Review Muka Baru Blog Denai Hati

0

Hello internet! Perasan tak blog famous Denai Hati (DH) dah berwajah baru? Maklumlah, blog DH dah berusia lima tahun jadi harus lah sejajar dengan peredaran semasa.

Seriously, muka baru blog DH ni memang nampak awesome. Sebelum ni blog DH memang dah awesome, tapi bila diperbaharui ia lebih nampak tersusun, dan kelihatan profesional selari dengan kualiti kandungannya yang memang sudah diketahui umum.

Jika dilihat dari segi design, ia nampak lebih mudah difahami dan disusun mengikut entry terkini (6 entry). Theme color masih lagi dikekalkan dengan warna putih iaitu warna kegemaran SEO. Tenang je bila membaca. Paparan bergambar juga diperbaharui, lebih mudah dengan automatic preview atau hanya perlu click butang 'seterusnya'.


Butang perkongsian laman sosial (Twitter, G+, Facebook, Youtube) juga diletakkan ditempat yang sepatutnya, takde la readers tercari-cari untuk sebarkan entry terkini kan? Begitu juga dengan search box yang diletakkan dibahagian atas memudahkan pembaca mencari entry terdahulu dengan lebih specific.

Header terbaru kelihatan cukup 'strong' dengan logo bersama menu button yang penuh dengan maklumat menjadikan blog DH kelihatan begitu  profesional. Ye lah, header kan element paling penting di mana ia merupakan 'first impression' pembaca terhadap blog kita.

Sidebar dah cun, hanya letakkan widget yang penting sahaja. Menarik dan sedap mata memandang. Bahagiah footer pula diletakkan jenama-jenama besar yang pernah bekerjasama dengan DH. Sekaligus boleh meyakinkan pembaca betapa kukuhnya nama DH dalam alam maya.

Ruangan komen menjadi kegemaran saya sejak dahulu lagi. Dengan adanya Comment Luv, rakan blogger yang komen di blog DH akan menerima backlink yang berkesan. Tak perlulah saya cerita lagi tentang kelebihan backlink ni, sebab semua orang tahu ia memang baik untuk Alexa dan pagerank. 

Kalau anda semua perasan, load time blog DH juga berbeza dari sebelum ni. Walaupun ada beberapa element yang ditambah namun, pembaca tidak perlu menunggu lama untuk melihat paparan penuh blog DH.

Blog DH sudah melaui 4 kali pengubahsuaian sejak menggunakan platform Wordpress, to be honest muka baru kali adalah yang paling awesome. Terima kasih kepada brader Eizil dan team DH yang bekerjasama untuk menambah baik jenama Denai Hati demi keselesaan pembaca.

Apa yang boleh saya ringkaskan, blog DH kini lebih mudah dibaca, kemas, friendly, dan profesional. Ia memberi satu pengalaman baru kepada pembaca. Selamat maju jaya!

bentuk terbaru blog Denaihati pada kali ini merupakan pengubahsuaian kali ke-4 yang pernah dilakukan oleh team Denaihati sendiri sejak blog ini berblogging menggunakan platform wordpress. Dan kumpulan yang bertanggungjawab penuh terhadap penampilan baru ini tidak lain tidak bukan ialah Eizil Network. - See more at: http://www.azrijohan.com/2013/07/blog-denaihati-semakin-hensem-maskulin.html#sthash.c5ramK36.dpuf
Reka bentuk terbaru blog Denaihati pada kali ini merupakan pengubahsuaian kali ke-4 yang pernah dilakukan oleh team Denaihati sendiri sejak blog ini berblogging menggunakan platform wordpress. Dan kumpulan yang bertanggungjawab penuh terhadap penampilan baru ini tidak lain tidak bukan ialah Eizil Network. - See more at: http://www.azrijohan.com/2013/07/blog-denaihati-semakin-hensem-maskulin.html#sthash.c5ramK36.dpuf
Reka bentuk terbaru blog Denaihati pada kali ini merupakan pengubahsuaian kali ke-4 yang pernah dilakukan oleh team Denaihati sendiri sejak blog ini berblogging menggunakan platform wordpress. Dan kumpulan yang bertanggungjawab penuh terhadap penampilan baru ini tidak lain tidak bukan ialah Eizil Network. - See more at: http://www.azrijohan.com/2013/07/blog-denaihati-semakin-hensem-maskulin.html#sthash.c5ramK36.dpuf
Dengan design terbaru blog DH ini sedikit sebanyak memberi motivasi kepada saya untuk menambah baik blog sediri.

Saya tetap nak buat review muka baru Blog Denai Hati walaupun nampak macam dah lebih dari 20 penyertaan.


Previous entry: Cara Buat Lemon Fresh Fizz
Tags

Post a Comment

0Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.
Post a Comment (0)

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Learn More
Accept !
To Top