Baru-baru ni saya beli buku FAIL SULIT PRESIDEN AMERIKA (FSPA) yang ditulis oleh Muhd Nur Iman Ramli. Sudah pasti saya tertarik untuk mendapatkan buku ini kerana tajuknya. Sebab saya cukup berminat dengan apa sahaja yang berkaitan dengan United States of America. Hehe!
So, lepas habis baca saya kira maklumat yang terdapat dalam buku ni tidak lah se-sulit mana. Well, I wasn't expecting too much sebab takkan rakyat Malaysia boleh tahu rahsia sulit Amerika kan?
Buku ni membawa pembaca memahami sejarah ringkas Amerika, hubungan negara berkenaan dengan Israel, serta latar belakang 44 presiden dan penekanan diberikan kepada Presiden Barack Obama sebagai presiden pertama berketurunan Afro-America negara Uncle Sam tu.

Pada saya FSPA sarat dengan pengetahuan menarik berkenaan Amerika serta pengaruh individu yang dianggap paling berkuasa di dunia. Sedikit fakta ringkas mengenai White House, serta sekitar kehidupan seorang presiden.
Walaupun kesemua maklumat boleh didapati dari internet, tapi tidak sama dengan gaya penulisannya yang santai dan mudah difahami membuatkan pembaca ingin terus menyelami isi kandungan buku ini.
Walaupun kesemua maklumat boleh didapati dari internet, tapi tidak sama dengan gaya penulisannya yang santai dan mudah difahami membuatkan pembaca ingin terus menyelami isi kandungan buku ini.
Jika anda meminati filem National Treasure: Presiden's Book Of Secrets, White House Down, Air Force One, dan beberapa lagi karya berkisar tentang kerajaan Amerika, buku ini adalah highly recommended.
So far, best dan sangat berbaloi. Boleh didapati dengan harga RM20 atau RM17.50 di pasaraya Mydin. Hehe..
Previous entry: (Sinopsis) Love You Mr Arrogant di Slot Akasia
ok. nanti cuba cari plakk..
BalasPadamBaca la.. tak rugi, banyak info.. :)
Padammemang tajuk tu sangat invitinglah nik... he he he...
BalasPadam