Hey I'm blogging here! Bagi menggantikan Tentang Dhia yang bakal berakhir tidak lama lagi, drama bersiri GEMERSIK KALBU pula bakal mengisi Slot Akasia bermula 26 Disember, setiap Isnin-Khamis, jam 7 malam.
Germersik Kalbu ini merupakan sebuah lagi drama adaptasi daripada novel “Gemersik Kalbu” karya Anis Ayuni. Drama ini diterajui oleh Aqasha dan Ayu Raudah dan beberapa pelakon lain.
Sinopsis Gemersik Kalbu:
Mengisahkan suka duka Raihana, seorang wanita yang tabah mengharungi dugaan hidup sejak kecil ditinggalkan dalam jagaan neneknya. Raihana bagaikan terkontang-kanting mencari kasih sayang dalam dunianya sendiri apabila neneknya meninggal dunia.
Pertemuan dengan Wan Ariffin, yang sama kerjaya dengannya membenihkan bibit-bibit cinta. Namun, setelah ikatan terjalin, Wan Ariffin pula pergi menyahut panggilan ilahi. Raihana bagai terpukul, keliru dan terperangkap dalam kesengsaraan sendiri.
Kehadiran Sufian tidak memberi makna dalam hidup Raihana kerana baginya cinta bukan satu paksaan mahupun lahir atas rasa simpati. Cinta Wan Ariffin masih utuh di sanubari lalu Raihana mengunci hati kerana enggan memungkiri ikrar setia kasih sehidup semati. Walaubagaimanapun, rancangan Sufian berjaya menjerat Raihana dalam satu ikatan perkahwinan. Namun, tanpa sudi dan kerana paksaan, Raihana akhirnya membiarkan perkahwinan itu sepi tanpa cinta dan mesra.
Hanya Sufian yang bersungguh-sungguh cuba memenangi cinta Raihana kerana dia percaya suatu hari nanti gadis pujaannya akan membuka pintu hatinya untuk menerimanya sebagai suami yang sah. Namun setelah beberapa ketika, Raihana tetap berkelakuan dingin dan kaku membuatkan Sufian bagai hilang arah. Bersama adiknya, Azila dan sepupunya, Darlina, Sufian nekad dan membuat rancangan untuk menyedarkan Raihana.
Mampukah kasih dan kebijaksanaan Sufian mencairkan hati Raihana yang dingin? Dapatkah Raihana menerima Sufian dengan sepenuh hati dan mengecapi sinar kebahagiaan untuk kali kedua?
sumber: Facebook Gemersik Kalbu
ok..kena tonton..
BalasPadam@chEntA selamat menonton! :)
BalasPadamsinggah sini..
BalasPadam@mama terima kasih! ;)
BalasPadamaqasha....kene tonton nie..;))
BalasPadamcite ni seakan2 memori hidup aku sekg yang dikatan watakromantis kelakar..
BalasPadam