Spesifikasi iPhone 6s dan iPhone 6s Plus. Apple Inc telah mengumumkan dua produk terbaharu mereka iaitu iPhone 6s dan iPhone 6s Plus iaitu merupakan kemaskini kepada generasi sebelum ini. Apple mendakwa ahli terbaharu dalam keluarga telefon pintar mereka ini bukan sekadar kemaskini, tetapi yang terbaik yang pernah mereka hasilkan.
Ya, secara fizikalnya 6s dan 6s Plus menyerupai iphone sebelum ini, tetapi Apple telah menaiktaraf kualiti kamera, sistem pemprosesan, dan menambah beberapa ciri terbaharu.
3D Touch
Antara fokus utama pada telefon pintar kali ini adalah sokongan 3D Touch (force touch) yang memberikan dimensi baru pada skrin. Kini pengguna boleh mengakses menu seperti email dan mesej dengan lebih pantas dengan hanya tekan pada skrin, dan ia akan mempaparkan kandungan dalam bentuk pop-up.
3D Touch juga meyokong rakaman live photos iaitu sebuah ciri baru yang diperkenalkan Apple. Live photos membolehkan pengguna merakam gambar dalam beberapa saat dan menontonnya dengan menekan gambar gambar tersebut. Lebih menarik, anda boleh setkan live photos tersebut sebagai wallpaper.
Artikel berkaitan: Bertukar dari Android ke iPhone
Artikel berkaitan: Bertukar dari Android ke iPhone
A9
6s dan 6s Plus hadir dengan cip pemprosesan A9. Ia 70% lebih pantas dari A8 yang terdapat pada iPhone 6 dan 6 Plus. Selain itu A9 masih lagi mengekalkan cip M9 dan menambahbaik Touch ID yang mana mengimbas cap jari dengan lebih pantas.
Spesifikasi iPhone 6s dan iPhone 6s Plus
iPhone 6s
|
iPhone 6s Plus
|
|
Saiz
|
138.3
x 67.1 x 7.1mm
|
158.2
x 77.9 x 7.3mm
|
Berat
|
143g
|
192g
|
Skrin
|
4.7
inci - Retina HD LCD LED, resolusi 1334 x 750
|
5.5
inci - Retina HD LCD LED, resousi 1920 x 1089
|
Storage
|
16 / 64 /
128GB
|
16 / 64 /
128GB
|
Kamera belakang
|
12MP,
f/2.2 aperture, 5-element lens, True Tone flash dan rakaman video 4K
|
12MP
dengan f/2.2 aperture, 5-element lens, True Tone flash, rakaman video 4K dan
optical image stabilization
|
Kamera hadapan
|
5MP FaceTime
HD
|
5MP FaceTime
HD, f/2.2
|
Bateri
|
50 jam
audio, 11 jam video/Wi-Fi browsing, 10 hari dlm standby
|
80
jam audio, 12 jam video/Wi-Fi browsing, 10 hari dlm standby
|
Sistem Operasi
|
iOS 9
|
iOS 9
|
Cip Pemprosesan
|
64-bit
Apple A9 processor
|
64-bit
Apple A9 processor
|
Warna
|
Gold, Silver,
Space Gray and Rose Gold
|
Gold, Silver,
Space Gray and Rose Gold
|
Kamera
Akhirnya, Apple keluar dari zon selesa mereka dengan menambah jumlah megapixels pada kamera kepada 12MP dan 5MP untuk kamera hadapan! Berita baik untuk kaki selfie, Apple telah menambah flash pada skrin kamera hadapan. Kini gambar selfie anda tidak lagi gelap.
Kamera iSight terbaharu ini kini mampu merakam video berkualiti 4K seperti yang diminta oleh pengguna sebelum ini.
Seperti yang saya sebut dalam artikel INI, Apple sering dihadapan dalam membangunkan kualiti kamera pada telefon pintar. Di saat telefon pintar lain berlumba-lumba menambah jumlah megapixels, Apple masih fokus pada kualiti kamera secara keseluruhannya.
Artikel berkaitan - Sebab Kenapa Anda Tak Perlu Beli iPhone 6
Artikel berkaitan - Sebab Kenapa Anda Tak Perlu Beli iPhone 6
Design
6s dan 6s Plus bakal hadir dengan empat pilihan warna termasuk yang terbaru, Rose Gold yang kelihatan seakan warna merah jambu. Terkesan dengan isu iPhone 6 Plus yang bengkok baru-baru ini, Apple telah menambah baik jenis logam yang lebih kukuh serta skrin yang kuat.
Hey Siri
Hey Siri
Bagi sokongan pembantu pintar, Siri, kini anda boleh menyebut perkataan "Hey Siri" untuk mengaktifkannya pada bila-bila masa dan tidak hanya terhad ketika menghubungkan kabel sahaja.
Selain generasi terbaharu iPhone, pihak Apple turut memperkenalkan beberapa produk terbaharu mereka iaitu Apple Pencil, iPad Pro, dan Apple Tv baru.
Ia akan berada di pasaran bermula 25 September ini secara berperingkat di beberapa buah negara. Seperti biasa, tarikh dan harga iPhone 6s dan 6s Plus masuk ke pasaran Malaysia masih belum diketahui.
Artikel berkaitan: Menang iPhone 5s dari Denaihati
Entry sebelum ini: Hotel Review- Grand Riverview HotelTerima kasih kerana membaca Spesifikasi iPhone 6s dan iPhone 6s Plus
aku memang peminat iphone and note series...
BalasPadamkali nieh aku lg bminat dengan iphone...
Wah semakin canggih penjenamaan Apple ni...
BalasPadamcanggih gila kan? tahniah sbb dah pakai iphone! :D
BalasPadamTeringin nak pakai iphone..
BalasPadamTeringin nak pakai iphone..
BalasPadamsaya guna iphone.. mmg best!
PadamUntunglah kalau macam tu..
Padambelum mampu lagi nak pakai..mampu mimpi jek.ahaha
BalasPadamkumpul duit affiliate banyak2, nanti boleh beli
PadamSaya pon macam reezluv... cuma saya mampu mengharapkan ada orang nak sponsor iphone sebijik je hehehehe
BalasPadamiphone mmg mahal. tapi kata mereka, ia berbaloi
Padamaduhai... iphone n note series ni, mmg buat sakit jantung... asal buka box je dah keluar yang lagi latest... last2 bertahan je la dengan phone yg ada sampai rosak... kalau ikut nafsu... memang setiap kali keluar baru, pakat tukar phone... ish.. ish ish...
BalasPadamsetiap kali beli fon baru mesti rasa ketinggalan sebab dlm sebulan dua mesti keluar model baru yg lebih canggih.
Padamtau tak pe khazami... kalau kejarkan teknologi memang takkan terkejar sampai ke sudah... terkebil2 je la tengok model baru... huhu
Padamteringin nak beralih angin kepada iphone, sesuai dengan harganya la teknologi hebat camni
BalasPadammemang sangat berbaloi dgn harga,,,
PadamNi mesti pengguna tegar iPhone hehehehe.. sorry saya pengguna Andriod hehehehe..
BalasPadamJalan2 kat blog kawan2
tak la tegar.. android pun power jgk.. hehe!
Padamgeram tgk 1phone 6 plus tu...
BalasPadamtgh giat kumpul duit nak beli ni..hehe
kumpul bnyak2 nanti boleh beli bila dah sampai malaysia nanti
PadamTak minat iphone..harga mahal giler tapi specs biasa2.. Lbih minat pada sony
BalasPadamselera masing2.. :)
Padamharganya ntah berapa lah ye. iphone sebelum ni tak pernah pakai, mampun sengih je hehe
BalasPadamdengarnya harga sama macam iphone 6. tapi tu kat USA la..
Padamsaya tag anda di sini http://www.sayidahnapisah.com/2015/09/fuyooo-ggiveaway-by-mama-darwiish.html
BalasPadamharga nya juga gila gan, klu spesifikasi bisa liat tuh di link saya
BalasPadam