Pengalaman Banjir Kelantan 2014

5


Dah lama rasanya saya tidak terbitkan entry peribadi dalam blog ni. I used to write personal entries back in the days, but not anymore. Jadi entry pertama tahun 2015 ni saya mulakan dengan pengalaman banjir yang melanda Kelantan baru-baru ini.

Sepanjang hidup, ini merupakan banjir terburuk yang pernah saya lalui. Untuk fakta, kali terakhir banjir buruk melanda Kelantan adalah pada tahun 1967. Sebelum ini tak pernah pulak rumah saya di Kg Banggol, Kota Bharu ni di landa banjir. 



Sebelum tu semua orang dah kecoh pasal bandar Kota Bharu dah tenggelam. Kitorang relax lagi. Sampai la 25 Dis, jam 3 pagi, saya tengah fokus tengok filem Gone Girl, tetiba PAP!!! *BLACKOUT*


Pihak TNB terpaksa memotong bekalan elektrik sebab kenaikkan paras air dah melepasi paras bahaya. Kat rumah ni tak teruk pun, tapi for the first time ever air masuk sampai dalam pagar.



Enam hari jugak tak ada bekalan elektrik masa banjir ni. Tapi nasib baik ada generator. Boleh la ambil kesempatan charge fon, mandi, dan tengok berita. Time tu talian telefon tak berapa elok, takde internet, makan kena berjimat.



27hb, cuaca sudah mula panas tapi masih belum ada tanda-tanda air akan surut. Pada 28hb baru la nampak surut sikit. :) Kesian juga pada mereka yang rumah dinaikki air.


Namun pengalaman banjir saya tidak lah seteruk mana. Saya tidak bermalam pun di pusat pemindahan mangsa banjir. Mempunyai bekalan makanan yang mencukupi dan rumah saya tidaklah seteruk mereka yang kehilangan tempat tinggal di Kuala Krai yang disifatkan kawasan 'ground zero'.

Oh, kami yang tak terjejas sangat pun dapat bantuan banjir. Daripada siapa tu tak pasti, but THANKS! :D



Pasca Banjir Kelantan 2014

Saya sempat juga engok bandar Kota Bharu selepas banjir. Kota Bharu dah jadi Kota LUMPUR. Kesian pada pemilik premis perniagaan bila kedai mereka dipenuhi lumpur. Makan masa juga perniagaan mereka untuk kembali seperti sedia kala. 


Gambar Pasar Siti Khadijah selepas banjir.

Pasar Siti Khadijah pun dinaikki air, jadi peniaga terpaksa berniaga ditepi jalan.

Sumbangan kepada mangsa banjir: 1 komen = RM1

Kalau nak memberikan sumbangan kepada mangsa banjir, blogger hebat Malaysia, Denaihati (DH) ada membuka peluang buat blogger. Satu komen yang dihantarkan di blog DH berjumlah RM1. Ini adalah cara yang paling mudah untuk beri bantuan mangsa banjir. Cepat! Selagi peluang masih terbuka.


Previous entry: ULASAN FILEM - Gone Girl








Tags

Catat Ulasan

5Ulasan
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.
  1. 6 hari blck out pun dah resah, nikan banjir lagi. Mudahan banyak hikmah kejadian banjir terbesar kali ni. terima kasih iklan sumbangan tu dan mudahan ramai lagi membantu.

    BalasPadam
  2. Mmg kesian tgk mangsa banjir... apatah lagi yg dah kehilangan rumah yg dibawa arus... blk2 tgk ada tapak rumah je... sedih... mujur tmpt kamu tak trk sgt... pun gitu still terasa..

    BalasPadam
  3. Nampak banjir kali ini paling teruk membawa kemusnahan besar. Apa yang dibimbangkan adalah pasca pemulihan memerlukan sokongan dan bantuan kewangan yang besar.

    BalasPadam
  4. serius..memang ngeri gak fikir balik tragedi tahun lepas tu.

    BalasPadam
  5. ya allah...banjir kali ni memang terukkan...ada hikmahnya tu

    BalasPadam
Catat Ulasan

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Learn More
Accept !
To Top