Pengalaman Beli Domain NetKL. Setelah enam tahun blogging akhirnya blog ni memiliki domain sendiri. Bermakna blog bertukar alamat dari nikkhazami.blogspot.com kepada nikkhazami.com. Barulah nampak gah dan profesional.
Saya beli domain ni dari NetKL. Kalau nak tahu, NetKL merupakan syarikat tempatan yang menyediakan perkhidmatan domain dan hosting. Syarikat ini berpengkalan di Kuala Lumpur.
Saya memilih NetKL untuk perkhidmatan domain ni lepas baca banyak review positif dari blogger tempatan. Ramai yang memuji dan berpuas hati dengan servis dan harga yang ditawarkan. Tidak dinafikan, harga domain dan hosting NetKL adalah yang termurah berbanding pesaingnya.
NetKL menawarkan harga domain serendah RM35 setahun. Pada saya dah cukup murah, pemilik blog hanya perlu bayar RM35 sahaja untuk renew. Kalau anda tak reti pasang sendiri, cuma tambah RM3 dan tech team diorang akan buatkan.
Jadi hari tu saya beli pakej domain (RM35) + kos setup (RM3) = RM38. Caranya mudah sahaja, dan lepas selesai buat pembayaran, emailkan bukti transaksi kepada sales@netkl.com. Kemudian dalam masa beberapa minit, blog sudah berdot com!
Cepat respon pelanggan
Memang sangat berpuas hati dengan perkhidmatan mereka. Cepat reply email bila kita bertanyakan soalan. Menariknya, NetKL ni beroperasi 24jam sehari, 7 hari seminggu, dan 365 hari! Haha! Domain tu pun saya beli waktu malam. Tanya je apa-apa soalan berkaitan, mereka akan jawab dengan pantas.
Saya hanya beli domain sahaja. Kalau hosting tu lain pulak harganya. Jadi blog ini masih menggunakan hosting blogspot (blogger.com). Sebab itu blog ni boleh dicapai dengan alamat url asal iaitu nikkhazami.blogspot.com.
Bukan senang sebenarnya untuk buat keputusan beli domain, sebab ia melibatkan wang ringgit. Sebab tu kena pilih syarikat yang betul-betul dipercayai.
Kalau berminat, boleh dapatkan domain/hosting bagi Blogspot atau Wordpress di www.netkl.com
Inilah masanya untuk menjenamakan blog kesayangan. Seronok bila dah ada domain sendiri. Mungkin masih terlalu awal untuk saya buat review NetKL ni, tapi tak apa lah, semoga ia boleh jadi panduan untuk blogger yang pasang hajat untuk memiliki domain.
Yap.
BalasPadamNetkl antara yang bagus dari segi customer service.
Support diorang memang tip top.
customer servis diorang memang laju je reply email
PadamTak pernah lagi guna servis mereka. Setakat ni cuma beli domain dari Internet-Webhosting je, mungkin nanti kalau NETKL ada promo boleh cuba servis dorang pula
BalasPadamnext time boleh try...
Padamtahniah..dah ada domain sendiri....semoga terus success...
BalasPadamthank you!
Padamsaya sendiri banyak domain dan hosting guna NETKL, memang terbaik
BalasPadamkalau servis bagus mcm ni, company akan bertahan
PadamHuhu...nak kena pakai netkl gak nampak gayanya..macam sedap aje..haha
BalasPadammemang best dan terbaik
Padammacam best je beli domain netkl nih..
BalasPadambest, murah dan terbaik
Padamblog saya pakai iviperhost . harga pon lebih kuarng gak
BalasPadamni first time dengar iviperhost hoho
Padamnetkl mmg bagus.. lebih2 lagi bhgian customer service. respon yg pantas.. :)
BalasPadamjemput singgah : Sakit Lutut Punca Dan Rawatan
Betul ke respon bagus aku dah tunggu dekat 2 jam ni takde respon pun. Fb page dorang pun tak aktif.
BalasPadamAlhamdulillah saya start guna NetKL sejak 2011. So far service memang tiptop. Kebanyakkan tempahan pun semua sy guna domain n hosting NetKL.
BalasPadamsaya guna syokhost sejak 2 tahun.. kebelakangan ni website asyik down je.. bila google tadi jumpa entry ni, bagus juga..
BalasPadamnak dekat expired tadi saya tukar ke netkl la.. so by the way bro, ada tak website down sejak guna netkl ni?
setakat ni okay je. tak ada masalah langsung. tak sabar nak renew..
Padammacam mana nak padam/nyahlanggan domain netkl?
BalasPadamHello, no doubt I have been little problem to read about this blog post, but yes you have shared awesome information about blog domain thanks.
BalasPadamSaya pun ada beberapa blog yang team netkl tolong settingkan macam ni.
BalasPadam