Sebuah lagi drama menarik bakal bersiaran di Tv3 bagi menggantikan 7 Ramadan menerusi Slot Samarinda mulai 4 September 2012, setiap Selasa & Rabu pada jam 10.30 malam dan Khamis jam 9.30 malam.
SAIFUL NITA, merupakan drama bersiri terbitan Pena Creative di bawah arahan Amy Maziah, manakala skrip digarap oleh novelis terkenal Sharifah Abu Salem.
Drama bersiri 25 episode ini dibintangi Aidil Aziz, Kilafairy, Linda Hashim, Arash Mohd, Mariah Faridah, Dato’ Jalaludin Hassan, Hamidah Wahab, Fauzi Nawawi dan Syura.
Foto: Budiey.com & adamya.blogspot.com
Sinopsis Saiful Nita:
Kisah ‘Saiful Nita’ bermula apabila Saiful (Aidil Aiziz) disatukan
oleh bapanya dengan anak perempuan Tan Sri Sulaiman, Nita (Kilafairy)
yang mempunyai sikap suka memberontak dan berfoya-foya. Tujuan bapa
Saiful, Datuk Mahmud menyatukan Saiful dan Nita kerana dia ingin
mengambil kesempatan di atas kekayaan yang dimilik oleh keluarga Tan Sri
Sulaiman.
Setelah genap sebulan bertunang, Nita mula menuntut agar Saiful
memutuskan pertunangan mereka. Bagaimanapun Saiful enggan memutuskan
tali pertunangan mereka sehinggalah Saiful bertemu dengan seorang wanita
yang baik hati bernama Netty.
Sementara itu, Nita yang sedang menjalinkan hubungan dengan Doktor
Effendi, telah mendapat satu tamparan hebat apabila dia ditinggalkan
oleh kekasihnya. Nita juga mengalami gangguan jiwa dan sering bertindak
di luar kawalan. Sebagai ‘tunang’, Saiful bersimpati dengan nasib Nita
dan sering berada di sisi Nita. Saiful sanggup melakukan apa sahaja
untuk menggembirakan Nita.
Nita mula sedar bahawa Saiful merupakan seorang lelaki yang baik dan
dia tidak seharusnya melepaskan lelaki sebaik itu. Nita mula menyukai
Saiful. Akan tetapi di dalam hati Saiful kini sudah ada nama wanita lain
iaitu Netty. Masih wujudkah lagi perasaan sayang Saiful terhadap Nita?
Siapakah menjadi pilihan hati Saiful? Adakah Nita wanita yang pernah
meranapkan perasaannya atau Netty wanita yang memahaminya?
Sumber: Facebook Saiful Nita