SEMAK STATUS PERMOHONAN BR1M 3.0

3
Seperti yang anda ketahui, Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M 3.0) akan diagihkan bermula 22 Februari 2014. Bagi anda yang telah memohon, semakan status permohonan BR1M 3.0 boleh dibuat melalui beberapa cara.

Cara Semak Status Permohonan BR1M 3.0

1. Melalui talian bebas tol Kementerian Kewangan Malaysia (1-800-222-500), atau talian bebas tol Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) (1-800-88-2716). Semakan boleh dibuat setiap Isnin hingga Khamis, jam 9 hingga 5 petang.

2. Sebarang semakan atau pertanyaan juga boleh menerusi email br1m3@treasury.gov.my

3. Bagi pemohon yang tidak mempunyai akaun bank, pihak kerajaan akan mengumumkan keputusan melaui penghataran surat secara berperingkat. Jika anda layak menerima bantuan, tarikh dan tempat penyerahan akan dinyatakan dalam surat berkenaan.


Bagi pemohon yang tidak berjaya, anda boleh mengemukan rayuan untuk mendapatkan BR1M melalui borang yang disediakan di pejabat cawangan LHDN dan agensi kerajaan berkaitan, atau muat turun dari laman web Kementerian Kewangan.


Previous entry: Kenapa Dengan Nuffang? 
Tags

Catat Ulasan

3Ulasan
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.
  1. sob2. PG tak dapat.
    tapi inshaAllah, try untuk merayu :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sy da byk kqli ke atm..lgsung xmsok... Cmne nk dpt kn brim :-(

      Padam
    2. semak dulu samada awak layak atau tidak. Kalau layak insyaALLAH dapat sebab dia masukkan secara berperingkat. kalau tak dapat jugak, boleh call LHDN.. :)

      Padam
Catat Ulasan

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Learn More
Accept !
To Top