Kelebihan Simkad Rakyat 1 Malaysia (SR1M)

5
Kerajaan telah melancarkan Simkad Rakyat 1 Malaysia (SR1M) bagi membantu golongan yang berpendapatan rendah dan sederhana dalam mendapatkan perkhidmatan telekomunikasi.

SR1M menawarkan perkhidmatan telekomunikasi dengan harga termurah begi mengurangkan beban kos sara hidup rakyat.

Pek permulaan SR1M dijual pada harga serendah RM5.90. Dengan pek ini, pengguna menerima kredit percuma sebanyak RM5 beserta 150MB akses internet. 


Kadar Caj Panggilan dan SMS SR1M


1. Caj berbual - 8sen bagi setiap 30 saat panggilan

2. Caj SMS - 8sen untuk setiap SMS

3. Data internet - pelan data bermula RM17 untuk 1GB, RM27 untuk 1.5GB, dan RM47 untuk 3GB.

Kelebihan SR1M



Jelas, harga yang ditawarkan SR1M adalah yang termurah berbanding syarikat telekomunikasi lain. Dengan adanya SR1M, ia membuka ruang buat golongan berpendapatan rendah serta pelajar supaya tidak ketinggalan dalam menggunakan perkhidmatan jalur lebar dan rangkaian 4G.

Kat mana nak beli SR1M? 


Simkad SR1M boleh didapati di cawangan pengedar terpilih seluruh Malaysia serta di kedai serbaneka yang memaparkan tanda SR1M.

Kepada mereka yang selalu merungut kredit asyik kena makan je, boleh cuba guna SR1M. Sebab SR1M memberi kebebasan dalam penggunaan dan tiada caj tersembungi.

Untku maklumat lanjut layari http://www.sr1m.com.my/



Tags

Post a Comment

5Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.
  1. wah menarik juga ni... thanks for sharing dear...

    ReplyDelete
  2. macam best je tu kan..nanti la tunggu abih contract, buleh le try kot ye

    ReplyDelete
  3. Moga ada manfaatnya pada semua rakyat☺

    ReplyDelete
  4. fuhh..

    murah gak tu data dia.

    ReplyDelete
  5. Wau murahnye
    Lpas ni rasenye smue mampu nk ade data kan

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Learn More
Accept !
To Top