Sedar tak sedar sudah masuk minggu kedua umat Islam berpuasa, Ramadan merupakan masa terbaik untuk melakukan ibadah kepada Allah dan berbuat baik sesama manusia.
Oleh itu umat Islam perlu bijak dalam menjaga cara pemakanan dan kesihatan tubuh badan dalam memastikan kita sentiasa bertenaga dan sihat sepanjang bulan Ramadan.
Berikut merupakan beberapa tips untuk kekal segar dan cergas di bulan puasa.
1. Minum air yang mencukupi
Pengambilan air yang banyak sewaktu sahur dan berbuka amatlah penting bagi memberi tenaga untuk melakukan aktiviti sepanjang hari. Selain mencegah dari dehidrasi, meminum air dengan kuantiti yang banyak dapat menggantikan semula air yang hilang semasa berpuasa.
2. Bersahur
Selain mengikut sunnah Rasulullah SAW, sahur umpama sarapan pagi yang boleh membekalkan tenaga kepada kita sepanjang hari. Pengambilan makanan yang bergula dapat meningkatkan glukos dalam darah. Bersahur mampu menyuntik tenaga kepada tubuh berbeza dengan orang yang tidak bersahur, mereka akan mudah rasa letih dan tidak bermaya.
3. Elak makanan berempah
Elakkan daripada mengambil makanan berempah, pedas, dan berminyak. Kulit kita lebih cenderung untuk menyerap minyak daripada makanan jenis ini pada kadar yang lebih cepat. Seterusnya meningkatkan pengeluaran minyak dan air dari badan. Makan makanan yang membekalkan karbohidrat seperti nasi, roti, mi dan
ubi kerana ia membolehkan anda
bertahan lapar lebih lama.
4. Makan Sayuran
5. Kurma
Kurma memiliki banyak kebaikkan di bulan puasa, ia mengandungi fructosa dan dekstrosa (glukosa atau gula ringkas) yang boleh membekalkan tenaga segera kepada badan. Selain itu ia juga mempunyai serat yang sesuai untuk penghadaman dan memberikan tenaga yang berpanjangan.
6. Mandi
Air sejuk adalah yang terbaik untuk kulit pada bulan puasa kerana ia dapat membantu melega dan mengelakkan kulit dari kering. Elakkan mandi dengan air panas.
Sebahagian info saya cedok dari Reader's Digest edisi 2010... :)
Jemput singgah ke entri contest, BUFFET RAMADHAN CASA OMBAK.
Previous entry: Bendera Malaysia di Piala Dunia 2014
terima kasih berkongsikan info menarik ini..
BalasPadamnice info
BalasPadampart mandi tu paling betoii. Lepas mandi fresh ja rasa . Hahaha
dan rajin-rajin la bersahur ye.
BalasPadamdan rajin-rajin la bersahur ye.
BalasPadamSahur tu kena jugak
BalasPadamsalam, bukan ke makruh ke mandi pada bulan puasa?
BalasPadammandi sekadar utk segarkan badan.
Padam