Sinopsis Cik Cinderella dan Encik Tengku. Menerusi Slot Lestary Tv3, sebuah lagi drama bersiri terbaharu bertajuk CIK CINDERELLA DAN ENCIK TENGKU bakal menemui penonton tidak lama lagi. Drama bersiri 13 episod yang diarahkan oleh Eoon Shuhaimi ini menggandingkan Shukri Yahaya dan Zahirah Macwilson sebagai teraju utama.
Drama ini dijangka akan menerima sambutan kerana penonton masih lagi terkesan dengan lakonan Shukri Yahaya dalam Dia Isteri Luar Biasa baru-baru ini. Manakala pendatang baharu, Zahirah Macwilson, namanya sedang hangat diperkatakan sejak muncul dalam drama Mencintaimu yang sedang ditayangkan.
Cik Cinderella dan Encik Tengku (CCET) turut dibantu pelakon berbakat lain antaranya Shah Iskandar, Puteri Aishah, Dato' Eizlan Yusof , Aleeza Shadan, Aida Khaleeda, Sherry Al Hadad, Zulin Aziz. Untuk pengetahuan anda, CCET merupakan sebuah lagi drama yang diadaptasi dari novel cinta popular karya Airisz.
Tarikh siaran akan dikemaskini kelak kerana drama ini masih dalam penggambaran
Sinopsis drama Cik Cinderella dan Encik Tengku
Puteri mempunyai seorang kekasih yang bernama Ashraf, seorang lelaki yang sering mengharapkan wang perempuan. Kehidupan Ashraf yang sering dilimpahkan wang oleh keluarganya sendiri, membuatkan perasaan Puteri terhadap Ashraf semakin pudar tatkala Ashraf yang sering meminjam wang tanpa membayarnya semula.
Puteri semakin bosan dengan sikap Ashraf dan perkenalannya dengan Daniel yang mempunyai rupa yang kacak membuatkan dia semakin jauh dengan Ashraf. Puteri menyimpan perasaan cinta terhadap Daniel dek kerana sikapnya yang menyenangkan.
Puteri berdepan dengan dilema kerana dia terpaksa mengikut amanat ibunya untuk berkahwin dengan Ashraf. Segala perancangan perkahwinannya bersama Ashraf telah dirancang dengan rapi oleh ibu tirinya.
Namun, kakak tirinya dalam diam menjalinkan hubungan cinta dengan Ashraf. Segala perncangan perkahwinan Puteri dan Ashraf tergangguh dek kerana Puteri tidak ingin meneruskannya lagi. Konflik terjadi tatkala persiapan telah direncanakan dengan bajet yang melampau, kerana peristiwa yang memalukan itu semuanya menjadi kucar kacir sehingga Sha sanggup menjatuhkan maruahnya sebagai seorang perempuan demi cintanya terhadap Ashraf. Saat genting inilah Daniel terus bersama Puteri, apakah yang terjadi seterusnya?
Entri sebelum ini: Jadual Piala Malaysia Kelantan 2015
Terima kasih kerana membaca Sinopsis Cik Cinderella dan Encik Tengku
Macam best je citer ni. Nanti boleh follow kat tv..
BalasPadamwah..baca sinopsis pun dah best..kalau tengok drama lagi kebabom la nih
BalasPadamMostly cerita sekarang ni diadaptasi dari novel
BalasPadamtrend sekarang.. bosan betul
Padamcerita yang amat menarik..boleh luang masa untuk menontonya nanti
BalasPadamkisah oh cinta..memang tidak dapat dipisahkan dalam hidup ini..
BalasPadamBanyak drama sekarang adaptasi daripada novel kan.
BalasPadamPelakon tue pelakon baru..
Mungkin kena bagi peluang untuk asah bakat.
huh..
BalasPadamcerita yang orang perempuan suka tengok nih.
hoho..
perempuan yg suka love story mesti suka.
Padamhmmm..kalau tak sempat tengok kat tv ni, boleh la beli bukunya saja..:)
BalasPadamUhh awek cunn tu .. :) hehehe... jarang tgk tv skarang ni, cuma anak-anak je yang layan dan beritahu cerita apa yang tengah popular .. hahahaa...
BalasPadamsaya pun jarang tgk.. banyak layan youtube dan download tv series je..
Padam