(Sinopsis) Dendam Sarakit di Slot Seram

4


Mengisahkan cinta sepasang suami isteri yang tidak kesampaian apabila isterinya dirogol dah dibunuh ketika sedang berbadan dua. Kemudian apabila qarin si mati dipuja untuk menambat hati suaminya, dia bangkit utk membalas dendam terhadap mereka yang telah menyebabkan kematiannya.

Menyusuli Waris, drama bersiri DENDAM SARAKIT bakal bersiaran di Tv3 bagi mengisi Slot seram di Tv3 mulai 27 September 2012, setiap hari Khamis pada jam 10.00 malam.

Drama 13 episod terbitan Wayang Tinggi ini adalah arahan Fairuz Loy dan dibintangi Fouziah Gous, Zain Hamid (Ruffedge), Sharifah Sakinah, Datin Noniswara, Namron, Dato’ Zamshuri Ramli, Adam Shah, Jaslin Puasa, Jobot, Ucop Cecupak dan Saiful Nizen.


Foto: budiey.com dan mstar.com.my

Sinopsis Dendam Sarakit:

Rafiq pulang ke Kuala Lumpur melawat ibunya, Puan Mariam selepas beberapa bulan mereka berkahwin. Rafiq (Zain Hamid) ditugaskan oleh majikannya di sempadan Malaysia / Thailand. Dia telah bertemu dengan Sarakit (Fouziah Gous), seorang gadis berketurunan Siam. Walaupun hubungan cinta Rafiq dan Sarakit tidak direstui oleh ibu Rafiq, Puan Mariam (Datin Noniswara), mereka telah berkahwin dan berjanji untuk sehidup semati walaupun apa halangan yang datang.
 
Rafiq yang bimbang dengan keadaan isterinya yang sedang berbadan dua telah bergegas pulang. Puan Mariam kecewa dengan sikap anaknya yang ingkar dengan kehendaknya supaya meninggalkan Sarakit. Puan Mariam sanggup menggunakan khidmat bomoh dan berpakat dengan Dina (Sharifah Sakinah) untuk memisahkan Rafiq dan Sarakit. Dalam diam-diam, Dina telah mengikut Rafiq pulang.

Rafiq pulang ke pangkuan Sarakit tanpa menduga tragedi yang sudah menimpa ke atas Sarakit. Penduduk kampung digemparkan oleh beberapa kejadian aneh. Mereka sering terserempak dengan hantu tenggek. Pada waktu yang sama, perogol Sarakit didapati mati seorang demi seorang dalam keadaan yang mengerikan. Ramdi (Adam Shah) yang turut berada di tempat kejadian semasa Sarakit dirogol pada malam peninggalan Rafiq telah meninggalkan kampung kerana takut dengan hantu Sarakit.

Sementara itu, Puan Mariam juga diganggu oleh lembaga yang menyerupai wajah Sarakit. Dengan bantuan Ustaz Hambali (Dato’ Zamshuri Ramli), Puan Mariam berjaya dipulihkan malah Ustaz Hambali juga mendapat alamat bahawa sesuatu yang buruk telah berlaku pada Rafiq. Justeru, Ustaz Hambali telah pergi ke tempat tinggal Rafiq dan Sarakit.

Sejak kedatangan Ustaz Hambali, Sarakit sering kelihatan resah. Dia merayu kepada Rafiq agar Rafiq jangan berubah hati walaupun apa yang akan berlaku. Sarakit juga meminta agar Rafiq menjaga anak mereka dengan baik. Ustaz Hambali mendedahkan perkara sebenar kepada Rafiq bahawa Sarakit telah mati. Qarin Sarakit telah dipuja dan menguasai badan Dina untuk bersama Rafiq. Namun, demi cintanya kepada Sarakit, Rafiq berjanji akan terus tinggal bersama Sarakit sambil menunggu kelahiran anak mereka.

Ramdi muncul semula di kampung. Apakah Ramdi akan menceritakan kejadian rogol yang dilakukan oleh Jali, Keol, Gato dan Tat? Apakah pula kaitan Pak Bado dengan kematian Sarakit? Berjayakah Ustaz Hambali memisahkan Rafiq dan Sarakit serta memulihkan semangat Rafiq? Apakah yang akan terjadi kepada Dina?
Sumber: www.tv3.com.my

Selamat menonton! Okbai! 

p/s: Jemput singgah ke entry contest iPhone 5 Gadget Impian dan kalau sudi click la button G+1 tu. Thank you! :D 
 

Tags

Post a Comment

4Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.
  1. saya tak pernah tgk cerita2 dari slot seram ni... sinopsis macam best... er... awak tgk ke?

    ReplyDelete
  2. @Nora Karim Sama la madam, tak pernah tengok langsung.. tak suka cerita hantu kot. saya layan slot akasia je! hahaha! :p

    ReplyDelete
  3. @Anonymous yess! jalan cerita mcm menarik kan?

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Learn More
Accept !
To Top