Memaparkan catatan dengan label review. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label review. Papar semua catatan

Selasa, 25 Mei 2021

,

Nak tengok Netflix, Disney Plus Hotstar, atau tonton Youtube pada televisyen? Mi TV Stick adalah Android box terbaik yang boleh anda dapatkan di pasaran hari ini. Kenapa? Ia semudah plug & play, senang digunakan, mesra pengguna, dan harganya yang sangat murah. 


Saya sendiri memiliki Mi Tv Stick ini dan telah menggunakannya sejak tahun lalu. Sangat berpuas hati dengan kualitinya produk Xiaomi ini, makes me want to write this short review about it.  

 


 


But, keep in mind Mi Tv Stick ini adalah Android box kelas permulaan yang dijual pada harga sekitar RM139 sahaja. But surprisingly, ia menyokong sejumlah fungsi yang membuatkan ia amat berbaloi untuk dimiliki.


Spesifikasi Mi Tv Stick

  • Resolusi - 1080P (1920x1080, 60fps)
  • RAM - 1GB
  • Storage - 8GB
  • CPU - Quad-core Cortex-A53 
  • Sistem Opersi - Android 9.0
  • Bluetooth: 4.2 


Mi TV Stick membolehkan anda memasangnya pada televisyen dan membawa sejumlah ciri-ciri pintar ke televisyen anda. Ia dihubungkan melalui port HDMI, dan turut menyertakan sokongan Android TV.

 



Malah, tak perlu beli smart tv. Dengan Android box ini boleh transform tv lama into a smart one!


What's in the box?

Apa yang ada dalam kotak? Setiap pembelian disertakan dengan LIMA item iaitu Mi Tv Stick, Bluetooth Voice Remote, USB Cable, Power Adapter, dan HDMI cable. 


*Kabel HDMI digunakan sekiranya port HDM terlalu sempit. 



Cara pasang Mi Tv Stick

  1. Semudah 'plug & play', apa yang perlu anda lakukan hanyalah:
  2. Cucuk Mi Tv Stick pada port HDMI
  3. Sambungkan kabel USB pada tv atau guna power adapter untuk mendapatkan power supply. 
  4. Sedia untuk digunakan.


Mi Tv Stick Review


Saya telah menggunakan Android box ini selama beberapa bulan dan tidak berdepan dengan sebarang masalah setakat ini. Ia amat mudah digunakan kerana antara mukanya amat mesra pengguna. 

 

Biarpun saiz ROM cumalah 1GB, ia amat lancar dan tiada sebarang lag yang ketara. Tontonan Youtube, Netflix, dan HBO Go adalah memuaskan. Berapa kelajuan internet untuk Android box? 1.5 Mbps sudah mencukupi.  

 


 

Artikel berkaitan: 

+ Kelebihan dan Kekurangan Android Tv Box Malaysia

+ Android Box Terbaik dan Berbaloi

+ Cara tengok Netflix Percuma

+ 8 Tips Memilih Android Box 2021


Selain itu, alat kawalan jauhnya berfungsi dengan baik, Sedap dipegang dan kualiti binaanya setanding dengan produk premium. 

 

Muat turut pelbagai aplikasi

Selain menonton penstriman video, anda juga boleh muat turun pelbagai aplikasi seperti web browser, Spotify, Facebook, Zoom, Google Hangout dan lain-lain melalui Google Play Store. Terdapat lebih 5000 aplikasi that are made for tv tau!


Apa yang menjadikan peranti sebagai Android box terbaik Malaysia 2021 adalah kerana ini turut menyertakan fungsi Chromecast. Chromecast membolehkan pengguna bawakan kandungan dari telefon skrin televisyen dengan mudah.





But, don't expect penggunaannya sama seperti telefon pintar anda. Ini kerana Mi Tv Stick dijana dengan sistem operasi khas yang boleh dipaparkan di televisyen sahaja. 

 

Bermain video game

Sebagai hiburan tambahan, Mi Tv Stick turut membolehkan pengguna bermain permainan video. Kebanyakannya jenis pixelate yang menghiburkan.  

 

Kelebihan dan kekurangan Mi Tv Stick

 

Kelebihan

  • Antara muka yang lancar & senang digunakan
  • Murah
  • Stock Android
  • Fungsi Chromecast
  • Sesuai untuk travel (pasang di hotel atau dalam kereta yang ada input HDMI)


Kekurangan

  • Tidak menyokong resolusi 4K
  • Tiada port USB 
  • Tiada storage tambahan
  • Leceh buat carian tanpa keyboard
  • Google Assistant delay, tetapi tidak ketara


Harga: RM149

Link pembelian: https://invol.co/cl4an29


Overall, kalau anda tengah cari Android box untuk tengok Netflix di rumah, boleh cosider getting this device. Saya berpuas hati dan ini adalah pembelian paling berbaloi setakat ini. Dengan Disney+ akan tiba di Malaysia 1 Jun ini, bolehlah la layan pelbagai kandungan menariknya nant.

 

Mi Tv Stick sememangnya merupakan Android box terbaik untuk kelas permulaan. Ringkas, menjalankan fungsi utama dengan baik sekali. Bolehlah anda menonton penstriman video di musim pandemik ini.


Rabu, 6 Mei 2020

,
aPlextone G20 Review | Mungkin agak terlambat untuk saya tulis review tentang earphones Plextone G20 ini memandangkan ia dikeluarkan pada pertengahan tahun 2019. I just got it recently berikutan earphones saya rosak, dan membaca pelbagai review menarik tentangnya.

Kalau anda sedang mencari best gaming headset brands atau all-in-one earphones untuk digunakan pada telefon dan komputer, Plextone G20 adalah pilihan terbaik kerana ia dijual pada harga sekitar RM30 sahaja! Bahkan, ia hadir dengan beberapa aksesori tambahan.


Kalau nak tahu tentang kualitinya, teruskan membaca review ini, dan saya akan recommend pautan pembelian Plextone G20 original secara online.

Plextone G20 Review


Sekali pandang, rekabentuk dan warnanya seakan headphones Razer, jenama yang sudah tidak asing lagi dalam arena penghasilanan aksesori permainan video.


Apa yang ada di dalam kotak?


Surprisingly, Plextone G20 hadir bersama dengan beberapa aksesori tambahan. Ia termasuk:
  • 3 pasang earbuds tambahan
  • Klip
  • Anti slip ear fins
  • Klip kabel
  • 90 cm cable extension
  • 18 cm computer audio patch cord
  • Earphones

Rekaan


Tidak dinafikan, rekaan Plextone G20 tampak premium dan elegan. Biarpun persis jenama Razer, ia tetap berada di kelasnya yang tersendiri. Dengan harga bajet, saya cukup kagum dengan kemasannya.

[Baca] Realme Buds Air Wireless Earphones Terbaik?

Kabelnya leper dan jenis getah menjamin ketahanan earphones ini. Penggunaan jenis getah ini juga mengelakkan ia dari berbelit. Bahagian belakang fon telinga juga bermagnet untuk memudahkan penyimpanannya.


Control center juga dibina dengan baik iaitu volume control jenis slide berserta butang pause. Butang ini berfungsi pada semua jenis music player dan Youtube.

Dengan audio jack 3.5mm 'L-shape' pastinya tidak akan mengganggu keselesaan sewaktu bermain permainan video.


Ia hadir dengan tiga warna iaitu hijau, merah, dan hitam. Saya memilih warna hitam untuk mengelak ia kelihatan seperti Razer.

Kualiti bunyi (gaming)


Nah, aspek yang paling penting untuk sesebuah earphones, iaitu KUALITI BUNYI. Sebagai earphones yang dikhaskan untuk permainan video, ia sememangnya cukup padu! Bunyinya jelas dan kuat.

[Baca] Review Bose Soundsport Wireless di Lazada 

Saya dah cuba pada PUBG Mobile, bunyi tembakan dan tapak kaki musuh dari kiri dan kanan memang jelas dan power! Seolah berada di dalam permainan itu sendiri. Kualiti ini sebenarnya membantu anda dalam mengesan kedudukan musuh.

[+] Guna simkad Yoodo dan nikmati 20GB data PERCUMA untuk bermain PUBG Mobile. Rujuk sini >> https://bit.ly/2KXl0Wa

Apatah lagi kalau menggunakan earphones ini untuk bermain game lumba kereta. Bunyi enjin kereta dan turbo memang menggegarkan otak!

And this could be your best PC gaming headset too, kerana iajuga sesuai digunakan ketika bermaina permainan video pada PC.


Kalau anda sedang mencari earphones gaming yang padu tetapi murah, Plextone G20 adalah pilihan terbaik. Ia bakal memberikan pengalaman bermain permainan video yang mengasyikkan!

Audio yang keluar dari mikrofon yang terbina juga wajar diberi pujian.

Kualiti bunyi (muzik)


Ternyata earphones ini memang direka khas untuk permainan video sahaja. Bassnya terlalu kuat sehingga menenggelamkan instrument lain. Suara penyanyi pula agak bergema. But not in a bad way.

For someone yang suka menghayati bunyi-bunyi halus seperti runut bunyi dari Hans Zimmer dan Justin Hurwitz, saya tidak dapat mendengar instrumen dengan baik. Begitu juga ketika mendengar white noise seperti 'birds chirping' atau 'sound of coffee shop', saya tidak dapat mendengar bunyi yang nyata.

Again, kalau anda sendiri tidak kisah dengan bunyi bass ini, Plextone G20  should be fine.

Noise cancelling


They did not lie about the noise-cancelling. Earphones ini menutup keseluruhan telinga sekali gus boleh menikmati permainan video dan muzik tanpa gangguan bunyi luar. Bunyi-bunyi asing hampir tidak kedengaran. Namun, hati-hati disaat memakainya. Mungkin boleh mencetuskan pergaduhan dengan orang sekeliling yang perlu bercakap dengan anda. LOL!

Keselesaan


I have to be honest, earphones ini mudah tercabut tidak kiralah saiz apa yang saya pakai. Cukup menjenggkelkan apabila kedudukannya perlu diubah pada setiap minit. Pemakaian yang tidak selesa inilah yang membuatkan saya sedikit kecewa dengan Plextone G20.

Harga


Beli di mana?Plextone G20 Malaysia boleh didapat di kedai-kedai aksesori komputer dan telefon. Tapi kalau korang beli online lebih murah. Saya sarankan anda beli di Shopee dari seller yang dipercayai.

Harga: RM27.90
Beli DI SINI: https://invol.co/cl26pzn


So far, dari kualiti bunyi, Plextone sememangnya mengagumkan. Bunyi bass memang padu dan sesuai untuk kaki gaming yang mahukan pendengaran yang jelas. Malah ia masih sesuai untuk mendengar lagu dan menonton filem.

Secara kesimpulannya, Plextone G20 adalah earphones yang cukup baik khususnya untuk pengalaman permainan video yang mengagumkan. Biarpun bassnya terlalu kuat untuk menikmati muzik, kualiti bunyi yang dihasilkan sudah cukup bagus pada harga serendah RM30. Highly recommended. Dari anda beli earphones RM10 yang tak best langsung tu, apa salahnya berbelanja lebih untuk menikmati muzik yang menyeronokkan.

Rabu, 25 April 2018

,

REVIEW  Innisfree Jeju Volcanic Pore Clay Mask. Mask ini cukup popular dalam kelompok produk dari Korea (KBeauty). Kalau anda semak mana-mana online beauty store, produk ini sentiasa dikategorikan sebagai antara yang terlaris.

Bahkan kalau baca review pun, rata-ratanya positif. Secara amnya, mask ini berfungsi untuk membersih dan mengecilkan pori. Memandangkan saya sendiri ada masalah pori di mana ia membuatkan muka cepat berminyak dan saya mudah terpengaruh, so I bought that Innisfree Volcanic Pore Clay Mask couple months ago.

So here is my review.
Innisfree Volcanic Pore Clay Mask
100ml
Brand: Innisfree
Skin type: Combination
Korea

What it claims?
Menyegar, membersih, menjaga & mengecilkan pori, mencerah, merawat jerawat, memulihkan warna kulit.


Kandungan

Water, Butylene Glycol, Silica, Caprylic/Capric Triglyceride, Trehalose, Volcanic Ash(Jeju Volcanic Cluster), Cetearyl Alcohol, Stearic Acid, Glyceryl Stearate, Bentonite, Zinc Oxide (Ci 77947), Polysorbate 60, Camellia Sinensis Leaf Extract, Citrus Unshiu Peel Extract, Opuntia Coccinellifera Fruit Extract, Orchid Extract, Camellia Japonica Leaf Extract, Cryptomeria Japonica Leaf Extract, Bambusa Vulgaris Extract, Theobroma Cacao (Cocoa) Extract, Kaolin, Polyvinyl Alcohol, Hydrogenated Vegetable Oil, PVP, Dextrin, PEG-100 Stearate, Sorbitan Stearate, Cellulose Gum, Xanthan Gum, Lactic Acid, Tetrasodium Pyrophosphate, Disodium EDTA, Ethylhexylglycerin, Phenoxyethanol, Iron Oxide (Ci 77491).

Cara penggunaan

Selepas mencuci dan toner, sapu pada wajah dengan rata. Tidak terlalu tebal dan tidak terlalu nipis. Just nice okay? Biarkan ia kering selama 10-15 minit kemudian bilas.

How often to use?


Guna sekali atau dua kali seminggu sahaja.

**Extra note, pastikan anda ikut jangka masa yang tertera pada kotak. Pakai mask dengan lama TIDAK bermaksud kulit akan jadi lebih bersih! Nanti saya akan kongsikan cara pakai facial mask dengan betul dalam entri akan datang.

REVIEW Innisfree Jeju Volcanic Pore Clay Mask



Kalau tengok pada kandungan mask ini, ia dihasilkan dari tanah liat yang selama ini memang popular dengan kebolehannya dalam merawat wajah.

Ia bukan tanah liat biasa, tetapi volcanic clay dari Pulau Jeju, Korea. Tanah liat ini juga tersenarai antaran 10 kandungan utama mask ini. Malah teksturnya juga lembut like pure clay, jika dilihat dengan lebih dekat anda boleh nampak volcanic ash tu.

Baca juga: Antara Tempat Menarik di Jeju, Korea

Innisfree Jeju Volcanic Pore Clay Mask hadir dalam kotak kadbod dan diletakkan dalam bekas plastik tahan lasak. Bekasnya agak kecil dari apa yang saya jangkakan tetapi dengan berat 100g tu sebenarnya agak banyak.


Result 

Melihat kepada fungsi mask ini iaitu membersih dan mengecilkan pori dan ia sememangnya berkesan! Ia menarik semua kotoran termasuk minyak berlebihan dari pori. Sementara tunggu mask ni kering kita dah boleh nampak bintik-bintik kecil yang menandakan ia menarik kotoran dari pori (I am not exaggerating!)

Kulit muka jadi lembut right away dan dalam masa beberapa minggu boleh nampak yang whitehead dan blackhead tu semakin berkurang. It claims to brighten your face tapi sama seperti Skin Food Black Sugar Mask, kesan pencerahan tu hanya selepas dibilas sahaja.


The smell

Innisfree Jeju Volcanic Pore Clay Mask hampir tidak mempunyai bau melainkan bau straight up clay! Which is good, sebab saya selalu fikir skincare yang ada fragrance ni mengandungi chemical berlebihan. Lol! Lagi satu, mask ni sangat thick. Kalau container tu tunggang terbalik pun tidak tertumpah langsung.

Cons:

- Tidak mencerahkan kulit like what it claims
- Spatula tidak disediakan (for hygiene purposes)
- Tidak dijual di drugstore

Mask ini ada dua jenis. Yang lagi satu tu Super Volcanic Pore Clay Mask. Kalau muka berminyak teruk, better beli yang 'super' tu sebab ia mencuci pori dengan lebih dalam.

Innisfree Jeju Volcanic Pore Clay Mask VS Super Volcanic Pore Clay mask



Harga

Oleh kerana Innisfree Volcanic Pore Clay Mask ni tidak dijual di drugstore, anda kena beli online. Harganya sekitar RM38-RM42. Saya tinggalkan direct link e-merchant kat bawah kalau anda nak beli.

- Hermo
- Lazada

Repurchase?
Yes!


Tips:

- Stim muka sebelum sapu bagi membuka lubang pori
- Jangan buka container terlalu lama kerana ia cepat kering dan sentiasa guna penutup tambahan yang disediakan.

Untuk pengetahuan, produk ini juga mempunyai versi lain iaitu 'Color'. Setiap warna mempunyai fungsi berbeza. Mungkin dalam entri akan datang saya akan buat Innisfree Jeju Volcanic Color Clay Mask review pula.
*This is NOT a sponsored post

Entri sebelum ini - Fakta Menarik Avengers Infinity War

Terima kasih kerana membaca REVIEW Innisfree Jeju Volcanic Pore Clay Mask

Selasa, 10 April 2018

,
tudung untuk bersukan

Sports Hijab by NURD - Tudung Untuk Bersukan. Kaum wanita yang berhijab selalu berdepan dengan masalah susah untuk bersukan atau bersenam hanya kerana mereka memakai tudung.

Bukanlah susah mana pun. Tapi kena la pakai tudung yang sesuai. Kalau tudung biasa yang selalu dipakai ke tempat kerja/kelas tu mana proper.

Baca juga: Cara Jual Barang di Shopee

Tudung yang dipakai setiap hari tu ada yang terlalu panjang, terlalu nipis sehingga mudah terselak. Ada juga yang tidak stretch menyebabkan aktiviti fizikal si pemakai terbatas. Paling cikai pun pakai tudung bawal yang paling murah, itu pun tak sesuai. Belum sebut tentang koleksi tudung yang mencecah ratusan ringgit lagi, sampai sayang nak dibawa bersenam.


Tudung sesuai untuk bersukan

Apa yang wanita berhijab perlukan adalah tudung sesuai dari segi material, saiz, dan keselesaan untuk melakukan aktiviti fizikal. Dalam masa yang sama masih menjaga aurat dan tidak mendedahkan bentuk badan secara keterlaluan.

Saya cadangkan anda pakai Sports Hijab NURD iaitu tudung khas untuk bersukan. Kalau tengah usha tudung sport-friendly, nah ini dia untuk anda.

Sport Hijab by NURD - Tudung Untuk Bersukan

Fabrik tudung NURD (baca 'nerd') diperbuat daripada kain Ultra-Light Microfiber Mesh yang mempunyai lubang halus untuk peredaran udara. Materialnya juga mudah regang (stretchy), ringan, dan lembut.


Menyerap peluh

Satu lagi ciri utama yang perlu ada pada hijab sukan adalah tekstil yang menyerap peluh. Tudung NURD tidak terlalu tebal, tidak juga terlalu nipis. Just nice untuk menyerap peluh, bahkan ia juga cepat kering. Ini satu nilai tambah kerana sesuai dengan cuaca panas terik Malaysia.

Design minimal

Potongan tudung sukan NURD juga sempurna untuk aktiviti fizikal. Pendek berbanding tudung biasa tapi dalam masa yang sama masih menutup paras dada. Sudah menjadi keutamaan buat NURD untuk menjaga batasan aurat si pemakai.


Rekaan hijabnya ringkas, tanpa corak menjengkelkan. Hanya logo NURD terletak di atas bahu kanan. Dengan rekaan minimal sebegini, ia tampak elegen dan premium.

6 sebab kenapa perlu pilih Sports Hijab by NURD
  • Ready-to-wear: Tak perlu iron, just grab dan sarung sahaja. Jimat masa dan tenaga.
  • Tidak memerlukan pin: Bahagian hadapan tudung ini mempunyai sengkuap yang menghalangnya daripada terjatuh. Jadi si pemakai tidak memerlukan pin tambahan. 
  • Ringan: Sesuai dipakai untuk aktiviti sukan, tudung ini sangat ringan dan fleksibel.
  • Reflective gear: Bagi yang memilik untuk bersenam diwaktu malam, tudung ini dilengkapi dengan pemantul cahaya. 
  • Untuk semua jenis sukan: Potonan ringkas ini sesuai digayakan untuk semua jenis sukan dan aktiviti outdoor. 
  • Cepat kering: Fabrik yang menyerap peluh dan cepat kering dan mendinginkan.

3 pilihan warna

Koleksi tudung NURD hadir dengan TIGA warna pilihan iaitu Jet Black, Navi Blue, dan Cool Grey. Ketiga-tiga warna ini mudah dipadankan dengan baju polos (plain) atau berwarna.

Tudung Untuk Bersukan

Free size

Untuk pengetahuan, tudung ini free size. Satu saiz untuk semua. Jangan risau, konfirm muat. Seperti yang saya sebut, fabriknya sangat-sangat stretchy. Saya sediakan ukuran dalam gambar di bawah.


Tudung NURD ni sesuai digayakan untuk semua jenis sukan termasuk larian, hiking, yoga, berbasikal, hoking, bola jaring, futsal, termasuklah senaman dalam gimnasium.

Nah, lepas ni tak ada lagi alasa wanita berhijab untuk tidak mengamalkan gaya hidup sihat sebab tak ada tudung sesuai.

Website: https://nurdofficial.com/
Facebook: https://www.facebook.com/nurdmalaysia/
Instagram: https://www.instagram.com/nurdofficial/

No tel:  017-8874226

Ahad, 4 Mac 2018

,
Cosrx Advanced Snail 96 Mucin Power Essence review


Cosrx Advanced Snail Mucin Power Essence Review. Kalau sebelum ini saya pernah review Cosrx Good Morning Cleanser, kali ini saya nak kongsi pengalaman menggunakan satu lagi produk dari rangkaian Cosrx iaitu Advanced Snail 96 Mucin Power Essence.

Snail? Ya. Produk ini berasaskan lendir siput. Untuk pengetahuan lendir siput sudah lama digunakan dalam dunia penjagaan wajah kerana mengandungi protein & antioksida yang mampu mengekalkan kelembapan, menghilangkan parut jerawat, dan merawat kulit.

Bacaj juga:  Skin Food Black Sugar Mask Review

Lendir siput sudah banyak dijadikan sebagai bahan utama produk kecantikan terutama produk dari Korea. So, tak perlu risau tentang hal ini.


Cosrx Advanced Snail 96 Mucin Power Essence
  • Menyediakan Nutrien untuk kulit yang lebih sihat & kuat
  • Meremajakan kulit formulasi anti-kedut
  • Melembab tanpa iritasi
  • Merawat kulit rosak
  • Meningkatkan keanjalan kulit
  • Sesuai itu semua jenis kulit
Kandungan
Snail Secretion Filtrate (96%), Betaine, Butylene Glycol,1,2-Hexanediol, Sodium Hyaluronate, Panthenol, Arginine, Allantoin, Ethyl Hexanediol, Sodium Polyacrylate, Carbomer, Phenoxyethanol


Packaging
100ml, hadir dalam bentuk botol plastik transparent yang boleh dipam dan kukuh. Penutup disediakan.

Cara penggunaan:
  • 1 - 2 kali pam
  • Di dahi dan hidung, sentuh ringan supaya tidak menyebabkan rasa sedih.
  • Pada pipi, sapu dan gosok supaya meresap dalam kulit.
  • Bawah mata, bagaikan bermain piano, 'tap' dengan lembut supaya ia menyerap.
Ini bukan sponsored post tetapi merupakan pengalaman peribadi selepas menggunakannya selama beberapa minggu. 

Cosrx Advanced Snail 96 Mucin Power Essence Review

I think I'm a big fan of Cosrx now. Kedua-kedua produk yang saya cuba memberi kesan positif. Seperti yang tertera pada botol iaitu "snail" teksturnya jelas berlendir seperti lendir siput.

Walaupun berlendir, ia tidak melekit sama sekali. Bahkan tidak berminyak selepas disapu pada wajah sebab ia cepat menyerap pada kulit. Actually Snail Mucin ni sebenarnya melembabkan kulit. So, kalau yang ada masalah kulit berminyak sangat tu Snail Mucin ni sudah cukup dan tak perlu pakai moisturizer dah.

I have oily skin tetapi ia langsung tidak berminyak dan tak break out. 


Saya dah guna selama kira-kira dua bulan, seriously kulit jadi lembut dan parut jerawat cepat hilang. Snail Mucin ni ambil masa juga untuk kita tengok kesannya.

When to use?

Saya guna setiap pagi selepas pakai toner dan sebelum pakai sunscreen. Sometimes night time kalau rajin. Hehe!

Cons

- Kena beli on
- Mahal

Kat mana nak beli?

Saya beli di Lazada sebab masa tu hanya Lazada yang menjualnya dengan harga rendah. Tips untuk beli produk kecantikan dari Korea, kena banyak buat survey. Semak e-merchant mana yang jual paling murah. Rujuk review mereka yang pernah beli produk dan pastikan ia 100% original.

Harga Cosrx Advanced Snail 96 Mucin Power Essence Malaysia

Harganya sekitar RM65-RM68. Saya tinggalkan direct link kat bawah supaya korang senang nak pilih.

- Lazada (RM65.60)
- Hermo (RM68.90)
- Zalora (RM 67)

Cosrx Advanced Snail 96 Mucin Power Essence review

Kalau sebelum ni korang pernah mengalami break out lepas guna produk berasaskan lendir siput, elak guna produk ni. Mungkin ada alergi dengan lendir siput. Kalau takut nak guna buat 'patch test' dengan sapu dulu kat tempat lain seperti lengan atau leher selama seminggu.

Okay, nantikan review Innisfree Jeju Volcanic Pore Clay Mask pulak.

Entry sebelum ini - Ulasan Filem lady Bird

Terima kasih kerana membaca REVIEW Cosrx Advanced Snail 96 Mucin Power Essence