Memaparkan catatan dengan label thailand. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label thailand. Papar semua catatan

Isnin, 16 Disember 2019

,
Tempat Shopping Murah di Hatyai | Selain ingin menghabiskan hujung minggu bersama keluarga dengan melihat budaya Selatan Thailand, membeli belah adalah salah satu faktor mengapa rakyat Malaysia gemar bercuti di Hatyai.

Saya dah kongsikan lebih 30 tempat menarik sekitar Hatyai, anda boleh rujuk di artikel 32 Tempat Menarik di Hatyai dan Songkhla. Hatyai juga boleh dikatakan sebagai syurga membeli belah. Segala macam barangan boleh anda temui di daerah ini. Malah, harganya yang jauh lebih murah berbanding di Malaysia menjadi pendorong orang ramai untuk shopping di sana.

Ada juga yang mengambil peluang beli secara borong untuk dijual secara online.

Melalui artikel ini, saya akan kongsikan tempat shopping di Hatyai yang boleh anda terjah sekiranya berpeluang bercuti di daerah paling selatan di Thailand ini.


Tempat Shopping Murah di Hatyai


#1 Greenway Night Market


Dah nama pun night market, sudah tentulah banyak barangan menarik yang dijual di sini. Anda boleh mendapatkan pakaian baru dan bundle, aksesori, handbag, kasut pelbagai jenama, tudung, dan banyak lagi.


Kalau nak berbelanja murah di Hatyai, pastikan anda berkunjung ke sini. Memang murah! 

Selain itu makanan turut dijual. Tidak sukar untuk mendapatkan makanan halal di Hatyai. Di Greenway Night Maket, banyak sekali makanan minuman halal. Anda cuma perlu cari gerai yang memaparkan logo halal ataupun penjual yang berhijab.

Mereka juga boleh bertutur dalam Bahasa Melayu. Senang untuk anda tawar menawar.

Waktu operasi: 5 pm - 10 pm | tutup pada Isnin
Alamat: 1406/4 ถนน กาญจนวณิชย์ Hat Yai, Hat Yai District, Songkhla 90110, Thailand

#2 Asean Night Bazaar


Konsepnya sama seperti pasar malam tetapi ia lebih gah, luas, dan terdapat ratusan gerai menarik. Banguna dua tingkat ini memang akan menyerikan malam anda di Hatyai.


Mana tidaknya, tingkat bawah dikhaskan untuk barangan seperti pakaian, aksesori, kasut, gajet, dan bermacam-macam lagi. Ada juga yang dijual secara pukal. Jadi ramailah rakyat Malaysia yang mengambil peluang shopping di sini.


Tingkat atas pula adalah ruang untuk makanan sahaja. Menariknya, majoriti gerai menjual makanan halal. Mesti anda rambang mata melihat kepelbagaian makanan, minuman, dan snek yang dijual. Jangan lupa untuk cuba Thai tea ya? Ia seperti teh air, teyapi lebih pekat dan menyelerakan.

Asean Night Bazaar ini adalah salah satu tempat menarik di Hatyai, rugi kalau anda tak ke sana.

Waktu operasi: 3 pm - 10.30 pm | tutup pada Isnin
Alamat: Thonon Chotevittayakul 5, Tambon Hat Yai, Hat Yai District, Songkhla 90110, Thailand

#3 Kim Yong Market


Tempat shopping di Hatyai yang seterusnya adalah Kim Yong Market. Terletak di tengah-tengah bandar Hatyai, Kim Yong menjadi tempat shopping murah di Hatyai dek kerana kemeriahan dan kepelbagaian barangan yang dijual. Bukan sekadar gerai, bahkah banyak premis menarik yang boleh anda tuju.


Sebut sahaja apa yang anda inginkan, pakaian, aksesori, mainan, makanan halal? Semuanya boleh anda temui di Kim Yong Market. Ia juga terkenal sebagai lokasi untuk membeli handbag murah di Hatyai. Memang berbaloi-baloi!


Saya sendiri pernah ke sana, boleh sesat dibuatnya. Tapi puas hati, tshirt, jeans, handbag semua murah. Di sinilah tempat terbaik untuk anda beli cenderamata seperti keychain atau fridge magnet.

Kim Yong Market beroperasi dari awal pagi lagi. Banyak barang basah dan runcit di siang hari, manakala tempat ini bertukar meriah pada waktu malam. Ia juga terkenal sabagai tempat menarik di Hatyai waktu malam dek kerana kemeriahannya. 

Waktu operasi: 6 am - 6 pm
Alamat: Supasarnrangsan Rd, Tambon Hat Yai, Hat Yai District, Songkhla 90110, Thailand

#4 Central Festival Mall


Nak ke tempat shopping bertaraf antarabangsa? Singgahlah ke Central Festival Mall. Sama seperti malll di Kuala Lumpur, Central Festival menempatkan ratusan premis menarik. Butik berjenama, kedai gajet, restoran rangkaian, dan tempat hiburan keluarga seperti panggung wayang.

Di sini turut menempatkan ice skating sama seperti yang terdapat di Sunway Piramid. Luas dan menyeronokkan untuk anda sekeluarga. Tiketnya murah sahaja, sekitar 400 bhat sahaja.


Oh ya, buat peminat kelab bola sepak Eropah, Manchester United, jangan lupa singgah ke MU Official Store untuk mendapatkan merchandise rasmi.

Waktu operasi: 10 am - 9.30 pm
Alamat: 1520 Kanjanavanich Rd, Hat Yai, Hat Yai District, Songkhla 90110, Thailand

#5 Santisuk Market


Terletak di tengah-tengah bandar, bangunannya agak usang, tetapi masing banyak barang yang boleh anda temui di sini. Kalau anda mencari kain sutera Hatyai, di sinilah tempatnya. Selain itu, barangan seperti DVD, jam tangan, kosmetik, pakaian, barang berasaskan kulit, juga boleh didapati di sini.


Memang murah, jauh lebih murah sehingga 50 peratus dari di Malaysia.

Waktu operasi: 9 am - 7 pm
Alamat: นิ พั ท ธุ์, Nipatuthit 2 Rd, Hat Yai, Hat Yai District, Songkhla 90110, Thailand

#6 7 Eleven Thailand


Anda pasti pernah terbaca tentang makanan menarik di rangkaian kedai serbaneka, 7 Eleven. Jika anda berkesempatan ke Hatyai, kami sarankan anda singgah ke 7 Eleven. Ini kerana 7 E Thailand memang next level!



Kebanyakkan makanan di sini memang tidak dijual di 7 E Malaysia. Sangat menarik dan rata-rata yang pernah cuba mengatakan ia sangat murah dan sedap.

Benda wajib beli di 7E Hatyai
  • Susu Teapot
  • Susu Pisang Meiji
  • Roti
  • Burger segera
  • Pizza segera
  • Ramen / mi segera
  • Kopi
  • Hot Dog

Banyak lagilah makanan menarik yang dijual. Tetapi hati-hati, tak semua makanan halal. maklumlah, negara bukan Islam. Anda kena tengok paket makanan yang ada logo halal ya?


Tempat makan best di Hatyai


Selesai membeli-belah, perut pasti berkeroncong bukan? Saya senaraikan juga beberapa tempat makan halal dan sedap di Hatyai buat rujukan anda kelak.

Salma Halal Restaurant


Dibuka seawal jam 8 pagi, menyediakan hidangan Nasi Lemak Udang Goreng yang sudah menjadi signature restoran ini. Masakan panas dan ala Thai seperti tomyam, sotong telur masin dan kerabu mangga memang menyelerakan.

Alamat: Prachathipat Rd, Hat Yai, Hat Yai District, Songkhla 90110, Thailand

gambar: faraamusa.blogspot.com

Hamid Restaurant


Cukup popular dikalangan pelancong Muslim dan rakyat Malaysia. Hidangan seperti roti canai, roti pisang, memang sebijik macam kedai mamak! Cuba juga sup perut, Sotong Stim Limau & Cili Padi! Lokasinya tidak jauh dari Lee Garden Plaza.

Alamat: 73-75 Prachathipat Rd, ตำบล หาดใหญ่ Hat Yai District, Songkhla 90110, Thailand

Dimsum Chabura


Tempat makan menarik di Hatyai yang wajib anda kunjungi. Menyediakan hidangan dimsum dalam mangkuk kecil, tetapi banyak pilihan. Pasti rambang mata dibuatnya. Semuanya halal dan majoriti pelanggan adalah Melayu. Susah untuk mendapatkan meja, jadi anda kena bersedia!

Alamat: Khlong Hae, Hat Yai District, Songkhla 90110, Thailand

Cukup tak 6 tempat shopping murah di Hatyai yang saya senaraikan di atas? Pastikan anda berkunjung kesemua tempat di atas. Bolehlah bandingkan harga. Atau anda ingin cadangkan lokasi lain? Kongsikan dalam ruangan komen di bawah.

Isnin, 14 Oktober 2019

,
Bercuti bersama keluarga atau rakan-rakan di Hatyai pastinya menyeronokkan. Ini kerana banyak sekali tempat menarik di Hatyai dan Songkhla yang unik serta berbaloi untuk dikunjungi. Tidak kirang siang mahupun malam. Melalui artikel ini saya akan senaraikan beberapa tempat menarik di Hatyai waktu malam yang happening.


Kehidupan malam di Hatyai memang happening. Sesuai sekali untuk pelancong yang datang untuk melihat budaya dan makanan tempatan. Sebab itulah rugi kalau anda memerap sahaja di bilik hotel. Jom lihat antara tempat menarik di Hatyai yang boleh anda lawati.

Tempat Menarik di Hatyai Waktu Malam


#1 Hatyai Floating Market Klong Hae (Pasar Terapung Hatyai)


Wajib selitkan Hatyai Floating Market ini dalam senarai kerana ia adalah lokasi yang paling terkenal di sini. Seperti pasar malam, cuma semua gerai beroperasi di atas perahu yang berlabuh di tebing sungai.

Banyak makanan yang dijual di sini dan semuanya halal dan dijual oleh orang Islam di sini. Beraneka jenis juadah boleh anda cuba seperti mi sup daging, pulut mangga, sup ayam rebung, telur puyuh goreng, ikan keli bakar kerabu dan ladu ubi kayu.

Boleh dikatakan memang banyak makanan sedap di Floting Market Hatyai yang anda kena cuba. Ada yang travel jauh-jauh hanya untuk singgah ke sini tau!


Menariknya, sesetengah hidangan dimasak di atas perahu. Malah terdapat minuman yang dijual di dalam buluh, seramik, dan macam-macam lagi.

Waktu operasi: Jumaat, Sabtu, Ahad, Selasa | 3 pm - 9 pm
Alamat:  Khlong Hae Khutao Road, Khlong Hae, Hatyai, Thailand

#2 Asian Night Bazaar


Rugi kalau anda tak singgah ke Asian Night Bazaar. Salah satu tempat shopping murah di Hatyai yang menjadi perhatian pelancong. Kalau mencari pakaian, aksesori, pakaian kulit, mahupun barang borong, bazaar inilah lokasinya.

Kerepek dan snek juga dijual pada harga berpatutan. Bolehlah anda beli untuk dijadikan sebagai cenderamata.


Pada waktu malam lebih meriah dengan kehadiran pengunjung. Terang benderang, dari jauh lagi anda sudah dapat lihat aktiviti jual beli. Oh ya, jangan lupa tawar menawar harga ya? Manalah tahu sekiranya anda boleh dapat harga yang lebih murah.

Ini juga adalah tempat menarik di Songkhla yang harus anda lawati. Oh ya, Hatyai dan Songkhla adalah lokasi yang sama. Di mana Hatyai merupakan bandar terbesar dalam daerah Songkhla. 

Waktu operasi: 3 pm - 10.30 pm
Alamat: Alamat: Thonon Chotevittayakul 5, Tambon Hat Yai, Amphoe Hat Yai, Chang Wat Songkhla 90110, Thailand

#3 Greenway Food Station


Penat membeli-belah, apa kata anda isi perut dengan menjamu selera di Greenway Food Station. Ia merupakan sebuah medan selera besar yang menempatkan ratusan buah gerai. Pelbagai jenis juadah dijual di sini dari masakan Thailand, western, Japanese, Arab, dan termasuklah makanan Malaysia.


Usah risau, banyak gerai Halal di Greenway Station dibuka untuk pelanggan beragama Islam. Anda boleh kenalpasti berdasarkan logo Halal yang dipaparkan.

Kawasannya kondusif, selesa, bersih, dan anda bebas untuk duduk di mana-mana sahaja. Dekorasi medan selera ini juga cantik.


[Baca] Percutian Menarik Hatyai Part 1

Waktu operasi: 5 pm - 10 pm
Alamat: 1406 3 Kanjanavanich Rd, Tambon Kho Hong, Hat Yai District, Songkhla 90110, Thailand

#4 Central Festival Mall


Tempat shopping Hatyai seterusnya adalah Central Festival Mall. Sama sahaja dengan pusat membeli-belah di Malaysia, tapi apa salahnya kalau singgah. Mana tahu ada yang berkenan dan murah?


Terdapat Manchester United Official Store di Central Festival Mall. Untuk peminat pasuk bola gergasi itu, anda boleh mendapatkan jersi dan pelbagai jenis merchandise rasmi.

Apa yang patut anda cuba di sini adalah makan di food court nya. Saya sendiri pernah cuba, memang sedap!

Waktu operasi: 10 am - 9.30 pm
Alamat: 1518, 1518/1, 1518/2 ถนนกาญจนวณิช Hat Yai District, Songkhla 90110, Thailand

#5 Steel Pagoda


Tempat menarik di Hatyai pada waktu malam yang seterusnya adalah Steel Pagoda. Tempat suci agama Budha ini diperbuat daripada besi tahan karat. Apa yang unik, pada waktu malam ia dipancarkan dengan lampu berwarna-warni.

Sinaran lampu ini akan menghasilkan pantulan cahaya indah pada pagoda dan ke serata kawasan. Oleh sebab itulah ia sering dikunjungi pelancong yang tidak mahu melepaskan peluang untuk mengambil gambar.


Disebabkan ia dibina di atas bukit, cahayanya boleh dilihat dari jauh.

Alamat:  Kho Hong, Hat Yai District, Songkhla 90110, Thailand

#6 Kim Yong Market


Sebuah lagi tempat shopping di Hatyai yang menarik untuk anda lawati. Yang ini lebih kurah seperti Uptown atau Petaling Street. Terletak di bahu jalan, ratusan buah kedai menjual pelbagai jenis barangan berpatutan. Jersi, tshirt, kasut, pakaian kanak-kanak, handbag, dan aksesori.



Waktu siang menjual barangan basah seperti sayur dan buah-buahan. Ia bertukar meriah saat malam menjelma.

Memang rambang mata melihatnya. Cukup bingit, kerana masing-masing sibuk melakukan urusan jual beli dan tawar menawar.


Ia terletak di tengah-tengah bandar. Jadi senanglah untuk anda terus ke beberapa restoran atai kedai menarik berhampirannya. 

Alamat: Supasarnrangsan Rd, Tambon Hat Yai, Hat Yai District, Songkhla 90110, Thailand

Hotel menarik di Hatyai


Selain rancang untuk shopping, penginapan selesa haruslah di ambil kira. Oleh itu saya senaraikan juga beberapa hotel menarik dengan harga berpatutan, serta dekat dengan tempat-tempat menarik.

PM Residence


Merupakan sebuah hotel bertaraf tiga bintang yang terletak 0.9km sahaja dari Greenway Food Station. Lokasinya tidak terlalu sibuk, sesuai sekali untuk mereka yang tidak gemarkan suasana bising. Bilik-biliknya mempunyai dekorasi berwarna ceria dan moden.


Lengkap dengan kolam renang infinity, membolehkan anda berenang sambil melihat pemandangan bandar Hatyai dari pandangan atas.

Kemudahan: Wifi dan parking percuma, bar/lounge, mini pantry, bilik keluarga

Jarak dengan tempat menarik:
Central Festival - 0.6 km
Magic Eye 3D Museum - 0.9 km
Santisuk Market - 1.5 km
Kim Yong Shopping Centre - 1.7 km


Harga bilik: dari RM105 di Agoda - TEMPAH DI SINI

Alamat: 9 Rajdamri Soi 2 Road, , 90110

Get Guesthouse


Kalau nak tahu, Get Guesthouse ini adalah antara hotel di Hatyai yang murah iaitu di bawah RM100 semalam. Apa yang menariknya, dekorasi minimal dan elegannya tidak ubah seperti hotel 4 bintang. Ia memiliki 'Japanese-style' iaitu cuma menggunakan warna putih dan hitam sebagai warna tema.

Memang berbaloilah menginap di sini. Bilik-biliknya cukup selesa dengan katil empuk, berhawa dingin, pancuran air panas, dan pembancuh kopi.


Biarpun di bawah RM100, hotel ini tetap menyediakan Wifi percuma kepada para tetamu.

Jarak dengan tempat menarik:
Magic Eye 3D Museum - 2.2km
Hatyai Wonders Land - 4.3km

Harga bilik: dari RM56 di Agoda - TEMPAH DI SINI

Alamat: Sansri Soi 4, Downtown Hat Yai, 90110 Hat Yai

V.L. Hatyai Hotel


Sebuah lagi hotel murah di Hatyai adalah V.L. Hotel. Hotel yang bertaraf 3 bintang ini menawarkan bilik-bilik yang selesa untuk penginapan keluarga. Lengkap dengan pembancuh kopi, pancuran air, katil empuk, dan wifi percuma.

V.L Hotel turut mempunyai restoran, iatu Benjarong Restoran yang bakal menghidangkan sarapan percuma kepada anda. Jika anda mendapat bilik di tingkat atas, dapatlah menikmati view menari bandar Hatyai.

Jarak dengan tempat menarik:
Floating Market - 5.6km
Central Festival - 3.3km
Asian Night Bazaar - 2.9km
Ice Dome - 8.5km

Harga bilik: dari RM110 di Agoda - TEMPAH DI SINI

Alamat: 1-3-5-7 Nipatuthit 1 Rd, Hat Yai, Hat Yai District, Songkhla 90110,

Tidak hairanlah mengapa daerah selatan Thailand ini sering menerima kunjungan pelancong.
Senarai tempat menarik di Hatyai waktu malam ini pastinya akan menceriakan percutian anda di Hatyai. Keluarlah jalan-jalan untuk menyaksikan kehidupan malam Hatyai yang happening.