Hello internet! Pernah tak cuba air Lemon Fresh Fizz kat KFC? Bila tengok advertisement KFC Krusher tu nampak sedap je. Sebelum ni tengok je, so bila saya cuba hari tu... sedap gila kot!
Rasa dia masam-masam dan fresh sebab dia letak daun pudina. Fuhh! Bila usha2, rupanya senang je nak buat. Bahan-bahannya tak susah, cuma air Sprite, lemon, dan daun pudina.
Disebabkan teringin sangat nak minum, saya pun buat sendiri kat rumah. Senang je, cuma masukkan air perahan lemon (setengah biji untuk satu hidangan), dan beberapa helai daun pudina ke dalam air Sprite. Lepas tu masukkan ais. Tadddaa!
Oh, bagi anda yang tak nak minum minuman bergas, boleh guna air kosong + air gula.
Sedap okay! Manis, masam, dan fresh! Rasa sebijik macam kat KFC. Bila tiba bulan puasa nanti boleh cuba untuk berbuka.
Selamat berpuasa!
macam best... kena try ni.. :)
BalasPadamuishhh...sedap nih!
BalasPadamthanks sharing, nak buat lah :)
BalasPadamFuh! sedap ni.. kena cuba
BalasPadamhttp://sweetmom83.blogspot.com