Percutian Menarik di Hatyai - Part 1

12

Bermula cuti sekolah baru-baru ni sempat jugak bercuti ke Hatyai, Thailand. Ini merupakan pengalaman kedua saya bercuti ke luar negara, last year pergi UK, yang tu boleh baca di entry INI. Kali ni tak jauh, dengan buat roadtrip dari Kota Bharu ke Hatyai selama 3 hari 2 malam dengan menggunakan agensi pelancongan.


Perjalanan bermula dari imigresen Rantau Panjang di mana anda perlu menyerahkan passport atau Border Pass untuk diperiksa. Kami bertolak ke Hatyai melalui Pattani dan perjalanan sejauh 276km ini mengambil masa kira-kira 4 jam.


Walaupun percutian ke Hatyai dengan kereta tidak sepantas menaiki pesawat, namun melalui jalan darat anda dapat melihat sendiri warna warni kehidupan masyarakat Thailand. 

Lokasi persinggahan utama adalah Masjid Telok Manok, Pattani iaitu masjid berusia 300 tahun. Siap dibina pada tahun 1768, menjadikan Masjid Telok Manok sebagai masjid tertua di Thailand. Jika diperhatikan, masjid ini menggabungkan seni bina Thailand, Melayu, dan Cina. Walaupun usia masjid ini menjangkau ratusan tahun, namun ia masih boleh diguna oleh masyarakat Islam setempat. 







Pemandu pelancong akan memberi cadangan lokasi menarik sepanjang perjalanan dan keputusan terletak sepenuhnya di tangan pelancong. Memandangkan Masjid Telok Manok dah satu jalan untuk ke Hatyai, kami singgah je. At least dapat juga info sejarah.

Kunjungan seterusnya adalah Songkhla Aquarium yang juga merupakan salah satu daya tarikkan di wilayah ini. Salah satu keistimewaan akuarium ini adalah ia menempatkan anak jerung jenis 'nurse shark' di mana satu-satunya nurse shark di dunia yang menetas dalam akuarium kerana akuarium bukanlah habitat asalnya. 



Pengunjung juga perpeluang menyaksikan pertunjukkan, siap menari-nari dengan ikan pari. Yang ni budak-budak suka la tengok. Harga masuk Akuarium Songkhla pun tak mahal sangat berbanding di KLCC.


Kemudian kami ke Pantai Samila, Songkhla. Pantai Samila memang cantik, boleh buat banyak aktiviti, dan tiupan anginnya sangat nyaman apatah lagi bila berkelah di bawah pokok sambil makan ayam madu, heee! Selain tu boleh la tengok patung ikan duyung emas yang menjadi mercu tanda Pantai Samila.

Ketika kunjungan kami, saluran tv Thailand sedang melakukan promosi rancangan baharu di saluran itu. Jadi beberapa watak terkenal filem Hollywood menarik perhatian orang ramai untuk bergambar bersama. 

Pantai Samila, Songkhla.

Kami kemudian tiba di bandar Hatyai, kebetulan pula percutian kami adalah pada 5 Disember iaitu hari keputeraan Raja Thailand. Jadi setiap pelusuk bandar dipenuhi dengan rakyat memakai baju berwarna kuning sebagai tanda hormat kepada raja mereka.

Penat seharian berjalan, kami check in di The Regency Hotel Hatyai. Lokasinya sangat strategik kerana hotel ini terletak di tengah bandar Hatyai dan bertentangan dengan gedung membeli-belah Lee Garden. 

*Kalau nak menempah hotel, saya cadangkan tempah di Agoda, sebab mereka menawarkan harga berpatutan, banyak pilihan dan paling penting, selesa.


Bandar Hatyai
Kemudian, kami ke shopping mall terbesar di Hatyai iaitu Central Festival. Saya ambil kesempatan untuk menonton filem The Hunger Games Mockingjay Part 1, sebab takde panggung wayang di Kelantan. Watching Mockingjay was probably my major highlight of the entire vacation *fandom alert*.  Saya dah buat review filem di mana anda boleh baca di entry Ulasan Filem THG Mockingjay P1


Balik dari menonton wayang, dapat la jugak merasa pengalaman naik tuk-tuk buat pertama kali. Hehe! lepas tu balik hotel, tidur! 

Tags

Catat Ulasan

12Ulasan
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.
  1. mmg best bercuti di hatyai ni....boleh cuba makanan halal di sana.....

    BalasPadam
  2. mcm best je naik kete.. bape kos ye kalau naik kete

    BalasPadam
    Balasan
    1. tu bergantung pada agensi pelancongan.. tapi berbaloi.. :D

      Padam
  3. seronoknya. fyna pun nak plan juga lah g bercuti tahun nih. tapi masih x taw nak ke mana lagi.

    BalasPadam
  4. best juga pergi Hatyaii. macam macam aktiviti yang kita boleh buat.

    cara mencegah sakit sendi

    BalasPadam
  5. Pengalaman menarik ni...tak pernah berpeluang lagi untuk ke sana

    BalasPadam
  6. teringin juga nak Hatyai.. harap2 dapat pegi juga nanti. in shaa allah

    BalasPadam
  7. boleh tau x berapa bath masuk ke Akuarium Songkhla

    BalasPadam
  8. boleh tau x berapa bath masuk ke Akuarium Songkhla

    BalasPadam
    Balasan
    1. 300bhat kalau tak silap. kanak2 lebih murah.. :)

      Padam
  9. salam.....
    maaf tuan / puan saya tumpang share sikit di blog ini
    saya agency pelancongan di bandung menyediakan kreta untuk city tour bandung,
    menyediakan juga pakej hotel dan transpot untuk 3malam 4hari dengan harga yang
    cukup berbaloi'
    untuk yang minat atau nak tanya sila contact

    wahtsap +6287821719271
    facebook brek.yahya19@gmail.com

    BalasPadam
Catat Ulasan

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Learn More
Accept !
To Top