Air Upin Ipin Tiada Dadah

5
air upin ipin tiada dadah

Air Upin Ipin Tiada Dadah. Baru-baru ni kecoh di laman sosial tentang berita air minuman Upin Ipin mengandungi dadah. Berita ini menjadi viral selepas tersebarnya gambar tangkapan remaja di sebuah hotel bersama minuman perisa teh lemon ais dan anggur jenama Upin Ipin yang telah dicampurkan dadah.

Orang ramai khususnya ibu bapa tidak perlu risau kerana air yang diinspirasikan dari animasi popular terbitan Les Copaque Production Sdn Bhd ini selamat diminum. Perkara tersebut disahkan sendiri oleh Pengarah Urusan Les Copaque, Burhanuddin Md Radzi, di mana air Upin Ipin tidak mengandungi dadah dan selamat diminum

Menurut laporan Astro Awani, sindiket yang mengedarkan ketamin dalam bentuk air dan dimasukkan dalam botol air Upin Ipin telah ditumpaskan. Malas, air berkenaan sebelum ini hanya dijual kepada penagih sahaja dan tidak berada dipasaran. 

Selamat dan tiada dadah

Air Upin Ipin yang asli diperbuat dikilang yang diiktiraf dan diedarkan oleh pengedar tunggal ke seluruh negara. Pihak polis juga telah mengambil sample air dan mengesahkan produk minuman itu tidak mengadungi dadah seperti yang dihebahkan.

air upin ipin tiada dadah 2
Entah kenapa rakyat Malaysia ni suka sangat sebar dan percaya berita-berita palsu atau perkara yang tidak sahih di laman sosial. Berita air Upin Ipin ada dadah ni sudah pasti menimbulkan kebimbangan di kalangan ibu bapa. Padahal air tu selamat.


Terima kasih kerana membaca Air Upin Ipin Tiada Dadah.
Tags

Post a Comment

5Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.
  1. Siapalah punya kerja sebar maklumat yang tidak betul nih.:(

    ReplyDelete
  2. kena cek dulu kesahihan sesuatu berita tu sebelum sebar, kesian budak-budak yang suka minum air nih (termasuklah yang tak berapa budak hehe)

    ReplyDelete
  3. Bahaya betul bila sebar sesuatu before check betul2.. Nasib baiklah pihak produksi buat sidang media utk clearkan keadaan..

    ReplyDelete
  4. Tak baik memfitnah kalau nak naikan produk lain tetapi menjatuhkan produk orang lain..anak-anak saya memang suka minuman ni..

    ReplyDelete
  5. ramai jeles dengan kejayaan upin dan ipin. hmmm

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Learn More
Accept !
To Top