Drama 'Julia' bakal melabuhkan tirainya dan akan disusuli dengan sebuah
lagi drama bersiri terbaru, CINTA ITU MILIKKU bagi mengisi Slot Akasia
di Tv3.
Cinta Itu Milikku menerima sentuhan dari pengarah yang pernah mengarahkan Vanila Coklat iaitu Emi Suffian Sabhe dan skrip pula digarap oleh Zarihah Hassan.
Drama 24 episod terbitan Orangetree Production ini dibintangi Emma Maembong, Fazreen Rafi, Ana Dahlia, Erry Putra, Mustapha Kamal, Karl Shafek, Dato’ Aziz Singah, Sherry Merlis, Adik Putri Balqis, Ridzuan Hashim dan ramai.
Cinta Itu Milikku bakal membuka tirainya mulai 12 November 2012, setiap Isnin hingga Khamis jam 7 malam.

Sinopsis Cinta Itu Milikku:
Drama ‘Cinta itu Milikku’ mengisahkan tentang Rania (Emma Maembong) iaitu anak kedua daripada 3 orang adik beradik bercinta dengan Zafril (Fazreen Rafi). Namun begitu, bekas tunang Zafril, Dini (Ana Dahlia) tidak berpuas hati dengan hubungan Zafril bersama Rania kerana Dini beranggapan bahawa Rania telah merampas cintanya.
Setelah Rania dan Zafril selamat diijab kabulkan, Dini menjadi semakin marah dan mula menyimpan perasaan dendam. Dini sanggup melakukan apa sahaja asalkan dapat membuat Zafril kembali ke pangkuannya.
Dini mendapat tahu Rania mempunyai seorang abang bernama Ridzuan (Karl Shafek). Dini memulakan permainannya dengan menggunakan Ridzuan sebagai senjata untuk mendekati keluarga Rania. Sikap Ridzuan yang sememangnya pantang melihat perempuan cantik dan seksi telah memudahkan rancangan Dini untuk mendampinginya.
Setelah berjaya menakluk hati Ridzuan akhirnya Dini berkahwin dengan Rizduan. Zafril yang terkejut mendapat tahu bekas tunangnya itu berkahwin dengan abang iparnya, dapat merasakan Dini mempunyai niat tidak baik. Namun dia terpaksa berdiam diri kerana beranggapan itu adalah urusan keluarga isterinya. Begitu juga dengan Rania, dia dapat merasakan kehadiran Dini tidak ikhlas mendampingi abangnya dan mula perhatikan gelagat Dini.

Dini bukan sahaja berjaya memperdaya Ridzuan malah semua ahli
keluarga Rania tertipu dengan sikap lemah lembut Dini. Apabila Zafril
keseorangan, Dini akan mendekati Zafril dan mengingatkan segala kenangan
indah mereka semasa bertunang. Rania yang perasan akan kelakuan Dini
itu berasa kurang selesa.
Ketika Rania sedang sarat mengandung, dia dikejutkan dengan khabar
yang sangat tidak diduga. Suami yang dicintai telah terkorban dalam kemalangan jalan raya semasa dalam perjalanan pulang ke Kuala Lumpur.
Kematian Zafril bukan sahaja meruntun hati Rania malah Dini juga terasa
kehilangan Zafril dan sesungguhnya hati Dini hancur luluh.
Setelah lama kehilangan orang tersayang, Rania berkahwin dengn Doktor
Shafiq (Erry Putra) yang juga doktor peribadi keluarganya. Biarpun
telah berkahwin, namun di dalam hati Rania masih bertakhta nama Zafril.
Pada suatu hari, Rania telah mendapat sepucuk surat dan sehelai sapu
tangan miliknya pemberian Zafril kepadanya. Sapu tangan itu telah dibawa
oleh Zafril ketika dia bekerja di luar negara sebelum terbabit di dalam
nahas kapal terbang. Rania terkejut dan yakin bahawa Zafril masih
hidup.
Ternyata sangkaan Rania benar apabila mendapat tahu Zafril masih
hidup. Rania yang amat rindukan Zafril, ingin bersamanya tetapi hasrat
itu pasti tidak akan menjadi kenyataan kerana Rania telah menjadi isteri
kepada Doktor Syafiq. Apa yang akan terjadi seterusnya? Adakah Doktor
Syafiq sanggup melepaskan Rania dan membiarkan isterinya bersama Zafril?
Apakah punca yang mengakibatkan Zafril sehingga dianggap sudah
meninggal dunia? Adakah kehilangan Zafril mempunyai kaitan dengan Dini
atau dengan seseorang yang tidak disangka?
Selamat menonton! Okbai!
p/s: Jemput singgah ke entry contest iPhone 5 Gadget Impian dan kalau sudi click la button G+1 tu. Thank you! :D

<-- previous entry: TROLL THURSDAY: Diego Maradona ke Kelantan
cam best..ag best ag puteri balkis..huhu
BalasPadammesti dr peribadi (ery putra) tu punye angkara yg sebabkan semua orang ingat zafril meninggal..agaknye la..
BalasPadam