Hotel review - Grand Riverview Hotel Kota Bharu. Nak dijadikan cerita pada hari kemerdekaan tempoh hari kami bermalam di Hotel Grand Riverview. Pelik sebab kami tinggal di Kelantan tapi menginap di hotel dalam negeri.
Al-kisahnya sebab Grand Riverview Hotel (GRV) mengadakan promosi di mana sebanyak 58 bilik ditawarkan pada harga RM58, sebagai simbolik Malaysia menyambut kemerdekaan ke 58 tahun. Jadi jangan harap la nak dapat harga semurah tu lepas ni. Haha! Harga asal bilik di GRV adalah kira-kira RM270.
Lokasi strategik
Lokasi strategik
Hotel ni terletak di tengah-tengah bandar Kota Bharu dan mendapat nama 'riverview' kerana lokasinya di tepi Sungai Kelantan. GRV adalah antara hotel yang menjadi pilihan pelancong kerana jaraknya dengan lokasi tumpuan seperti Pasar Siti Khadijah cuma 800m (10 minit). Untuk ke Pantai Cahaya Bulan pula mengambil masa selama 13 minit. Kalau yang plan nak shopping di Wakaf Che Yeh, cuma 6.2km (13 minit) sahaja.
Hotel ni dekat pula dengan antara tempat makan sedap di Kota Bharu ni iaitu Restoran Wau. Saya pernah tulis review tentang restoran tersebut. - Restoran Wau Memang Sedap
Kemudahan hotel? Terbaik. Bilik luas, selesa dan bersih. Bilik air pun cantik. Swimming pool yang disediakan hotel ni biasa-biasa sahaja. Tak mandi kolam pun sebab masa terlalu singkat dan tak kuasa nak pack baju mandi.
Overall, menginap di Hotel Grand Riverview memang best kecuali kemudahan Wifi yang sangat-sangat perlahan. Harap improve, sebab internet dah jadi 'keperluan' sekarang ni. Malu kat costumer mat saleh nanti.
Tempah di sini - Grand Riverview Hotel
Hotel ni dekat pula dengan antara tempat makan sedap di Kota Bharu ni iaitu Restoran Wau. Saya pernah tulis review tentang restoran tersebut. - Restoran Wau Memang Sedap
Kemudahan hotel? Terbaik. Bilik luas, selesa dan bersih. Bilik air pun cantik. Swimming pool yang disediakan hotel ni biasa-biasa sahaja. Tak mandi kolam pun sebab masa terlalu singkat dan tak kuasa nak pack baju mandi.
Overall, menginap di Hotel Grand Riverview memang best kecuali kemudahan Wifi yang sangat-sangat perlahan. Harap improve, sebab internet dah jadi 'keperluan' sekarang ni. Malu kat costumer mat saleh nanti.
Tempah di sini - Grand Riverview Hotel
Kalau nak menempah hotel, saya cadangkan tempah di www.agoda.com. Sebab mereka menawarkan harga yang berpatutan.
Alamat:
Jalan Post Office Lama,
Jalan Post Office Lama,
15000 Kota Bharu, Kelantan.
Tel: 09-743 9988
Entri sebelum ini - Sinopsis CIk Cinderella Encik Tengku
Terima kasih kerana membaca Hotel Review - Grand Riverview Hotel
Besar ye bilik nya. Saya pon baru je ke kelantan tempoh hari. Tapi 30/8 dah gerak ke terengganu. Kalau tidak dapat jumpa nik di sana. Hehe
BalasPadamBesar ye bilik nya. Saya pon baru je ke kelantan tempoh hari. Tapi 30/8 dah gerak ke terengganu. Kalau tidak dapat jumpa nik di sana. Hehe
BalasPadamWah bilik air berkaca...teringin mandi kat tempat cam ni...dah lama tak pi kelantan
BalasPadamApa yg dlm kotak yg tulis, 09,08, ,06
BalasPadamWifi skrg mmg sgt2 dititikberatkan penyewa hotel, dgn sewa rm270 tu.
Dasyat offer rm58. Boleh saje2 tido hotel gitu
tu hotel complimentary.. yang ada shampoo, sabun, shaving kit
PadamRM58?! Satu penjimatan yang sangat jimat tu. Kalau saya pun mesti mau grab punya la
BalasPadamMurah sungguh ni RM58 sahaja. Memang rugi jika tak grab. Hotelnya pun cantik dan biliknya nampak selesa. Bolehlah menginap di sini kalau ke KB nanti.
BalasPadamMemang murah harganya..beruntung siapa yang pergi menginap di sana
BalasPadammurah sangat tu RM58..untungnya dapat harga promo...
BalasPadamWah beruntung dapat harga promosi begini..murah tu.
BalasPadamSalam.. first time singgah sini time blogwalking hehe.. kali pertama dan kali terakhir datang kelantan time darjah 4 huhu... 20 tahun dulu haha.. murahnya rate
BalasPadamdulu sinilah gua konvo mrsm besut hahaha...kenangan
BalasPadammurah nya dapat rate bilik rm58.... memang berbaloi2 ......
BalasPadamni mmg berbaloi la... dr 200++ jadi murah gitu! mmg rugi la kalau tak rebut peluang ni... merasa la duduk bilik cantik walaupun dalam negeri sendiri.... bestnya!
BalasPadampenah tido kat hotel renaissance kota bharu je..sedap sungguh baring atas katil..rasa takmau balik..hotel ni camne la rasanya..:P
BalasPadam58 bilik.
BalasPadamfuhh..banyak tu.
tak pernah aku kira bilik kat hotel bila pegi hotel.
hoho..
hebat ya di KB..besar hotel kira terkemuka ni..salam kenal blog Etuza ya
BalasPadamsuatu masa akan datang sini..semoga dimudahkan rezeki..travel dalam negara pun sangat ok..
BalasPadamtak ada masalah pun travel dalam negara. malaysia kan cantik.
Padam