Rindu Awak 200% Raya

4

Rindu Awak 200% Raya. Peminat drama paling popular tahun lalu iaitu Rindu Awak 200% boleh bergembira sekarang kerana kesinambungan kisah cinta Zill Faezrul dan Armel Aisya akan kembali menemui anda dalam bentuk telemovie Aidilfitri ini.

Perkara ini disahkan sendiri oleh pelakon utama drama tersebut, Ayda Jebat dan Zul Ariffin, yang telah memuat naik sekeping dengan kapsyen "I'm back" berserta hashtag #Rindu Awak200PeratusRaya. Paling mengujakan peminat apabila Zul memuat naik foto dirinya memakai uniform pilot merujuk kepada wataknya dalam drama itu. 



Drama ini mempunyai aura dan pengikutnya yang tersendiri, sehingga mampu menggodol empat anugerah di Drama Festival Kuala Lumpur (DFKL) baru-baru ini. Bintang utamanya juga menjadi sebutan ramai terutama Ayda Jebat. Nama pendatang baharu ini semakin digilai selepas membintangi drama yang bersiaran di Slot Akasia Tv3. Kalau tidak, masakan beliau memenangi Artis Baru Wanita Popular pada ABPBH 2014. 

Bukan itu sahaja, drama terbitan Creative Skill Solution ini juga mencatat jumlah penonton yang membanggakan iaitu sebanyak 4.4 juta di televisyen dan lebih tiga juta di portal Tonton. Peminat yang ternanti-nantikan kesinambungan rumah tangga Kapten Zill dan Armel boleh mengubat kerinduan dengan menonton telemovie pada Hari Raya nanti.

Telefilem ini bakal bersiaran pada 22 Julai 2015 (raya keenam), jam 10 malam di Tv3.

Sinopsis Rindu Awak 200% Raya

Anak mereka, Faiq Esyan sudah berusia 3 tahun. Armel Aisya semakin sibuk dengan butik yang semakin diterima ramai, sementara Zill Faezrul terus komited dengan kerjayanya sebagai juruterbang. Zill nyatakan hasrat untuk merancang anak kedua tetapi Armel beralasan belum bersedia kerana dia mahu fokus tentang kerjayanya dulu.

Tags

Post a Comment

4Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.
  1. wahh..cik jebat datang lagi.

    ReplyDelete
  2. wife aku paling minat drama-drama macam ni...aku sekadar jadi pemerhati jer...

    ReplyDelete
  3. mak aku tak sabar nak tengok zul ariffin katanya.... hurmm! aku layan jer la

    ReplyDelete
  4. Anak jebat memang hebat,suka lakonan dia...

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Learn More
Accept !
To Top