Hello internet! Bagi menggantikan 3 Janji yang telah pun melabuhkan tirai minggu lalu, sebuah drama bertajuk BUKAN BIDADARI akan mengisi Slot Lestary bermula 19 Jun 2012, setiap Selasa jam 9 malam di Tv3.
Bukan Bidadari merupakan satu lagi karya dari pengarah yang pernah mencetuskan fenomena menerusi drama JUvana, iaitu Faisal Ishak.
Drama bersiri terbitan Filmsape ini dibintangi Nad Zainal,
Azlee Khairi, Shaarnaz Ahmad, Sara Ali, Fiza Halim, Zuhairi Ibrahim,
Muniff Isa, Azhar Sulaiman, Liza Zain, dan Wan Raja.
Sinopsis Bukan Bidadari
Inas, seorang gadis kaya yang mempunyai sikap manja dan sombong
mendapati hidupnya menjadi tunggang langgang setelah kematian bapanya.
Inas dan ibunya, Suraya resah apabila mengetahui arwah ayahnya mempunyai
banyak hutang dan mereka tidak ditinggalkan sebarang harta untuk
meneruskan kehidupan.
Tanpa arah tujuan, mereka pulang ke kampung Suraya dan tinggal bersama
kakak Suraya, Hawa. Inas begitu benci akan kehidupannya di kampung dan
menyalahkan ibu dan arwah bapanya atas tragedi yang telah menimpa
dirinya. Namun, ada seorang pemuda di kampung yang bernama Kamal telah
jatuh hati dengan Inas dan sanggup buat apa sahaja agar Inas bahagia
hidup di kampung.
Nasib Inas tidak habis di situ apabila dia diperkosa oleh bekas teman
lelakinya, Shidi yang datang mencarinya di kampung. Tidak lama kemudian,
Inas mendapati dirinya mengandung. Kamal cuba untuk membantu Inas
tetapi Inas terlalu degil demi mencapai cita-citanya untuk keluar
daripada kampung itu dan mencari kebahagiaannya sendiri sehingga dia
sanggup meninggalkan anak yang dilahirkan.
Sementara itu, semasa di Kuala Lumpur Inas telah bertemu dengan Arif,
anak usahawan yang kacak dan berbudi pekerti. Akhirnya Inas berkahwin
dengan Arif tanpa mendapatkan restu daripada ibunya. Malangnya, selepas
berkahwin dengan putera hatinya, barulah dia sedar yang Arif seorang
yang baran dan sering mendera emosi dan fizikal Inas.
Beberapa kali Inas cuba melarikan diri tetapi tidak berjaya. Disebabkan
tidak sanggup menerima seksaan oleh Arif, Inas telah mempelajari seni
mempertahankan diri secara senyap-senyap. Akhirnya Inas berjaya
melepaskan dirinya dengan membunuh Arif. Inas pulang ke kampung mencari
ibunya dan Kamal. Namun hampa hatinya apabila mendapati Kamal sudah
menjadi tunangan orang. Apakah nasib Inas seterusnya? Masih adakah
peluang ke dua buatnya untuk bertakhta di dalam hati Kamal? Adakah benar
Arif telah meninggal dunia seperti sangkaan Inas?
sumber: Facebook page Bukan Bidadari
weeee..arep baru jer update pasal slot zehra naziha..heehe..byk betul citer baru skg nih~
BalasPadam@luqman zakaria kan? banyak sangat, sampai tak tertengok.. :p
BalasPadamcm best...suka nad zainal...heheh
BalasPadamone of the best malay dramas i have ever watched
BalasPadam