Kapsul Masa Tun Mahathir Masih Disimpan

4

Kapsul masa Tun Mahathir masih disimpan. Pernah dengar tak tentang kapsul masa yang ditanam mantan Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamed di bangunan The Mall pada 1987? Masa tu saya pun belum lahir tapi ada terbaca tentangnya dulu. Masih ramai yang tidak tahu kerana ia jarang disebut media.

Tun Mahathir telah menanam kapsul masa itu pada 1987 ketika merasmikan pusat membeli belah tersebut. Ia dijadualkan dibuka pada 100 tahun akan datang iaitu pada 2087. Kapsul tersebut mengandungi coretan dan pesanan Tun Mahathir buat generasi akan datang.

Akan tetapi, ada yang tertanya-tanya, di manakah kapsul masa tu sekarang? Ini kerana The Mall tidak bertahan lama, selepas 26 tahun beroperasi, pasaraya itu telah berpindah milik kepada syarikat Sunway Berhad sejak 2013.
Kapsul masih selamat

Menurut laporan Astro Awani, jurucakap Sunway Putra Mall mengesahkan kapsul masa tersebut selamat disimpan di pejabat pengurus bangunan itu. Menurut undang-undang, ia adalah hak milik syarikat itu dan mereka akan menjaga dan memeliharanya dengan baik.

Baca: Cara Berniaga Di Instagram

Kapsul masa tu dah jadi barangan bersejarah, seluruh rakyat Malaysia nak tahu apa isi kandungannya. Menariknya, selain ditulis oleh Tun Mahathir, terdapat dua lagi kapsul ditanam oleh pemimpin negara 28 tahun dahulu. Ia ditulis oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim (pada ketika itu Menteri Pendidikan) dan Tun Daim Zainuddin (Menteri Kewangan). Wow!

Tiba-tiba je kita diingatkan dengan kapsul masa ni. Mungkin kerana Tun M kembali mendapat perhatian setelah lantang mengkritik pemerintahan Najib Razak. Hoho!

2087 tu laaama lagi. Pada saat isi kandungan kapsul itu dibaca nanti, kita semua dah mati. :(


Terima kasih kerana membaca Kapsul Masa Tun Mahathir Masih Disimpan

Tags

Post a Comment

4Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.
  1. Sbb kapsul masa itu disimpan untuk generasi akan datang... :p

    ReplyDelete
  2. Semasa The Mall dikenali sebagai Yaohan dan belum diambil alih oleh Sunway Putra dahulu, ada podium diperbuat daripada batu marmar berwarna coklat di tengah ruang lobi tingkat satu bangunan itu. Di atasnya tertulis kapsul masa mengandungi amanat Tun M yang ditanam di situ dan akan dibuka pada tahun 2087 (100 tahun selepas tarikh perasmian Yaohan). Kadangkala terfikir juga apa agaknya yang ditulis dalam kapsul masa itu :)

    ReplyDelete
  3. Yep, pernah dengar pasalkapsul masa...apalah yang ditulis oleh tun ye

    ReplyDelete
  4. first time aku baca benda ni.

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Learn More
Accept !
To Top