Tugasan kedua contest iPhone 5s Gajet Impian Setiap Blogger sudah pun diumumkan oleh penganjur iaitu Denaihati (DH). Apa yang penting, blog ni tersenarai di antara 148 blog lain yang yang layak ke peringkat seterusnya.
Melalui tugasan kedua ini peserta perlu menjadi top 70 komen di blog DH dan tugasan ini bakal berlangsung selama sebulan bermula 15 September hingga 15 Oktober 2014.
Menjadi TOP KOMEN bunyi macam mudah tapi memerlukan masa, kesabaran, idea, kelajuan internet yang padu, serta kekuatan jari untuk ketuk keyboard. Cukup berbeza dengan contest iPhone 5 dahulu yang awal-awal lagi telah menekankan teknik SEO.
Tugasan untuk menjadi top komen iPhone 5s Gajet Impian Setiap Blogger memberi peluang sama rata kepada semua peserta tak kira blogger baru mahupun blogger dah ada nama di alam maya ni. Bermakna sebulan dari sekarang, separuh daripada peserta bakal tersingkir dan hanya blogger yang berusaha hingga ke saat terakhir bakal melepasi tugasan ini.
Saya menjangkakan tugasan ketiga berkaitan dengan SEO ataupun entri terbaik. But you can't really tell, sebab DH suka buat surprise.
Selamat maju jaya buat semua peserta iPhone 5s Gajet Impian Setiap Blogger!
Previous entry: Menang Cabaran Malaysia Di Sini Lahirnya Sebuah Cinta
as salam tuan tanah..
BalasPadamtahniah anda ada blog yg banyak info
jemput blogworking
www.yatiadam.com
terima kasih sudi singgah sini..
Padamsaya dah ke blog anda.. :)
Kann?? mana tahu kot2 ada iphone 5c? hihi!
BalasPadamBest sebab boleh berjumpa ramai blogger yg terror SEO..sambil BW sambil berkenalan di alam Maya..jemput singgah di blog saya ye www.miraclevitaminss.com
BalasPadam