Antara buku yang mencatat jualan terlaris di Malaysia. Hebatnya seorang anak muda yang tidak terkenal ketika hayatnya, tetapi disebut dan disanjung selepas kematiannya. Allahyarham Ahmad Ammar, seorang remaja berusia 20 tahun meninggal dunia di Turki akibat kemalangan jalanraya.
Memang ada niat untuk beli buku ni tapi kebetulan menang giveaway yang dianjurkan oleh blogger DialogUda. So, ini dia review buku Cerita Cinta Ahmad Ammar (CCAA) terbitan Karya Bestari…
Seawal muka ke 15 lagi buku ini sudah 'memanggil' pembaca untuk terus mendalami isi kandungan buku melalui warkah yang ditulis oleh ibu Ammar, iaitu Puan Nur Azlina. Ibunya menceritakan perihal Ammar yang memiliki akhlak terpuji sedari kecil. Ternyata akhlak Ammar berbeza dengan anak2 muda sebaya dnegannya. Ammar jauh lebih matang dari usianya. Bapa Ammar, Tuan Hj Ahmad Azam menyifatkan pemergian Ammar ‘menghidupkan’ banyak jiwa.
Ketika sedang menuntut di Universiti Marmara, Ammar telah berjaya khatam Risalah an-Nur dan menghayati isi kitab itu dalam masa lapan bulan, di mana agak mustahil bagi pelajar semuda itu untuk menguasainya. Penguasaan dan fahamannya menyebabkan Ammar diberi kepercayaan oleh gurunya untuk mengajar Risalah an-Nur kepada umum.
Pada hari kematiannya, Ammar dalam perjalanan untuk mengajar buat kali pertama Risalah an-Nur kepada pelajar yang baru tiba di Turki. Dan tajuk yang sepatutnya Ammar sampaikan pada hari tersebut adalah ‘Keikhlasan’. Ammar menghembuskan nafas terakhir ketika dalam perjalanan untuk menyampaikan ilmu akhirat.
Jasad Ammar disemadikan di Perkuburan Eyub Sultan
menghadap Laut Golden Horn, yang menempatkan lebih 60 jasad para sahabat
Nabi, auliya’, Panglima Uthmaniyyah dan orang-orang kenamaan di Turki.
Perjuangan dakwah Ammar, kajiannya dalam sejarah Uthmaniyyah, semangat jihad, dan akhlaknya wajar mampu membakar semangat juang anak muda. Selain menjaga hubungan dengan ALLAH, sikap Ammar yang disenangi orang sekelilingnya wajar dijadikan contoh untuk diteladani.
Apa yang menarik tentang buku CCAA ini adalah, bukan sahaja ia ditulis oleh ibu bapa Ammar, malah kakak dan rakan-rakannya turut mencoret kenangan sepanjang hayat Ammar. Selain menceritakan keperibadian Ammar, buku ini turut menyelitkan beberapa hadith, dan serba sedikit mengenai Risalah an-Nur tulisan Imam Badiuzzaman Said Nursi.
Saya hampir tidak dapat mengesan kelemahan yang terdapat dalam buku CCAA kecuali ketiadaan caption untuk menceritakan momen pada setiap gambar dan perlu dinyatakan siapa penulis (hubungan dengan Ammar) bagi setiap chapter.
Kualiti Kualiti buku CCAA memang terbaik. Buku Cerita Cinta Ahmad Ammar berharga RM23, dengan ketebalan hampir 400 muka surat berwarna, serta input yang diperolehi pembaca ternyata buku ni memang berbaloi untuk dimiliki.
Entry review terdahulu: REVIEW / SPOILER: Buku Trilogi The Hunger Games
Previous entry: (Sinopsis) Masihkah Ada Cinta di Slot Samarinda
Ketika sedang menuntut di Universiti Marmara, Ammar telah berjaya khatam Risalah an-Nur dan menghayati isi kitab itu dalam masa lapan bulan, di mana agak mustahil bagi pelajar semuda itu untuk menguasainya. Penguasaan dan fahamannya menyebabkan Ammar diberi kepercayaan oleh gurunya untuk mengajar Risalah an-Nur kepada umum.
Pada hari kematiannya, Ammar dalam perjalanan untuk mengajar buat kali pertama Risalah an-Nur kepada pelajar yang baru tiba di Turki. Dan tajuk yang sepatutnya Ammar sampaikan pada hari tersebut adalah ‘Keikhlasan’. Ammar menghembuskan nafas terakhir ketika dalam perjalanan untuk menyampaikan ilmu akhirat.
Perjuangan dakwah Ammar, kajiannya dalam sejarah Uthmaniyyah, semangat jihad, dan akhlaknya wajar mampu membakar semangat juang anak muda. Selain menjaga hubungan dengan ALLAH, sikap Ammar yang disenangi orang sekelilingnya wajar dijadikan contoh untuk diteladani.
Apa yang menarik tentang buku CCAA ini adalah, bukan sahaja ia ditulis oleh ibu bapa Ammar, malah kakak dan rakan-rakannya turut mencoret kenangan sepanjang hayat Ammar. Selain menceritakan keperibadian Ammar, buku ini turut menyelitkan beberapa hadith, dan serba sedikit mengenai Risalah an-Nur tulisan Imam Badiuzzaman Said Nursi.
Kualiti Kualiti buku CCAA memang terbaik. Buku Cerita Cinta Ahmad Ammar berharga RM23, dengan ketebalan hampir 400 muka surat berwarna, serta input yang diperolehi pembaca ternyata buku ni memang berbaloi untuk dimiliki.
Entry review terdahulu: REVIEW / SPOILER: Buku Trilogi The Hunger Games
Previous entry: (Sinopsis) Masihkah Ada Cinta di Slot Samarinda
Saudara Ammar itu memang hebat. Patut jadi tauladan kita semua.
BalasPadamyey.. dah ada review... nanti saya link je la trs ke sini.. hahahhaha (buku dah habis baca tapi tak smpt lagi nak review... :p)
BalasPadam