 2010, The Death Cure (2011), dan The Kill Order (2012).

12 Mei 2014

REVIEW BUKU: Cerita Cinta Ahmad Ammar


Antara buku yang mencatat jualan terlaris di Malaysia. Hebatnya seorang anak muda yang tidak terkenal ketika hayatnya, tetapi disebut dan disanjung selepas kematiannya. Allahyarham Ahmad Ammar, seorang remaja berusia 20 tahun meninggal dunia di Turki akibat kemalangan jalanraya. 

25 April 2014

REVIEW / SPOILER: Buku Trilogi The Hunger Games


The Hunger Games (THG), karya Suzzane Collins, novel bergenre pengembaraan dan sains fiksyen terbitan Scholastic ini mempunyai tiga siri kesemuanya, iaitu siri pertama The Hunger Games yang diterbitkan pada 2008, Catching Fire (2009), dan Mockingjay (2010).

23 Mac 2014

Buku Trilogi The Hunger Games

Pembaziran bulan Mac adalah buku trilogi The Hunger Games. Siri novel terlaris karya Suzzane Collins yang kini merupakan filem popular yang mencatat kutipan box-office.

10 Mac 2014

BUKU CERITA CINTA AHMAD AMMAR


Pertama kali saya dengar tentang buku Cerita Cinta Ahmad Ammar (CCAA) adalah dari Sinar Harian. Buku yang mengisahkan perjuangan seorang anak muda bernama Ahmad Ammar ini mencetus fenomana yang tersendiri.

1 Oktober 2013

Review Buku: Fail Sulit Presiden Amerika

Hello internet! Okay, saya nak buat ulasan buku. Sesuatu yang jarang berlaku dalam blog ni, bukan jarang tapi tak pernah. Saya suka membaca, tapi jarang beli buku kerana lebih memilih internet sebagai pusat pencarian informasi.