Fakta Menarik Filem Furious 7

9

Fast & Furious adalah antara francais yang paling berjaya pernah diterbitkan. Sejak penerbitan filem pertama pada 2001 lagi, siri filem Fast & Furious (FF) tidak pernah mengecewakan penonton. Bahkan siri ketujuh yang diberi nama Furious 7 adalah filem yang ditunggu-tunggu pada tahun ini.

Malah, Furious 7 berjaya mencatat kutipan tertinggi pada tayangan pembukaan Mac lalu iaitu sebanyak $144 juta, sekaligus mengalahkan rekod yang sebelum ini dipegang oleh filem The Hunger Games: Cathing Fire pada 2013.
 
Anda mungkin tahu sedikit sebanyak berkenaan filem FF, terutamanya tentang kematian pelakon utama, Paul Walker yang memegang watak Brian O'Conor maut dalam kemalangan jalan raya pada 2013.


Saya ingin berkongsi fakta tentang filem yang mengangkat kisah lumba kereta yang 'mungkin' anda tidak tahu.

AMARAN: KANDUNGAN SETERUSNYA MUNGKIN MENGANDUNGI SPOILER!

Fakta Menarik Tentang Filem Furious 7

1. Berdurasi 2 jam 17 minit, Furious 7 merupakan filem terpanjang dalam sejarah penerbitan Fast & Furious. 

2. Pelakon Jason Statham pada asalnya ditawarkan watak antagonis Owen Shw dalam FF6, namun beliau terpaksa menolak kerana terikat dengan  penggambaran Parker dan Wild Card. Vin Diesel yang sudah lama ingin berkerjasama dengan Statham akhirnya berjaya mendapatkannya untuk filem Furious 7.

3. Ini merupakan filem pertama pelakon aksi Thailand, Tony Jaa bertutur dalam bahasa Inggeris. 

James Wan
4. Pengarah Furious 7, James Wan, adalah anak kelahiran Malaysia. James Wan juga merupakan pengarah beberapa filem seram terkenal seperti The Conjuring, Insidious, Insidious Chapter 2, dan Insidious Chapter 3. Menarik kan? 

5. Menurut James Wan, Furious 7 bermaksud 'Tujuh Samurai'. Merujuk kepada tujuh watak yang memainkan peranan penting dalam filem ini.

Gambar milik Universal Studios
6. Kereta Toyota Supra putih yang dipandu Brian dalam babak terakhir adalah milik Paul Walker sendiri.

7. Dwayne Johnson atau The Rock menunjukkan aksi trademarknya 'Rock Bottom' dalam WWE ketika babak pergaduhan dengan Jason Statham.


 8. Pengakhiran filem yang menyedihkan merupakan tribute buat Paul Walker mengandungi klip Walker dari semua filem FF sebelum ini.

9. Berikutan kematian Paul Walker, adiknya, Caleb dan Cody Walker membantu menyudahkan watak O'Conor sehingga ke penghujungnya.

10. Menurut penyelaras kereta Furious 7, lebih 230 kereta dimusnahkan sepanjang penggambaran. Setiap kereta yang rosak akan dilupuskan bagi mengelak ia dibaiki semula.


Fakta dipetik dari sesi temuramah pelakon dan IMDb



Tags

Post a Comment

9Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.
  1. Pasti best ceria fiksyen ini berkaitan perlumbaan kereta yang ramai peminat di seluruh dunia meminatinya.

    ReplyDelete
  2. Wah ini benar-benar hebat, pasti teruja menunggu kehadiran filem ni di layar perak...best tengok cite-cite mcm ni di layar perak..

    ReplyDelete
  3. Yang no 2 pun tak tengok agi..dah masuk yang 7 dah ni..hahaha...

    ReplyDelete
  4. Belum lagi tengok cerita ni,rasanya nak tengok huhu,macam best...

    ReplyDelete
  5. muka mmg betul betul serupa dgn paul walker.. best sgt!

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Learn More
Accept !
To Top