Memaparkan catatan dengan label ulasan filem. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label ulasan filem. Papar semua catatan

20 Februari 2017

Ulasan Filem Hacksaw Ridge

Ulasan Filem Hacksaw Ridge. Mel Gibson kembali ke kerusi pengarah dan kita tahu dia tidak pernah gagal melakukannya. Selepas mengarah Braveheart (1995) yang memenangi 5 Anugerah Oscar, Apocalypto (2009), Gibson sekali lagi mengarahkan filem bertemakan perang yang cukup hebat. 

Dipetik daripada kisah benar zaman Perang Dunia Kedua, Hacksaw Ridge mengangkat cerita askar medik, Dessmond Doss. Biarpun diadaptasi dari kisah benar bukan sesuatu yang baru di Hollywood, pelakon dan pengarah tersohor, Gibson, berjaya meletakkan filem ini di kelas tersendiri.


This is my kind of movie. Kebanyakkan filem kegemaran saya terdiri dari filem bertemakan perang, drama, dan misteri seperti Zero Dark Thirty, The Pursuit of Happiness, Gone Girl, Catch Me If You Can, Silver Lining Playbooks, American Sniper, dan Sicario. Dan tanpa ragu-ragu Hacksaw Ridge masuk dalam list!

Baca: Kerja dari Rumah dengan iLancee

Hacksaw Ridge nyata memberi nafas baru kepada cerita perang/sejarah. Ulasan ini tidak mempunyai spoiler, so enjoy! 

Ulasan Filem Hacksaw Ridge

Berlatar belakangkan tahun 1945 sewaktu perang dunia ke dua, Hacksaw Ridge membawa penonton kepada kisah Dessmond Doss, seorang askar medik Amerika Syarikat yang menyelamatkan askar lain tanpa menembak bahkan tidak memegang senjata.

Trauma dengan insiden di mana beliau hampir-hampir membunuh adik lelakinya sewaktu kecil serta lahir dari keluarga yang mengutamakan agama, membuatkan Doss percaya yang membunuh insan lain ada dosa besar. Kecintaannya terhadap ilmu perubatan dan keinginan untuk menjadi askar membuatkan Doss menyertai Angkatan Tentera Amerika dan berkhidmat sebagai askar medik.


Biarpun diejek dan hampir dipenjara kerana didakwa mempermainkan undang-undang, Doss tetap dihantar sebagai askar medik ke Okinawa untuk menakluk kubu kuat tentera Jepun di pinggir bukit. Di sana, askar Amerika berdepan kesukaran kerana tentera Jepun jauh lebih ramai dan sukar dilihat. Apatah lagi lokasinya terletak dipinggir bukit dan ini adalah mengapa tempat itu di namakan Hacksaw Ridge.

Berkaitan: Ulasan Siri Stranger Things

Seperti filem-filem perang yang lain, sudah pasti ia mengajak penonton menyokong kuasa Amerika berbanding negara lain. Ketepikan sentimen itu kerana ini adalah ulasan filem!

Plot filem ini disusun dengan kemas dan sudah pasti penonton tidak akan keliru serta dapat memahami jalan cerita ini dari awal hingga ke akhirnya.


Babak-babak pertempuran yang tampak 'real' secara tidak langsung akan membuatkan penonton akan merasa simpati. Sebagai sorang  meminati filem perang, saya perlu memuji kesan makeup, muzik latar belakang (score) dan kesan khas yang nampak nyata. Ia membuatkan penonton seolah-olah berada di medan perang.

Biarpun Hacksaw Ridge bermula perlahan dengan mengambil masa lebih 30 minit untuk memperkenalkan karakter Doss kepada penonton. Jika anda gemar filem 'action-packed' mungkin anda fikir Hacksaw Ridge agak membosankan. Namun pada saya ia bukan masalah besar kerana segala informasi pada awal filem cukup penting untuk menggambarkan peribadi Doss mengapa dia nekad tidak mahu menyentuh senjata biarpun pada saat genting.

Sisi baru Andrew Garfield

Saya cukup gembira melihat Andrew Garfield yang berjaya keluar dari watak Spiderman yang pernah dibawanya beberapa tahun lalu. Sekaligus membuktikan beliau bukan sekadar superhero filem Marvel tapi mampu membawa watak berat. Lebih membanggakan, Garfield kini merupakan calon Pelakon Lelaki terbaik Anugerah Oscar menerusi watak Doss.


Watak-watak lain juga menyerlah tanpa menenggelamkan Doss. Jarang sekali kita dapat lihat Vince Vaugnh melakonkan karakter serious kerana beliau cukup terkenal dengan filem komedi. Selain itu, Teresa Palmer, what a great Australian actress and so underrated! Come on Hollywood, give her bigger roles.

Sentuhan magis Gibson nyata menjadi kayu pengukur kepada filem perang sekaligus meletakkan Hacksaw Ridge antara filem perang terbaik yang pernah dihasilkan.

#NKMovieRating
HACKSAW RIDGE
10/10

When it comes to movies, I tend to be very picky. I thought Hacksaw Ridge is one of the best war movies ever made and deserves my 10 stars.  


Entri sebelum ini - Chatime Tukar Nama Kepada Tealive

Terima kasih kerana membaca Ulasan Filem Hacksaw Ridge

5 Februari 2017

Ulasan A Series Of An Unfortunate Events di Netflix


Ulasan Siri A Series Of An Unfortunate Events di Netflix. Selepas terjebak dnegan Stranger Things, saya berminat untuk menonton sebuah lagi siri original perkhidmatan penstriman video terkemuka, Netflix, iaitu A Series Of An Unfortunate Event (ASOAUE).

Untuk pengetahuan, ASOAUE merupakan buku kanak-kanak karya Daniel Handler yang menggunakan nama samaran "Lemony Snicket" dan ia mula diterbitkan pada 1999.

Berkaitan: Ulasan Siri Stranger Things

Ini bukan kali pertama ASOAUE diadaptasi, pada 2004 Paramount Picture telah menerbitkan filemnya sehingga memenangi Anugerah Oscar bagi kategori Best Achievement in Makeup. Kini ia diterbitkan dalam bentuk siri televisyen demi mengambil kesempatan terhadap "golden age of tv" di mana kebanyakkan siri tv Hollywood pada hari ini berbajet besa, tinggi kualiti, dan mendapat sambutan.

Sinopsis A Series Of An Unfortunate Events

Mengisahkan perjalanan hidup anak-anak yatim Baudelaires iaitu Violet (Malina Weissman), Klaus (Louis Hynes), dan Sunny (Presley Smith), selepas ibu bapa mereka mati dalam kebakaran yang turut memusnahkan rumah agam mereka. Disebabkan masih dibawah umur dan tidak mempunyai saudara, mereka terpaksa tinggal bersama rakan ibu bapa mereka. Akan tetapi, adik-beradik Baudelaires perlu lari dari Count Olaf yang sanggup melakukan apa sahaja untuk mengambil mereka sebagai anak angkat dalam misi membolot semua harta pusaka Baudelaires. Pada masa sama mereka membongkar misteri organisasi rahsia.

ulasan siri a series of an unfortunate event
  
Ulasan

Walaupun sering memberi nafas baru terhadap filem-filem lama atau dipanggil 'remake/reboot', cukup tidak adil untuk saya membandingkan siri ini dengan filem terdahulu. Siri ASOAUE arahan Berry Sonnenfeld mempunyai auranya yang tersendiri. Adakah siri ini sama seperti filem? Ya dan tidak.

Biarpun tidak seperti filem yang dibarisi pelakon terkemuka contohnya Jim Carrey, Meryl Streep, Bill Connolly dan Jude Law, siri ASOAUE cukup berani mempertaruhkan pelakon yang tidak terkenal kecuali watak antagonis yang juga teraju utamanya, iaitu Neil Patrick Harris, sebagai Count Olaf.



Pencerita atau narrator siri ini dikemudi oleh Lemony Snicket (Patrick Warburton). Idea produksi meletakkan beliau bercakap dengan kamera dan menjadi sebahagian daripada babak penting tanpa berinteraksi dengan watak cukup genius!

Saya tertarik dengan lagu temanya, oleh kerana ini merupakan cerita malang adik beradik Baudelaires, bait-bait lirik berbunyi: "every single episode is nothing but dismay so look away, look away, look away". Bahkan pada episod pertama Lemony Snicket memberi amaran kepada penonton:
Dear viewers,
If you are interested in a story with a happy ending, that story is streaming elsewhere. This story has no happy ending, no happy beginning, and very few happy things in the middle.
 Baca: Kerja dari Rumah dengan iLancee 

Siri 8 episod yang berdurasi 1 jam setiap episod ini hanya merangkumi 4 daripada 13 buah buku yang ditulis Handler. Tema dan jalan cerita ASOAUE tidak berat dan cukup santai walaupun terselit unsur misteri sewaktu Baudelaires cuba merungkai misteri kematian ibu bapa mereka.


Setiap pelakon memberikan persembahan yang menakjubkan biarpun mereka hanya memegang watak kecil. Kesan CGI, kostum, dan makeup juga menyerlah dah harus diberi pujian.

Klise

Walaubagaimanapun, adakalanya momen kelakar seakan tidak menjadi kerana dialog yang terlalu memaksa penonton untuk ketawa seperti sketsa Saturday Night Live (SNL). Don't get me wrong, I looove SNL! Selain itu, jalan cerita ASOFUE terlalu perlahan dan mirip filem yang diterbitkan pada 2004. Plot menarik hanya mula berkembang pada episod ketiga.


Neil Patrick Harris pula membuktikan beliau seorang pelakon versatile, tetapi tampak sukar untuk menyaingi kehebatan Jim Carrey yang sebelum ini membawa watak Count Olaf dengan jayanya.

#NKSeriesRating

A SERIES OF AN UNFORTUNATE EVENTS
7.5/10

Entri sebelum ini - Harga dan Spesifikasi Oppo R9S Malaysia

Terima kasih kerana membaca Ulasan A Series Of An Unfortunate Events di Netflix

21 Januari 2017

Ulasan Siri Stranger Things


Ulasan Siri Stranger Things. Siri Stranger Things is everywhere these past few months. Tertanya-tanya juga apa yang best sangat sampai hampir semua laman web antarabangsa menerbitkan banyak artikel mengenainya. Sehinggakan ramai yang mengenakan kostum dari siri itu pada hari Halloween tempoh hari.

Baca: Kerja dari Rumah dengan iLancee

Setelah beberapa bulan membaca netizen bercerita tentang kehebatan Stranger Things, saya baru berkesematan untuk menonton siri ini beberapa hari lalu. Selepas menontonnya baru saya tahu kenapa siri original penstriman video online, Netflix, ini begitu popular dan diminati ramai.

Sinopsis 

Mengisahkan seekor sotong kurita gergasi datang menyerang bumi... just kidding. Berlatar belakangkan bandar Hawkins, Indiana pada tahun 1983, Stranger Things membawa kisah kehilangan budak lelaki bernama Will Byers. Ibunya Joyce (Winona Ryder), dan ketua polis, Jim Hopper (David Harbour), jadi hilang arah akan ke mana perginya Will tanpa sebarang klu. Pencarian mereka kemudian terarah kepada makmal yang menjalankan eksperimen rahsia kerajaan.


Sementara itu rakan baik Will, iaitu Mike, Dustin, dan Lucas, melakukan penyiasatan mereka sendiri yang membawa mereka kepada penemuan budak perempuan pelik bernama Eleven (Millie Bobby Brown). Lebih buruk lagi, Eleven  mempunyai kaitan dengan misteri kehilangan Will, makmal rahsia, dan mempunyai kuasa telekinesis. 

Ulasan/Review Stranger Things 

Ulasan ini tidak mengandungi spoiler, in case you haven't seen it. Apa yang membuatkan siri ciptaan dan dibawah arahan Matt dan Ross Duffer ini adalah ia mengembalikan nostalgia filem era 80-an. Jika anda peminat filem E.T, The Goonies, Poltergeist, dan Nightmare on The Elm Street, khususnya filem arahan Steven Spielberg anda pasti akan menyukai siri ini.


Adik beradik Duffers berjaya menggarap Stranger Things menjadikan ia seolah-olah diterbitkan pada tahun 80-an. Jelas sekali ia diinspirasikan daripada filem era tersebut. Biarpun jalan ceritanya bukanlah sesuatu yang baru di layar Hollwood iaitu tentang makhluk asing (or is it?), ia tetap memberikan sesuatu yang cukup menarik untuk ditonton.

Penuh debaran

Tidak banyak aksi yang dipertaruhkan namun ia diselang-seli dengan babak yang menjawab misteri dan plot-twist disetiap penghujung episod. Adik-beradik Duffers mengunci perhatian penonton hampir pada setiap babak terutama apabila pihak kerajaan melakukan 'sesuatu' untuk mengelak rahsia dan penyelidikan mereka terbongkar, serta kehilangan seorang lagi penduduk Hawkins, Barbara.

Ini menerbitkan rasa ingin tahun penonton.  Mujurlah siri 8 episod ini ditayangkan di Netflix kerana mereka melancarkan kesemua episod sekaligus. Penonton tidak perlu tertunggu-tunggu untuk menonton episod seterusnya. Saya sendiri menonton kesemua 8 episod dalam masa tiga hari sahaja.


Antara lain yang menjadikan siri ini cukup berjaya adalah sinematografi, kostum, dan pemilihan runut bunyi yang mengagumkan. Kesan CGI pula menarik dan tidak keterlaluan. Sekali lagi saya tekankan, ia bagai menonton filem sains fiksyen 80-an.

Kepelbagaian watak

Biarpun tidak mempunyai ramai pelakon, setiap watak dalam Stranger Things mempunyai karakter berbeza yang kadang-kala membuat penonton tersentuh. Contohnya naluri keibuan Joyce yang percaya Will masih hidup dan dapat berhubung dengannya melalui kelipan lampu. Sampai waktu, penonton tahu kenapa Hopper begitu obses mencari Will serta siapa Eleven yang sebenarnya.

ulasan review stranger things

Lakonan mantap

Jika ditanya apakah yang membuatkan Stranger Things begitu hebat, jawapan saya adalah kerana mutu lakonan. Tanpa pelakon kanak-kanak terutama Millie Bobby Brown (Eleven) yang menjadi tunjang utama, tidak mungkin Stranger Things siap dengan sempurna. Those kids were absolute GOLD!


Walaupun dibarisi ramai pelakon muda, majoriti penonton Stranger Things dari kalangan dewasa. Movie references seperti Star Wars, The Hobbits, The Lord of The Rings, X-Men, dan lain-lain pastinya mengingatkan mereka pada zaman kanak-kanak.

Secara keseluruhannya Stranger Things bagaikan sebuah naskah klasik yang mempunyai rencah yang sempurna. Siri ini akan sentiasa diingati sama seperti filem E.T dan Back To The Future. Just so you know, season 2 is coming soon!

#NKSeriesRating
STRANGER THINGS
10/10

Entri sebelum ini - Senarai Rasmi pemain Kelantan 2017

Terima kasih kerana membaca Ulasan Siri Stranger Things

17 September 2016

ULASAN FILEM: Train To Busan


ULASAN FILEM: Train To Busan. Antara filem yang paling hangat diperkatakan pada 2016. Saya sendiri bukanlah peminat hiburan dari Korea, tapi sebab saya ni 'cinephile' dan meminati filem yang mengangkat tema zombi, rating iMDb dan Rotten Tomatoes pula tinggi, serta terlampau banyak pujian yang diberikan... Saya memilih untuk menonton Train To Busan

Ini filem Korea pertama yang saya tonton. I'll review this movie as honest as I can without spoiling anything.

Sinopsis Train To Busan

Mengisahkan perjalanan seorang bapa, Seok-woo (Gong Yoo), bersama anak perempuannya, Soo-an, dalam perjalanan menaiki keretapi dari Seoul menuju ke Busan. Kisah bermula apabila Seok-woo, seorang workaholic yang telah bercerai tinggal bersama ibunya di Seoul. Sentiasa sibuk di pejabat menyebabkan beliau jarang meluangkan masa bersama anaknya sehinggakan beliau terbeli hadiah hari jadi yang sama buat Soo-an.

Untuk memujuk anaknya, beliau berjanji untuk menghantar Soo-an (Soo-an Kim) ke rumah bekas isteri di Busan kerana Su-an terlalu rindukan ibunya. Setelah beberapa minit berlepas, penumpang mula sedar dengan ancaman zombi di dalam keretapi. Lebih memburukkan lagi keadaan virus zombi telah pun merebak ke seluruh bandar dan mereka tiada jalan lain selain meneruskan perjalanan ke Busan dengan keretapi dipenuhi zombi.

ULASAN FILEM: Train To Busan

Filem tentang zombi bukan lagi baru dalam dunia perfileman dan kesemuanya hampir sama. Train To Busan mengingatkan saya pada World War Z (2013) lakonan Brad Pitt, di mana kedua-dua filem ini memaparkan zombi yang ganas, liar, dan lebih virus lebih cepat merebak.


Apa yang membezakan Train To Busan adalah penceritaannya yang tidak hanya memaparkan serangan zombi meratah mangsa tetapi sarat dengan elemen kekeluargaan yang menyentuh emosi penonton. Pengarah, Yeon Sang-ho, bijak mencipta karakter yang mempunyai personaliti berbeza sekaligus membuatkan penonton mengambil berat akan sesetengah watak.

Hampir 80 peratus daripada filem ini mengambil tempat di dalam keretapi selain menyelitkan babak mendebarkan di stesen keretapi di mana penumpang mendapat tahu seluruh daerah sudah dijangkiti virus. 'Claustrophobic tension' turut dapat dirasai hampir pada setiap babak terutamanya ketika Seok-woo terpisah dengan anaknya dan terpaksa melalui beberapa gerabak yang dipenuhi zombi.

Baca: Panduan Jual Burger Menguntngkan

Barisan pelakon telah memberikan persembahan mantap menerusi filem ini. Tidak banyak dialog, renungan mata sudah cukup menceritakan apa yang dilalui setiap karakter. Pelakon kanak-kanak, Soo-an Kim, was amazing!


CGI kurang menyengat 

Kesan khas atau Computer-Generated Imagery (CGI) tampak 'fake' terutama ketika babak zombi jatuh dari helikopter dan ketika puluhan mayat hidup itu berpaut pada keretapi. Gambaran dari atas yang memperlihatkan suasana bandar juga tidak nampak real.

Watak penting mengambil masa yang agak lama untuk bertukar menjadi zombi.... hampir adil kerana mereka sempat berdialog dengan karakter lain. Lol! Stereotype! Watak Yong-Suk, pegawai korporat yang pentingkan diri sendiri sehingga sanggup mengorbankan orang lain untuk menyelamatkan dirinya. Predictable. Terlalu ringkas dan tiada plot twist. Dari awal lagi sudah boleh agak siapa yang akan selamat. 

Pada saya Train To Busan tidak sehebat seperti yang digembar-gemburkan di media sosial. Tapi tidaklah terlalu teruk dan masih berbaloi untuk ditonton. Sorry.

#NKMovieRating 7/10 

Entri sebelum ini - Perbandingan Antara iPhone 7 dan 7 Plus

Terima kasih kerana membaca Ulasan Filem: Train To Busan

31 Disember 2014

ULASAN FILEM - Gone Girl


Gone Girl merupakan sebuah lagi filem Hollywood yang mengangkat konflik rumah tangga sepasang suami isteri sebagai jalan cerita. Namun filem ini diisi dengan unsur suspen dan thriller yang padat buat penonton.

Seperti sudah menjadi trend masa kini, filem yang diadaptasi dari novel popular akan mendapat perhatian. Begitu juga dengan Gone Girl yang diadaptasi dari novel (dengan tajuk yang sama) tulisan Gillian Flynn.

10 Disember 2014

ULASAN FILEM - The Hunger Games: Mockingjay Part 1

Bagi penggemar siri The Hunger Games (THG) macam saya, sequel ketiga Mockingjay Part 1 memang wajib ditonton. Saya dah baca ketiga-tiga trilogi THG, di mana anda boleh baca review buku DI SINI, which I LOVED IT!!! Siri THG memilik keistimewaannya tersendiri dan Mockingjay adalah sebab kenapa siri ini di tulis.