Blogger Buat Duit Online

26

Kalau nak cakap pasal blogger buat duit online memang tak akan habis sebab terlalu banyak cara untuk mereka jana pendapatan melalui blog. Ini sudah terbukti apabila ramai blogger yang mampu jana pendapatan  mencecah lima angka sebulan.
Blog bukan sahaja medium untuk kita berkongsi maklumat, berita semasa, dan kisah peribadi tetapi kini medium untuk kita jana pendapatan sampingan. Jadi kalau anda boleh menulis dan ada blog, rugi kalau tak ambil peluang ni sebab internet memang lubuk rezeki. Jom kita tengok beberapa cara untuk blogger buat duit online.  

Pasang Iklan


Letak iklan di blog adalah salah satu cara yang paling berkesan untuk blogger buat duit online. Sekarang ni pelbagai syarikat pengiklanan hari ini seperti Nuffnang, Komli, Google Adsense, Initty, H12, Geniee, dan Advertlets. Jadi blogger ada lebih banyak pilihan. Kalau ikutkan pengalaman saya, saya hanya pernah guna Nuffnang dan Komli. Walaupun dan banyak kali cashout Nuffnang, saya dah berhenti menggunakannya sebab kurang stabil. Sekarang ni saya beralih kepada Komli. Boleh tahan juga lagi pun ia dibayar dalam bentuk USD.

Pasang iklan dekat blog ni bunyi macam senang, jadi kenapa tak letak banyak-banyak kan? JANGAN! Ini boleh memberatkan blog dan meningkatkan loading time. Pengunjung tidak teragak-agak untuk klik pangkah pada tab jika blog and berat dan dipenuhi iklan.


Affiliate

Blogger berperanan sebagai ejen mempromosi produk atau perkhidmatan dan menerima komisen setiap kali pengunjung klik atau pun membeli produk melalui link/pautan yang anda berikan. Program affiliate ni memang betul- betul berkesan dalam menjana pendapatan sampingan yang agak lumayan kerana kebanyakkan komisen akan dibayar kira-kira 40%-50% dari harga produk.

Tambahan pula, ia akan terus dibayar melalui akaun bank jadi anda tidak perlu menunggu lama untuk mendapat bayaran. Tapi kalau nak betul-betul berjaya dalam affiliate ni, kena banyak ilmu SEO dan SERP serta strategi pemasaran dan ayat mempromosi kena power.  Saya dah mendaftar dengan Ashadee dan Lazada, kita tunggu dan lihat apa hasilnya nanti.

Advertorial

Jika blog anda sudah ada nama dan mempunyai jumlah pengunjung yang ramai, maka akan ada syarikat yang sanggup membayar anda untuk membuat ulasan mengenai produk atau servis mereka, dan inilah yang dipanggil 'advertorial'.

Sekarang ni ramai blogger yang buat duit dengan buat advertorial. Ada yang meletakkan harga serendah RM50 dan ada yang mencecah sehingga RM1000. Saya sendiri pernah buat entry advertorial dari Zalora ketika syarikat itu mula bertapak.

Sertai Contest

Contest dan giveaway sentiasa mendapat perhatian ramai blogger terutama sekali bila ia menawarkan hadiah yang lumayan. Saya sendiri pernah menang beberapa kontest dan giveaway dari blog hebat Denaihati dan yang lain seperti INI, INI, dan INI. Kebanyakannya adalah hadiah berupa wang tunai dan yang paling terkesan di hati bila saya menang trip yang ditaja sepenuhnya ke Manchester, UK untuk menyaksikan Man Utd lawan Chelsea di Old Trafford bernilai RM30k tahun lalu. Rezeki! 



Jangan pandang enteng kepada mereka yang join kontest ni. Jangan sesekali cakap, "alah, tu mesti nak benda free". Banyak kelebihan join contest ni dan bukan sekadar untuk menang wang tunai dan barang free sahaja.  Anda akan dapat backlinks percuma dari penganjur, selain itu boleh la berkenalan dengan peserta lain dan ini turut menyumbang kepada trafik blog. Secara tak langsung ia memberi kesan kepada earnings Nuffnang anda. 

Kalau ditanya berapa banyak income yang saya dapat melalui blog, apa yang boleh saya katakan adalah 'boleh tahan'. Kadang-kadang saya sendiri pun tak percaya duit sebanyak tu datang dari blog yang tak seberapa ni. Hehe!

Ramai blogger yang sudah berjaya buat duit online ni, ada juga yang gagal, dan ada juga yang masih belum mencuba. Untuk jadi blogger yang buat duit online ni bukan mudah, anda perlu mula dari bawah. Banyakkan belajar tenang ilmu SEO dan SERP, yang tu boleh belajar dari Kitab Teknik SEO Merah Jambu. Buat blog, hasilkan artikel yang mampu menarik pengunjung sebab anda perlu ingat, pengunjung ibarat nyawa sebuah blog. 

Nak buat duilt online ni tak memerlukan modal dan ia percuma, tetapi nak mendapatkan ilmu tentang bagaimana blogger buat duit online tu yang 'mahal'. Dan percayalah income pertama yang anda dapat walaupun sedikit mampu membakar semangat blogger!

Post a Comment

26Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.
  1. nampaknya kena banyak lagi belajar nih..

    baru leh buat duit online best-best.

    ReplyDelete
  2. billion terima kasih sudi meneruskan cabaran terakhir iPhone 5s gajet impian setiap blogger dan semuga sukses.

    ReplyDelete
  3. Byk lg yg perlu kami belajar utk menjadi blogger yg berjaya dan memberi manfaat kpd semua orang...

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang banyak. kena belajar dari blogger otai

      Delete
  4. Wow bestnya dapat pergi Old Trafford. semua ditaja pula tu

    ReplyDelete
  5. yang ke Old Trafford memang best!!

    dulu tak sempat masuk pulak contest tuu

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang best. rugi tak join, banyak juga hadiah lain

      Delete
  6. semoga berjaya...jika rajin bermacam-macam cara kita boleh mencari rezeki

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau ada blog, macam macam cara kita boleh buat duit

      Delete
  7. pergh berderet iklan berbayar, semoga semankin murah rezeki dengan aktiviti berblog ini

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhamdulillah. semoga iklan sentiasa ada kat sini. hehe!

      Delete
  8. kite jugak yang masih merangkak lagi haa :-(,tgk blogger lain mai terpikir bile la aku ni akan sampai tahap macam diorang...

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang susah nak jadi mcm diorang. kena kreatif

      Delete
  9. masih merangkak lagi ni....hihi...

    ReplyDelete
  10. tahniah sis menang trip ke old trafford..rare tu..sbb dapat pergi FREE.,hehe.btw, slam ukhuwah, ena baru je nk berjinak2 dalm dunia blogging..do support me;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. rezeki kan? saya pun terkejut. selamat datang ke dunia blogging. semoga berjaya :D

      Delete
  11. tahniah Nik Khazami, kagum dengan awak..:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya biasa2 je... ramai lagi blogger yang jauh lebih baik dan banyak buat duit dgn blog. hehe :)

      Delete
  12. Thanks for sharing, sukses terus..

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Learn More
Accept !
To Top