Memaparkan catatan dengan label sinopsis. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label sinopsis. Papar semua catatan

Jumaat, 14 Disember 2018

,
Sinopsis Pujaan Hati Kanda di Tv3 | Menyusuli Seribu Rindu, stesen tv nombor satu negara, Tv3, membawakan sebuah drama bersiri hebat untuk tontonan anda yang bertajuk Pujaan Hati Kanda yang bakal menghiasi Slot Akasia.

Seperti biasa, Pujaan Hati Kanda juga diadaptasi dari novel cinta yang mencatat jualan tertinggi dari tajuk yang sama, tulisan Aulia Iman.


Drama terbitan Mache All Star United Sdn Bhd dibawah arahan Eoon Shuhaini darip garapan Intan Zarina Mohd Yasin.

Pujaan Hati Kanda menampilkan Remy Ishak dan Mira Filzah sebagai pelakon utama. Turut membantu menjayakan drama ini ialah Sarah Hildebrand, Syazwan Zulkifly, Elisya Sandha, Mustaqim Bahadon, Aida Khalida, Azar Azmi, Aidil Aziz, Dian P Ramlee, dan Catriona Ross.

Sinopsis drama Pujaan Hati Kanda Tv3


Mengisahkan seorang playboy, Danny, yang telah mula sedar akan kesilapan lampau dan ingin memulakan hidup baharu. Dia kini bertemu Nadine dan nekad untuk menikahi gadis itu. 

Pada hari perkahwinan mereka, Danny menerima hadiah yang tidak diduga. Seorang bayi kecil bersama sijil kelahiran yang membuktikan dialah bapa kepada bayi itu ditinggalkan di masjid.

Remuk hati Nadine selepas mendapat tahu bayi itu adalah anak kepada bakal suaminya. Nadine enggan meneruskan perkahwinan. Majlis pernikahan itu dibatalkan dan Danny merasa bertanggungjawab ke atas bayi tersebut.



Danny terpaksa mencari pengasuh untuk menjaga bayi itu dan dia dipertemukan dengan Tiara, pelajar universiti yang terdesak memerlukan duit. Dalam masa yang sama Danny dan Tiara menjadi semakin rapat kerana bayi itu.

Semuanya berjalan lancar sehinggalah Tiara tamat pengajian dan perlu pulang ke kampung. Siapa yang harus menjaga bayi tersebut? Danny perlu berkerja dan dalam masa yang sama harus merungkai misteri bayi tersebut.

Hendak atau tidak, Tiara terpaksa membawa bayi itu pulang ke kampung dengan memberitahu keluarganya yang dia kini mengasuh anak kepada duda yang kematian isteri.

Apakah yang bakal berlaku selepas ini? Bagaimana hubungannya dengan Nadine? Perasaannya terhadap Tiara? Siapakan ibu kepada bayi itu?

Untuk peminat slot-slot Tv3, dan boleh tonton drama secara online di laman Tonton. Di sini, pelbagai rancangan menarik yang ditayangkan di semua saluran di bawah naungan Media Prima seperti Tv3, TV9, 8TV, dan NTV7. Manalah tahu sekiranya anda terlepas rancangan kegemaran, anda boleh menontonnya di Tonton di mana sahaja dan pada bila-bila masa. Best kan dapat tonton drama online?

OST / Lagu tema: Adira - Pujaan Hati

Saksikan Pujaan Hati Kanda bermula 20 Disember 2018, pada setiap Isnin hingga Jumaat jam 7 malam hanya di Tv3. 

Jumaat, 23 November 2018

,
Sinopsis Selafaz Cinta di Astro Prima | Menyusul Cinta Tiada Ganti yang bakal melabuhkan tirainya, saluran Astro Prima membawakan anda sebuah lagi drama bersiri menarik bertajuk SELAFAZ CINTA untuk tontonan anda sekeluarga.

Drama lewat petang ini mengisahkan kisah kekeluargaan dan cinta yang sarat dengan mesej. Khabarnya, ia diadaptasi dari filem hit dari Indonesia iaitu Syurga Yang Tak Dirindukan.


Sebagai slot yang berkonsepkan telenovela, Selafaz Cinta bakal bersiaran sebanyak 60 episod.

Diarahkan oleh sutradara Pali Yahya (Mohd Fazli Yahya), ia merupakan sebuah lagi buah tangan dari Suhan Movies & Trading. Selafaz Cinta dibintangi Saharul Ridzwan dan Syetila Melvin sebagai tunjang utama. Turut dibantu oleh barisan pelakon hebat seperti Puteri Aishah, Aqasha, Fezrul Khan, Riz Amin, Sharifah Sakinah, Ikhwan, Sura Sojangi, Luqman Hafidz, Haris Ismail, Mimi Ernida, Ainin Batrisya.

Sinopsis drama Selafaz Cinta di Astro Prima


Mengisahkan Reza Ammar yang merupakan seorang eksekutif perniagaan di syarikat hartanah miliknya. Reza seorang suami yang baik, penyayang, patut pada agama. Beliau boleh dikatakan sebagai seorang lelaki yang sempurna. Bahkan dia bukan jenis yang mudah tergoda dengan perempuan cantik.

Namun, kekhilafannya membuatkan Reza jatuh cinta terhadap Liza, seorang pramugari. Mereka mula menjalinkan hubungan cinta sewaktu Reza dalam penerbangan ke luar negara. Berat hatinya untuk membohongi isteri, Jannah, dan anak perempuan mereka, Shila.



Jannah pula bukan calang-calang wanita. Beliau merupakan seorang pengusaha fesyen hijab, motivator. Jannah sangat taat dan setia pada suaminya. Macam mana sibuk sekalipun, dia pasti akan meluangkan masa dengan keluarga.

Kehadiran Liza dalam hidup Reza membuatkan suaminya berubah. Dia mula meragui suaminya.

Liza pula bukan hanya jatuh cinta malah obses terhadap Reza. Dia sanggup melakukan apa sahaja untuk mendapatkan jejaka itu walaupun mengetahui Reza sudah berkeluarga.

OST / Lagu tema: Akan dikemas kini

Untuk and yang ingin tonton drama online, anda boleh menonton drama ini di Astro On Demand. Dengan adanya Astro On Demand, anda boleh menonton rancangan kegemaran pada bila-bila masa dan di mana sahaja.

 Setia dan percaya kepada suami namun mula meragui suaminya ketika Reza mula berubah.  Liza Lyana berkenalan dengan Reza ketika berada di satu penerbangan luar negara. Menjalinkan hubungan skandal dengan Reza. Semakin lama, Liza bukan hanya jatuh cinta kepada Reza. Namun dia semakin obses dengan Reza sehingga sanggup melakukan apa sahaja untuk mendapatkan Reza

Selafaz Cinta bakal menemui anda bermula 27 November 2018 setiap Isnin hingga Jumaat, jam 6 petang, di Astro Prima (105) dan Maya HD (135).

Jumaat, 9 November 2018

,
Sinopsis Seribu Rindu di Tv3 | Menggantikan Villa Ghazara yang telah menamatkan siarannya minggu lalu, Tv3 kembali menyinari petang anda dengan sebuah lagi drama bersiri hebat berjudul SERIBU RINDU.

Drama rantaian terbitan OrangeTree Production ini mendapat sentuhan dari pengarah Zamri Zakaria. Mengisahkan percintaan dan konflik keluarga, Seribu Rindu yang mengisi Slot Akasia ini dijangka akan memikat hati ramai penonton.

seribu rindu

Bakal bersiaran sebanyak 28 episod, Seribu Rindu dibintangi Zul Ariffin dan Azira Shafinaz sebagai pelakon utama. Turut dibantu oleh barisan pelakon berbakat seperti Mona Allen, Ku Faridah, Fadlan Hazim, Harris Baba, Fazlina Ahmad Daud, dan Hafizuddin Fadzil.

Sinopsis drama Seribu Rindu Tv3


Percintaan silam yang terhenti angkara tidak direstui. Maisara terpaksa membuang kasihnya terhadap Airel kerana perkahwinannya tidak akan direstui kedua ibu bapa Airel. Orang tua Airel lebih memilih untuk menjodohkan anak lelakinya dengan calon pilihan.

Namun Maisara, seorang gadis kental percaya sinar akan muncul suatu hari nanti.



Irfan pula, seorang chef yang sudah lama menyukai Maisara. Dia sanggup ke kampung untuk belajar memasak dengan nenek Maisara hanya untuk mendekati gadis itu.

Maisara jatuh hati terhadap kebaikan Irfan dan akhirnya membawa pasangan ini ke gerbang perkahwinan.

Perkahwinan mereka mula diuji saat bahagia mula dimiliki. Malang tidak berbau, Irfan ditimpa kemalangan dan lumpuh.


Ketika inilah bala menimpa perkahwinan mereka apabila Airel kembali menuntut cintanya. Datang pula Johan dan Damia yang mengeruhkan lagi keadaan.

OST/Lagu Tema Seribu Rindu: Alyah - Jutaan Purnama

Untuk peminat slot-slot Tv3, dan boleh tonton drama secara online di laman Tonton. Di sini, pelbagai rancangan menarik yang ditayangkan di semua saluran di bawah naungan Media Prima seperti Tv3, TV9, 8TV, dan NTV7. Manalah tahu sekiranya anda terlepas rancangan kegemaran, anda boleh menontonnya di Tonton di mana sahaja dan pada bila-bila masa. Best kan dapat tonton drama online?

Seribu rindu bakal bersiaran mulai 12 November 2018, setiap Isnin hingga Jumaat, jam 7 malam, di Tv3. 

Isnin, 29 Oktober 2018

,
Sinopsis Isteri Untuk Disewa di Astro Ria | Menggantikan Cik Reen Encik Ngok Ngek, Astro menyajikan sebuah lagi drama Melayu untuk tontonan anda seisi keluarga iaitu Isteri Untuk Disewa.

Drama terbaru Astro Ria ini merupakan sebuah lagi karya yang diadaptasi dari novel cinta terkenal dari tajuk yang sama. Jika mengikut rating dari Goodreads, novel Isteri Untuk Disewa ini diterima baik oleh pembaca.


Diarahkan oleh mengarah berbakat tanah air iaitu Osman Ali, drama ini dilihat bakal mencetuskan fenomenanya seperti drama Astro Ria sebelum ini.

Isteri Untuk Disewa menggandingkan Fattah Amin dan Tizz Zaqyah sebagai teraju utama. ia turut dibarisi pelakon-pelakon hebat lain seperti Halim Radzi, Zaki Azeman, Harris Annuar, Lia Natalia, Daniella Sya, Shah Kimin, Daaim Jailani, Zul Helmy, Nelissa Edreena, Sherry Aljeffri, Rashidah Jaafar, dan Kazar.

Sinopsis Drama Isteri Untuk Disewa di Astro Ria


Mengisahkan Nur Adreiana, seorang penganggur yang ingin menawarkan perkhidmatan menyelesaikan masalah hubungan cinta. Dengan cara ini Nur rasakan beliau akan mendapat upah yang lumayan.


Namun, lain pula yang diminta oleh pelanggan pertamanya, Noah Ryzal. Noah meminta Nur menjadi isterinya untuk satu hari dengan bayaran yang lumayan. Dengan cara ini Noah tidak perlu berkahwin dengan wanita yang tidak dicintainya. Ternyata rancangan ini berhasil kerana kedua orang tuanya sangat menyukai perwatakkan Nur.

Berat hati Nur, namun dia bersetuju. Sewaan sehari berlarutan menjadi beberapa minggu. Noah mula sedar yang dia telah jatuh cinta terhadap Nur.


Akan tetapi bukan Noah sahaja, dalam diam CEO tempat Nur berkerja, Putera Raiyan, malah rakan baiknya dari kecil, Imtiyaz Irdad juga dalam dia menaruh hati terhadap Nur. Mengeruhkan lagi hidup gadis ini datang pula jejaka yang mempunyai wajah seiras pelakon pujaannya, Remy Ishak.

Ost / Lagu tema: Fattah Amin - Isterimewa

Video promo


Drama Isteri Untuk Disewa bakal bersiaran mulai 5 November 2018, setiap Isnin hingga Khamis, jam 10 malam hanya di Astro Ria dan Ria HD. 

Sabtu, 29 September 2018

,
Sinopsis Cik Reen Encik Ngokngek di Astro Ria | Menggantikan Alamatnya Cinta, Astro Ria membawakan sebuah drama bersiri menarik untuk tontonan anda seisi keluarga yang berjudul CIK REEN ENCIK NGOKNGEK untuk slot MegaDrama

Buah tangah Suhan Movies & Trading ini diarahkan oleh Hadith Omar dan merupakan sebuah lagi karya yang diadaptasi dari novel cinta The Misadventures of Cik Reen & En. Ngok Ngek tulisan Maya Adira.


Drama terbaru Astro Ria ini menggandingkan Fikry Ibrahim dan Farah Nabilah sebagai pelakon utama. Turut membantu ialah Scha Elinnea, Farhan Asri, Haneesya Hanee, Iswan Ismail, Badrul Muhayat, Farisha Irwayu, Rania, Nik Adam Mika, dan Raja Azmi.

Sinopsis drama Cik Reen Encik Ngokngek di Astro Ria


Izyan dan Ikram menghilangkan diri beberapa hari sebelum tarikh perkahwinan mereka. Persiapan semua sudah dilakukan, kad jemputan pula sudah dihantar. Untuk menutup malu keluarga, adik Izyan, Izreen terpaksa menggantikan tempat kakaknya untuk berkahwin dengan berkahwin dengan Harris, iaitu abang Ikram.



Selepas berkahwin mereka bernekad untuk mencari Izyan dan Ikram dan membawa mereka pulang. Oleh kerana tidak mencintai antara satu sama lain, mereka telah membuat perjanjian untuk tidak akan jatuh cinta. Bahkan Harris pula sudah mempunyai teman wanita, Zaza. Harris telah berjanji akan menceraikan Izreen tidak lama lagi.

Sepanjang pengembaraan mencari Izyan dan Ikram, pasangan suami ini menjadi semakin rapat.

Lagu tema / OST: Andi Bernadee - Satu Peluang

Dalam pada itu, anda juga boleh tonton drama online melalui Astro On The Go termasuklah drama Astro Ria. Melalui Astro On The Go, anda boleh menonton rancangan kegemaran melalui komputer, telefon pintar, dan tablet pada bila-bila masa.

Drama Cik Reen Encik Ngokngek bakal bersiaran mulai 1 Oktober 2018, setiap Isnin hingga Khamis, jam 10 malam di Astro Ria 104 dan Ria HD 123. 

Jumaat, 14 September 2018

,
Sinopsis Vila Ghazara di Tv3 | Menyusuli Cinta Bukan Kristal yang telah menamatkan siarannya, Tv3 membawakan anda sebuah lagi drama bersiri terbaharu bertajuk VILLA GHAZARA. Drama ini bakal menghiasi slot paling popular iaitu Slot Akasia.

Drama rantaian terbitan Exellent Pictures ini bersiaran sebanyak 40 episod. Diarahkan oleh sutradara berpengalaman, iaitu Feroz Kader, Villa Chazara tidak diadaptasi dari novel cinta.

vila ghazara tv3

Vila Ghazara menggandingkan Syukri Yahaya dan Azira Shafinaz sebagai pelakon utama. Turut membantu ialah Mustapha Kamal, Haleeda Mazlin, Aidil Aziz, Tunku Hanis, Syed Aiman, dan  Hafreez Mikail.

Sinopsis drama Vila Ghazara Tv3


Mengisahkan keluarga Dr Ghaz dan Puan Zara yang pada luarannya nampak sempurna Mereka memiliki segalanya, harta dan populariti. Tetapi di sebalik kemewahan, hanya konflik yang sering melanda.

Ahli keluarga Vila Ghazara sudah tidak sebahagia dahulu. Lebih-lebih lagi apabila Ariana mula menjadi sebahagian daripada famili itu.

Lagu tema / OST: Ebba - Tenung

Untuk peminat slot-slot Tv3, dan boleh tonton drama secara online di laman Tonton. Di sini, pelbagai rancangan menarik yang ditayangkan di semua saluran di bawah naungan Media Prima seperti Tv3, TV9, 8TV, dan NTV7. Manalah tahu sekiranya anda terlepas rancangan kegemaran, anda boleh menontonnya di Tonton di mana sahaja dan pada bila-bila masa. Best kan dapat tonton drama online?

Vila Ghazara bakal bersiaran mulai 17 Septemper 2018, setiap Isnin hingga Jumaat, jam 7 malam hanya di Tv3.

Isnin, 6 Ogos 2018

,
Menggantikan Jangan Benci Cintaku yang dilihat mencipta fenomenanya yang tersendiri , Tv3 tampil dengan sebuah lagi drama bersiri terbaharu iaitu CINTA BUKAN KRISTAL yang bakal menghiasi Slot Akasia.

Untuk pengetahuan Cinta Bukan Kristal tidak diadaptasi dari novel cinta popular sebaliknya merupakan karya asal.


Drama rantaian terbitan OrangeTree Production ini mendapat sentuhan pengarah berpengalaman iaitu Shuhaimi Zulkefli untuk menggarap naskah yang memaparkan hubungan cinta dan konflik keluarga ini.

Bersiaran sebanyak 28 episod, Cinta Bukan Kristal menampilkan pelakon Sharnaaz Ahmad dan Ayda Jebat sebagai pelakon utama. Selain itu ia turut menampilkan Raja Afiq, Nina Iskandar, Ayu Raudhah, Dayana Roza, Nazrief Nazri, Noniswara, Esma Dainal, Hazman Al-Idrus, dan Fauziah Nawi sebagai pelakon pembantu.

Sinopsis drama Cinta Bukan Kristal Tv3


Mengisahkan Adrian, seorang suami dan bapa kepada dua orang anak yang selama ini dilihat sempurna di mata semua wanita. Suami yang baik dan bapa yang penyayang. Namun segala-galanya berubah apabila Adrian bertemu Aryana.

Aryana pula seorang wanita yang terkena kejutan budaya sehingga jatuh hati terhadap suami orang lain. Hubungan cinta antara Adrian dan Aryana melukakan hati banyak pihak terutama isteri dan keluarga Adrian.


Bagaimanakah seorang suami dan bapa mithali boleh tunduk kepada godaan cinta orang ketiga. Hancurkah kebahagiaan yang dibina selama ini?

OST/Lagu tema: Sufian Suhaimi - Di Matamu

Untuk peminat slot-slot Tv3, dan boleh tonton drama secara online di laman Tonton. Di sini, pelbagai rancangan menarik yang ditayangkan di semua saluran di bawah naungan Media Prima seperti Tv3, TV9, 8TV, dan NTV7. Manalah tahu sekiranya anda terlepas rancangan kegemaran, anda boleh menontonnya di Tonton di mana sahaja dan pada bila-bila masa. Best kan dapat tonton drama online?

Cinta Bukan Kristal bakal bersiaran mulai 8 Ogos 2018, setiap Isnin hingga Jumaat, jam 7 malam di Tv3.

Isnin, 23 Julai 2018

,
Menggantikan drama Andainya Takdir 2 yang telah melabuhkan tirainya minggu lalu, Tv3 membawakan anda sebuah lagi drama bersiri menarik bagi menghiasi Slot Samarinda iaitu SEMERAH CINTA HUMAIRAH.

Drama bersiri 15 episod ini diterbitkan oleh Orange Tree Production di bawah arahan pengarah berpengalaman iaitu Zamri Zakaria.

semerah cinta humairah

Menampilkan pelakon-pelakon hebat sebagai teraju utama, Semerah Cinta Humairah memaparkan kisah konflik keluarga Humairah yang perlu mengikut tradisi keluarganya iaitu anak perempuan harus berkahwin awal. Drama ini tidak diadaptasi dari novel cinta.

Drama yang bersiaran sebanyak 15 episod ini menampilkan Fahrin Ahmad dan Janna Nick sebagai teraju utama. Turut membantu menjayakan Semerah Cinta Humairah ialah Fadlan Hazim, Idzham Ismail, Kuza, Mahmud Alibashah , Fadilah Mansor, Fish Fazil, Fimie Don, Kismah Johar, Feiyna Tajudin, dan Wan Sharmila.

Sinopsis drama Semerah Cinta Humairah


Mahu atau tidak, Humairah perlu meneruskan tradisi kahwin muda dalam keluarganya. Pak Zali, bapanya menerima lamaran Datuk Kamarul untuk jodohkan Humairah dengan Shahir. Humairah yang masih belajar begitu gementar memasuki alam perkahwinan apatah lagi bakal suaminya itu lebih berusia darinya.

Shahir pula terpaksa memperisterikan Humairah untuk mengikut kemahuan ibunya walaupun dia sudah mempunyai kekasih.

semerah cinta humairah

Setelah berkahwin, dugaan demi dugaan mencabar kesetiaannya. Shahir bukanlah suami yang bertanggungjawab. Di mana kedudukan Humairah sebagai isteri sekiranya Shahir masih lagi melayan teman wanitanya, Camelia?

Semerah Cinta Humairah bakal bersiaran mulain 24 Julai 2018, setiap Isnin hingga Rabu, jam 10 malam hanya di Tv3.

Ahad, 8 Julai 2018

,
Sinopsis Cinta Tiada Ganti di Astro Prima. Menggantikan Mona Lisa, saluran Astro Prima akan membawakan sebuah lagi drama bersiri menarik untuk tontonan seisi keluarga iaitu CINTA TIADA GANTI.

Untuk pengetahuan Cinta Tiada ganti merupakan sebuah naskah adaptasi daripada drama Filipina, Sanay Wala Nang Wakas yang pernah mencetuskan fenomena suatu ketika dahulu. Sejauh mana pihak produksi Global Station Sdn Bhd ingin mengekalkan jalan cerita asal itu masih belum diketahui.


Seperti drama yang pernah bersiaran di Slot Tiara sebelum ini, drama ini juga akan berkonsepkan telenovela dan akan bersiaran sebanyak 100 episod.

Diarahkan oleh pengarah berpengalaman, Feroz Kadir, Cinta Tiada Ganti dibarisi pelakon berbakat tanah air iaitu Nelydia Senrose (Bella), Aedy Ashraf (Christian), Hafidz Roshdi (Newton), Ben Amir, Syamim Farid, Sweet Qismina, Marisa Yasmin, Rusdi Ramli, Emelda Rosemila, Shah Rezza, Nafiz Muaz, Wan Sharmila, Octovia Manrose, Dian P Ramlee, Nik Adam Mika, dan Husna Mustaffa.

Sinopsis drama Cinta Tiada Ganti di Astro Prima


Mengisahkan cinta antara dua darjat, Ara dan Mukhriz. Pertemuan yang tidak disengajakan mereka di atas kapal membuahkan bibit-bibit cinta. Segalanya indah pada awal perhubungan, walaupun Ara hanyalah seorang gadis biasa, Mukhriz menerimanya dengan hati terbuka. Kerana di matanya Ara cukup sempurna.

cinta tiada ganti

Mukhriz dibesarkan dengan sempurna dalam keluarga bangsawan dan bakal mewarisi kekayaan keluarga. Namun, dia tidak pernah benar-benar bahagia kerana menyimpan dendam yang terhadap seorang lelaki yang telah membunuh ibunya.

Keluarga Mukhriz sememangnya menentang hubungannya dengan Ara. Mukhriz sanggup menentang keluarganya demi seorang perempuan.

Dunia ini begitu kecil, siapa sangka yang Ara ialah anak kepada lelaki yang telah membunuh ibunya. Dapatkan Mukhriz menerima kenyataan itu?

OST / Lagu Tema Cinta Tiada Ganti

Khai Bahar - Jodohku

Cinta Tiada Ganti bakal menemui anda bermula 10 Julai 2018 setiap Isnin hingga Jumaat, jam 6 petang, di Astro Prima (105) dan Maya HD (135).

Khamis, 28 Jun 2018

,
Sinopsis Jangan Benci Cintaku Tv3. Menggantikan drama Halalkan Hati Yang Kucuri yang disambut baik sepanjang Ramadan lalu, stesen nombor satu negara membawakan drama terbaharu mengisi Slot Akasia bertajuk JANGAN BENCI CINTAKU.

Drama rantaian terbitan Suhan Movies & Trading ini mendapat sentuhan pengarah Pali Yahya. Seperti biasa, ia merupakan yang diadaptasikan dari novel cinta popular dari tajuk yang sama tulisan Emy Roberto.

jangan benci cintaku

Bersiaran sebanyak sebanyak 28 episod, Jangan Benci Cintaku menggandingkan Zahirah Macwilson dan Saharul Ridzwan sebagai pelakon utama. Selain itu antara pelakon lain yang turutn menjayakan drama ini ialah Izzue Islam, Niena Baharun, Amelia Henderson, Daler Yusuf, Luqman Hafidz, Azizah Mahzan.

Novel ini boleh dikatakan famous juga. Kerana banyak result cariannya di laman Google. Contohnya bab 1

Sinopsis drama Jangan Benci Cintaku Tv3



Sekali lagi mengetengahkan kisah kahwin paksa, Jangan Benci Cintaku mengisahkan Rafeeqa yang terpaksa berkahwin dengan Shahrizal pada usia muda atas desakan keluarga. Tiada sebab bagi Shahrizal untuk tidak jatuh cinta akan isterinya. Namun pada Rafeeqa, perkahwinan adalah satu bebanan yang terpaksa dia tanggung.

Ingin lari dari tanggungjawab, Rafeeqa nekad untuk melanjutkan pelajaran ke luar negara walau dipujuk rayu suaminya.


jangan benci cintaku

Pada awal perkahwinan, Shahrizal melayan isterinya dengan baik. Mereka masih berhubung walaupun Sehinggalah tahun akhir pengajian Rafeeqa, dia merasakan ada sesuatu yang tidak kena dengan suaminya. Shahrizal yang selama ini mengikut sahaja karenahnya tetiba-tiba bersikap dingin. Pada saat itulah dia mula rasa kehilangan.

Rafeeqa pulang ke Malaysia dan ingin menjadi isteri yang lebih baik. Rupa-rupanya Shahsrizal dalam diam mempunyai orang ketiga. Patutlah dia bersikap dingin.

Enggan mengulangi kesilapannya selama inin, Rafeeqa berusaha untuk memikat suaminya. Namun tidak semudah itu, dengan kemunculan Husna di antara dirinya dan Shahrizal, Nek Pah yang tak pernah mengiktiraf kedudukannya sebagai cucu menantu dan juga Irwan yang tak habis-habis menempel untuk mendekatinya, semuanya menguji kesabaran.

OST / Lagu tema: Misha Omar - Sampai Bila

Jangan Benci Cintaku Tv3 bakal bersiaran setiap Isnin hingga Jumaat, jam 7 malam, di Tv3.

Rabu, 6 Jun 2018

,
Sinopsis Andainya Takdir 2 Tv3. Kejayaan drama ini pada Ramadan tahun lalu mendorong A.Aida Production dan Tv3 menerbitkan kisah kesinambungan atau sekuel drama Andainya Takdir 2 menerusi Slot Samarinda.

Percaya atau tidak, Andainya Takdir musim pertama mencatat jumlah tontonan sebanyak 10 juta sepanjang bersiaran. Drama rantaian yang berkisarkan suka-duka kehidupan berumah tangga dan masalah penyakit mental 'Othello Syndrome' atau dalam bahasa mudah 'cemburu buta' benar-benar menangkap perhatian penonton.


Tambah pula keberkesanan persembahan para pelakon khususnya Shukri Yahaya menjadi faktor drama ini diterima penonton. Saya pasti lepas ni ramai yang sibuk nak cari Andainya Takdir 2 full episod. Lol!

Baca: Tarikh Akhir Pengeposan Pos Laju Raya 2018

Untuk pengetahuan, Andainya Takdir bukan diadaptasi dari novel cinta, sebaliknya merupakan kisah benar yang berlaku kepada rakan penulis skrip, Wan Mahani. Drama ini ditulis untuk memberikan kesedaran dan pengajaran kepada penonton. Khususnya kepada mereka yang sudah berumah tangga.


Oleh sebab itulah Tv3 membawakan anda Andainya Takdir 2 kepada penonton setia Tv3. Drama rantaian 20 episod yang menggantikan NUR ini diarahkan oleh Eoon Suhaimi. Masih lagi dibarisi pelakon asal, musim kedua turut menambah beberapa muka baru.

Senarai pelakon


Antara pelakon yang terlibat ialah Shukri Yahaya, Nina Iskandar, Puteri Balqis, Mas Khan, Syazuwan Hassan, Faradhiya, Idris Khan, Sheila Mambo, Idris Mat Diah, Rosnah Mat Haris, Erry Putra, Adiba Yunus, Jasmine Ashraff, Nafiez Zaidi, dan Neera Azizi.

Sinopsis drama Andainya Takdir 2 di Tv3


Setelah tiga bulan bercerai, Airil masih lagi tidak putus asa memujuk Fatihah untuk rujuk semula. Airil menyesal atas segala kesilapannya. bagi Airil, hidupnya tidak sempurna tanpa isteri dan anak disisi.


Fatihah pula turut berdepan kesukaran, dia mula berasa kepayahan hidup tanpa suami. Lebih-lebih lagi Aleeya yang sering bermasam muka kerana rindu akan ayahnya.

Fatihah terpaksa kerja keras untuk menyara kehidupan mereka berdua sehingga mengabaikan Aleeya. Airil menyedari kesulitan Fatihah dan cuba untuk membantu. Tetapi adakah Airil sudah berubah sepenuhnya dan sudah tidak baran seperti dahulu lagi?

Video promo


OST/Lagu tema: Sabhi Sadhi - Setia Menunggumu

Andainya Takdir 2 bakal menemui penonton mula 13 Jun 2018, setiap Rabu hingga Jumaat, di Tv3.

Ahad, 13 Mei 2018

,

Sinopsis Drama Nur di Tv3. Bersempena dengan kedatangan Ramadan Al-Mubarak, stesen televisyen nombor satu negara, Tv3 membawakan anda sebuah drama bersiri berjudul NUR untuk santapan penonton setianya.

Seperti biasa, drama yang disiarkan pada bulan Ramadan menyelitkan unsur Islamik agar dapat menjadi pedoman dan iktibar buat kita semua. Begitu juga dengan drama Nur yang bakal mengisi Slot Samarinda.

Drama rantaian 20 episod ini diterbitkan oleh Radius One Sdn Bhd mendapat sentuhan pengarah Shahrulezad Mohameddin.


Nur membariskan pelakon berbakat seperti Amyra Rosli, Syafiq Kyle, Riena Diana, Datuk Jalaludin Hassan, Fatimah Abu Bakar, Nurkhiriah, Azhan Rani, Raja Atiq, Zaidi Omar, Laila Nasir, Elmy Moin, dan Kuna Muzani.

Sinopsis drama Nur di Tv3

Mengisahkan seorang gadis lorong yang memilih jalan gelap. Terdetik rasa ingin berubah selepas pertemuannya dengan seorang jejaka. Niatnya hanya ingin mendalami ilmu agama.

Tapi perubahan ini bukan semudah yang disangka. Pandangan orang sekeling terhadap masa silamnya tidak pernah berubah. Semakin dekat dia dengan Islam, semakin banyak tomahan yang dilemparkan.

Video promo:


OST/Lagu tema: Amylea & Kaer Azami - Tak Pernah Hilang

Drama Nur bakal bersiaran mula 14 Mei 2018, setiap Isnin hingga Khamis, jam 10 malam hanya di Tv3.

Sabtu, 12 Mei 2018

,
Sinopsis Rahsia Hati Perempuan

Sinopsis Rahsia Hati Perempuan di Astro Ria. Menggantikan Mr. Grey kelak, akan disusuli pula dengan sebuah lagi siri drama terbaru, Rahsia Hati Perempuan yang bakal bersiaran sepanjang Ramadan ini. Khabarnya drama ini bukan diadaptasi dari novel, tetapi mendapat inspirasi dari filem Bollywood terkenal, Mujhse Dosti Karoge.

Drama bersiri 24 episod ini sekali lagi diarahkan oleh pengarah berpengalaman, Michael Ang. Drama sentuhan beliau cukup diminati ramai seperti Coffee Prince My, Hero Seorang Cinderella, dan Suri Hati Mr Pilot. Kesemuanya mencipta fenomena tersendiri.

rahsia hati perempuan

Kali ini. Rahsia Hati Perempuan menampilkan pelakon popular seperti Hisyam Hamid, Mira Filzah, Fikry Ibrahim, Uqasha Senrose, sebagai pelakon utama. Turut membantu menjayakan drama ini ialah Eina Azman, Mak Wan, Fauziah Ahmad Daud, Lydiawati, Amir Nafis, Ziha Salleh, Duerra Mitilda, Redzwan Adha, Shah Faris.

Sinopsis drama Rahsia Hati Perempuan di Astro Ria

Mengangkat kisah cinta, persahabatan, dan pengorbanan. Ilaina, Zayn dan Mikael, merupakan kawan baik sejak dari kecil lagi. Tiga sekawan ini terpisah apabila Ilaina berpindah ke luar negara.

Menginjak dewasan, Zayn dan Mikael terbang ke Australia untuk mengubati kekecewaan akibat perkahwinan yang tak jadi.





Di sana, Ilaina dna rakannya, Arissa menyelamatkan Mikael serta Zayn yang tersesat di kawasan perkhemahan. Ilaina bertemu semula dengan Zayn dan Mikael tetapi Ilaina tidak memberitahu Arissa mereka adalah kawan baik dari kecil.

Konflik berlaku apabila mereka saling jatuh cinta antara satu sama lain, walaupun ia tidak sepatutnya berlaku.

Video promo:


OST/Lagu tema: Hael Husaini & Dayang Nurfaizah - Haram

Rahsia Hati Perempuan bakal bersiaran setiap Isnin hingga Khamis, jam 10 malam di Astro Ria (104) dan HD (123).

Entri sebelum ini - Senarai Menteri Kabinet Malaysia 2018

Selasa, 1 Mei 2018

,
Sinopsis Halalkan Hati Yang Ku Curi

Sinopsis Halalkan Hati Yang Ku Curi Tv3. Saluran nombor satu negara, Tv3, tidak pernah jemu untuk membawakan drama terbaik untuk tontonan anda menerusi Slot Akasia. Akan datang, drama bersiri HALALKAN HATI YANG KU CURI bakal mengisi slot itu sebaik Cinta Fatamorgana berakhir.

Memandangkan drama ini bersiaran pada bulan Ramadan, pastinya ia lebih keagamaan yang boleh memberi pedoman buat semua.


Diterbitkan oleh Country & Universal Sdn Bhd, drama ini merupakan sebuah lagi karya yang diangkat dari novel popular. Menerima sentuhan pengarah Hashim Rejab dan skrip oleh Mufid Suhaimi.

Baca juga: Sinopsis Kalis Kasih Tv3

Halalkan Hati Yang Kucuri bakal menyaksikan gandingan Aliff Aziz dan Farah Nabilah sebagai pelakon utama dan turut menjayakan drama ini ialah Shah Iskandar, Mimi Lana, Normah Damanhuri, Jasmin Hamid, Azri Iskandar, Anne Abdullah, Zulkifli Ismail.

Drama ini bakal menemui anda bermula 23 Mei 2018 setiap Isnin hingga Jumaat pada jam 7malam.

Sinopsis drama Halalkan Hati Yang Ku Curi Tv3

Sebagai pasangan yang tinggal di kota dan dibesarkan dengan kemewahan, Faiq dan Delisha hidup tanpa ada batasan agama. Pasangan suami isteri ini sama naik, tanpa mengendahkan nasihat yang diberikan oleh keluarga.

Ditegur, merajuk pula. Lalu mereka lari meninggalkan keluarga. Kononnya tidak mahu dikongkong.
Tidak lama kemudian, mereka dikejutkan dengan kehilangan ahli keluarga secara tiba-tiba. Banglo dijual dna paling teruk syarikat yang selama ini diusahakan bertukar milik kepada orang lain.

drama Halalkan Hati Yang Ku Curi

Tiada pilihan lain, faiq dan Delisha terpaksa memulakan kehidupan mereka dari bawah.

Apa sahaja pekerjaan sanggup dilakukan oleh pasangan suami isteri ini. Termasuklah sehina-hina pekerjaan yang pernah mereka caci dahulu. Segalanya sanggpu dilakukan demi sesuap nasi.

Berpeluangkah mereka untuk bertemu keluarga semula? Siapa dalang semua ini?

Entri sebelum ini -  Oppo F7 Tawar 25MP Kamera Selfie, Spesifikasi Menarik

Terima kasih kerana membaca Sinopsis Halalkan Hati Yang Ku Curi Tv3

Isnin, 2 April 2018

,
Sinopsis Kalis Kasih Tv3

Sinopsis Kalis Kasih Tv3. Tv3 sekali lagi membawakan drama bersiri terbaik buat penonton setia saluran nombor satu negara ini. Bagi menggantikan Melankolia yang telah tamat minggu lalu, KALIS KASIH pula akan menghiasi Slot Samarinda.

Bersiaran sebanyak 15 episod, drama terbitan  Z K Creative Production Sdn Bhd ini mendapat sentuhan pengarah Nazir Jamaluddin, manakala skrip digarap oleh Mama Bella & Maizura Ederis.

Kalis Kasih menampilkan Amar Bahrin dan Mawar Rashid sebagai pelakon utama dan dibantu oleh Elvina Mohamad, Syazwan Zulkifly, Nazeera Sardi, Azri Iskandar, Rosnah Johari, Anne Abdullah, Amyza Adnan, Duerra Mitilda, Qazem Nor, dan ramai lagi.


Kali kasih bersiaran mulain 2 April 2018, setiap Isnin hingga Rabu, setiap 10 malam hanya di Tv3.

Sinopsis drama Kalis Kasih Tv3

Mengisahkan Amanda dan Dania yang merupakan sepupu membesar bersama. Namun perangai dan kelakuan kedua-dua gadis ini cukup berbeza. Amanda yang membesar di ibu kota terpaksa tinggal bersama keluarga Dania selepas kematian ibu bapanya.

Meningkat dewasa, Amanda berkahwin dengan Khair dan Dania lah yang menjadi pengasuh Iris, anak mereka berdua. Melihat Iris lebih rama dengan Dania, Amanda mula cemburu.

drama kalis kasih tv3

Sudahlah kehilangan ibu bapa, Amanda kini ditimpa malang selepas kandungan keduanya gugur dan rahimnya terpaksa dibuang. Iris pula mati akibat keracunan makanan. Tidak cukup dengan itu, ibu mertuanya mendesak Khair supaya bernikah lagi.

Si Dania pula cacat wajah nya akibat ditolak Sandra yang telah lama menyimpan dendam. Apakah kesudahan dua wanita ini?

OST/Lagu tema: Shahir, Nemo, Gjie - Kali Ini

Entri sebelum ini - 9 Makanan Yang Membakar Lemak dan Memberi Tenaga

Terima kasih kerana membaca Sinopsis Kalis Kasih Tv3

Ahad, 25 Mac 2018

,
Sinopsis Zahir Tak Terucap

Sinopsis Zahir Tak Terucap Tv3. Selepas Tiada Arah Jodoh Kita melabuhkan tirai, penonton Slot Akasia bakal dihidangkan dengan sebuah drama bersiri terbaharu bertajuk ZAHIR TAK TERUCAP.

Dibintangi Saharul Ridzwan dan Raysha Rizrose sebagai pelakon utama, drama ini turut dibintangi Airel Zafrel, Chacha Maembong, Farisha Irwayu, Esma Daniel, Idris Mat Diah, Rosnah Johari, dan Syafiqa Zamriez.


Drama dibawah arahan Mohd Fazli Yahya yang kini sudah boleh ditonton menerusi portal tonton.my, mengisahkan dua adik beradik yang menaruh hati pada seorang gadis.

Bersiaran sebanyak 13 episod mula bersiara di Tv3 bermula 27 Mac 2018, setiap Isnin hingga Jumaat, jam 7 malam.

Sinopsis drama Zahir Tak Terucap Tv3

Berkisarkan kehidupan dua iaitu Hisyam dan Haziq yang masing-masing menaruh hati terhadap Aisyah. Kerana terlalu mengasihi abangnya, Hisham terpaksa menjadi kambing hitam dan mengakui segala kejahatan yang dilakukan abangnya sebelum Haziq meninggal dunia.

Sinopsis Zahir Tak Terucap

Kini dia perlu mencari Aisyah, cinta pertamanya yang dirogol Haziq untuk bertanggungjawab. Namun misinya dihalang kedua-dua belah keluarga terutamanya keluarga Aisyah. Kemudian datang pula Aireen yang mempunyai niat tersendiri.

Ost/Lagu tema: Nash - Zahir Tak Terucap

Entri sebelum ini - Ulasan Filem The Shape Of Water

Terima kasih kerana membaca Sinopsis Zahir Tak Terucap Tv3