(Sinopsis) Hati Perempuan di Tv3

9

Menyusuli drama Teman Lelaki Upahan, saksikan sebuah lagi drama hebat bertajuk HATI PEREMPUAN yang bakal menghiasi Slot Akasia bermula 30 Mac 2015.

Drama terbitan Creative Skills dibawah arahan Kas Roshan ini merupakan adaptasi novel popular dari tajuk yang sama karya Nur Ain Al-Abbas.

Antara pelakon yang membintangi Hati Perempuan ialah Sharul Ridzwan, Mia Ahmad, Aidil Aziz, Bella Nazari, Niena Baharun, Hafreez Adam, Azhar Sulaiman, dan Noniswara.

Sinopsis Drama Hati Perempuan di Slot Akasia

Mengisahkan tentang seorang gadis tegas dan berdikari bernama Yuhanis yang bekerja sebagai seorang arkitek di syarikat Izzudin & Co. Manakala, Tengku Zaril seorang jejaka kacak yang juga CEO Paradigma Holding, mempunyai rangkaian perniagaan seluruh dunia. 

Ketampanan dan kekayaan Tengku Zaril sering menjadi kegilaan gadis-gadis tetapi tidak pada Yuhanis. Baginya, Tengku Zaril ialah lelaki kaya yang sinis dan menjengkelkan. 

Tetapi entah mengapa Tengku Zaril tiba-tiba melamar Yuhanis sedangkan sering sahaja mereka berselisih faham ketika berurusan. Idea gila Tengku Zaril ditolak kerana Yuhanis masih lagi memendam luka yang masih lagi berdarah di hati setelah ditinggalkan kekasihnya Daniel Idrus (Hafreez Adam). Namun Tengku Zaril tidak putus asa dan cuba memenangi hati Yuhanis dengan alasan mereka saling memerlukan.

Tengku Zaril mula berubah sikap kerana baginya tiada perempuan lain yang boleh dijadikan isterinya melainkan Yuhanis. Kedatangan rombongan keluarga Tengku Zaril untuk meminang mengejutkan Yuhanis lebih-lebih lagi apabila ibunya turut menerima pinangan keluarga Tengku Zaril itu. Yuhanis kini terperangkap dengan soal hati bukan sahaja pada Tengku Zaril malah juga pada rakan sekerjanya Nizam (Aidil Aziz) dan Daniel, bekas kekasihnya.
 

 sumber: Penulisan2u

 
Tags

Post a Comment

9Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.
  1. Macam menarik je cerita ni. Bolehlah tonton nanti :-)

    ReplyDelete
  2. Ramai sekarang ini tergila-gila dengan drama Hati Perempuan.

    ReplyDelete
  3. Teman Lelaki Upahan pun tak sempat nak tgk lg hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya tak tengok langsung drama drama ni. haha!

      Delete
  4. orang perempuan memang sentiasa menantikan drama tv3 yang baru. haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. kebanyakkannya mmg mcm tu. saya tak. dah bertahun tak tgk drama

      Delete
  5. Belum sempat tonton pun drama ni..siaran time maghrib sangat tidak sesuai kan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau kaki tgk drama, mmg akan lalai.. hehe

      Delete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Learn More
Accept !
To Top