Hey I'm blogging here! Sebuah lagi drama bakal ditayangkan bagi menggantikan Kasih Alia di Slot Akasia, TV3. SOFFIYA, drama penuh emosi hasil gandingan mantap dari Tiz Zaqyah, Fizo Omar, Izara Aishah, Azhar Sulaiman dan Syazwan Zulkifli.
Drama 28 episod arahan Joeza Rasidi ini bakal ditayangkan mulai 1 September 2011, setiap hari Isnin hingga Khamis jam 7.00malam. Satu lagi fakta menarik, Soffiya adalah sebuah lagi karya dari Film Scape.
Siapa tak kenal Film Scape kan? Sebuah production yang pernah mencipta fenomena melalui drama Nur Kasih, dan sering tampil dengan naskah kreatif seperti Gemilang, Juvana, dan Supermak.
Sinopsis Soffiya:
Soffiya, seorang gadis lincah dan periang yang tinggal di sebuah kampung bersama bapanya, Sulaiman seorang doktor dan ibunya, Aishah, yang sering menghadapi masalah kesihatan. Selepas satu kejadian hitam, rutin kehidupan Soffiya mula berubah termasuklah sikapnya yang lebih suka menyendiri dan sering kelihatan murung.
Nasib buruk terus mengikuti Soffiya ke mana sahaja dia pergi hinggalah dirinya meringkuk di penjara. Baru mula mengenal erti cinta, namun, Soffiya terpaksa merelakan pemergian kekasihnya ke luar negeri. Setelah berkahwin dengan seorang jutawan yang penyayang, ketabahan Soffiya diuji sekali lagi apabila cinta pertamanya merupakan anak tirinya sendiri. Bagaimanakah Soffiya mengharungi konflik demi konflik yang melanda dirinya?
sumber: Budiey.com
Banyak konflik, pelakon mantap, tapi yang paling penting drama dari Film Scape! Selamat menonton! Okbai!
27 Oktober 2022
BalasPadam