Bini-Bini Perkasa mengisahkan kehidupan Hairi yang tidak menyangka beliau mempunyai dua isteri yang berasal dari keluarga gangster dan kejutan itu bakal ‘menghancurkan’ kehidupannya.
MIG production sekali lagi menerbitkan sebuah drama bersiri yang diadaptasi dari filem Bini-Biniku
Gangster yang bakal bersiaran mulai 3 September 2012, setiap Isnin jam 9.00 malam
menerusi Slot Aksi.
Drama 13 episod yang diarahkan oleh pengarah berpengalaman, Ismail Bob Hashim ini dibintangi Yana Samsudin dan Intan
Ladyana serta menampilkan Fezrul Khan,
Fadzil Zahari, Nizam Zaidi, Alex Yanz, Epy, Along Ezendy, Zul Suphian, Ruzaidi Abd Rahman, Zaidi Omar dan Afira Liyana.
Sinopsis Bini - Bini Perkasa:
Mengisahkan tentang Manja (Yana Samsudin) yang terpaksa menolak
lamaran Hairi (Fezrul Khan) kerana berasal dari keluarga gangster.
Berkat usaha adik Manja, Eddie (Nizam Zaidi), akhirnya Manja dan Hairi
berbaik semula dan berkahwin. Rumah tangga mereka mula bergolak apabila
Din Unta (Fadzil Zahari) cuba membunuh ayah Manja untuk merampas kuasa.
Manja terpaksa campur tangan.
Dari dulu Manja tidak suka dengan pekerjaan serta cara hidup ayahnya.
Dia telah meninggalkan keluarganya dan membuka kedai bunga. Namun, atas
amanat arwah ibunya, Manja bersetuju untuk kembali ke pangkuan keluarga
demi menjaga ayah dan adik lelakinya, Eddie. Manja sering menyerahkan
semua tugas kepada adiknya tetapi Eddie merupakan seorang lelaki yang
berjiwa sensitif dan mudah tersentuh hatinya. Oleh itu, Manja terpaksa
bertindak sebagai ketua dan bersiap sedia menentang musuh ayah dan
adiknya.
Selepas ayah Manja diserang oleh Din Unta sehingga mengakibatkan dia
koma, Manja bukan sahaja perlu berdepan dengan pelbagai masalah yang
dicetuskan oleh Din Unta tetapi juga kemelut rumah tangganya apabila
Hairi tidak memahami keadaannya. Hairi bersikap dingin terhadap Manja
kerana kecewa dengan penglibatan Manja dalam kegiatan gangster dan juga
kemungkinan yang Manja mandul.
Sumber: Bini-Bini Perkasa FanPage