Memaparkan catatan dengan label travel. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label travel. Papar semua catatan

Rabu, 23 Januari 2019

,
Percutian ke Selatan Thailand sentiasa menjadi pilihan rakyat Malaysia. Ini kerana lokasinya yang terletak di persempadanan dan tidak perlu menaiki kapal terbang membuatkan ramai yang ingin ke sana.Salah satu lokasi yang

Saya sendiri pernah bercuti di Hatyai pada 2014. Memang seronok, banyak lokasi tumpuan pelancong yang berbaloi dikunjungi. Percutian 3 hari 2 malam itu memang tak cukup, oleh kerana kekangan masa kami hanya sempat ke beberapa tempat sahaja.


Anda boleh baca artikel travel saya - Percutian Menarik Hatyai Part 1 & Percutian Menari Hatyai Part 2.

Ramai yang keliru, Hatyai dan Songkhlah bukanlah dua daerah berbeza. Tetapi Hatyai merupakan bandar terbesar dalam wilayah Songkhla. 

Untuk itu, saya akan kongsikan beberapa tempat menarik di Hatyai berserta dengan hotel yang menarik dan murah untuk anda inap. Semoga artikel ini dapat menjadi panduan anda

32 senarai tempat menarik di Hatyai dan Songkhla


1. Samila Beach


Keindahan Pantai Samila memang tidak boleh dinafikan. Walaupun air lautnya tidak biru, ia tetap menjadi lokasi tumpuan penduduk tempatan dan pelancong. Pantai Samila yang terletak di Songkhla, terkenal dengan lagenda ikang duyung.

Mengikut mitos, seorang nelayan terlihat seekor ikan duyung sedang menyisir rambut menggunakan sikat emas. Terkejut kerana dilihat manusia, ikan duyung tersebut berenang ke lautan dan meninggalkan sikat emasnya. Lalu nelayan itu menunggu kehadiran ikan duyung untuk memulangkan sikat, namun ikan duyung itu tidak pernah muncul.


Oleh itu sebuah tugu ikan duyung diletakkan di tepi pantai dan ia sudah sinonim dengan Pantai Samila ini. Pada waktu petang memang meriah dengan kehadiran orang ramai. Laluan pejalan kaki disediakan untuk anda ambil angin pantai.

Banyak aktiviti best di sini antaranya:
  • Bersantai dan berkelah
  • Menikmati makanan laut
  • Menunggang kuda
  • Menaiki kereta kuda
  • Bergambar

2. Hatyai Floating Market Klong Hae (Pasar Terapung Hatyai


Ini adalah tempat yang wajib anda tuju sekiranya bercuti di Hatyai. Konsepnya sama seperti pasar malam di mana majoriti peniaga menjual makanan. Tetapi uniknya perniaga di situ berniaga dari dalam sampan yang berlabuh di tepi sungai.

[Baca] Tips Bercuti ke Hatyai

Pelbagai jenis makanan dan minuman yang lazat dijual di sini. Peniag bukan sahaja menjual, malah, di dalam sampan yang sempit itu mereka turut memasak, menggoreng, dan membancuh air untuk dijual.


Untuk menarik perhatian pelanggan, kebanyakkan makanan dibungkus dalam bekas unik seperti seramik, buluh, dan lain-lain.

Mi sup daging, pulut mangga, sup ayam rebung, telur puyuh goreng, ikan keli bakar kerabu dan ladu ubi kayu antara yang dijual. Jangan risau, majoriti peniaga beragama Islam dan menjual makanan Halal.

Waktu operasi: Jumaat, Sabtu, Ahad, Selasa | 3 pm - 9 pm
Alamat:  Khlong Hae Khutao Road, Khlong Hae, Hatyai, Thailand

3. Magic Eye 3D Museum


Saya juga sempat singgah ke Magic Eye 3D Museum ini. Memang seronok dapat melihat pelbagai lukisan dan mural yang memberikan kesan optical illusion.

Pengunjung pasti teruja dengan lukisan 3D kerana ia tampak seperti benar-benar dan membuatkan anda seolah berada dalam keadaan sebenar. Caranya, anda perlu mengambil gambar dari sudut yang telah tertentu untuk mendapatkan efek nyata.

Pengunjung boleh menjelajah zon fantasi yang mempunyai tema berlainan seperti dasar laut, tepi pantai kawasan bersalji, dan piramid.


Selain itu terdapat juga persembahan magik pada waktu-waktu tertentu.

Harga tiket: Dewasa 400 Baht | Kanak-kanak 300 Baht | Warga emas 300 Baht
Alamat: 414 Kanjanavanich Rd, Tambon Kho Hong, Amphoe Hat Yai, Chang Wat Songkhla 90110, Thailand

4. Songkhla Aquarium


Songkhla Aquarium juga tidak kurang hebatnya. Banyak hidupan dasar laut yang boleh anda lihat serta pelajari dari label yang disediakan. Ada juga hidupan laut yang boleh anda sentuh seperti ikan pari dan tapak sulaiman.


Salah satu keistimewaan Songkhla Aquarium adalah ia menempatkan anak jerung jenis 'nurse shark' di mana satu-satunya nurse shark di dunia yang menetas dalam akuarium kerana akuarium bukanlah habitat asalnya.

Apa yang pasti, anda perlu tunggu untuk menyaksikan demonstrasi memberi ikan dan penyu makan. Siap ada yang menari dengan penyu.

Kawasan akuarium ini juga cantik. Bolehlah anda ambil peluang untuk merakam gambar kenangan bersama keluarga.

Harga tiket: Dewasa 300 Baht | Kanak-kanak 200 Baht
Alamat: Songkhla Aquarium. 39 Leam Son Onn Rd. | Bor Yang, Songkhla 90000, Thailand.

5. Sports Shooting Club Hatyai (SSC)



Hah, untuk mereka yang gemarkan senjata dan ingin merasai sendiri pengalaman menembak, anda boleh ke Sports Shooting Club Hatyai (SSC). Kelab menembak ini menawarkan segala macam jenis pistol, shotgun, hinggalah ke rifle besar.

Jika anda sering bermain permainan video PlayerUnknown's Battlegrounds (PUBG), ini adalah peluang terbaik untuk pegang sendiri senjata yang pernah anda guna dalam permainan tersebut.


Disini, anda disediakan bull's eye atau papan target, untuk melihat ketepatan tembakan anda. Perlu diingat, yang mereka mengambil serius akan penggunaan senjata. Anda perlu mendengar briefing ringkas dan menanda tangani beberapa dokumen terlebih dahulu.

Harga: 890 baht/nett untuk 15 pusingan.
Waktu Operasi: 9am - 6pm
Alamat: Poonnakan Soi 11 Rd, Tambon Kho Hong, Amphoe Hat Yai, Chang Wat Songkhla 90110, Thailand

6. Hatyai Cable Car


Berkedudukan di Hatyai Park, kereta kabel ini membawa anda ke Phra Buddha Mongkol Maharaj. Sepanjang perjalanan menaiki kereta kabel ini anda dapat melihat pemandangan bukit bukau dan bandar Hatyai. Memang cantik.


Gondolanya agak sempit, tetapi cukup untuk memuatkan anda sekeluarga.

Tiba di Phra Buddha Mongkol Maharaj, terdapat banyak tokong-tokong unik. Ramai pelancong yang mengambil kesempatan untuk bergambar.

Harga tiket: 200 baht seorang (pergi dan balik)
Alamat: Tambon Kho Hong Amphoe Hat Yai Chang Wat Songkhla 90110 Thailand

7.  Hatyai Municipal Park


Hatyai Municipal Park merupakan taman rekreasi yang wajib dikunjungi sekiranya bercuti di Hatyai. Terdapat tarikan utama di kawasan berdekatan iaitu Ice Dome dan Hat Yai Observatory.


Tiket masuk ke Municipal Park adalah percuma di mana anda boleh melihat suasana taman, patung Buddha berdiri yang tinggi, dan bergambar bersama keluarga.

Alamat: Kho Hong, Hat Yai District, Songkhla 90110, Thailand

8. Ice Dome


Ice Dome ni basically rumah aisyang bersuhu sejuk. Dengan keluasan 1,700 persegi, Ice Dome mempunyai kira-kira 10,000 replika dan objek yang diperbuat daripada ais.

Lebih mengujakan, setiap kawasan mempunyai tema-tema tersendiri dengan hiasan yang indah. Untuk mencantikkan lagi landskap, cahaya lampu berwarna-warni dipancarkan pada replika. Ini sekaligus menghasilkan pantulan cahaya yang cantik.



Kanak-kanak pasti akan teruja jika berpeluang bermain di taman permainan dalam suhu rendah ini.

Untuk pakaian tebal pula, pengunjung akan disediakan baju sejuk berserta dengan but yang sesuai.

Harga tiket: Dewasa 300 baht | Kanak-kanak 200 baht
Tiket termasuk: Baju tebal, kasut, dan sarung tangan

Alamat: 445 Petchakasem Rd Tambon Kho Hong, Amphoe Hat Yai, Chang Wat Songkhla 90110, Thailand

9. Thale Noi Waterbird Park


Lokasi memerhati burung ini juga salah satu tarikan pelancong di Hatyai. Apa lagi aktiviti best kalau bukan melihat lebih 180 spesis burung yang bermigrasi dari pelbagai negara. Tempat ini dijadikan sebagai habitat sementara mereka untuk mendapatkan perlindungan serta makanan.


Terdapat pelantar dan laluan pejalan kaki untuk orang ramai. Paling best jika berpeluang menyaksikan sendiri bagaimana burung yang sedang terbang menjunam ke permukaan air untuk memakan ikan!

Terdapat perkhidmatan bot untuk anda menyusuri tasik. Pastikan juga anda bergambar di sini terutamanya pada waktu pagi.

Harga tiket: Percuma | Bot 500 Baht
Alamat: Khaorup Rd., Khao Rup Chang, Muang Songkhla, Songkhla 90000 Thailand

10. Steel Pagoda


Sebuah lagi tempat suci agama Budha di Hatyai adalah Steel Pagoda. Apa yang membezakannya dengan pagoda lain adalah ia diperbuat daripada besi tahan karat. Disekelilingnya terapat seramik, loceng, dan gong.


Dari jauh lagi pengunjung boleh melihat keindahan Steel Pagoda ini kerana binaan agak tinggi. Menariknya, pada waktu malam pagoda ini dilimpahi dengan cahaya berwarna warni yang indah. Sehinggakan anda boleh melihatkan jika memandu di bawah bukit.

Alamat: Punnakan Road | Ko Hong subdistrict, Hat Yai, Thailand

11. Chang Puak Champ


Kata orang, pergi ke negara Thailand tidak sah kalau tak menunggang gajah. Walaupun gajah bukan haiwan untuk ditunggang, ramai je yang melakukannya.

Kalau anda nak merasai pengalaman menunggang gajah, berkunjunglah ke Chang Puak Champ. Di sini anda hanya perlu membayar 500 baht untuk 30 minit tunggangan. Seekor gajah boleh dinaikki oleh dua orang sahaja.


Anda akan melalui trek yang disediakan termasuklah meredah anak sungai. Mencabar bukan? Sepanjang menunggang, akan ada photographer yang ditugaskan mengambil gambar. In case kalau nak beli, boleh buat bayaran di kaunter.

Selain menunggang gajah, banyak lagi tarikan yang ada di Chang Puak Champ. Antaranya pertunjukkan gajah, memanah, menaiki ATV, pertunjukkan buaya, dan menembak.

Harga tiket: 500 baht
Alamat: Nam Noi, Hat Yai District, Songkhla 90110, Thailand

12. Terowong Khao Nam Khan


Untuk mereka yang sukakan sejarah, jangan lepaskan peluang untuk ke Terowong Khao Nam Khan. Terowong sepanjang 1 kilometer ini dipercayai yang terpanjang di Thailand. Ia adalah tempat persembunyian bekas komunis.

Menariknya, terowong 3 tingkat ini menempatkan 100 bilik, bilik mesyuarat, hospital dan kilang senjata, bilik menembak, dapur, bilik komunikasi dan dewan latihan.


Pengunjung boleh lihat sendiri bagaimana sempitnya terowong ini tetapi penuh dengan kemudahan asas. Di bahagian luar terdapat muzium mini yang mengumpul semua sejarah berkaitannya. Terowong ini terletak di dalam kawasan Taman Negara Khao Nam Khang.

Harga tiket: Percuma
Alamat: Samnak Taeo, Sadao District, Songkhla 90160, Thailand

13. Asean Night Bazaar


Tempat menarik di Hatyai yang seterusnya anda Asean Night Bazaar. Ini juga salah satu lokasi yang wajib anda singgah. Ia lebih kurang seperti pasar malam atau pun uptown di mana semua barangan boleh dibeli dengan harga murah.

Banyak barangan yang boleh anda dapadi di sini seperti pakaian, aksesori, permainan, gadget, minyak wangi, dan banyak lagi. Gerai makanan pun banyak disediakan. Sama ada makanan Thai mahupun Western.


Tak susah nak cari makanan Halal di sini, paling selamat anda pergi sahaja ke kedai di mana penjualnya memakai tudung. Selatan Thai memang ramai penduduk beragama Islam.

Alamat: Thonon Chotevittayakul 5, Tambon Hat Yai, Amphoe Hat Yai, Chang Wat Songkhla 90110, Thailand

14. Taman Negara Khao Nam Khang


Hutan yang belum diteroka ini berkeluasan kira kira 200 km persegi hinggalah ke sempadan Malaysia. Gunung Khao Mai, Gunung Nam Kang dan Gunung Sya adalah antara khazanah alam sekitar yang ada di sini.



Ia sering menjadi tumpuan pelancong Barat. Mereka datang dengan tujuan untuk melihat keindahan flora dan fauna. Jambatan gantung dan menara tinjau menjadi lokasi pilihan untuk bergambar.

Alamat: Khlong Kwang, Na Thawi District, Songkhla 90000, Thailand

15. Kim Yong Market


Yang ini juga dikelaskan sebagai tempat shopping murah di Hatyai. Sentiasa menjadi tumpuan orang ramai baik penduduk tempatan mahupun pelancong. Banyak kedai pakaian, handbag, aksesori, cenderamata yang ada di sini.


Street food juga boleh tahan meriah. Kalau nak tengok orang juga kala jengking, cengkerik, dan ulat, jangan lepaskan peluang untuk ke Kim Yong Market yang terletak dekat dengan Lee Garden Hotel.

Saya juga sempat ke sini, memang best dan banyak cenderamata yang murah.

Alamat: Supasarnrangsan Rd, Tambon Hat Yai, Amphoe Hat Yai, Chang Wat Songkhla 90110, Thailand

16.Greenway Food Station


Untuk kaki makan, jangan lepaskan peluang untuk ke Greenway Food Station. Terletak tidak jauh dari Asean Night Bazaar. Greenway hanya memfokuskan makanan sahaja. Jika anda nak tengok dan ambil gambar pelbagai makanan eksotik, kami cadangkan anda ke sini kerana ia lebih banyak pilihan.


Malah banyak tempat duduk dan meja yang disediakan. Konsepnya macam food court. Stall makanan halal juga tidak kurang banyaknya. Anda boleh ke stall yang mempamerkan logo Halal.

Senibina dan dekorasi dalamannya juga menarik dan moden.

Alamat: Hat Yai, Hat Yai District, Songkhla 90110, Thailand

17. Wat Hat Yai Nai


Sebuah lagi tempat suci agama Budha di Hatyai adalah Wat Hat Yai. Apa yang menarik di sini adalah di dalam bangunannya terdapat sebuah tokong yang sedang baring dalam keadaan mengiring.Tokong tersebut turut memberikan senyuman sini, inilah yang menambahkan lagi minat pelancong untuk ke sini.


Rata-rata tidak mahu melepaskan peluang untuk bergambar. Suasana kawasannya juga bersih dan terurus.

Alamat: 6/1 Soi Sakornmongkol, Tambon Khuan Lang, Amphoe Hat Yai, Chang Wat Songkhla 90110, Thailand

18. Masjid Pusat Songkhla


Selatan Thailang mempunyai ramai penduduk beragama Islam, oleh itu terdapat sebuah masjid besar yang tersegam indah yang digunakan oleh umat Islam di sini. Ia juga sering menjadi persinggahan para pelancong yang mengembara dari Malaysia.


Jika mempunyai kesempatan, singgahlah solat di sini untuk merasai pengalaman berbeza. Jangan lupa untuk bergambar di tasik buatannya ya?

19. Dim Sum Chabura


Salah satu tempat makan Halal di Hatyai yang popular adalah Dim Sum Chabura. Sentiasa menjadi tumpuan orang ramai terutama orang Islam kerana semua hidangan yang disediakan adalah Halal.

Buat peminat di sum, kami yakin anda akan rambang mata banyak pilihan yang ada. Sedap dan murah. Nak order pun senang, cuma ke meja mereka dan pilih hidangan yang anda nak. Mereka akan beri nombor dan hantar segala pesanan ke meja sebelum semua dim sum itu di kukus.


Menu lain yang ada di sini adalah tomyam, masakan panas, somtam, dan pencuci mulut seperti pulut mangga.

Usah risau, kerana majoriti pekerjannya fasih ber Bahasa Melayu.

Alamat: Khlong Hae, Hat Yai District, Songkhla, Hat Yai, Thailand 90110

20. Central Festival Mall


Pusat membeli belah yang yang menjadi tempat shopping di Hatyai. Bertaraf antarabangsa dan memiliki pelbagai premis perniagaan. Sebut sahaja apa yang anda nak pasti boleh ditemui di sini. Dari butik berjenama, pasaraya, gajet, pusat hiburan, ice skating, dan food court, dan restoran rangkaian.


Saya berkesempatan berkunjung ke Central Festival. Sempat juga tengok wayang The Hunger Games Mockingjay Part 1. Hehe.

Alamat: Chang Wat Songkhla 90110, Thailand

21. Songkhla Old Town


Bandar lama Songkhla ini mungkin kelihatan boring tetapi apa yang membuatkan ia menarik adalah bangunan-bangunan lamanya. Ia masih teguh berdiri dan masih digunakan hingga ke hari ini. Untuk menambahkan lagi keceriaan kawasan, dinding lorong belakang bangunan usang dijadikan mural.

Pelbagai lukisan menarik yang menceritakan keunikan dan identiti Songkhla. Bandar yang dulunya sepi kini bernyawa dengan kehadiran orang ramai khususnya pelancong yang tidak mahu melepaskan peluang untuk bergambar.


Jika anda seorang yang mementingkan kontent Instagram, street art di Songkhla Old Town ini adalah tempat yang wajib singgah!

Alamat: Raman, Tambon Bo Yang, Amphoe Mueang Songkhla, Chang Wat Songkhla 90000, Thailand.

22. Santisuk Market


Tempat shopping murah di Hatyai yang seterusnya adalah Santisuk Market. Ia merupakan kawasan membeli belah yang agak popular di kalangan pelancong. Ratusan jenis kedai yang menjual pelbagai jenis barangan. Dari pakaian, aksesori, gajet, dan banyak lagi.


Untuk kaum wanita yang bercadang nak beli handbag murah di Hatyai, di sinilah tempatnya. Banyak kedai yang menjual aksesori wanita termasuklah secara pukal.

Alamat: Nipatuthit 2 Rd, Hat Yai, Hat Yai District, Songkhla 90110, Thailand

23. Siam Art Gallery


Untuk pencinta seni, luangkan masa untuk melawat Siam Art Gallery di Kho Hong. Galeri seni ini menempatkan ratusan lukisan serta item berasaskan seni untuk tatapan umum. Ia bukan sekadar lukisan dan ukiran biasa, tetapi setiap satunya mempunyai nilai kebudayaan dan seni Thailand.


Alamat: Kho Hong, Hat Yai District, Songkhla 90110, Thailand

24. Hat Yai Observatory


Terletak berdekatan Hatyai Municipal Park, Balai Cerap ini dibukan secara percuma kepada orang ramai untuk mempelajari tentang angkasa lepas. Lokasinya yang terletak di atas bukit amat sesuai sekali untuk aktiviti ini.

Apa yang boleh anda lihat di Hat Yai Observatory adalah informasi berkaitan galaksi, sistem solar, berserta dengan ilustrasi menarik.


Kalau anda seorang yang gemarkan sains dan angkasa lepas, anda pasti akan dapat membawa pulang ilmy baharu.

Harga tiket: Percuma
Alamat: Kanchanawanit, Hat Yai, Thailand 90110

25. Kolam Air Panas Khao Chaison


Banyak betul tempat menarik di Hatyai, kolam air panas pun ada! Terletak di atas Bukit Chaison, kolam air panas di sini bakal memberikan pengalaman baharu kepada anda. Kita semua tahu yang kolam air panas mampu merawat lenguh dan sakit sendi.

Kolamnya agak luas dan dibina seakan lagoon untuk menambahkan lagi keceriaan kawasan.  Memang seronok kalau dapat berendam. Perkhidmatan urut turut disediakan.


Apa kata anda datang ke sini setelah penat pengembara. Bukan itu sahaja, memandangkan hot spring ini terletak di atas bukit, pemandangannya cukup luar biasa.

Harga tiket: Percuma
Alamat: Khao Chaison, Khao Chaison District, Phatthalung 93130, Thailand

26. Big C


Siapa tidak suka akan snek atau kudapan dari luar negara? Jika anda ke Hatyai terdapat satu tempat khas untuk anda beli aneka jenis snek dari Thailand iaitu di Big C!

Big C merupakan sebuah pasaraya yang mengumpul pelbagai jenis snek, coklat, manisan, minuman, aneka keropok dari Thailand. Banyak sangat pilihan makanan, pasti rambang mata dibuatnya.


Inilah masanya untuk anda beli buah tangan untuk dibawa pulang. Pastikan juga anda perhatikan label Halal ya?

Alamat: Amphoe Hat Yai, Chang Wat Songkhla 90110, Thailand

27. Princess Maha Chakri Sirindhorn Natural History Museum


Namanya agak panjang dan sukar untuk disebut. Pelancong asing hanya menggelarkannya sebagai Natural Museum. Muzium ini yang merupakan sebahagian daripada Universiti Songkhla ini menempatkan ribuan item dan artifak berasaskan haiwan, alam semula jadi dan sains.

Muzium ini menempatkan lebih daripada 25,000 jenis spesimen tumbuhan dan lebih daripada 35,000 spesimen haiwan.


Pamerannya juga menarik, informative, dan membuakan pengunjung seronok mempelajari benda ilmu baharu. Sebuah tempat yang menarik untuk menimba pengetahuan am. 

Harga tiket: Percuma
Alamat:15, Kanjanawanich Road | Prince of Songkla University, Hat Yai 90110, Thailand

28. Big Bee Farm


Tempat menarik di Hatyai yang seterusnya adalah ladang lebah Big Bee Farm. Kawasan menternak lebah sentiasa menerima kehadiran pelancong kerana agak sukar untuk kita melihat haiwan ini dengan dekat.

Kesemua pameran di persembahkan dalam cara yang unik dan berkualiti. Ini adalah supaya pengunjung lebih berminat dan memahami info yang ingin disampaikan.


Di sini, pengunjung berpeluang mempelajari tentang lebah dan bagaimana madu lebah diproses. Malah, anda juga dapat menyaksikan bagaimana madu lebah dikutip. Jangan lupa untuk beli madu asli di sini sebagai buah tangan.

Harga tiket: Percuma
Alamat: Hat Yai District, Songkhla 90110, Thailand

29. Kilang Gajus Ranu Kohyo


Kilang Gajus ini juga mendapat sambutan hangat dari kalangan pelancong. Yelah, kacang gajus memang sedap dijadikan sebagai kudapan bukan? Namun harganya di Malaysia sangat mahal sekitar RM60 untuk 1kg.

Kalau anda penggemar kacang gajus, datanglah ke Ranu Kohyo kerana anda boleh mendapatkan snek ini pada harga rendah. Bukan sekadar gajus, pelbagai jenis snek seperti kacang pedas, kacang tumbuk, jeruk, kerepek, dan mi segera juga boleh didapati di sini.

Alamat:  490/8-10 Thumnoonvithi Rd, Tambon Hat Yai, Amphoe Hat Yai, Chang Wat Songkhla 90110, Thailand

30. Nora Plaza


Terletak berdekatan dengan Ranu Kohyo, Nora Plaza adalah tempat terbaik kalau anda bercadang untuk membeli pakaian, aksesori, dan barangan kulit.

Ramai juga yang menjadikan Nora Plaza sebagai tempat beli handbag murah di Hatyai.

Alamat: 328 Thumnoonvithi Rd, Tambon Hat Yai, Amphoe Hat Yai, Chang Wat Songkhla 90110, Thailand

31.  Bukit Tang Kuan


 Rugi kalau bercuti di Hatyai tetapi tidak berkunjung ke Bukit Tang Kuan. Tidak jauh dari Samila Beach, dari puncak Tang Kuan Hill anda boleh melihat pemandangan seluruh bandar Songkhla. Termasuklah Pulau Kucing dan Pulau Tikus yang boleh dilihat dari jauh.

Usah risau, anda tidak perlu mendaki untuk ke puncak kerana lift sudah tersedia untuk orang ramai.


Pemandangan dari puncak bukit sungguh mengasyikkan. Ditambah pula dengan pelbagai kemudahan yang terdapat di atas sana. Kawasan 'love locks' turut disediakan, untuk mereka yang ingin mengukir kenangan menggunakan mangga kunci ala-ala di Paris

Harga tiket lift: Dewasa 30 Baht | Kanak-kanak 20 Baht
Alamat: Bo Yang, Mueang Songkhla District, Songkhla 90000, Thailand

32. Songkhla Zoo


Zoo Songkhla memang sangat menarik dan berbaloi untuk dilawati bersama keluarga. Pamerannya berkualiti dan keadaan zoo ini juga bersih dan terurus. Kalau nak tahu, zoo ini membenarkan pengunjung memandu di dalam kawasannya. Ini kerana zoo ini terlalu luas.

Terdapat persembahan haiwan pada waktu waktu tertentu, yang itu anda kena rujuk panduan yang diberi bersama tiket masuk.

Dari segi jumlah haiwan, memang ribuan binatang dari pelbagai spesis yang boleh dilihat. Termasuklah haiwan liar seperti harimau dan singa.


Menariknya Songkhla Zoo mempunyai sebuah taman tema air. Rupanya ada juga tempat mandi manda di Songkhla. Nak mandi di sini percuma, tetapi kena patuhi kod pakaian.

Harga tiket: Dewasa 150 Baht | Kanak kanak 70 Baht
Alamat: Khao Rup Chang, Mueang Songkhla District, Songkhla 90000, Thailand

Hotel di Hatyai yang menarik untuk anda inap



Nah, bercakap tentang penginapan pula, banyak hotel menarik di Hatyai yang boleh anda pilih. Maklumlah, bandar tarikan pelancong. Dari hotel mewah hinggalah ke hotel bajet serta homestay.

Untuk penginapan yang selesa dan bajet bawah RM200, saya cadangkan anda menginap di Tonaoi Grand Hotel.

Tonaoi Grand Hotel


Hotel bertaraf 3 bintang yang terletak di Petkaserm Road ini mempunyai kelebihan tersendiri berbanding hotel lain setarafnya. Iaitu menang dari segi dekorasi dalaman yang elegan dan moden. Bilik-biliknya juga dihias indah dengan perabot minimal dan dipadankan dengan katil empuk.

Hiasan dalaman bilik yang indah serta selesa sudah pasti dapat mengurangkan kepenatan selepas seharian berjalan.


Kemudahan hotel: Swimming pool, Wifi, restoran, breakfast, parking,

Jarak dengan tempat menarik:
  • KimYong Market - 2.7 km
  • Hatyai Magic Eye 3D Museum  - 3.1 km
  • Central Festival Mall - 3.7 km
  • Floating Market - 3.7 km

Alamat:  Kho Hong, Hat Yai District, Songkhla 90110, Thailand

Harga bilik Tonaoi Grand Hotel
Memandangkan ia dikategorikan sebagai hotel bajet, anda boleh menempah bilik dengan harga serendah RM167. Untuk harga rendah ini, saya cadangkan anda menempah di Agoda kerana lebih rendah berbanding laman seumpamanya yang lain. Tempah di sini - https://goo.gl/xV8KyX

Kalau sebelum ini anda sering dengar kawan-kawan bercuti di Hatyai bukan? Kali ini apa kata anda sendiri ke sana. Sebab banyak sangat tempat menarik di Hatyai yang boleh anda terokai. Lagi pula, kini sudah banyak pakej percutian ke Hatyai yang ada. Malah harganya agak murah kerana pergi dengan van dan bas sahaja.

Rabu, 5 September 2018

,
Tengah rancang percutian untuk musim cuti sekolah kelak? Jom rebut peluang dengan membuat tempahan online di Traveloka. Sebab terdapat banyak tawaran kupon dan diskaun ke atas tiket penerbangan promosi Traveloka Sale-abration + Matta Fair 2018 dari 4 - 10 September sahaja!

Kalau nak diikutkan, Traveloka ni memang murah sepanjang tahun. Tetapi promosi Traveloka Sale-abration ini lain macam sikit Menariknya, ia berlangsung pada tarikh yang sama dengan Matta Fair 2018! Coincidence? Hee!


Sebelum saya pergi lebih lanjut tentang butiran promosi ini, saya nak jelaskan apa itu Traveloka dan Matta Fair buat mereka yang masih belum familiar. Rugi tau, sebab anda boleh buat penjimatan kalau nak bercuti.

Apa itu Traveloka?


Traveloka merupakan laman web tempahan pelancongan domestik dan antarabangsa yang sentiasa memberikan tawaran hebat dan harga terbaik. Berbeza dengan syarikat lain seumpamanya, ia bukan sahaja memfokuskan pada kadar hotel. Tetapi turut membantu anda mencari tiket penerbangan yang berpatutan tidak kira sama ada domestik mahupun antarabangsa.

Apa itu Matta Fair?


Persatuan Ejen-Ejen Pelancongan Dan Pengembaraan Malaysia (MATTA) atau Matta Fair adalah pameran pelancongan terbesar di Malaysia. Di sinilah tempat di mana pelbagai pakej percutian menarik dengan harga rendah ditawarkan.

Nah, cuba bayangkan kalau Traveloka Sale-abration dan Matta Fair ini berlangsung pada masa yang sama, mesti anda boleh dapat diskaun gila-gila kan?

Sebab itulah kalau anda nak bercuti, baik tempah tiket SEKARANG!

Traveloka Sale-abration - tempah tiket murah dari 4 - 10 Sept


Apa kelebihan yang bakal anda perolehi melalui Traveloka Sale-abration?


Jimat 8% atau sehingga RM40 untuk tiket penerbangan
Harga tiket flight tidak dapat dijangka kerana ada naik turunnya. Kadang-kala kita sering terlepas promosi yang ditawarkan oleh syarikat penerbangan. Bila masuk je website Air Asia, MAS, atau Malindo, harga tiket mesti melambung.

Tapi anda akan jimat banyak sepanjang kempen Traveloka Sale-abration ini. Kira-kira  8% atau sehingga RM40 untuk tiket penerbangan. Tak kiralah domestik mahupun antarabangsa. RM40 tu banyak okay? Cuba bayangkan penjimatan yang bakal diterima sekirannya tiket flight tu berharga RM130?


Tempah sekarang untuk penerbangan bila-bila masa
Menariknya Traveloka Sale-abration, Traveloka tidak menetapkan bila tarikh yang patut anda bercuti. Sangat fleksible. Maknanya tempah sekarang, dan anda boleh bercuti pada bila-bila dan di mana-mana destinasi impian! Kalau tidak harga akan kembali normal selepas tarikh promosi.

Kurangkan belanja percutian
Pada saya, kalau kita dapat beli tiket flight dengan harga rendah itu sudah dikira bonus. Belanja untuk bercuti ni bukan sikit. Bila dah dapat tiket murah, sedikit sebanyak dapat mengurangkan perbelanjaan.

No Booking Fee
This promotion is legit. Tiada caj tambahan, tiada caj tersembunyi. Anda tak perlu risau akan semua perkara itu. Kalau harga tiket selepas diskau adalah RM130, maka anda cuma perlu bayar RM130 sahaja.

Domestik: 8%, sehingga RM40
Antarabangsa: 8%, sehingga RM40

Tempoh tempahan: 4 Sept - 10 Sept 2018


Ingin menderma untuk Tabung Harapan Malaysia? Gunakan kod kupon MYHARAPAN dan kami akan menyumbangkan RM1 bagi pihak anda! 

Inilah masanya untuk anda merealisasikan impian untuk bercuti ke destinasi impian. Traveloka coupon Malaysia ni sangat berbaloi-baloi. Rugi kalau tak grab. Tempah di https://www.traveloka.com/en-my/

Cara mendapatkan kupon Traveloka Sale-abration


Macam mana pula nak dapatkan kupo tiket flight ni? Caranya senang sahaja. Cuma ikut langkah mudah di bawah.


Traveloka travel planner terbaik
Seperti yang saya sebutkan di atas, Traveloka bukat sahaja menawarkan promosi tiket murah sahaja. Tetapi mereka juga champion dalam menawarkan harga hotel.

Anda tak perlu pening kepala lagi untuk tempah hotel dan tiket penerbangan pada harga paling rendah. Di Traveloka, semuanya cukup lengkap. It is one-stop flight and hotel booking platform for domestic and international destinations.

Dah rancang ke nak bercuti di mana? Kalau belum, saya cadangkan anda ke BALI, Indonesia! Sebab biasanya tiket flight ke luar negara agak tinggi, jadi bila dah ada promosi macam ni rugi pula kalau tak ambil peluang untuk ke luar negara. Tak perlu jauh-jauh, Bali sudah cukup untuk melengkapkan percutian bersama yang tersayang.

Tempat menarik di Bali


Tanah Lot Temple - Ia merupakan sebuah kuil yang terletak di tengah-tengah laut. Sangat menakjubkan bila kita difikir-fikirkan bagaimana sebuah batu besar itu boleh terbentuk indah di Pantao Tanah Lot. Anda harus menyaksikan pemandangan matahari tenggelam di sini. Ramai pelancong sanggup menunggu berjam-jam lamanya untuk melihat momen itu.


Istana Puri Saren Ubud -  Istana yang dibina pada abad ke 19 ini masih lagi berdiri teguh. Ukiran tradisional Bali dapat dilihat di setiap ceruk istana. Ini adalah salah tempat popular di Bali. Ramai pelancong mengambil peluang bergambar di hadapat istana sambil mengenakan kain sarung Bali.


Download aplikasi Traveloka


Tak pernah menempah dengan Traveloka? You are missing out! Traveloka ni salah satu travel planner untuk memudahkan percutian anda. Bukan setakat hotel, di Traveloka, tiket flight pun murah.

Pastikan anda download aplikasi Traveloka pada telefon pintar.Senang sikit nak semak promosi terkini.

iOS: https://goo.gl/tCV21a | Android: https://goo.gl/AJi1qv


Sekarang ini dah tahu yang Traveloka Sale-abration dan Matta Fair beri anda penjimatan kan? Apa lagi, book tiket sekarang!

Isnin, 2 April 2018

,
Cara Ke Genting Highlands dari KL | Dek kerana suhu di Malaysia yang panas sepanjang tahun, kunjungan ke lokasi dingin menjadi dambaan kita semua. Tidak perlu ke luar negara untuk merasai percutian di tempat sejuk, kerana anda boleh ke Genting Highland, Pahang. Genting Highland menawarkan segala apa yang anda mahukan kerana ia bukan sahaja mempunyai cuaca sejuk, tetapi memiliki sebuah taman tema bertaraf antarabangsa.

Genting Highlands menjadi lokasi tumpuan pelancong setiap hujung minggu. Masing-masing tidak mahu melepaskan peluang untuk merasai suhu sejuk serta bergembira di taman temanya.


Jarak Kuala Lumpur ke Genting Highland cuma 33 kilometer sahaja iaitu memakan masa sekita 45 minit ke 1 jam perjalanan. Dekat bukan? Tidak hairanlah mengapa warka kota sering memilih Tanah Tinggi Genting ini sebagai lokasi 'short vacation'.

Jika anda tinggal di KL dan bercadang untuk bercuti di Genting pada hujung minggu ini, you have come to the right place. Saya akan kongsikan cara untuk ke sana jika anda dari KL.

Cara Ke Genting Highlands dari KL


Roughly, terdapat TIGA cara untuk ke Genting Highlands iaitu:
  1. Kereta
  2. Bas
  3. Cable Car

Kereta


Jika dari KL, anda perlu menggunakan laluan Lebuhraya Kuala Lumpur - Gua Musang (E33). Kadar tol yang perlu anda bayar adalah sebanyak RM6. Pemanduan mengambil masa sekitar 1 jam sahaja bergantung pada keadaan trafik. Untuk mengelakkan kesesakan saya syorkan anda mulakan perjalanan pada awal pagi.


Naik kereta ke Genting Highland sebenarnya lebih seronok, lagi-lagi jika bersama rakan-rakan. Menghampiri tanah tinggi tersebut, anda terpaksa melalui jalan curam dan berliku. Berhati-hati jika ini kali pertama anda memandu ke sana.

Oh ya, menurut TripAdvisor, tambang Grab Car ke Genting adalah RM110.

Bas


Menaiki bas untuk ke Genting adalah pilihan yang ideal kerana tambang bas sangat murah dan fleksibel. Terdapat dua laluan iaitu dari mana-mana stesen bas ke Awana Sky atau terus ke Genting Highland.

[Baca] Senarai Taman Tema di Malaysia

Jika anda ingin menaiki kereta kabel, belilah tiket dari Kl ke Awana Sky.


Genting Express Bus Service beroperasi setiap hari dan anda juga tidak perlu menunggu lama kerana akan ada bas pada setia jam. Ia bermula pada jam 7.30 pagi hingga 8 malam (hingga 9 malam pada Jumaat - Ahad).

Anda boleh menaiki bas ke Genting di beberapa hentian bas iaitu
  • One Utama Shopping Mall
  • Pudu Sentral
  • KL Sentral
  • Gombak LRT Station
  • Terminal Bersepadu Selatan (TBS)

Harga tiket bas adalah sekitar RM5 hingga RM13 sehala bergantung kepada stesen.

Bas dari KLIA ke Genting
Nah, jika anda dari KLIA pula, jarak antara KLIA/KLIA2 ke Genting adalah 120 kilometer. Dari lapangan terbang, anda boleh menaiki pengangkutan awam, Aerobus.

Perjalanan mengambil masa 2 jam perjalanan dan tambang bas adalam RM35 sahaja.

Rujuk laman Bus Travel Station untuk maklumat lanjut.

Cable Car (Kereta kabel)


Transportasi dari bandar Kuala Lumpur ke Genting Highlands yang ketiga adalah dengan perkhidmatan cable car, Awana Skyway atau juga dikenali sebagai Genting Skyway.

Untuk menggunakan perkhidmatan ini, anda perlu parking kereta di Awana Skyway atau memilih tiket bas ke Awana Skyway Bus Terminal jika menaiki bus.

Kadar parking kereta di Awana Skyway


Isnin - Jumaat : RM2.00 / sejam | maksimum RM12
Weekends / Public Holiday : RM3 / sejam | maksimum RM18


Anda akan memulakan perjalanan dari Awana Skyway terus ke hentiannya di pusat membeli-belah Sky Avenue. Perjalanan mengambil masa 10 minit sahaja, dan sepanjang perjalanan anda bakal dihidangkan dengan pemandangan hutan hujan tropika yang menghijau dan berkabus.

Harga tiket kereta kabel Awana Skyway


  • Standard - RM8
  • Express - RM40
  • Gondola berkaca - RM50

Memandangkan Kl to Genting's distance cuma 33 km sahaja, maka ramailah yang balik hari. Selain bergembira di taman tema, ada juga yang ambil peluang membeli-belah. Cara ke Genting Premium Outlet sama sahaja.

There you go, tiga cara ke Genting Highland dari KL. Tanah Tinggi Genting sering menjadi pilihan warga kota untuk shrt getaway pada hujung minggu dan cuti sekolah. Semoga artikel ini bermanfaat.

Selasa, 20 Mac 2018

,

10 Hotel Unik Di Malaysia. Dari penginapan dalam kontena, pelantar minyak, hinggalah yang berkonsepkan kapsul. They might look crazy, tapi konsep sebeginilah yag sebenarnya membuatkan percutian anda lebih bermakna.

Secara dasarnya, ia masih sama dengan hotel lain iaitu memiliki tempat tidur selesa dan dilengkapi dengan kemudahan asas. Tetapi hotel unik ini direka dan dihias mengikut tema tertentu supaya pengunjung dapat merasai pengalaman berbeza sewaktu menginap.

Kebanyakkan hotel unik ditawarkan pada harga bajet, sesuai untuk backpakers dan mereka yang mahukan percutian pada harga rendah.

Baca juga: Tips Bercuti ke Hatyai

Tambahan pula, menginap di hotel unik membolehkan anda memuat naik gambar menarik di media sosial khususnya Instagram! Your Instagram feed would be lit! 🔥

10 Hotel Unik Di Malaysia


Container Hotel, Kuala Lumpur


Ya, hotel ini diperbuat daripada kontena. Kontena diubahusai menjadi bilik penginapan bertaraf hotel. Rekaan dalaman berkonsepkan urban/minimal dan dilengkapi tilam empuk, televisyen, wifi, serta kemudahan restauran dan bar.


Container Hotel menawarkan empat jenis bilik berlainan konsep iaitu Deluxe, Suite, Concrete dan Campsite, dengan harga berlainan.

Alamat: Jalan Delima, Imbi, 55100 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
No.Tel: 03-2110 4388

Baca juga:  Pengalaman Menonton Aksi Man Utd di Old Trafford
 

The Kabin, Kuala Selangor


Sama seperti konsep Container Hotel, di kontena diubah suai menjadi tempat penginapan. TetapiThe Cabin terletak di luar bandar, berdekatan dengan Pantai Remis. Kolam renang terletak ruang tengah, bertuah bagi mereka yang mendapat 'pool views.


Turut menyediakan kemudahan menarik seperti BBQ, treehouse, ruang permainan, bilik karaoke, paddleboard, kayak, dan sewaan basikal. Jangan risau jika datang bersama keluarga kerana kemudahan di The Cabin adalah mesra kanak-kanak

Alamat:  Jalan Haji Zainal, Jeram, 45800 Jeram, Selangor
No. Tel: 017-924 7800


Hotel UFO Capsule, Kuala Lumpur


Minat filem alien dan ingin merasai pengalaman penginap di hotel berkonsepkan futuristic? Hotel UFO Capsule sedia memenuhi permintaan anda. Terletak di lokasi strategik iaitu di belakang Berjaya Times Square dan beberapa tempat menarik KL. Hotel ini menyediakan ruang tidur kecil tetapi lengkap dengan kemudahan termasuk Wifi. Bonus tambahan, ia terletak di tengah-tengah KL dan berdekatan dengan beberapa pusat membeli belah.

Hotel Unik Di Malaysia

Alamat: 30, Lorong 1/77a, Imbi, 55100 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
No.Tel: 03-2148 0661

Tubotel, Langkawi


Daripada tiub pembentung simen, kini bilik hotel. Tubotel memberikan anda pemandangan taman buatan yang terbentang dengan hanya berbaring di atas katil. Setiap tiub dicat dengan warna berbeza untuk membangkitkan mood tetamu.


Tubotel menyediakan perkhidmatan restoran, skuba diving, dan bot ke pulau-pulau berdekatan. Sesuai untuk backpackers kerana hotel ini mensasarkan pengunjung berusia 18 hingga 25 tahun.

Alamat: Kuala Cenang, 07000 Pantai Cenang
No.Tel: 014-240 7022

Hotel Pelantar Minyak, Sabah


Bila kali terakhir anda menginap di pelantar minyak? Juga dikenali sebagai Seaventures Dive Rig ini menawarkan pengalaman luar biasa iaitu bercuti di tengah-tengah lautan. Walaupun tidak semewah atau 'fancy' seperti hotel lain, percutian di atas pelantar minyak tetap lengkap dengan segala kemudahan seperti restoran. Bahkan, anda boleh melakukan aktiviti menyelam di sini.


Alamat: Wisma Sabah, Jalan Tun Razak, Pusat Bandar Kota Kinabalu, 88000 Kota Kinabalu
No.Tel:  088-251 669

Malihom Private Estate


Terletak di negeri yang dikenali sebagai 'syurga percutian Malaysia' iaitu Pulau Pinang. Malihom Private Estate adalah lokasi percutian yang tepat jika anda ingin keluar dari kesibukan kota dan menyelami keindahan alam semula jadi.


Nikmati percutian mewah di kawasan pedalaman dengan penuh privasi kerana mereka hanya menyediakan beberapa villa sahaja.

Alamat: Kiri N/T 168, Bukit Penara, Mukim 6 Balik Pulau, 11000 Pulau Pinang
No.Tel:  04-261 0190
Tempah di sini:

The Capsule KLIA 2


Sebuah lagi hotel unik di Malaysia adalah The Capsule yang terletak di KLIA 2. Penginapan sebegini menjadi tarikan pelancong yang mengejar penerbangan atau menunggu waktu transit. Walaupun ruang rehatnya kecil, ia tetap dilengkapi kemudahan yang cukup seperti tilam empuk, Wifi, universal power socket untuk mengecas peranti dan bilik mandi.


Segalanya cukup lengkap untuk anda berehat untuk beberapa jam sebelum menaiki pesawat. Jangan lupa kunci jam supaya anda tidak terlepas kapal terbang!

Alamat: Lot 1-5, CP1, Level 1, gateway@klia2 Terminal KLIA2, 64000 Sepang, Selangor
No.Tel: 03-7610 2020

The Blue Mansion, Pulau Pinang


Rumah agam Cheong Fatt Tze Legacy yang berusia kira-kira satu abad ini masih tersegam indah. Bangunan ini pada asalnya mlik Cheong Fatt Tze iaitu pedagang dari China yang akhirnya menetap di sini.


Rekaan dalamannya menggabungkan stail Timur dan Barat. Ia dapat dilihat melalui rekaan tingkap, corak jubin, dan perabot. The Blue Mansion lengkap dengan restoran dan kolam renang.

Alamat: Ground Floor, 14, Leith Street, George Town, 10200 George Town, Pulau Pinang
No.Tel:  04-262 5857


Masbro Village Homestay, Melaka


Homestay ini cukup terkenal dek kerana rekaannya yang berbentuk segi tiga dan berwarna-warni.Terletak di Paya Rumput, tidak berapa jauh dari pusat bandar, Masbro Village cukup sempurna bagi mereka yang mahukan 'short gateaway'.


Bahkan landskap dengan tema ala Inggeris ini mampu menambahkan lagi mood percutia anda bersama yang tersayang. Menariknya, homestay ini nampak sahaja kecil tetapi ia mampu memuatkan enam orang dalam satu masa. Tidak ada masalah jika datang bercuti bersama keluarga apatah lagi homestay ini turut menyediakan kolam renang yang luas.

Alamat: Lot 291, Batu 7 ½, Paya Rumput,, Jalan Paya Rumput Perdana, 76450, Melaka
No.Tel:  013-313 6872

Time Capsul Retreat, Pahang

Sebuah lagi hotel berbentuk kapsul kali ini is terletak di dalam hutan Sungai Lembing, Pahang. Bilik kecil yang diperbuat daripada konkrit ini hanya boleh memuatkan sebuah katil empuk, penghawa dingin, dan soket untuk mengecas peranti. Oleh itu, anda perlu bersiap sedia untuk menggunakan bilik air di lokasi berasingan.


Jangan risau, jika anda datang bersama keluarga dan ada anak kecil, pilih sahaja banglo bertema ala Inggeris yang terletak bersebelahan kapsul.

Alamat: Sungai Lembing, 26200 Sungai Lembing, Pahang
No.Tel: 013-963 8888

Di Malaysia sudah hotel menarik dibangunkan. Jika anda ingin cuba sesuatu yang lain dari yang pernah dilakukan sebelum ini tempah sahaja hotel yang saya senaraikan di atas melalui link yang saya sediakan.

Selamat bercuti!

Terima kasih kerana membaca 10 Hotel Unik Di Malaysia