(Sinopsis) Indera Joned di Slot Aksi

2

Hey I'm blogging here! Bakal menggantikan Apa Celop, penonton Tv3 bakal dihidangkan dengan sebuah lagi drama bersiri terbaru bertajuk Indera Joned bermula 21 Mei 2012, setiap hari Isnin pada jam 9.00 malam.

Berkonsepkan romantik komedi, Indera Joned terbitan Grand Brilliance dibawah arahan Fairuz Loy ini dibintangi Aiman Hakim Redza, Anzalna Nasir, Puteri Sarah, Hairul Azreen, Syazwan Zulkifly, Qushairi Razali (Qi), Haeryanto, Idris Md. Diah, dan ramai lagi.

  
Sinopsis Indera Joned:

INDERA JONED mengisahkan Epul yang mendapat kuasa aneh apabila terjumpa gelang kepunyaan Indera Joned. Ceritanya bermula dengan Indera Joned pada zaman dahulu dianggap sebagai seorang lagenda dikalangan penduduk kerana kesungguhan beliau dalam mempertahankan harta berharga daripada dirampas oleh Bintara Hitam dan rakan-rakannya.

Kisah mitos itu telah tersebar luas sejak zaman berzaman bahkan hingga ke generasi kini. Malah penduduk kampung mempercayai akan sumpahan Bintara Hitam, Jalak, Ganang dan Kesam. Dipercayai bahawa jika sesiapa melintasi Bukit Bunuh, sumpahan mereka akan terbatal.

Kini berpandukan cerita mitos di Bukit Bunuh, Prof Dr.Azli bersama-sama anak didiknya iaitu Sara, Mia, Aiman, Izzi dan Rina telah tiba di Bukit Bunuh bagi melakukan ativiti ekskavasi. Pengembaraan itu mendapat tentangan hebat dari Pak Lasin serta penduduk kampung kerana tidak mahu artifak yang terdapat dalam perut bumi di kawasan mereka disentuh oleh orang luar.  

Namun seorang pemuda kampung yang bernama Epul sudi menghulurkan bantuan kepada rombongan itu sebagai penunjuk arah dalam mencari artifak beharga di kawasan Bukit Bunuh. Pada masa yang sama, Tuan Masdor juga memburu artifak tersebut dengan mengarahkan Jaafar Ringgo dan kuncu-kuncunya untuk mengekori rombongan itu.

Sejak awal pengembaraan lagi, pelbagai peristiwa pelik telah berlaku ke atas pelajar-pelajar Prof. Dr. Azli seperti mimpi ganjil, terjatuh dari tangga, terkena jerangkap samar, didatangi jelmaan Indera Joned dan banyak lagi. Manakala lain pula yang terjadi kepada Epul, di mana dia telah terdengar suara aneh yang menyarankan agar dia menjaga segala monumen yang terdapat di Bukit Bunuh. Dalam diam-diam Epul mula tertarik dengan Sara. Sepanjang perjalanan itu, Epul cuba berbaik dengan Sara namun gadis itu sentiasa mengelakkan diri.

Pada suatu pagi, mereka terjumpa tengkorak di dalam hutan itu. Sejurus menjumpai tengkorak itu, Aiman telah tercedera. Lantas Epul pergi mencari daun kayu untuk mengubat luka Aiman dan ketika itu Epul telah ternampak akan kelibat manusia purba iaitu Jalak. Ketika Rina sedang bersendirian di dalam hutan, dia telah diganggu oleh Jalak. Mujur Indera Joned telah muncul dan menyelamatkan Rina.


Indera Joned bukan sahaja telah muncul di hadapan Rina, bahkan ahli rombongan lain juga terserempak dengan kelibat Indera Joned. Mereka tertanya-tanya siapakah Indera Joned yang sebenarnya. Sementara itu Epul sering kali menghilangkan diri. Apakah yang disembunyikan oleh Epul? Adakah benar Indera Joned telah kembali? Apakah nasib bakal menimpa Sara, Mia, Aiman, Izzi dan Rina setelah mereka melanggar sumpahan Bintara Hitam dan rakan-rakannya? Berjayakah mereka menjumpai monumen yang dicari?

 Sumber: Facebook page Indera Joned dan OhBulan!


Tags

Catat Ulasan

2Ulasan
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.
  1. harap harap cerita indra joned ni best..susah skit nak layan cita melayu ni

    BalasPadam
  2. @DOSEFIRE kan? kita tengok je la nanti,, :D

    BalasPadam
Catat Ulasan

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Learn More
Accept !
To Top