Memaparkan catatan dengan label sinopsis. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label sinopsis. Papar semua catatan

Isnin, 10 Februari 2020

,
Sinopsis Seindah Warna Pelangi di Tv3 | Menggantikan Seadanya Aku kelak, saksikan sebuah lagi drama bersiri menarik yang bakal menghiasi Slot Akasia iaitu SEINDAH WARNA PELANGI. Gandingan pelakon kacak Aeril Zafrel dan penyayi Nabila Razali pasti akan menceriakan petang anda sekeluarga.

Seindah Warna Pelangi merupakan sebuah lagi drama yang diadaptasi dari novel cinta popular. Diangkat ke layar kaca menerusi novel Seindah Tujuh Warna Pelangi karya E-Man Sufi.


Diarahkan oleh Eoon Suhaimi, drama ini turut dibarisi pelakon berbakat lain seperti Hun Haqeem, Raja Afiq, Wilma Muhammad, Aidil Aziz, Elly Mazlein, Sahronizam Noor, Hairie Othman, Jalaludin Hassan, dan ramai lagi.

Sinopsis drama Seindah Warna Pelangi Tv3


Mengisahkan perkahwinan di antara sepupu, Andika dan Aira. Andika merancang perkahwinan ini untuk mendapatkan harta warisan datuk mereka. Perkahwinan ini membolehkan Andika mendapat harga bahagian Aira.

Aira yang sudah lama menaruh hati terhadap Andika menerima baik perkahwinan ini. Tetapi sebaliknya buat Andika. Niatnya cuma untuk mendapatkan harta pusaka. Dek kerana itu, perkahwinan mereka runtuh di tengah jalan.



Hati Aira remuk dilukai Andika, dia pergi membawa diri.

Tiga tahun berlalu telah banyak mengajar Andika. Andika sedar, sikap sombong dan ego menyebabkan dia hilang segalanya.Oleh itu dia nekad untuk mendapatkan Aira semula. Malangnya tiada ruang di hati Aira untuk dirinya.

Aira kemudia ditimpa kemalangan membuatkan dia hilang ingatan. Andika mengambil kesempatan ini untuk mendapatkan kembali bekas isterinya.

Untuk peminat slot-slot Tv3, dan boleh tonton drama online di laman Tonton dan saluran Youtube TV3Malaysia Official. Di sini, pelbagai rancangan menarik yang ditayangkan di semua saluran di bawah naungan Media Prima seperti Tv3, TV9, 8TV, dan NTV7.

Drama Seindah Warna Pelangi bakal bersiaran mula 24 Februari 2020, setiap Isnin hingga Jumaat, jam 7 malam, hanya di Tv3.

Rabu, 30 Oktober 2019

,
Sinopsis Setelah Ku Dimiliki | Menggantikan Lelakimu Yang Dulu, saluran Tv3 mempersembahkan sebuah lagi drama bersiri bertajuk SETELAH KU DIMILIKI di Slot Akasia buat tontonan lewat petang anda.

Turut diadaptasi dari novel cinta karya Zaza Qry, Setelah Ku Dimiliki mendapat sentuhan pengarah berbakat, Osman Ali.


Setelah Ku Dimiliki menggandingkan pelakon popular tanah air seperti Zul Ariffin, Tiz Zaqyah, dan Intan Najuwa sebagai teraju utama. Turut membantu menjayakan drama slot kegemaran ramai ini ialah Zaki Azeman, Lia Natalia, Fahmi Reza, Rahhim Omar, Zulhelmy, Adeline Tsen, Kuza, Aleza Shadan, dan ramai lagi.

Sinopsis drama Setelah Ku Dimiliki


Sarrafia kini menjadi penghuni Rumah Azirah, iaitu sebuah pusar jagaan. Dia menjalani kehidupan baharu du situ gara-gara seorang lelaki yang tidak akan dia lupakan.


Manakala Adriz pula baharu sahaja ditimpa kemalangan dan kini hilang ingatan. Sebelum kemalangan, Adriz seorang lelaki liar dan suka berfoya-foya.

Perangai jejaka itu berubah secara total selepas koma dan tidak dapat mengingati kehidupan lamanya. Kebetulan pula, Rumah Azirah adalah milik ayahnya, Rahimin.


Adriz mengambil keputusan untuk menguruskan Rumah Azirah, untuk mengisi masa terluang.

Di sana, dia bertemu dengan Sarrafia. Aneh, gadis itu seolah mengenali dirinya. Bahkan setiap kali bertembung, dia sering berkelakuan pelik.

Apakah yang terjadi di antara Adriz dan Sarrafia sebelum ini?


Lagu tema: Ika Mustafa - Damaikanlah

Untuk peminat slot-slot Tv3, dan boleh tonton drama online di laman Tonton dan saluran Youtube TV3Malaysia Official. Di sini, pelbagai rancangan menarik yang ditayangkan di semua saluran di bawah naungan Media Prima seperti Tv3, TV9, 8TV, dan NTV7.

Saksikan drama Setelah Ku Dimiliki setiap Isnin hingga Jumaat, setiap 7 petang, di Tv3 bermula 29 Oktober 2019.

Isnin, 16 September 2019

,
Sinopsis Lelakimu Yang Dulu di Tv3 | Terbaharu di Slot Akasia, Tv3 bakal menayangkan sebuah drama Melayu bersiri iaitu Lelakimu Yang Dulu untuk menceriakan petang penonton setianya.

Drama Lelakimu Yang Dulu merupakan sebuah lagi karya yang diadaptasi dari novel cinta dari tajuk yang sama tulisan Farah Darianna. Novel ini khabarnya cukup popular. Anda boleh membacanya di laman Wattpad - Lelakimu Yang Dulu Bab 1.


Di bawah arahan Eoon Suhaimi, drama ini dijangka mendapat sambutan hangat daripada penggemar drama Melayu. Ini kerana ia sekali lagi menggandingkan Sharnaaz Ahmad dan Nelydia Senrose sebagai pelakon utama.

Selain itu Lelakimu Yang Dulu turut dibintangi barisan pelakon popular seperti Redza Rosli, Reen Rahim, Nadia Brian, Syafnida Shuhaimi, Ungku Hariz, Azizah Mahzan, Riz Amin, Jalaludin Hassan, dan Dian P.Ramlee.

Sinopsis drama Lelakimu Yang Dulu di Tv3


Berkisarkan sepasang suami isteri, Hazrul dan Daliya yang dilanda musibah apabila Hazrul dipenjarakan atas kesalahan merogol. Si Hazrul pula mendiamkan diri. Sedikit pun tidak menafikan tuduhan keatas dirinnya.
 

Daliya membawa diri, tidak sangka suaminya sendiri sanggup melakukan perkara terkutuk itu.

Dua tahun berlalu, Hazrul mendapat perkhabaran yang Daliya menyembunyikan rahsia daripadanya. Rupanya mereka berdua mempunyai zuriat.

Hadirnya cahaya mata, Heidi, menguatkan lagi keinginan Hazrul untuk mendapatkan kembali keluarganya. Diaturnya bermacam-macam rancangan supaya Daliya kembali ke pangkuannya.

Tidak semudah itu Daliya memaafkan Hazrul walaupun mereka masih sah sebagai suami isteri. Ditambah pula dengan kehadiran Nazli yang setia disampingnya semenjak Hazrul dipenjarakan.


Lagu tema: Hafiz & Adira - Takdir Tercipta

Untuk peminat drama Tv3, dan boleh tonton drama secara online di laman Tonton. Di sini, pelbagai rancangan menarik yang ditayangkan di semua saluran di bawah naungan Media Prima seperti Tv3, TV9, 8TV, dan NTV7. Manalah tahu sekiranya anda terlepas rancangan kegemaran, anda boleh menontonnya di Tonton di mana sahaja dan pada bila-bila masa. Best kan dapat tonton drama online?

 Eh, betul ke boleh tonton drama online di DMF2U? Korang dah cuba?

Lelakimu Yang Dulu bakal bersiaran mulai 19 September 2019, setiap Isnin hingga Jumaat, jam 7 pm hanya di Tv3.

Isnin, 5 Ogos 2019

,
Sinopsis Sweet Dreams di Astro Ria | Menghiasi MegaDrama Astro Ria, penonton bakal dihidangkan dengan sebuah lagi drama bersiri menarik untuk menemani malam-malam anda yang bertajuk Sweet Dreams.

Di bawah arahan pengarah tersohor, Michael Ang ini dijangka bakal mencipta fenomena tersendiri. Ini kerana ia dibintangi pelakon popular, Mira Filzah dan dibantu oleh Ben Amir.


Drama Astro Ria ini turut membintangi Sweet Dreams ialah Nina Juren, Yuna Rahim, Roy Azman, Yusuf Bahrin, Nazs Sally, PU Azman, dan Didi Astillah.

Sweet Dreams juga merupakan sebuah lagi drama yang di adaptasi dari novel cinta terkenal, dari tajuk yang sama karya Acik Lana.

Sinopsis drama Sweet Dreams di Astro Ria


Puteri, seorang gadis bisu yang jelita tetapi sentiasa ditimpa malang. Gadis bisu bukanlah satu-satunya gelarannya. Ratu Kelam Kabut dan Minah Clumsy sudah menjadi gelarannya sejak dari kecil. Mana tidaknya, segala tiang dilanggarnya. Dia juga sering tergolek ke dalam longkang.


Siri kejadian malang Puteri mempertemukannya dengan seorang jejaka. Belum sempat tergolek, lelaki ini sempat menyambutnya. Bukan sekali, maalah lelaki ini sering menyelamatkannya.

Qash Adam, seorang pelukis yang sering mendapat mimpi tentang kejadian buruk yang bakal menimpa. Kisah silamnya membuatkan Qash sering menyendiri dan murung. Anugerah dapat menghidu kejadian buruk membuatkan Qash dihina dan difitnah.

Kerana itu jugalah dia menolak untuk mendekati wanita.


Namun kemunculan Puteri dalam mimpinya membuatkan Qash keliru. Siapa gadis itu? Apa hubungkait antara mereka berdua? Dan dari satu pertolongan ke satu pertolongan mula menjelaskan maksud yang tersirat disebalik mimpi.

“This might sound weird, Putri. But I’m different. Diri I tak macam orang lain.” ~ Qash Adam

Rahsia demi rahsia terbongkar...

Anda boleh rujuk label 'Sinopsis' untuk mengetahui senarai drama Melayu best.

Video promo:

 
 
Drama Sweet Dream bersiaran mulai 5 Ogos 2019, setiap Isnin hingga Khamis, jam 10 malam do Astro Ria (104)

Isnin, 17 Jun 2019

,
Sinopsis Cetera Hati Diya di Tv3. Menemui penonton setia Tv3, saksikan sebuah drama bersiri terbaharu yang bakal menghiasi Slot Samarinda, iaitu CETERA HATI DIYA bermula 17 Jun ini.

Dibintangi pelakon pujaan para gadis, Fattah Amin dan Azar Azmi sebagai teraju utama, Cetera Hati Diya mengisahkan konflick keluarga dan percintaan.


Diterbitkan oleh Wiranusa Corporation dan dibawah arahan Raja Mukhriz, juga merupakan  sebuah naskah adaptasi novel cinta 'Isteri Aku Kalis Cinta'. Dibintangi  Zila Bakarin, Azrel Ismail, Faye Kusairi, Raja Hakim, Asha Zainul, dan Melanie Tan.

Drama ini dijangka hit memandangkan penampilan Azar Azmi menerusi drama Nur 2 tempoh hati masih disebut-sebut peminat. Begitu juga dengan aktor Fattah Amin yang sentiasa menjadi kegilaan makcik-makcik.

Sinopsis drama Cetera Hati Diya di Tv3


Trauma dengan peristiwa hitam yang pernah dilaluinya, Diya takut untuk mendekati mana-mana lelaki. Malah, cuba sedaya upaya menjauhi lelaki walau apa cara sekalipun.

Zahil yang secara tidak sengaja terlanggar Diya mula menyimpan perasaan terhadap gadis itu. Jejaka itu berusaha untuk memenangi hati Diya biarpun dia tahu agak sukar untuk mencuri hatinya.


Malang tidak berbau, Diya diperkosa adik tiri Zahil sendiri, iaitu Zack.

Sudahlah fobia dengan lelaki, kini bala lain pula yang datang. Zahil nekad untuk bertanggungjawab atas kesalahan Zack dengan mengahwini Diya.

Kehidupan pasangan itu selepas berkahwin tidak seperti yang diharapkan. Diya menjauhinya kerana masih trauma dengan apa yang telah terjadi. Malah, Zahil pula dalam diam menyimpan rahsia besar tentang masa lalunya daripada Diya.


Untuk peminat slot-slot Tv3, dan boleh tonton drama secara online di laman Tonton dan saluran Youtube TV3Malaysia Official. Di sini, pelbagai rancangan menarik yang ditayangkan di semua saluran di bawah naungan Media Prima seperti Tv3, TV9, 8TV, dan NTV7.

Manalah tahu sekiranya anda terlepas rancangan kegemaran, anda boleh menontonnya di Tonton di mana sahaja dan pada bila-bila masa. Best kan dapat tonton drama online?

Saksikan drama Cetera Hati Diya, setiap Isnin hingga Khamis, jam 10 malam di Tv3.