REVIEW BUKU - More Than This

15


More Than This adalah buku pertama yang saya baca daripada penulis Patrick Ness. Ness tidak perlu diperkenalkan lagi kerana pernah mencipta nama menerusi The Chaos Walking.

Terlalu ramai yang memuji betapa hebatnya buku bergenre YA Dystopian yang diterbitkan pada 2013 ini sehingga ada yang menggelarkannya sebagai book of the year. Itu adalah salah satu sebab kenapa saya beli buku ni selain tertarik dengan kulit depannya.

Sinopsis buku More Than This (Bahasa Melayu)

Mengisahkan seorang remaja lelaki, Seth, yang mati lemas dan kemudian mendapati dirinya bukan berada di Amerika Syarikat tetapi di rumah lamanya di England, tempat dia dibesarkan. 


Beliau bingung dengan apa yang berlaku dan cuba mencari jawapan kenapa dia berada di situ. Seth tidak hanya kesunyian tetapi didatangi mimipi-mimpi buruk yang dipenuhi kenangan pahit sepanjang hidupnya.

Seth mencari jawapan kenapa dia berada di tempat itu, kerana dia sepatutnya sudah mati.

Ulasan buku More Than This


Perkara pertama yang menjadikan buku ini cukup istimewa adalah ia membuka tirainya dengan mematikan watak utama atau lebih tepat lagi, 'bunuh diri'. Seriously, bila kali terakhir anda baca buku yang mematikan watak utamanya? 

MTT terbahagi kepada empat bahagian di mana bahagian pertama dan kedua hanya menceritakan bagaimana Seth lemas dan mendapati dirinya keseorangan di tempat yang menjadi igauan ngerinya sejak kecil, iaitu England. Sesuatu yang buruk berlaku kepada adik lelakinya dan ia berpunca daripada Seth. Kerana itu dia membenci England kemudian berpindah ke Amerika Syarikat. Kemalangan itu menghantui Seth dan membuatkan dia berasa bersalah sepanjang hidupnya.



Patrick Ness mengembangkan jalan cerita melalui dua bahagian terakhir dengan memperkenalkan watak Thomasz dan Regine yang turut terperangkap bersama Seth dalam dunia asing itu. Debaran mula dirasai di bahagian terakhir dan MTT disudahi dengan penamat yang mampu membuat anda terpaku. Haa... plot-twist!!

Pembaca seolah-olah sedang menyusun kepingan puzzle dan Patrick Ness datang dan selerakkan semula kepingan itu.

Paling menarik, MTT dilengkapi dengan transisi present dan past di mana ia diselang-selikan dengan kehidupan Seth sebelum dia lemas. Di sini pembaca mula mengenal watak utama ini tentang bagaimana dia mengalami tekanan hidup sejak kecil dan rasa dipinggirkan oleh ibu bapanya sendiri. Lebih menambah derita remaja ini, Seth terpaksa berdepan dengan orang sekelilingnya apabila rahsia hubungannya dengan Gudmund terbongkar. 

Hampir separuh dari buku ini hanya melibatkan watak utamanya, tapi siapa sangka hanya dengan satu watak sudah cukup untuk menghidupkan sebuah buku?
"There's still no drown of machinery from anywhere, but he notices for the first time that there's no buzz of insects either, no calls of birds, not even any wind through the foliage.

Nothing but the sound of his own breathing."

Setiap momen dalam MTT diceritakan dengan begitu terperinci membuatkan pembaca seolah-olah berada di tempat watak utamanya, Seth. Ketika membaca MTT, pembaca dapat merasakan ketakutan, kebingungan, dan perasaan seperti dipinggirkan yang dialami Seth. 


Kelemahan

Pada saya watak Regine terlalu klise, jika filem atau buku yang dipenuhi dengan watak serius, akan ada satu watak gila-gila yang sentiasa menceriakan suasana walaupun di saat genting.
 
Pada awalnya, Seth mengingatkan saya pada watak Thomas dalam buku The Maze Runner. Namun kedua-dua buku ini mempunyai jalan cerita yang berbeza.
More Than This digarap dengan cukup indah dan dihiasi dengan struktur yang cukup bergaya. Anda tidak perlukan kisah cinta agung atau mengorbankan diri demi menyelamatkan cinta sejati untuk mengangkat sebuah novel. Penceritaan dan emosi yang mendalam sudah cukup untuk menjadi MTT sebuah novel yang hebat. 

More Than This adalah antara buku terbaik yang pernah saya baca. No wonder lah Goodreads rate sampai 4.6 bintang.

Lepas baca MTT ni buat saya nak baca The Chaos Walking, tapi tak nampak pulak di Popular Bookstore Kota Bharu. Takpe, sebab boleh beli buku secara online sebab MTT ni pun saya beli di MPH Online. 

*Saya tak nak bagi spoiler buku More Than This macam saya buat pada ulasan buku The Hunger Games.

Catat Ulasan

15Ulasan
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.
  1. Interesting book cover..... thanks for the review....Will want to read this next....

    BalasPadam
  2. wahhh... rajinnya membaca bukubahasa inggeris... Besh2...

    http://supernifzvitamin.com/sebab-kita-kena-minum-air-yang-banyak/

    BalasPadam
    Balasan
    1. tak la rajin sgt, baca buku best je. hehe!

      Padam
  3. Wahh bagusnya ada buat ulasan buku ... menarik niche ni tak ramai blogger buat ni ... :)

    BalasPadam
  4. macam best cerita ni..baca novel ni lagi feel dari tengok dekat tv

    BalasPadam
    Balasan
    1. memang baca novel lg best dr tv movie. feel dia semacam..

      Padam
  5. Dah lama tak beli buku genre macam ni dalam bahasa Inggeris

    BalasPadam
  6. dah lama tak baca orang buat review buku..review yang bagus..

    BalasPadam
  7. rajin benor baca buku tebal-tebal nih ye..

    BalasPadam
  8. terima kasih atas ulasannya..macam menarik je

    BalasPadam
  9. kalau buat filem pun mesti best cerita ni...tebal macam ni bersiri2 lah...

    BalasPadam
Catat Ulasan

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Learn More
Accept !
To Top