Senarai Kadar Baru Tol Mulai 15 Oktober 2015. Macam-macam perkara yang perlu rakyat Malaysia lalui tahun ni. Tidak cukup dengan perlaksanaan GST, harga petrol naik, jerebu, dan nilai ringgit jatuh. Hari ini beberapa syarikat konsesi menaikkan kadar tol antara 20sen dan RM3 mulai 15 Okt ini.
Antara lebuhraya yang terlibat adalah Lebuhraya KL-K.Selangor (LATAR), Duta-Ulu Kelang (DUKE), Baru Pantai (NPE), Maju Expressway (MEX), Sungai Besi (BESRAYA), KL-Karak (KLK), Kajang SILK, Guthrie, Grand Saga, dan LEKAS.
Kadar Baru Tol Mulai 15 Oktober 2015
Syarikat Mengurus Air Banjir dan Terowong turut mengumumkan kenaikkan tol bagi Terowong Lebuhraya SMART kepada RM3.
Namun, kadar tol bagi semua lebuhraya kendalian Projek Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) masih kekal pada harga sama. Antara lebuhraya PLUS adalah:
- Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS)
- Lebuhraya Baru Lembah Klang (NKVE)
- Lebuhraya Persekutuan Laluan 2 (FHR2)
- Lebuhraya Seremban Port-Dickson (SPDH)
- Lebuhraya Utara-Selatan Hubungan Tengah (ELITE)
- Lintasan Kedua Malaysia-Singapura (Linkedua)
- Lebuhraya Butterworth-Kulim (BKE)
- Jambatan Pulau Pinang
Artikel berkaitan - Punca Nilai Ringgit Jatuh
Entri sebelum ini - Puding Sedut Pa' Do
Terima kasih kerana membaca Senarai Kadar Baru Tol Mulai 15 Oktober 2015
paling kasihan kepada mereka yang menghadapi cabaran kewangan sekarang ini...boleh menangis tak berlaku la jawabnya
ReplyDeleteCabaran demi cabaran hidup zaman kini. Dlm masa yg sama ramai juga org yg kena VSS dsb sekarang ni.
ReplyDeletebestnya...
ReplyDeletehari nie cuti
esok aku lalu NPE dua tol
4.6..sebelum nie 3.2
lebih singgit naek
nampak gaya xbrekfast dah kat ofis
memang sengsara la orang yang kena lalu tol hari-hari nih..
ReplyDeletealasan kelakar bila baca kenapa kadar bayaran tol patut dinaikkan
ReplyDeleteTak faham kenapa nak kena naikkan..Kebanyakannya adalah tol yang baru.. dengan kejatuhan nilai ringgit lagi banyaklah masalah yang dihadapi terutamanya yang berpendapatan rendah..
ReplyDeleteramai orang akan terbeban dengan kenaikan ini, kata orang sudahlah jatuh ditimpa tangga, tergolek masuk longkang, sekarang kena taik pula.
ReplyDeletecabaran terbesar kepada rakyat malaysia..mahu tidak mahu terpaksa cari duit lebih untuk menampung kos kenaikan hidup
ReplyDeleteAdoi, bukan sikit tu naik. Lebih 50%. Sakit juga poket membayarnya. Sabar2 lah orang KL ya. Kalau tak tahan, meh balik kampong. Adehh..
ReplyDeleteselamatlah 2-3 tahun ni, sebab kena pindah desaru. lega rasa duit tak membuang kat plaza tol.
ReplyDeletePelik la dengan menteri fasola ni kan.....sakit hati sungguh
ReplyDeletemenagis x guna maki pun x guna...senyum je lah....
ReplyDelete