The Maze Runner adalah siri pertama dari empat novel bergenre sains fiksyen karya James Dashner. Diterbitkan pada 2009 oleh Delacorte Press, The Maze Runner (TMR) kemudian disusuli dengan buku kedua The Scorch Trials yang diterbikan pada 2010, The Death Cure (2011), dan The Kill Order (2012).
First, saya tak berniat pun nak beli buku ni. Tapi saya TER-beli dengan dengan harga RM12 daripada harga asal RM34.90 masa Pesta Buku Popular Bookstore hari tu. RM12 untuk buku berbahasa Inggeris? Murah gila!
Sinopsis ringkas The Maze Runner
Review buku The Maze Runner
Ada beberapa point yang membolehkan saya terus membaca buku ini dengan penuh minat. TMR memiliki plot yang cukup menarik dan hampir tidak ada bahagian yang membosankan. James Dashner telah meletakkan elemen suspen dalam setiap chapter menyebabkan pembaca terus 'melekat' pada buku untuk mengetahui kisah seterusnya.
Thomas tersedar di dalam sebuah lift, tanpa sebarang memori kecuali namanya sendiri dia cemas dengan situasi yang dilaluinya. Lift tersebut berakhir di sebuah penempatan yang terdiri dari remaja yang menggelarkan diri mereka sebagai Gladers. Seperti Thomas, mereka juga tidak mempunyai sebarang memori dan terperangkap di dalam The Glade yang dikelilingi dinding gergasi yang membentuk pagar sesat (Maze).
Demi kelangsungan hidup, para Gladers membahagikan tugas mengikut kepakaran masing-masing dan menetapkan peraturan yang dipersetujui bersama. Di kalangan mereka, ada sekumpulan remaja yang bergelar Runners yang ditugaskan untuk masuk ke dalam Maze dan meneroka pagar sesat yang sentiasa berubah untuk mencari jalan keluar. Runners hanya dibenarkan memasuki Maze pada waktu siang kerana selepas senja Maze akan dipenuhi oleh Grievers, iaitu makhluk mekanikal yang boleh membunuh.
Kehadiran Thomas meresahkan para Gladers kerana selepas kemunculannya banyak perkara aneh terjadi seperti diserang oleh Glader yang pernah disengat Griever dan bekalan makanan mereka dihentikan. Thomas juga melanggar peraturan utama iaitu masuk ke dalam maze pada waktu malam untuk menyelamatkan Alby dan Minho. Keadaan menjadi huru-hara apabila seorang perempuan muncul dari lift dan merupakan satu-satunya perempuan yang dihantar bersama nota misteri.
Kehadiran Thomas dan gadis itu tidak disenangi Thomas dituduh bersekongkol dengan orang yang bertanggungjawab mengurung mereka di situ.Bagi Thomas, dia hanyalah seperti Gladers lain yang ingin mencari jalan keluar. Kehadiran gadis itu seolah-olah memberitahu hanya dia yang boleh menyelesaikan misteri Maze.
Review buku The Maze Runner
Ada beberapa point yang membolehkan saya terus membaca buku ini dengan penuh minat. TMR memiliki plot yang cukup menarik dan hampir tidak ada bahagian yang membosankan. James Dashner telah meletakkan elemen suspen dalam setiap chapter menyebabkan pembaca terus 'melekat' pada buku untuk mengetahui kisah seterusnya.
Terdapat momen sedih dan tekanan seperti kematian beberapa orang Gladers sepanjang penceritaan. Namun Dashner bijak menceriakan mood pembaca dengan menyelitkan elemen humor tepat pada masanya. I took me awhile untuk mengingati terms yang digunakan seperti 'klunk', 'shuck', 'greenie', 'slopper', 'shank', dan banyak lagi.
Sebahagian daripada buku TMR memerlukan kesabaran pembaca untuk menantikan jawapan kepada misteri Maze walaupun akhirnya terungkai di pengakhiran buku. Walaubagaimanapun, tidak semua persoalan diperjelaskan kerana Dashner meninggalkan jawapan di dalam sequel sebelumnya. (of course, because he wants my money!)

Suspen
Terdapat beberapa babak that gave me chills, terutamanya apabila Teresa meberitahu Thomas bahawa Maze adalah code yang perlu diselesaikan. Ketika membaca buku ini, tidak kira di halaman atau bab mana sekalipun, terdapat senario yang menarik perhatian. Apabila anda fikir keadaan kembali reda di The Glade selepas berlaku kekacauan.... BAM!!! Terdapat kejutan yang mampu membuatkan anda tersenyum.
Tidak dinafikan TMR bermula agak perlahan, Thomas berada di dalam The Glade dan bingung dengan apa yang berlaku. Dan sebagai pembaca, that's your part untuk mengumpul maklumat dari helaian pertama.
Tidak dinafikan TMR bermula agak perlahan, Thomas berada di dalam The Glade dan bingung dengan apa yang berlaku. Dan sebagai pembaca, that's your part untuk mengumpul maklumat dari helaian pertama.
Keseluruhan
TMR mempunyai penceritaan yang kuat, ditulis secara fast-paced, plot yang sukar dijangka. Dashner mengisi setiap helaian dengan dengan kisah yang menarik selain meninggalkan misteri disetiap penghujung bab. TMR memiliki beberapa karakter yang disenangi, persahabatan antara Thomas dan Chuck probably my favorite.
Walaubagaimanapun, TMR masih berpegang kepada tradisi filem Hollywood di mana watak utama mempunyai keberanian, bijak, atau 'The Chosen One' dan muncul sebagai hero yang menyelamatkan keadaan.
Walaubagaimanapun, TMR masih berpegang kepada tradisi filem Hollywood di mana watak utama mempunyai keberanian, bijak, atau 'The Chosen One' dan muncul sebagai hero yang menyelamatkan keadaan.
Nak speaking English, tapi grammar berterabur? Boleh rujuk e-Book English Itu Mudah
Jika anda inginkan buku fiksyen yang penuh dengan adventure, aksi, dan misteri, TMR is highly recommended. Saya dah bagi spoiler buku The Hunger Games dalam entry sebelum ini, tapi tidak bagi The Maze Runner.
Sehari lepas beli buku ni, baru saya tahu yang The Maze Runner bakal diadaptasi kepada filem. Yes!!! I'm looking forward to getting into the next sequel, The Scorch Trials and the movie too!
Saya tinggalkan anda dengan trailer filem The Maze Runner! :)
Saya tinggalkan anda dengan trailer filem The Maze Runner! :)
Review sekuel The Maze Runner dalam Bahasa Melayu dah siap, rujuk di:
The Scorch Trials
The Death Cure
The Kill Order
Review buku terkini: More Than This
Review buku terdahulu: Cerita Cinta Ahmad Ammar
Previous entry: (Sinopsis) Kerana Terpaksa Aku Relakan di Slot Akasia
minat tengok filem dia. malas baca buku. sibuk sket sekarang. hehe
BalasPadammemang dia buat movie sebijik ikut buku ni...bagi yang malas nak baca buku...layan movie The Maze Runner ni untuk dapatkan gambaran sebenar perjalanan Thomas dan The Gladers...:D
BalasPadam