NIKKHAZAMI.COM

22

Akhirnya tercapai impian untuk memiliki domain sendiri. Kalau sebelum ini blog ni dikenali sebagai nikkhazami.blogspot.com, kini blog ini boleh dicapai dengan alamat url www.nikkhazami.com.

Tujuan saya beli domain ni sempena menyambut ulang tahun blog ini yang sudah mencecah 6 tahun pada 1 April tempoh hari. Pada asalnya blog in terbina hasil tunjuk ajar sifu Dialoguda dalam kelas Internet For Journalistic Research. Tak sangka masih bertahan sampai sekarang.

Memiliki domain sendiri juga adalah satu permulaan untuk penjenamaan blog supaya tampak lebih profesional dan eksklusif. Walaubagaimanapun mempunyai domain sendiri bukanlah syarat wajib untuk berjaya sebagai seorang blogger. Seperti yang saya sebut dalam entry Malaysia Best Blog 2015, content adalah segalanya. 

Niat nak beli domain ni selalu terbantut sebab memberi laluan kepada beberapa contest seperti Malaysia Best Blog dan iPhone 5s Gajet Impian Setiap Blogger.

Domain Murah dari NetKL

Saya beli domain dari NetKL, berharga RM35 setahun. Cara nak beli domain dengan NetKL ni mudah je, tak sampai 10 minit pun. Kalau tak tahu nak setup sendiri, cuma tambah RM3. Tech team mereka akan tolong buatkan. Anda relax je, selepas beberapa minit blog anda sudah ber-dotcom.

Harga yang ditawarkan cukup murah dah servis pulak tip-top! Bagi blogger yang nak beli domain dot com, dot net, dan lain-lain saya cadangkan beli dengan NetKL. Gerenti puas hati.


Blog ini masih lagi dalam pengubahsuaian, header pun belum tukar lagi. Lepas ni dah tak nak guna NikKhazami Says. Nak tukar kepada That Girl On The Internet. Drastik ke? Selain tu saya memerlukan template yang lebih mesra SEO, ringan, dan *mobile-friendly* seperti yang Google mahu. 

Kesan Beli Domain

Selepas bertukar ke dotcom, trafik memang jatuh teruk, tapi selepas kira-kira 48 jam trafik blog ni dah kembali seperti biasa. Yelah, rumah dah bertukar alamat, mesti susah sikit tetamu nak cari.  

Lepas tu kena setting balik url blog dalam akaun Nuffnang, sebab iklan dah tak kelihatan selepas bertukar alamat. Itu adalah antara kesan utama bila anda beli domain. Yang tu nanti saya kongsikan dalam entry seterusnya. 

Semoga blog ni selalu dikemaskini, dimurahkan rezeki, power SEO, dan banyak trafik. 



Previous entry: Harga Pos Laju Lepas GST

Tags

Post a Comment

22Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.
  1. teringin nak ada domain sendiri :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh beli dgn netkl.. murah dan terbaik

      Delete
  2. Tahniah.... Nik. Ke arah satu bentuk yang memantangkan penjenamaan blog anda. Semoga sukses dan majujaya.

    ReplyDelete
  3. alang-alang dah tukar domain sendiri..apa kata pindah ke wordpress pula..lagi BEST

    ReplyDelete
  4. Tahniah nik....sy pn baru pakai domain sndri...

    ReplyDelete
    Replies
    1. tahniah! selamat berblog dgn domain sendiri

      Delete
  5. tahniah nik :) semoga rezeki nik sentiasa melimpah-limpah. inshaAllah.
    nik, iphone 5s da dapat tak? :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. tq PG.. rezeki blog kan? hehe! iphone belum dpt lagi.. :)

      Delete
  6. Tahniah! semoga terus success ;-)

    ReplyDelete
  7. akhirnya..sudah ada domain sendiri. hoho

    ReplyDelete
  8. Tahniah coz ada domain sendiri...mula pikir nikhazami ni lelaki,rupanya perempuan huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha! terima kasih. orang selalu ckp macam tu

      Delete
  9. Ini bukan setakat tukar dimain ke dot com tetapi design blog pun tukar jugak..., Semoga dengan rekabentuk blog yang menarik dapat menarik minat pembaca tentang artikel yang berkualiti dan memenuhi selera pembaca.

    ReplyDelete
  10. Tahniah. Lama juga berblog ya? :)

    Rasanya trafik dan income tiap bulan pun steady tip top.

    ReplyDelete
  11. tebaikk.. semoga trus success dan terus maju ke hadapan!

    ReplyDelete
  12. Nice dulu saya macam tu juga inginkan domain sendiri.. Sekarang saya sudah pun berjaya menghasilkan blog niche. Taniah 'Nikkhazami.com'

    ReplyDelete
  13. satu hari nanti nak jugak ada domain sendiri..tp kena gigih berblog dulu hihi

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Learn More
Accept !
To Top