Sinopsis Plan Cinta Tak jadi di Astro Ria

11

Sinopsis Plan Cinta Tak Jadi. Saluran nombor satu stesen tv berbayar iaitu Astro Ria akan menyiarkan sebuah drama menarik bertajuk PLAN CINTA TAK JADI buat tontonan penonton setianya. Drama bersiri 13 episod ini adalah hasil garapan pengarah berpengalaman, Azmin Hatta.

Buah tangan terbaharu Orange Tree Production Sdn Bhd ini sekali lagi menggandingkan pelakon yang semakin mencipta nama iaitu Fathia Latiff dan Fattah Amin. Turut dibantu, Arja Lee, Ramona Zam Zam, Kaka Azraf, Mark Adam, Laila Nasir, Kuna Muzani, Ania Syafi

TAJUK: Plan Cinta Tak Jadi
TERBITAN: Orange Tree Production
PENGARAH: Azmin Hatta
PELAKON: Fathia Latiff, Fattah Amin, Arja Lee, Ramona Zam Zam, Kaka Azraf, Mark Adam, Laila Nasir, Kuna Muzani, Ania Syafi
SALURAN: Astro Ria /Ria HD
TARIKH SIARAN: 10 Ogos 2015, setiap Isnin jam 10 malam. 

Sinopsis Plan Cinta Tak Jadi

Mengisahkan pengorbanan seorang gadis gadis bernama Melina (Nur Fathia) yang cuba mengembirakan rakan serumahnya, Cici (Ramona Zamzam) setelah Cici dikecewakan oleh kekasihnya Fariz. Setelah sekian lama menjalinkan hubungan cinta dan merancang untuk mendirikan rumah tangga, Cici yang menyayangi Fariz hampa kerana Mark mahu memutuskan hubungan cinta mereka kerana ingin berkahwin dengan gadis lain. Cici sangat sedih kerana ini merupakan kali ke-24 dia putus cinta.

Anaz seorang mekanik merupakan jiran kepada Melina dan Cici. Sebelum ini, Anaz tidak pernah pun menegur Melina dan Cici. Semenjak satu kejadian berlaku, Anaz (Fattah Amin) bertengkar dengan Melina dan semenjak itu, mereka menjadi sahabat. Melina telah meminta Anaz untuk mengurat rakan serumahnya Cici yang bersedih kerana baru sahaja putus cinta. Melina juga memulakan plannya dengan memperkenalkan Cici kepada rakan sekolahnya, Suffian (Arja Lee).




Selamat menonton!


Terima kasih kerana membaca Sinopsis Plan Cinta Tak jadi di Astro Ria
Tags

Post a Comment

11Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.
  1. mat2 jiwang dgn minah2 jiwang mesti dah tak sabar nak tgk cerita ni kan...hihi

    ReplyDelete
  2. la..kena plan tak jadi nih.

    ReplyDelete
  3. macam best je tengok pelakon lelaki yang kacak dan wanita yang cantik nie

    ReplyDelete
  4. cantik-cantik belaka pelakon pompuan skrg ni..hehee

    ReplyDelete
  5. Semalam tertengok cerita ni, best jugak. Kelakar :D

    ReplyDelete
  6. hehe. PG da donlod tapi tak tengok lagi. baru donlod episod 1 till 3 :)

    ReplyDelete
  7. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  8. Whaattt mana la dapat gambar Anaz nikah ngan Mel tuuu. Baru je fikir fikir camne ending dia. Kan dah dapat tahu dah ending dia hahaha tapi tak sabar nak tengok jugak jalan cerita diaa (ps, tak baca pun buku dia)

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Learn More
Accept !
To Top